Posted in Protun

Umno, PAS dan Melayu prihatin rapatkan saf kerana takut pada musuh Islam

Cuba tengok penampilan Najib Razak semalam dengan memakai jubah putih serta berkopiah (bawah).

Najib kopiah

Najib telah melancarkan Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (Pinta) petang kelmarin di Majid Wilayah Persekutuan.

Beliau juga kelihatan beristiqamah dengan para jemputan dif-dif kehormat pemimpin PAS ketika acara tersebut — bawah (gambar ehsan portal MyMassa).

Mesra nampaknya Ketua Pemuda PAS Ustaz Nik Abduh yang tersenyum lebar dan bekas Ketua Pemuda PAS Ustaz Nasrudin Hassan et Tantawi yang duduk di sisi Perdana Menteri.

Najib istiqamah

Musuh utama adalah DAP yang anti Islam

Sementara itu, mantan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim akan menubuhkan sebuah NGO bagi melindungi hak orang Islam daripada dicabuli DAP yang kian giat melebarkan empayar politiknya.

Pembentukan NGO tersebut bertujuan menyekat ancaman DAP yang bersikap terlalu agresif, kata Khalid hari ini.

BAWAH: Khalid duduk bersebelahan Hadi Awang ketika pada perasmian Pusat Tarbiyah dan Dakwah Islam Se-Malaysia Bandar Tun Razak pagi tadi

Khalid Ibrahim Hadi Awang

Mengikut laporan Antarapos, Khalid menyata kebimbangannya terhadap kepincangan masyarakat Melayu tatkala terpaksa berdepan dengan DAP. “Saya sangat khuatir dengan keadaan umat Islam,” kata beliau.

“Umat Islam di Malaysia dari segi politiknya bukan berpecah dua tetapi berpecah empat,” tambahnya lagi.

Pada waktu pihak Umno dan PAS sedang berusaha untuk memupuk perpaduan ummah, ada pula di kalangan Protun yang bersekongkol dengan Cina ultra dan blogger Melayu reject yang sedia makan dedak DAP.

Berkaitan:

Ridhuan Tee: Waspada terhadap alat musuh Islam

 

 

Author:

I have no Faceook or Twitter.

67 thoughts on “Umno, PAS dan Melayu prihatin rapatkan saf kerana takut pada musuh Islam

  1. looks how the donation draw all the hypocrite fall in love with each other. btw, y the term musuh islam? islam got many musuh kah?

        1. It is reported in Sahih Bukhari that hazrat Abu Said Khudri (r.a.) had narrated:
          “Once we were in the presence of the blessed Prophet (s.a.w.). He was distributing the spoils of when a person named Zul-Khawaisara, from the tribe of Bani Tamim accosted him: “Oh Muhammad! Be just!” The Prophet (s.a.w.) replied: “It is a great pity that you have suspicions; if I am unjust then who shall be just? You are a loser and a failure.”
          Zul-Khawaisara’s attitude infuriated hazrat Umar (r.a.) and he pleaded with the Prophet (s.a.w.) to permit him to slay Zul Khawaisara. The Prophet (s.a.w.) remarked: “Leave him alone, for his slaying will serve no good purpose; he is not the only one but there are a host of others like him. And if you compare their prayers and fasting to that of yours, you yourself will feel ashamed. These are the people who will recite the Quran but it will not go beyond their throats (into their hearts). With all these apparent virtues they will leave the fold of Ad-Din (Religion) just like an arrow is ejected from the bow.”

        2. There is a traditional tale among the Sufis that Prophet Moses peace and blessings be upon him, once asked Allah Most Sublime: “Oh my Lord! Who is the most deserving of Thy wrath and displeasure?”
          Allah Most High replied:
          “He whose heart is filled with pride and whose tongue is filthy (abusive), whose eyes are devoid of shame, whose hands are miserly and he who is of bad conduct and character.”

          The arrogant man makes himself liable for Hellfire. It occurs in a famous hadith qudsi, where the Prophet Muhammad s.a.w. said that the Lord Most High proclaims:

          “Pride is My cloak and Majesty is My robe. Any soul that disputes with Me in any one of these (two) I shall send him into the Hellfire.”

          In the other words, pride and self-magnification are attributes belonging exclusively to the Creator Lord, which no creature can apply to himself or herself – other than being guilty of great sin. These are among the criteria of a person’s Islam.

          The Quran says:
          “I shall turn away from My revelations those who magnify themselves wrongfully on the earth. They witness each Sign (prophetic proof) but believe it not. And if they see the way of righteousness they do not choose it for (their) path, but if they see the way of error they choose if as (their) path. Such are those who deny Our Signs and are used to neglecting them.”
          (The Heights: v 146)

          Bismillahir Rahmanir Rahim

      1. religion oso got musuh, show me mana ada mention iblis is musuh islam, i wan to learn more.

    1. Donation draw all the hypocrites fall in love? Just like the lust for power and ego is drawing the sworn enemies to kiss and make up and issue Citizen’s Declaration?

    2. Kak, maksud istiqamah ialah berpegang teguh atau tetap pada sesuatu. Oleh itu, terdapat kesilapan dalam posting akak di atas yakni…

      Beliau juga kelihatan beristiqamah dengan para jemputan dif-dif kehormat pemimpin PAS ketika acara tersebut

      cth ayat yg betul : TDM istiqamah dalam memerangi rasuah, sejak bermulanya beliau sebagai PM, penekanan diberikan ke atas BERSIH, CEKAP & AMANAH.

      Perenggan akhir juga silap, di mana akak mengatakan… Pada waktu pihak Umno dan PAS sedang berusaha untuk memupuk perpaduan ummah, ada pula di kalangan Protun yang bersekongkol dengan Cina ultra

      Faktanya ialah

      1. Yang bersengkokol dengan Cina ultra untuk jatuhkan UMNO, ialah PAS & PKR, masih ingat ABU?

      2. Yang menonong ikut kata DAP mansuhkan ISA, benarkan kalimah Allah dalam Bible hingga huru-hara 1 Malaysia ialah Ajibngor, begitu jugak disokong oleh PAS & PKR

      3. Yang menandatangani perjanjian rahsia hingga tiada lagi cita2 Negara Islam ialah PAS bukan kami Protun

      4. Yang kami protun buat ialah terang2 dalam Deklarasi Rakyat, semua orang tahu, satu dunia tahu tujuan protun.

      Nampak PAS begitu sayang dengan Ahjibngor sekarang, tak kesahlah, sedangkan Anwar yang termahsyur dengan gelaran AlJuburi, satu gelaran yang dianugerah oleh Mat Sabu pun PAS sayang, takkan tak boleh pula bersatu dengan ahjib.

      1. re: “maksud istiqamah ialah berpegang teguh atau tetap pada sesuatu”

        Baiklah. Najib berpegang teguh kepada hasrat perpaduan ummah.

        re: “Oleh itu, terdapat kesilapan dalam posting akak di atas yakni…”

        Saya perbetulkan ayat: Istiqamah Najib dan PAS

        re: “cth ayat yg betul : TDM istiqamah dalam memerangi rasuah, sejak bermulanya beliau sebagai PM”

        Terdapat kesilapan dalam ayat Abdullah di atas. Hakikatnya kroni-kroni Tun iaitu Eric Chia (Perwaja) dan Ling Liong Sik (PKFZ) dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah. Tun sendiri dipanggil hakim untuk memberi keterangan tetapi ketika menjawab sebagai saksi, Tun menjelaskan beliau tidak faham transaksi kerana bukan merupakan seorang akauntan.

        Di samping itu, Tun juga terlibat skandal Maminco di mana sebuah syarikat bermodal RM2 ditubuhkan tetapi terbabit kerugian RM1.6 bilion (nilai matawang sekitar pertengahan 1980-an).

        re: “penekanan diberikan ke atas BERSIH, CEKAP & AMANAH”

        Sekali lagi Abdullah tersilap. Menurut pengarang AWSJ Barry Wain, Tun bertanggungjawab sama ada secara langsung atau tidak, atas kehilangan/kerugian RM100 billion. Tun berkata Najib belum saman WSJ. Tapi Tun sendiri pun tidak saman Encik Wain.

        re: “Perenggan akhir juga silap”

        Abdullah yang sekali lagi silap.

        re: “Yang bersengkokol dengan Cina ultra untuk jatuhkan UMNO, ialah PAS & PKR”

        Faktanya ialah yang bersekongkol dengan si ultra rasis (LKS) ialah Tun Mahathir.

        re: “Yang menonong ikut kata DAP mansuhkan ISA”

        ISA sudah digantikan dengan NSC yang undang-undangnya lagi ketat.

        re: “benarkan kalimah Allah dalam Bible hingga huru-hara 1 Malaysia ialah Ajibngor”

        Yang menyertai perarakan haram Bersih 4.0 ialah Tun. Bersih mencetuskan tindakbalas Himpunan Merah yang cuba merempuh Chinatown.

        re: “Yang menandatangani perjanjian rahsia hingga tiada lagi cita2 Negara Islam ialah PAS bukan kami Protun.”

        Yang menandatangani Deklarasi Mahathir mengisytiharkan mereka (pemberontak Umno) sekarang sanggup ‘buta warna’ dan menjangkaui batasan agama adalah Tun. PAS tidak menyokong gerakan tersebut.

        re: “Yang kami protun buat ialah terang2 dalam Deklarasi Rakyat, semua orang tahu, satu dunia tahu tujuan protun.”

        Tujuan Protun ialah untuk mengguling kerajaan.

        re: “Nampak PAS begitu sayang dengan Ahjibngor sekarang”

        Baguslah. Perpaduan ummah semakin menjadi.

        re: “tak kesahlah, sedangkan Anwar yang termahsyur dengan gelaran AlJuburi, satu gelaran yang dianugerah oleh Mat Sabu pun PAS sayang”

        “Anwar Al-Juburi” menyatakan sokongan beliau terhadap Deklarasi Mahathir.

        re: “takkan tak boleh pula bersatu dengan ahjib”

        Mahathir dan Anwar pun boleh bersatu untuk menentang Najib.

        1. Kak, tentang Maminco, apakah Tun adalah Chairman bagi syarikat tersebut sebagaimana ahjibngor? apakah syarikat tersebut juga di bawah Kem Kewangan?

              1. Lebih kurang perli/sindiran Tun apabila berkali-kali dia cakap “tak ingat” ketika memberi keterangan di mahkamah bagi kes PKFZ.

                Tun selamatkan Ling Liong Sik.

            1. Terdapat kesilapan dalam ayat Abdullah di atas. Hakikatnya kroni-kroni Tun iaitu Eric Chia (Perwaja) dan Ling Liong Sik (PKFZ) dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah. Tun sendiri dipanggil hakim untuk memberi keterangan tetapi ketika menjawab sebagai saksi, Tun menjelaskan beliau tidak faham transaksi kerana bukan merupakan seorang akauntan.

              Yang ini benar, Tun memang bukan seorang akauntan. Disamping itu, Eric & LLS juga diheret ke mahkamah dan LLS didapati tidak bersalan. Manakala Eric kan dah meninggal. Yang pasti, tun tidak terlibat dalam syarikat tersebut sebagai Chairman sebagaimana Jibngor dalam 1MDB.

              re: “penekanan diberikan ke atas BERSIH, CEKAP & AMANAH”
              Sekali lagi Abdullah tersilap. Menurut pengarang AWSJ Barry Wain, Tun bertanggungjawab sama ada secara langsung atau tidak, atas kehilangan/kerugian RM100 billion. Tun berkata Najib belum saman WSJ. Tapi Tun sendiri pun tidak saman Encik Wain.

              Memang ada loss in FOREX, tapi tun sendiri mengatakan adalah tidak adil jika semasa bank negara membuat keuntungan dalam forex kita diam, tapi bila tersilap dan kerugian kita menghukum. Jelas ada kerugian forex disitu, bukan kerugian tak tentu arah macam perniagaan 1MDB yang tujuan utama penubuhan syarikat ini pun tidak ketahuan.

              Yang menyertai perarakan haram Bersih 4.0 ialah Tun. Bersih mencetuskan tindakbalas Himpunan Merah yang cuba merempuh Chinatown.

              Tindak balas Merah dari Jamal Ikan bakar hanyalah pembodek Jibngor. Kita pun nak juga tahu dari mana datangnya kekayaan luar biasa Jamal Ikan Bakar ni.

              Yang menandatangani Deklarasi Mahathir mengisytiharkan mereka (pemberontak Umno) sekarang sanggup ‘buta warna’ dan menjangkaui batasan agama adalah Tun. PAS tidak menyokong gerakan tersebut.

              Label selalunya diberikan ikut orang yang berkepentingan, cth sejarah, British memberikan label pemberontak kepada Tok Janggut, fakta dan hakikatnya tidak begitu. PAS tidak sokong gerakan tersebut bukanlah sesuatu yang menghairankan, kerana PAS telah membuktikan mereka adalah penyokong kebatilan, mereka tetap menyokong Anwar, walaupun Anwar terbukti seorang pelaku liwat.

              Tujuan Protun ialah untuk mengguling kerajaan.
              Lagi sekali akak tersasar jauh, Najib bukan kerajaan kak ooooi. Najib ialah seorang individu. Menjatuhkan najib bukan menjatuhkan kerajaan.

              Baguslah. Perpaduan ummah semakin menjadi.
              Bukan perpaduan ummah, tapi perpaduan kebatilan.

              “Anwar Al-Juburi” menyatakan sokongan beliau terhadap Deklarasi Mahathir.
              Al Juburi yang memulakan politik wang dalam UMNO pun tak setuju dengan cash is king nampaknya kak.

              Mahathir dan Anwar pun boleh bersatu untuk menentang Najib.
              Bersatu menentang kebatilan. Itulah kehebatan Tun kak, Anwar yang dulu mendendangkan lagu Mahathir Mahazalim pun boleh menyokong Tun, Tun dapat mendapatkan sokongan tanpa belanjakan duit satu sen pun.

              Clueless boleh?

              1. re: “Yang pasti, tun tidak terlibat dalam syarikat tersebut sebagai Chairman sebagaimana Jibngor dalam 1MDB.”

                Keputusan untuk Malaysia masuk sektor industri berat (Perwaja Steel) dibuat oleh Tun umpama keputusan untuk memasang kereta Proton.

                Keupayaan syarikat RM2 Maminco memperolehi pinjaman bernilai ratusan juta (nilai matawang pada tahun 1980-an) ringgit daripada Bank Bumiputera memang ada kaitan dengan jaminan kerajaan.

                re: “Jelas ada kerugian forex disitu, bukan kerugian tak tentu arah macam perniagaan 1MDB yang tujuan utama penubuhan syarikat ini pun tidak ketahuan.”

                Kenapa BNM mahu menceburi satu lapangan yang begitu tinggi risikonya?

                re: “Tindak balas Merah dari Jamal Ikan bakar hanyalah pembodek Jibngor. Kita pun nak juga tahu dari mana datangnya kekayaan luar biasa Jamal Ikan Bakar ni.”

                Tolonglah jangan menghina berpuluh ribu Melayu-Melayu lain yang menyertai Himpunan Merah yang tidak ada apa kena-mengena dengan Jamal Sekinchan.

                Berhubung kekayaan luarbiasa si politikus, 2×5 lah di kalangan kedua-dua belah politik. Contohnya KJ, pegawai KBS dan skandal di kementerian tersebut.

                re: “Label selalunya diberikan ikut orang yang berkepentingan”

                Yang ni saya setuju. Contohnya cop “racist”, “extremist”, “bigot”, “hater” yang pandai-pandai diberikan oleh DAP evangelista kepada orang Melayu Islam.

                re: “label pemberontak kepada Tok Janggut, fakta dan hakikatnya tidak begitu”

                Label ‘pemberontak’ atau rebels bagi kelompok Tun adalah bertepatan. Mereka sudah berada di luar parti dan bukan ahli lagi.

                re: “PAS tidak sokong gerakan tersebut bukanlah sesuatu yang menghairankan”

                Mereka sudah pernah ditipu DAP. Takkan pisang hendak berbuah dua kali?

                re: “kerana PAS telah membuktikan mereka adalah penyokong kebatilan, mereka tetap menyokong Anwar, walaupun Anwar terbukti seorang pelaku liwat”

                PAS tidak lagi menyokong Anwar. Yang menyokong Anwar ialah DAP. Yang disokong Anwar sekarang untuk tujuan gulingkan Najib ialah Tun.

                re: “Lagi sekali akak tersasar jauh, Najib bukan kerajaan kak ooooi.”

                Najib adalah chief executive … ketua kerajaan.

                re: “Najib ialah seorang individu.”

                Anda (dan saya) adalah individu di kalangan 30 juta rakyat Malaysia. Najib adalah YAB. Perdana Menteri seorang saja.

                re: “Menjatuhkan najib bukan menjatuhkan kerajaan.”

                Menjatuhkan Najib bermakna menjatuhkan pentadbiran Najib bermakna menjatuhkan kerajaan. It is his government (BN government) that falls or collapses. Penyingkiran Najib tidak akan berwajah sebuah pengalihan kuasa yang kemas sepertimana yang berlaku apabila Tun mengundur ataupun Sleepy Dollah ditekan untuk meletak jawatan.

                re: “Bukan perpaduan ummah, tapi perpaduan kebatilan.”

                Perpaduan kebatilan dimeterai pada 4 Mac lepas dengan kahwin mutaah Kit Siang dengan musuh ketatnya sejak tahun 1960-an itu.

                re: “Al Juburi yang memulakan politik wang dalam UMNO pun tak setuju dengan cash is king nampaknya kak.”

                Anwar yang membudayakan politik wang dalam Umno. Parti Melayu tidak dicemari gejala ini tatkala pentadbiran TAR, Tun Razak dan Tun Hussein Onn.

                re: “Mahathir dan Anwar pun boleh bersatu untuk menentang Najib.” / “Bersatu menentang kebatilan.”

                ‘Istiqamah’ Mahathir dan Anwar.

                re: “Itulah kehebatan Tun. Anwar yang dulu mendendangkan lagu Mahathir Mahazalim pun boleh menyokong Tun, Tun dapat mendapatkan sokongan tanpa belanjakan duit satu sen pun.”

                Tun memperolehi sokongan padu daripada pembangkang. Tun tidak mendapat sokongan Umno.

                Clueless boleh?

  2. Perpadauan Umah is wellcome ,but not perpaduan umah for political advantage ,more on window dressing .

    Islam teach ,all Muslim are brothers ,that every Muslim are adore it .

    1. Najib has desecrated the nobility of the Barisan Nasional affiliation. He is seeking to transform the Malay people into Islamist chauvinists to secure his power.

      1. Jade Emperor,

        And DAP has transforms Chinese into believing they can outmanouvre Malay Muslim community by playing racial and religious cards

        1. I have said that DAP is obligated to know the difference between Islam and Islamism especially with Lim Kit Siang’s recent “zero evaluation” for PAS and its new political bedfellow. Many folks thought it was 0-0 too while evangelist DAP was married to islamist PAS. For those seriously interested in the crux of the matter:

          http://www.gatestoneinstitute.org/3865/islam-islamism

          “Islam, a religion, cannot be turned into a handmaiden of politics; when this occurs, Islam is turned into Islamism. Its defining characteristic is its intolerance of others, including Muslims, and glorification of violence against all who disagree. The conflict inside the Muslim world might be characterized as one between tyranny and freedom, even if that tyranny is packaged in God’s name. The strategically right thing to do is provide moral and material assistance to Muslims struggling against Islamists.”

          1. Chris,

            Are you saying that in a Muslim country politics should be separate from religion?

            1. Different muslims of different races from different countries would answer that differently I think. But I might say that government amongst the Muslim polity ought to calibrate itself against the sterling humanistic qualities of Prophet Muhammad. When Michael Hart chose Muhammad to top “The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History” it wasn’t because he was impressed by some superior Islamist political rhetoric but he was taken up by the exceptional caliber of the Prophet’s lived Islam.

              1. re: “the Prophet’s lived Islam”

                Which I take to be ‘addin’. So politics and religion are a Muslim package lah.

                1. I mean to say he excelled in his manifold relationships with people from all walks of life. He was intellectual, humble, courageous, diligent and exemplary in behaviour – very hesitant and careful when meting out legal judgements.

      2. Aaaiit
        macam tak gemar pula lihat Najib do something good for the Malay people? Nothing maaa. Najib penggerak pendamaian Islam di seluruh dunia,

        …..mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur, turun sendiri ke Gaza

        ….Selatan Filipina, konflik 70 tahun bangsa Moro dengan kerajaan Filipina

        ….konflik umat Islam Selatan Thailand yang telah berlarutan selama 50 tahun.

        ….Those Rohingya boat people problems you pikiaq they just disappeared into thin air ke?

        http://www.bbc.com/news/world-middle-east-33353370

      3. To all cinbukit, go balik hainan la. solve all your problems. Talk so much won’t solve anything. Tabik my boss, she has sent all those cinbukit out of office.

  3. …. nice… in Malaysian context,.. happy Malay and happy Muslim mean happy Malaysian including all the minorities… with exception of adulterer, drunkard and ‘kaki kelentong’..hahaha..

      1. rina, u make it seem that all muslims never indulge in adultery, alcohol or lies………try not to relate all to religion….most of the time, common sense is enough to know what is right or wrong

  4. Najib pakai kopiah putih? Nak ambil hati PAS? Harapkan peluang berkerja sama? Bukan kah dah terlambat? PAS dah terikat dengan Ikatan.

    Ok, Ikatan dengan PAS pun mungkin tak tahan lama. Sebab, belom apa apa lagi Timbalan Presiden (?) nya yang Cina telah berikirar akan membantah Hudud. Mangkin lintang pukang jika PAS Ikatan berkerja sama dengan UMNO.

    Pokok pangkal nya ia lah keikhlasan. Walau pun pengundi selalu tak dapat beza mana yang ikhlas tak ikhlas masa mengundi, tapi kalau Menteri Luar Arab Saudi dah kata RM2.6 bilion itu bukan derma, duit nya rakyat tak merasa pun, keikhlasan ke tidak itu lebih senang boleh nampak.

    Dan ramai telah mengatakan bahawa di kampong pun ada internet dan ramai pengundi di kampong dah tahu hal itu. Dan hal bahawa laporan Juru Odit Negara ke atas 1MDB pun di rahsiakan, memberi persepsi ada penyelewengan di 1MDB yang mungkin menyebabkan RM2.6 bilion itu masuk ke ekaun bank Najib.

    Ini akan menjejaskan 88 kerusi UMNO yang Melayu berikan kapada Najib di PRU13. Ramai yang mengata bahawa membongkok lagi ke belakang nak ambil hati Cina pun, Najib tidak akan dapat banyak undi dari Cina di PRU14. Maka tak ada jalan lain dari Najib berundur atau di gantikan jika UMNO/BN mahu menang di PRU14.

    1. re: “Maka tak ada jalan lain dari Najib berundur atau digantikan jika UMNO/BN mahu menang di PRU14.”

      Terlalu kerap Akim mengulangi gesaan ini akan memberi kesan ‘reverse psychology’ pula.

      1. Takpa kalau keluar kesan ‘reverse psychology’, Helen. Tiap tuduhan kapada Protun oleh Projib perlu di tindakbalas. That’s the only fair thing to do.

        Lebih mustahak lagi: perlu keluarkan pendapat berkenaan apa yang akan berlaku kapada UMNO/BN di PRU14 jika keadaan di biarkan saperti sekarang.

        Biar lah rakyat yang menentukan “reverse” ke tidak nya.

        Have a nice day, folks.

        1. re: “Takpa kalau keluar kesan ‘reverse psychology’, Helen.”

          I cakap berkias. Faham-fahamlah.

          re: “Tiap tuduhan kapada Protun oleh Projib perlu di tindakbalas. That’s the only fair thing to do.”

          I don’t discuss 1MDB or the RM2.6b donation. It is mostly you, drinho and abdullah who bring up this topic in the readers’ space.

          1. I have accepted the reason given by AG in relation to 2.6 bil, i.e. a donation from Arab with no criminal wrongdoing. Nothing much can be done as far as local legal system is concerned. We can only wait for investigation in other foreign countries.

            However, the issue pertaining to SRC’s 42 mil deposited into Najib’s personal account remains unanswered. Aren’t you curious?

  5. “Umat Islam di Malaysia dari segi politiknya bukan berpecah dua tetapi berpecah empat,” kata Khalid Ibrahim, bekas MB Selangor.

    Siapa punya pasal? Kalau takda isu 1MDB dan RM2.6 bilion dalam ekaun Najib, ada jadi begitu? Dulu ha nya pecah dua UMNO dan PAS. Khalid tentu tak ngaku PKR sebabkan pecah tiga, sebab dia PKR. Apahal pun, nyata bahawa 1MDB dan RM2.6 bilion itu menyebabkan pecah empat.

    Ingat: 1MDB dan RM2.6 bilion bukan nya suatu “lame or dead horse .. It’s very much a live and kicking horse.” Mana tak nya, banyak isu berkaitan dengan nya belom selesai. Terutama nya laporan PAC ke Parlimen. Pengerusi “nak cari makan” nya (amat tak bijak dia cakap begitu) agak nya pening kepala macam mana nak bentang laporan nya ke Parlimen dengan tak dapat komen bahawa Juruodit Negara (Auditor General) tidak ada “reservations” apa apa pun di atas ekaun 1MDB yang di odit dek Pegawai2 nya. RAHSIA BESAR kot.

    “Pada waktu pihak Umno dan PAS sedang berusaha untuk memupuk perpaduan ummah”? Dua dua satu hati? Kalau betul, bagus. Tapi ini kali pertama Najib pakai kopiah, ramai yang tertanya tanya keikhlasan nya. Maka keluar lah kata kata yang “genius” saperti Protun “bersekongkol dengan Cina ultra”. “Sekongkol” makna nya “berkomplot melakukan yang tidak baik”. Tidak betul. Tujuan nya baik, supaya UMNO/BN tak lingkup di PRU14.

    Tetapi pihak yang menuduh ada lah berkongkalikung – makna nya, bersepakat) dalam melakukan sesuatu kesalahan (tipu daya dll). Kali pertama saya melihat istilah kongkalingkung Dewan Bahasa dan Pustaka – http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sekongkol. Dari mana asal nya istilah itu? Panjang sangat komen jika nak cakap.

    1. re: “Pada waktu pihak Umno dan PAS sedang berusaha untuk memupuk perpaduan ummah”? Dua dua satu hati? Kalau betul, bagus. Tapi ini kali pertama Najib pakai kopiah, ramai yang tertanya tanya keikhlasan nya.”

      Surah al-Baqarah ayat 177 menjelaskan tentang ini:

      “Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur atau barat itu merupakan sesuatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, Hari Kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, dan nabi-nabi; dan memberikan harta yang dicintai sendiri kepada kerabat kamu, dan kepada anak-anak yatim, orang-orang miskin, orang musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta (faqir); dan (memerdekakan) hamba sahaya, dan mendirikan salat, dan menunaikan zakat; dan (beriman itu) orang2 yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang2 yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan.
      Mereka itulah orang-orang yang benar; dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.”

      1. Pakai ketayap 2-3 kali pun, keikhlasan nya masih di persoalkan.

        Kalau dia kata selepas 8 tahun di England, Bahasa Melayu nya pun dah kekok, apa kah agama nya tak kokek? Yang aneh tu, mengapa dia perlu ceritakan itu semua di Pekan ke, Kuantan ke, baru2 ini.

        Macam macam boleh di ceritakan hal2 yang membayangkan pendirian agama nya tapi tak baik di sebut sebab hal2 peribadi. Komen begini di keluarkan ha nya bagi memperso’alkan sesiapa yang mengata Najib ada bertujuan perpaduan ummah.

        Bertujuan mendapatkan PAS bekerjasama dengan UMNO di PRU14, tak tau lah. Tetapi dia dah banyak sangat melayan kehendak DAP dan kaum Cina, tak tau lah jika ummah akan percaya dia akan mempertahankan dan memajukan hak dan kepentingan ummah Islam. Kalau UMNO tak bangkang keputusan Najib nak buang Akta Hasutan dulu, tidak ada Perkara dalam Perlembagaan di jadualkan sebagai sensitif lagi, dan Perkara 3 boleh di pinda membenarkan kehendak DAP jadikan agama Kristian sebagai SATU DARIPADA AGAMA NEGARA INI.

        Bubraduk geduk.

          1. Apa kah anda tahu makna kokek yg saya maksudkan, Helen? Tanya le dulu, sabelom mengata saya pulak.

            Setakat ini, saya mahu katakan bahawa “kokek” itu ada kaitan dengan “kekok” Bahasa Malaysia yang dia maksudkan bila berkata fasal 8 tahun di England itu.

            Have a good afternoon, Helen. And you all, folks. (They said the bomohs succeeded in bringing rain in KL/PJ to day and the extremely high temperatures have gone down).

            1. re: ‘kokek’ itu ada kaitan dengan ‘kekok’

              Buat apa nak usik amalan agama dia?

              Kecuali kalau yang dah dihadapkan ke mahkamah dan disabitkan kesalahan oleh hakim, maka baru bolehlah kita mengata si pastor-pastor City Harvest tu dok songlap duit gereja lalu pertikaikan pegangan iman mereka.

  6. Daripada bersekongkol dgn dap, najib is way ahead better. Itu yg penbangkng, iblis dan pembangang tak fahan. We’d go for najib millions times just to eradicate dap influence. Save Malaysia from dap laknatullah.

  7. Protuns are not necessarily DAP supporters, Helen.

    Stop spinning laa.

    I am sure you will agree that not all Projibs, like you, are on PMO payroll, kan?

  8. Im sorry Helen.

    He may wear the ketayap/kopiah…but…as you very well know…he is after all…a politician pandering to each specific audience… :)

    Again….i asked you before but you didnt answer ( or maybe you did but i dont track…if i you did…i mintak maaf ler)

    Do you really think Najib is NOT liberal?

    I dont think he is. at all.

    dgn family2 dia semua sekali.

    1. A question posed in the negative is confusing.

      Rephrase: Is Najib a liberal?

      Methinks he was. But probably not any more.

      Reality bites. He was given two slaps on the face — left cheek by Chinese tsunami and right cheek by Bersih 4.0.

        1. I agree with the standard dictionary definitions, unless you have other interpretations.

    2. Orang Perlis,

      What is it about this ketayap/kopiah? Is it the manifestation of your “iman?”

      What about wearing a Western hat or songkok? Will wearing a hat makes you less Muslim? Hat, ketayap, songkok, headgear are mere cultural aspect.

      Org Perlis, may I advise you not to perform the task that is exclusively Allah SWt’s purview : that is judging people. Why Najib wearing a ketayap becoming an issue?

      Najib may be pandering to specific audience? So? is that not all politicians pandering to specific audience? Is that not PAS pandering to malay/Muslim community?

      Is that not the norm on this planet?

      UNLESS YOU ARE THE PROPHET. Itu lain la.

      1. re: “is that not all politicians pandering to specific audience?”

        Hannah Yeoh and her tudung. She’s pandering to her pendatang foremothers.

  9. Musuh Islam d Malaysia skrg adalah org Islam itu sndiri. Golongan yg guna wang zakat utk byr duit lawyer. Golongan yg guna wang jariah utk melancong ke luar negeri atas nama program yg mengarut. Golongan yg slh guna dana awam utk tujuan peribadi. Golongan yg x mmpu byr services wheel chair bila naik kapal terbang wpun anak dia seorang doctor . golongan yg x jaga kebajikan pekerja wpun syarikat ada untung dan pengerusi blh joli sakan ngan duit syarikat tapi presiden blh buat x tau

    1. Truth is so obscure in these times, and falsehood so established, that, unless we love the truth, we cannot know it.
      – Blaise Pascal, French prodigy

      1. Tun has told lies … I don’t follow 1MDB closely but off the top of my head on other matters, I can recall that he lied about

        – Najib’s stepson’s movie: Tun said it made box office losses (not true) & claimed it’s pornography (not true, The Wolf of Wall Street did not get an ‘X’ rating but is mainstream Hollywood with A-List stars and renowned director)

        – Najib’s daughter’s wedding hantaran received: The bridegroom was compelled to make a public statement to rebut Tun

        Tun’s vendetta has become very personal. Imagine an elder statesman of decades standing dissing non-politician family members and newlyweds at that who are only 20-something.

        You know what? A lot of Netizens who are speaking up for the establishment don’t even love or far less idol worship Najib but we think that the Protuns’ self-righteous sermonizing is too much.

        People who live in glass houses shouldn’t throw stones.

          1. Then why does Tun choose to watch ‘pornography’… i.e. The Wolf of Wall Street as categorized by Dr Mahathir himself?

  10. kalau di zaman tun tak mungkin melayu umno dan melayu pas akan bersatu. semoga Allah merealisasikan kesatuan umat islam malaysia (regardless of race) through ds najib and ds hadi.

Comments are closed.