Dalam paparan Tun bertajuk ‘Kit Siang dan Dr Mahathir‘ di blognya Che Det hari ini, beliau menulis:
Petikan
Tun bersekongkol dengan musuh ketat Umno
Katanya:
“Saya diberitahu bahawa ramai ahli dan pemimpin bawahan UMNO marah kerana saya berada bersama Kit Siang dalam usaha menjatuhkan Dato Seri Najib.
“Ya, ini memang pelik dan aneh. Kami adalah musuh ketat. Tetapi kami berdua mempunyai pendirian yang sama berkenaan penyingkiran Najib sebagai Perdana Menteri.”
BELOW: The Three Celestials — Good Fortune, Prosperity & Longevity
Serangan Tun ke atas ahli-ahli Umno
Seterusnya Tun menulis:
“Tetapi hari ini kebanyakan ahli dan pemimpin Umno sudah jadi bisu, pekak dan buta. Mereka tahu kesalahan Najib tetapi mereka sokong juga Najib. Walau apa pun kesalahan yang dilakukan oleh Najib mereka tetap sokong.”
Dakwaan Tun terhadap ahli-ahli Umno
(a) Tun kata orang Umno makan dedak
Tun beranggapan:
“Mungkin kerana dedak yang disuap oleh Najib. Shahrir mengaku dia terima 1 juta dan Ahmad Maslan 2 juta (laporan di sini). Takkan yang lain tidak dapat habuan.”
(b) Tun kata orang Umno tamak beserta sanggup menggadai bangsa, negara dan agama
“Kerana kepentingan diri dan tamak Umno tidak akan menjatuhkan Najib. Kerana kepentingan diri, bangsa, negara dan agama juga sanggup dijual. Tidak ada ahli Umno selain daripada beberapa Ketua Cawangan yang berani menentang Najib. Kalau nak harap Umno jatuhkan Najib, tidak mungkin.
(c) Tun kata orang Umno hipokrit yang mulut, telinga dan mata mereka sudah ditutup dengan dedak
“Janganlah berlagak sebagai ahli Umno yang kononnya tidak sanggup melihat saya bersama Kit Siang. Yang tidak sayang Umno ialah kamu sekalian, kamu yang membisu, kamu yang pekak dan buta kerana semua anggota ini sudah ditutup dengan dedak dan lain-lain.”
Sengatnya Tun menghina tiga setengah juta orang ahli Umno.
(d) Kata Tun, para pengikutnya tidak makan dedak.
“Kami tak makan dedak sesiapa.”
BAWAH: Macai-macai Tun yang tidak makan dedak — Anina dan Datuk Khairuddin yang muflis tapi mampu menjelajah ke ibukota-ibukota di benua Eropah
Pada hemat Tun, ahli-ahli Umno dibenci khalayak umum
Tun memberitahu ahli-ahli Umno supaya jangan menyoalnya tetapi lebih baik “soal diri sendiri”.
Tambah Tun lagi, “Rakyat lebih benci melihat ahli Umno yang menyokong Najib daripada ahli Umno berada diatas pentas bersama Kit Siang untuk menjatuhkan Najib”.
Tidak lagi menghairankan bahawa Tun dan Protun dan blogger-reject-pemakan-dedak-DAP sekarang kuat disokong oleh Dapster.
BAWAH: Ada blogger prabayar Melayu yang sama pandai menipu dan membohong umpama RBA
Blogger prabayar Melayu yang mahukan upah RM20,000 sebulan
Sampai PRU14 nanti, Melayu yang menentang Najib akan memilih untuk bersama DAP kerana mengikut gesaan dan teladan Tun.
Malah pada masa sekarang pun garis pemisahan di antara Melayu yang pro-kerajaan dan pro-pembangkang sudah agak ketara.
Ada Protun yang kian hari kian meruncing sikap ultra kiasu terana mengikut telunjuk handler DAPnya. Blogger prabayar reject ini terpaksa makan dedak DAP kerana Tun bukan jenis Cash is King dan pemberi dedak, konom.
Helen sekurang-kurang suhu politik perkauman ada kurang lah tetakala dengan suhu panas melampau yang sedang dialami negara sekarang gara-gara scandal 1MDB dan 2.6 billion pak Najib kesayangan kamu and their ilks tak gitu
tun tulih : “Tetapi hari ini kebanyakan ahli dan pemimpin Umno sudah jadi bisu, pekak dan buta. Mereka tahu kesalahan Najib tetapi mereka sokong juga Najib. Walau apa pun kesalahan yang dilakukan oleh Najib mereka tetap sokong”.
tun dulu pun bt kesalahan gak tp ahli umno tetap sokong tun. takkan tak penah bt salah kot ? bunyi mcm ‘maksum’ ja.
media tulih tun kata : “I was a dictator before. But that is all right. People did not demonstrate against me”
betoi ka? kalau betoi awat tun gheyau “Saya dah lama buat keputusan…dah lama dah…”
masa tu tun dah rasa orang2 melayu dah memberontak terhadap tun. you got very emotional at that time dan umumkan perletakkan semua jawatan dlm parti dan kerajaan (thanks to all oppo media for the reports yang memudahkan i utk mencari dan mengorek kat online. you ppl did a very good job :) keep it up. malaysiakini bubuh baguih punya headline “Mahathir letak jawatan, tetapi tarik balik sejam kemudian”).
Your english-melayu syncretism sucks.
i am not here to show off how good my english or malay are. my aim is to deliver the message
Spot on, truth
tq. barakallahufiik
semua melayu hipokrit, buta, pekak.
Lepas makan dedak, dia makan b*B* plak..
You need to comment with decorum and decency like the rest. Don’t be racist and seditionist – saying things that will create ill feelings among the races. Doing so will attract unfavourable response to you. No matter what race you belong to.
Tiada siapa suka bangsa nya di caci, di rendahkan murtabat nya dengan takda justifikasi,
Perkataan “semua Melayu” itu menyakit hati bangsa Melayu. Fikir lah sabelom menulis saperti itu.
Saya fikir Melayu dah lali dan mula mengorak langkah. Perkataan menyakitkan namun itu juga lah sebagai pembakar semangat. Kesabaran ada tahapnya
Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas:
“Perjuangan UMNO sangat bermakna (2011)”
Soal fahaman Adab dan peranannya yang utama dalam tamaddun Melayu
Well, not many comments here since the last weekend “Save Malaysia” assembly in Shah Alam. One Makcik even sounding yearning for my presence, hehe.
Yes, here are some “seductive” thoughts to attract more comments:
“Sekongkol” di definasikan sebagai “turut serta dlm sesuatu pergerakan jahat”. Berbaris bersama dengan Lim Kit Siang untuk mendapatkan Najib undur atau di gantikan itu tidak jahat. Di benarkan di bawah undang undang. Ini perlu di ulang tiap kali perkataan itu di gunakan untuk Tun dan Protun.
Sebalik nya, yang jahat ia lah Najib dan kuncu kuncu nya. Coba ambil hati Lim Kit Siang dan DAP dengan cara yang paling luar biasa dan merugikan – buang ISA dan EO, buat keputusan buang Akta Hasutan. Yang Kit Siang dan DAP mahukan di buang.
Bila EO di buang, beribu penjenayah berteraburan, jenayah meningkat di negara ini.
Najib percayakan “Cash Is King”. Kelakuan dia memberi RM1 juta kpd Shahrir KB UMNO JB dan RM2 juta kpd Ahmad Maslan KB UMNO Pontian itu manifestasi nya. Di percayai datang nya dari RM2.6 bilion. Yang Menteri Arab Saudi kata bukan derma dari keluarga di Raja Arab. Wang yang di katakan datang dari 1MDB. Yang komen Juru Odit Negara kapada odit yang di buat Jabatan nya di rahsiakan. Membayangkan penyelewengan.
Maka Najib berkomplot dengan kuncu kuncu nya, termasuk “tangan ghaib (hidden hands) dsb nya. Perkataan itu tepat bagi nya, bukan bagi Tun dan Protun.
re: “Well, not many comments here since the last weekend ‘Save Malaysia’ assembly in Shah Alam.”
Ye ler. Protun dah tersentak. Apo nak dikato?
Tahun lepas Tun telah menyertai perarakan Bersih sebanyak dua kali bagi menekankan hasratnya untuk menurunkan Najib secara paksa.
Acara baru-baru ini yang diberi nama ‘Kongres Rakyat’ pun merupakan kali kedua Tun bersekongkol dengan DAP secara terang-terangan dengan matlamat menghuru-harakan negara.
Sebelum itu, Tun pun berkomplot juga bersama DAP – “turut serta dlm sesuatu pergerakan jahat” – menerusi Deklarasi Rakyat 4 Mac.
re: “buang ISA dan EO, buat keputusan buang Akta Hasutan”
Tindakan itu bukan untuk mengambil hati DAP sepertimana yang didakwa Akim. Ia sebahagian usaha ‘Transformasi’ Najib yang cuba menampakkan dirinya progresif. Memberi ruang demokrasi kepada cucu-cicit komunis ibarat memberi bunga kepada kera.
re: “Yang Menteri Arab Saudi kata bukan derma dari keluarga di Raja Arab. Wang yang dikatakan datang dari 1MDB.”
Sumber-sumber Arab Saudi yang lain sudah mengesahkan bahawa sumbangan tersebut adalah derma keluarga diraja. Perkara ini sudah disahkan oleh Peguam Negara.
re: “Yang komen Juru Odit Negara kapada odit yang dibuat Jabatannya dirahsiakan. Membayangkan penyelewengan.”
Selama 22 tahun pentadbiran Mahathir tak pernah ada OSA, ke?
re: “Maka Najib berkomplot dengan kuncu kuncu nya, termasuk “tangan ghaib (hidden hands) dsbnya. Perkataan itu tepat bagi nya, bukan bagi Tun dan Protun.”
Najib berkomplot dengan barang sesiapapun tak menidakkan hakikat bahawa Tun sedang bersekongkol dengan Lim Kit Siang dan DAP.
Bukankah Kak Helen juga pernah “bersekongkol” dengan DAP dan Pakatan? RPK juga pernah “bersekongkol” dengan PR, sehingga sanggup buat SD, mengatakan Rosmah berada ditempat dimana Altantuya dibunuh.
Tetapi hari ini, Kak Helen dan RPK telah ‘bertukar’ menjadi pembela-tegar Najib. Itu yang pelik.
Apa yang pelik Dr.M baru saja bersekongkol dengan Kit Siang. Itu pun, ikhtiar terakhir untuk menurukan Najib setelah semua ahli-UMNO sudah buta-perut, takut putus rezeki atau kekenyangan termakan dedak yang ditabur Najib.
Setakat Khairuddin dan Anina diberi upah atau beri-dedak, saya rasa, tuduhan itu tak berapa kena pada tempatnya. Seolah-olah, bila kita sendiri makan dedak, kita anggap pihak lain pun maka-dedak juga. Lagi pun Anina dan Khairuddin, bukan blogger.
Betul juga kata Cik Akim; Najib menuruti kehendak DAP demi ‘ambil-hati’ lebih bahaya perbuatna Dr.M.
re: “Bukankah Kak Helen juga pernah ‘bersekongkol’ dengan DAP dan Pakatan?”
Tun nyata bersubahat dengan DAP menerusi Deklarasi Mahathir (4 Mac) and Kongres Rakyat (27 Mac).
Bilamana saya pernah bersuhabat dengan DAP?
(1) Saya bukan ahli DAP dan tidak pernah menjadi ahli mana-mana parti politik
(2) Saya tidak pernah bekerja/makan gaji dengan DAP
(3) Saya tidak pernah bekerja/makan gaji dengan mana-mana ahli politik DAP
(4) Saya tidak pernah menyertai mana-mana program DAP ataupun acara parti
(5) Saya tidak pernah bekerjasama dengan DAP mahupun politikus DAP dalam apa-apa projek
Jadi bagaimana pula boleh didakwa saya bersekongkol dengan DAP?
Tengoklah video yang dipaparkan di blog Life of Annie tu. Kan I bagi tahu sidang akhbar yang kerja saya ialah sebagai seorang “researcher”? Bukan cybertrooper lah!
Yang ada tu, dulu saya berkawan dengan orang NGO dan aktivis. Mereka itu golongan anti-establishment.
Waktu saya ditahan ketika memprotes kejatuhan kerajaan negeri Perak (pentadbiran Nizar), itupun pemimpin Parti Sosialis (PSM) yang menunggu untuk menyambut kami apabila dibebaskan dari markas FRU. Orang DAP kelibat pun tak nampak.
You think the DAP cares about activists or rakyat marhaen? Think again.
Apa yang DAP pandang adalah developers dan kawan developer macam Cik Phang Li Koon penjual banglo itu.
re: “RPK juga pernah ‘bersekongkol’ dengan PR”
Sebab itulah Raja Petra sudah masak dengan perangai (fitrah) si Dapster-evangelista. Kata beliau, “the Christians are the most hypocritical people in earth” @ http://www.malaysia-today.net/hate-and-vilify-the-sinner/
re: “Tetapi hari ini, Kak Helen dan RPK telah ‘bertukar’ menjadi pembela-tegar Najib.”
(!) Adakah saya menulis apa-apa posting untuk membela 1MDB? Tidak, kan? Saya hanya membalas apabila Protun mengungkit perkara ini di ruang komen pembaca.
(2) Ditto derma RM2.6b.
(3) Adakah saya menulis apa-apa posting untuk membela Rosmelda? Tidak, kan? Yang beriya-iya membela Kak Ros adalah Annie Anakin (pasti RD ingat bab ini), si blogger reject yang mahukan uaph RM20,000 itu.
(4) Sesiapa yang mahu mengekalkan status quo akan terpaksa mempertahan BN yang diterajui Najib, sama ada tidak setuju atau tidak setuju dengan sesetengah dasar dan tindakannya.
(5) Tetapi hari ini, si Annie Anakin yang ‘bertukar’ menjadi BFF cytro Komtar yang dulu diacahnya beserta menjadi promoter bagi Cina ultra. Itu yang pelik.
re: “Apa yang pelik DrM baru saja bersekongkol dengan Kit Siang.”
Itu yang RD baru sekarang nampak. Kan sebelum nih saya dah lama cakap? Banyak perkara yang saya cakap dari awal-awal dan last-last sekali pun saya dibuktikan berada di pihak yang hak (vindicated).
Contohnya, kan saya cakap evangelista DAP itu hipokrit dan akhbar J-Star sebenarnya melaksanakan agenda Kristian pembangkang? Baru sekarang mata PAS dibuka dan PMO juga sudah sedar bahawa media MCA itu gunting dalam lipatan. I TOLD YOU SO!
Dulu bukan main dicemuh buatnya saya.
re: “Itu pun, ikhtiar terakhir untuk menurukan Najib setelah semua ahli-UMNO sudah buta-perut, takut putus rezeki atau kekenyangan termakan dedak yang ditabur Najib.”
ya ke?
Sebanyak 3.5 juta orang ahli Umno (dan 1.6 juta anggota PAS yang enggan bersekongkol dengan Tun-DAP) semua buta-perut belaka tetapi kenyang dengan dedak, konon.
Yang celik dan suci murni hanya geng pemberontak Tun yang mampu menjelajah ke ibukota-ibukota Eropah mahupun dia (Datuk Khairuddin) seorang diisytihar muflis. Tapi dia tak makan pun walau sebiji dedak yang ditabur Tun. Bukan gitu?
re: “Setakat Khairuddin dan Anina diberi upah atau beri-dedak, saya rasa, tuduhan itu tak berapa kena pada tempatnya. Seolah-olah, bila kita sendiri makan dedak, kita anggap pihak lain pun maka-dedak juga.”
Itulah! Apa yang disebut RD memang satu gambaran yang tepat sekali bagi Protun Annie — the Liar & the Fraud. Seolah-olah, bila Annie sendiri makan dedak, dia anggap pihak lain pun maka-dedak juga dan suka melontarkan tuduhan terhadap orang lain yang tak kena pada tempatnya.
Blogger Protun yang hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong … rejected by Umno Johor, rejected by PMO, ejected by NST. Akhir sekali, sanggup tidur sebantal dengan Dapster dan Cina ultra.
ATAS: Screenshot @ http://lifeofaannie.blogspot.com/2016/01/remembrance-and-umno-now.html
re: “Lagi pun Anina dan Khairuddin, bukan blogger.”
Annie Anakin blogger, kucing besar nyawa sembilan dan sesumpah.
Mahu komen satu point saja dari yang banyak keluar di atas –
RD kata: “Seolah-olah, bila kita sendiri makan dedak, kita anggap pihak lain pun maka-dedak juga.”
Helen kata: “Itulah! Apa yang disebut RD memang satu gambaran yang tepat sekali bagi Protun Annie ..”
Ini pendirian biasa DAP – coba menepis tuduhan dengan menuduh pihak lain. Di gelar cakap tak serupa bikin.
Apo nak di kato?
Aiish!
Annie Anakin yang dok pandai menuduh-nuduh, merekayasa and mencipta fitnah. Kian hari si Protun kian mirip Dapster.
FAKTA: Bukankan blog Life of Annie sekarang sudah UBAH menjadi Sarang Dapsters? Cuba tanya soalan ni kat kawan kita ‘RD’, sama ada betul tak?
Bukankah orang selalu yang selalu first to comment itu adalah Si Alphabet Soup, yakni letnan cytro Komtar? Bagai isi dengan kuku jadinya puak Cina ultra dengan Protun.
Bukankan rentetan komen-komen Anon yang dahsyat mendajjal itu berpunca dari RBA?
Regulars dan peminat tegar Protun Annie sendiri pun komplen dah @ http://lifeofaannie.blogspot.com/2016/03/about-guan-engs-nice-house-and-not-so.html
Banyak jawapan Helen itu boleh di counter comment. Tapi memadai dengan di tunjal (pun intended) dengan yang berikut sahaja:
Takda soal tersentak di pihak Protun. Ha nya di pihak Projib. Antara sebab nya –
1. Ramai yang datang awal menunggu di Convention Centre itu dua jam sebelom majlis bermula, takut tak dapat tempat gamak nya
2. Tun dan Zaid buat himpunan secara bertanggung jawab, di convention centre, bukan demo jalanan, bukan Arab Spring seperti ada yang mengarut mengata begitu
3. Najib ada tersentak sebab ada rayuan kapada Raja Raja supaya memberi perhatian terhadap kepincangan negara sekarang dan terhadap gerakan “Selamatkan Malaysia”
4. Gerakan itu berterusan, mahukan 1 juta tanda tangan menyokong “Selamatkan Malaysia”. Ahad berhimpun di di Shah Alam, Isnin di Ampang di mana Tun jugak memberi ucapan
5. Selagi Najib tak undur atau di gantikan, selagi itu lah gerakan “Selamatkan Malaysia” berterusan. Kes 1MDB dan RM2.6 bilion pun tidak akan selesai, hingga sekarang pun PAC tak dapat bentangkan laporan ke Parlimen.
6. Sebagaimana telah di huraikan acap kali, SPRM akan terus menyiasat dan Peguam Negara Apandi tidak dapat ketepikan pendapat boss nya selama 10 tahun di masa dulu, Abu Talib Othman, dan pendapat bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi, bahawa Apandi salah mengarahkan SPRM hentikan siasatan keatas 1MDB.
7. Maalumat baru boleh timbul dalam berbagai bentuk dan berbagai rupa. Termasuk “individu” yang mengelolakan “pelaburan” (bukan derma) RM2.6 bilion itu.
re: “Takda soal tersentak di pihak Protun. Hanya di pihak Projib.”
Protun yang menampakkan diri terdesak (desperation). Najib selamba jer. Tengku Li pun sokong Najib. Ketua Penerangan Umno kata Kuli difitnah DAP.
re: “Ramai yang datang awal menunggu di Convention Centre itu dua jam sebelom majlis bermula, takut tak dapat tempat gamaknya”
Laporan-laporan media menyatakan jumlah hadirin sekitar 700 orang saja. Muka-muka atas pemtas pun wajah basi pembangkang … Ambiga, Mat Sabu, Grandpapa Dapster dan geng sewaktu dengan mereka.
re: “Tun dan Zaid buat himpunan secara bertanggung jawab, di convention centre, bukan demo jalanan, bukan Arab Spring”
Acara Easter Sunday (Mac 27) itu sekadar pemangkin. Demo jalanan akan bermula dua tiga hari nanti — lihat poster bawah.
re: “Najib ada tersentak sebab ada rayuan kapada Raja Raja supaya memberi perhatian terhadap kepincangan negara sekarang dan terhadap gerakan Selamatkan Malaysia”
Sepatutnya Malaysia diselamatkan daripada ancaman Kristianisasi oleh puak evangelista.
re: “Gerakan itu berterusan, mahukan 1 juta tanda tangan menyokong ‘Selamatkan Malaysia’.”
Gerakan mereka mendapat sambutan hambar. Setakat ini berjaya mengumpul hanya kira-kira 100,000 tandatangan saja. Inipun kita terpaksa take their word for it kerana Google Forms yang mereka guna tidak menunjukkan live feed kutipan tandatangan.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2016/03/29/save-malaysia-must-face-the-hard-truth/
https://docs.google.com/forms/d/1vuIKdnzoDln2d5_v07kz1vgUZByV4EILmecK7NjYh54/viewform?c=0&w=1
Malaysia ada 30 juta orang penduduk. Setakat 100,000 tandatangan yang sokong Deklarasi Mahathir itu tak mencecah pun 0.33% (kurang setengah persen).
re: “Ahad berhimpun di di Shah Alam, Isnin di Ampang di mana Tun jugak memberi ucapan.”
Tun bercadang untuk menjelajah seluruh pelusuk negara demi menghasut orangramai.
re: “Selagi Najib tak undur atau digantikan, selagi itu lah gerakan ‘Selamatkan Malaysia’ berterusan.”
Ini usaha memporak-perandakan Malaysia.
re: “Kes 1MDB dan RM2.6 bilion pun tidak akan selesai”
Pelan ‘rasionalisasi’ Arul Kanda hampir disempurnakan dah. Bila tamat nanti, penutup tirai. ‘Abis cerita.
re: “hingga sekarang pun PAC tak dapat bentangkan laporan ke Parlimen”
Kalau PAC buat cepat-cepat, dituduh pula menjalankan whitewashing. Buat (dengan pantas) tak betul; tak buat pun tak betul.
re: “Abu Talib Othman, dan pendapat bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi, bahawa Apandi salah mengarahkan SPRM hentikan siasatan keatas 1MDB.”
Mantan Peguam Negara ATO dan dan bekas Ketua Hakim Negara ZA kedua-dua adalah pesara, sama macam Tun. Kita dengar cakap si pemegang jawatan (office holder) masakini.
re: “Maalumat baru boleh timbul dalam berbagai bentuk dan berbagai rupa. Termasuk “individu” yang mengelolakan “pelaburan” (bukan derma) RM2.6 bilion itu.”
Dah banyak maklumat dan penjelasan yang diberikan oleh pentadbiran Najib. Ianya Tun yang tidak mungkin puas hati dan mahu terus meleter.
Surf online sikit2 nak dengaq apa depa naik pentas nak gebang. Manatau ada yg nak pelawa beli banglo tanpa swimming pool at grand sale knockdown harga runtuh.
Alamak..same faces, same drama, same plot sekadar tukaq tajuk drama dan ganti lead actors aje (yg lama dah mati). Skrg minda generasi muda depa tak gemar dengaq orang2 tua beletiaq – tak bawa manfaat bagi membina masa depan depa. Depa kalut surf perkembangan2 macam ni;
http://beebom.com/2012/07/interview-with-indias-youngest-ceos
Kalau nak dengaq parrot..baik pi zoo negara atau zoo taiping.
Anybody still proud to be an UMNO member ?.
Masa Dr.M jadi PM dulu, ada juga kita nampak orang pakai t-shirt UMNO bersiar-siar di tempat-tempat awam.
Dibawah Pak Lah, kemudian Najib, saya rasa mereka sudah malu nak pakai apa-apa yang tertera lambang UMNO atau BN. Sticker dibelakang kereta pun susah nak nampak, sekarang ni.
RD
Zaman TDM dulu setakat ada telex teleprinters aje.. dah tak pakai lagi sekarang tau..
Mesin2 telex dulu rakyat tak mampu nak beli guna kat rumah. Nak tau berita rakyat kena melepak kat kedai kopi, bawah2 pokok kat surau, di tempat-tempat awam….. nunggu burung2 kakak tua bawa berita.
Sekarang dok dalam jamban tekan2 butang fon pun berita satu dunia bole baca.
Tak payah pakai TShirt..tekan saja butang ‘like’ dalam facebook2 najib (2,990,174 likes) atau facebook2 UMNO lain pun dah cukup.
Dalam keadaan sekarang, tak perlu pamir, janji masa PRU, tetap undi BN/PAS, mengikut kesesuaian.
Janji DAP/PKR/PR/PH/AMANAH tidak dinaikan. Enough is enough
mai la kita pakat2 sabaq demi agama islam, melayu dan tanah melayu, bkn umno bkn najib