Ya, inilah satu topik hangat dikalangan rakyat sekarang. Patutkah kedua parti Melayu dan Islam ini berkerjasama. Saya tidak akan memberi pandangan kosong sahaja tentang soal ini, tetapi seperti biasa dalam artikel ini saya berhujah bersandarkan empirical analysis, ia itu berasaskan kajian data sebenar dengan menggunakan pendekatan regression analisis keatas data-data PRU 13, PRU 12 dan juga PRU 11, meliputi jangkamasa 10 tahun dari tahun 2004 hingga 2013.
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pengikut-pengikut semua artikel PRU 13 terdahulu yang mencecah tidak kurang daripada 100,000 orang pengunjung. Terima kasih kepada blog-blog, warga internet yang memberi komen sama-ada yang membina mahu yang kritikal. Terima kasih juga kepada mereka dari kalangan pemimpin politik dan journalist dari agensi seperti The Star dan Bernama yang telah menghubungi saya.
Untuk merungkai isu ini, ingin saya menyatakan saya bukanlah seorang ahli parti UMNO atau parti PAS tetapi hanyalah pengkaji bebas dan memberi pandangan secara ilmiah…