Din Turtle dalam kenangan (1966-2016)

November 21, 2016 at 7:14 pm 5 comments

Din Turtle pulang ke rahmatullah

din-turtle

Dikenangi oleh Tan Sri Sanusi Junid 

Innalillahi wainna ilaihi roaji’un.

Tidak ada kata-kata yang dapat memaparkan perasaan saya dengan kepulangan ke rahmatullah seorang sahabat seperjuangan.

Din ialah seorang blogger yang miskin tetapi berprinsip dan tidak dapat dibeli dengan wang.

Pernah beliau ditawarkan RM3,000.00 ke RM5,000.00 sebulan hanya untuk berhenti menulis lagiDengan ikhlas beliau mengaku menerima RM3,000.00 untuk sebulan, tetapi beliau menyesal dan tidak mahu menerima lagi walaupun bayarannya hendak ditambah.

Pada bulan puasa yang lalu beliau berhasrat untuk berhenti menulis kerana ingin menjadi kakitangan sekuriti di sebuah pasaraya di Kuala Trengganu untuk mengawasi keselamatan mereka yang menjual kueh-mueh di bulan puasa. Elaunnya hanya RM2,000.00 dan katanya untuk belanja hari raya. Setelah beberapa hari beliau tidak sanggup berhenti menulis dan terus berhenti kerja.

Dalam pertemuan terakhir saya dengannya beliau berkata, walaupun keadaan beliau tidak mewah dia tidak mahu jadi macam ikan di kolam Ho Chi Minh, tidak mahu pakai cermin mata hijau yang hendak diberi oleh Pak Warso, tidak sanggup tertangkap seperti beruk di Afrika dan akhir sekali beliau tidak mahu jadi seperti burung yang makan dedak di Denmark.

Jelas sekali Din sentiasa mengikuti blog saya sebagaimana juga saya banyak belajar dari blognya.

Din tidak sempat melihat hasil dari perjuangannya; tetapi, yang penting ialah niat yang betul dan suci dalam mengendalikan perjuangan, kerana hasilnya nanti Allah swt yang menentukan.

Sama-samalah kita berdo’a semoga Allah swt menerima semua ibadatnya, mengampun semua dosanya dan meletakkannya disamping mereka yang dikasihiNYA. — Sanusi Junid 

 

Advertisements

Entry filed under: Uncategorized. Tags: .

Marina: “Najib is living in fear” RUU 355: Reps from MCA forget they’re elected by Muslims

5 Comments Add your own

  • 1. Abdullah  |  November 21, 2016 at 8:29 pm

    AlFatihah.

    Biar miskin harta, jangan miskin harga diri, mudah dibeli dengan dedak.

    Reply
  • 2. MeorUsa  |  November 22, 2016 at 1:51 am

    Al fatihah.
    Ty Sis.
    I am proud to come from the same town,Kuala Terengganu.
    I am proud of him.
    Independent.

    Reply
  • 3. Orang Kampung  |  November 22, 2016 at 8:37 am

    Saya juga adalah pembaca setia Dinturtle. Sesungguhnya perjuangan beliau benar-benar memberi inspirasi kepada saya. Insha Allah, saya akan meneruskan legasi perjuangan beliau demi alif ba ta.

    Din, krtikanmu, teguranmu benar-benar datang dari hati yang tulus ikhlas tanpa mengharapkan sebarang imbalan. Perjuanganmu tidak mampu dibeli oleh wang ringgit. Malah, engkau lebih suka memilih untuk meneruskan perjuangan daripada berhenti menulis kerana wang ringgit. Pilihanmu memang tepat, Din.

    Din, aku rindukan tulisanmu. Biarpun kekadang engkau menggunakan bahasa yang agak kasar sedikit. Tapi tak mengapa, kerana aku faham susahnya nak melentur buluh yang dah keras.

    Din, aku nak kau tau bahawa perjuangan kau tak sia-sia. Kau telah menyedarkan beribu-ribu umat melayu dari khayalan. Insha Allah, keputusan PRU-14 nanti, adalah cerminan daripada usaha keras kau selama ni kerana ramai orang melayu telah sedar dari lena yang panjang. Akan tiba masanya untuk Tsunami Melayu memberi kejutan kepada pihak-pihak yang berkenaan.

    Al-Fatihah buat Dinturtle Si Pejuang Melayu.

    Reply
  • 4. Abdullah  |  November 23, 2016 at 11:40 am

    Al-Fatihah kepada arwah Abang Din yang sungguhnya berjasa kepada maslahah kemasyarakatan.

    “Dan (dia berkata): “Hai kaumku, aku tiada meminta harta benda dari kamu (sebagai upah) bagi seruanku. Upahku hanyalah dari Allah.”
    [Quran, Hud: 29]

    “Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah”
    [Quran, Al Baqarah: 165]

    “Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak juga oleh jual beli dari mengingati Allah, dan dari mendirikan sembahyang (khusyuk pada Ar-Rahman), dan dari membayarkan zakat (demi kebajikan masyarakat). Mereka takut kepada suatu hari yang (pada hari itu) hati dan penglihatan akan tercabar dahsyat.”
    [Quran. An Nur: 37]

    Reply
  • 5. Qalam Qabut  |  November 23, 2016 at 10:02 pm

    Aku menangis.

    Sudah beberapa bulan aku tidak mengomen di mana2. Tetapi hari ini aku terpanggil untuk mencoret sedikit rasa hati untuk sahabat aku ini.

    Dia sahabat baik aku dan kami sehaluan dari awal perkenalan hingga ke hari ini. Kehilangannya cukup mengharu hati aku.

    Al Fatihah.

    Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Recent Posts

Kalender

November 2016
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Pengunjung

  • 7,478,184 hits

Archives

Feeds


%d bloggers like this: