Salah KJ tidak mampu menarik pengundi muda

May 18, 2018 at 3:04 pm 13 comments

Ada hikmah juga di sebalik malapetaka yang menimpa. Sekurang-kurangnya Khairy Jamaluddin tidak lagi jadi menteri.

Salah satu sebab utama kenapa BN kecundang di PRU14 berpunca daripada kelemahan dan ketandusan ide KJ sebagai Ketua Pemuda BN. Dia asyik saja kejar glamer dan mengangkat profil peribadi tetapi kurang manjalankan usaha-usaha politik yang berkesan mahupun bermakna.

Sebenarnya Umno masih mengekalkan tahap sokongan yang cukup mantap. Cuba tengok pada keputusan pilihanraya di kerusi-kerusi parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar umpamanya yang menyaksikan persaingan tiga penjuru.

Ketika pilihanraya kecil di Sungai Besar, Selangor pada tahun 2016, calon Umno Budiman Mohd Zohdi memperolehi sebanyak 16,800. Dalam pilihanraya 9 Mei baru-baru ini, beliau – sebagai penyandang jawatan atau incumbent – meraih 16,636 undi.

Prestasi Budiman hanya menyusut sekadar 164 undi (lihat bawah).

Pilihanraya kecil 18 Jun 2016


 

Pilihanraya 9 Mei 2018

Kerusi Kuala Kangsar, perbandingan 2016 / 2018

Manakala di kerusi parlimen Kuala Kangsar, Perak pula, calon Umno Mastura Mohd Yazid mendapat 12,653 undi apabila bertanding pilihanraya kecil dua tahun lepas.

Kali ini (2018), beliau mengutip undi 12,102 undi lalu mempertahankan kerusinya dengan berjaya.

Pilihanraya kecil 18 Jun 2016


 

Pilihanraya 9 Mei 2018

Khairy tidak menaikkan semangat orang pro-kerajaan

Merujuk kembali kepada kerusi parlimen Sungai Besar, calon PAS Dr Abdul Rani Osman mendapat jumlah undi 6,902 dalam pilihanraya kecil 2016 sementara rakan seperjuangannya Salleh Husin mendapat jumlah undi 7,220 dalam pilihanraya baru-baru ini.

PAS memperlihatkan peningkatan 318 undi di Sungai Besar jika dibandingkan pencapaian tahun 2016 dengan tahun 2018.

Namun sebenarnya penyokong setia Umno tidak berganjak pun. Diberikan mereka 16,800 undi bagi Umno Sungai Besar (2016) dan 16,636 undi selang dua tahun kemudian.

Yang parti Tun Mahathir menang PRU14 di Sungai Besar itu gara-gara sokongan pengundi muda ataupun didorong pemilih yang buat julung kalinya mendaftar untuk buang undi.

Sungai Besar mempunyai 42,655 pengundi pada tahun 2016 dan 48,739 pengundi pada tahun 2018. Jumlah pengundi Sungai Besar telah bertambah seramai 6,084 orang.

Pasti pihak jawatankuasa kerja Harapan dan macai-macai mereka begitu rajin dalam memikat golongan belia di kala Ketua Pemuda Umno sedang sibuk berzumba serta forward planning dengan setiausaha akhbarnya Regina Lee.

BAWAH: Khairy O Khairy

Advertisements

Entry filed under: Duri dalam Daging. Tags: .

Mob justice meted out to Najib will backfire on Dapsters Pendidikan aliran Cina wajar dimansuhkan segera, kalau ikut logik DAP

13 Comments Add your own

  • 1. Concerned rakyat  |  May 18, 2018 at 3:43 pm

    Dear helen
    Very true.KJ was popular with the youths but it was for self glory.he was able to attract the youths to him but not to umno.he is an elitist.period.

    Reply
    • 2. Dah Terhantuk  |  May 18, 2018 at 8:00 pm

      Absolutely true,
      A netizen once commented following the Tahfiz Children School arson case, there’s something terribly wrong with our youth. Unfortunately, our ex-minister of sports and youth seems to glorify and concern himself with sports and completely forgot about youth.
      That opinion holds true in all aspects concerning youth ranging from akhlak, education, love for the country, nation building, the underprivileged youth of rural area etc etc..with the exception of sports I guess, even that, the glory actually belongs to the hardworking sportsmen and women.

      Reply
  • 3. Melayu Kampung  |  May 18, 2018 at 9:47 pm

    KJ was no longer the poster boy once Syed Saddiq had emerged. Apart from SL1M, he was nowhere to be seen. Once Rafizi made claims that KJ had a hand in that PKR fella disqualification from contesting did we hear about him. Other than that, ziltch.

    With UMNO now on the brink of total annihilation, there are no one good and clean enough to lead UMNO. Even though I despice UMNO during the Najib ass-licking era, now I want them to succeed. Lead by a new and fresh face. We need a strong UMNO and BN to put PH in check. With brader Anwar being cut loose, it won’t be long before PH start to crumble. He’s just too power hungry. So please UMNO and BN, wake up!!

    Reply
  • 4. pemerhati  |  May 18, 2018 at 11:10 pm

    kelemahan KJ ialah menggerakkan jentera pemuda utk mempertahankan presiden umno dr terus diserang, strategi lwn menyerang presiden habis2an krn jika presiden jatuh maka umno juga akan jatuh.. terbukti benar. kalau dulu mrk menyerang BN n umno sbg organisasi kini mrk beralih kpd pembunuhan karakter, bila karakter najib sudah mati maka apa kebaikan yg dilakukan sekalipun tdk membawa apa makna lg, tukarlah 100 presiden sekalipun tdk memberi impak jika strategi lwn gagal dibaca.

    Reply
  • 5. Setem  |  May 18, 2018 at 11:46 pm

    My goodness Helen.

    You still didn’t get it, why BN lost in GE14.

    Why are you keeping on denying the obvious fact that it was all Najib’s fault that BN lost in GE14?

    What do you have to gain by not putting the blame on Najib?

    I don’t understand your obstinacy in accepting the facts that the country was saved from a major social disaster when BN lost.

    Even my brother in law who is a fierce UMNO supporter has accepted the fact that Najib had killed UMNO and BN.

    Your sense of logic has disappeared due to your blind loyalty to a THIEF.

    Shame on you Helen. You sudah rosak, beyond repair.

    Reply
    • 6. shamshul anuar  |  May 23, 2018 at 6:01 pm

      helen,

      The question now is “who should lead UMNO”.

      Zahid is not that convincing. KJ is not that “trusted” within UMNO circles. Hishamuddin? Expected choice. But what about other UMNO leaders?

      There are several respected UMNO leaders. What about Mohd Hassan, the former MB of NS. He is well liked, respected and able to articulate well.

      Mohd Hassan is humble and quite popular. The problem with UMNO’s who and who IS THAT UNTIL TODAY THEY STILL CANT GET OVER the PRU 14.

      Move on please. I have not heard UMNO questioning Tun for allowing Guan Eng to be MInister of Fnance when he still has a court case.

      And no word at all to Tun for appointing Mohd Sabu as Minister of defense? And why not UMNO “basuh”PH Govt when until today Malaysia still does not have Minister of Foreign affair.

      AND WHAT IS IT hat until today MB of Perlis has yet to be appointed. UMNO won the state.

      “Banyak negeri terlepas dari UMNO. tapi bila menang kat Perlis, buat lembut lembai. Susah ka nak lantik MB ?

      Reply
  • 7. Zai  |  May 18, 2018 at 11:51 pm

    Helen..sbrnya salah semua yg berada dlm.umno especially yg berada di atas..snow ball effect.

    Sbrnya ada hikmah yg sgt besar utk kita fahami..hanya yg bijaksana sahaja yg mahu belaja dari kesilapan dan bangun semula utk.menjadi lbh baik.Teruskan berkarya Helen

    Reply
  • 8. Zai  |  May 18, 2018 at 11:53 pm

    Teruskan berkarya Helen Ang..

    Reply
  • 9. 1malaysiakini  |  May 19, 2018 at 12:35 am

    hmm..
    i must agree with this..
    he seems to be like… “hmmm… whatever…” with this GE
    kinda ikut korang la..
    and didnt make much effort to boost the youth or try to be a champion in winning youth undis..
    just keep quite and menyesal? for didnt inform tsn about grassroot complaints.. errr.. what was tht..? was tht, ‘i hope we loose this time’?

    Reply
  • 10. kimi  |  May 19, 2018 at 12:40 am

    bukan salah kj semata ttp kerana gelombang fitnah yang telah dimainkan oleh anak cucu dajal sepuluh tahun lama nya di biarkan meracuni fikiran sesetengah anak muda melayu yang tak berapa bijak

    Reply
  • 11. g  |  May 19, 2018 at 3:55 am

    Don’t trust him

    Reply
    • 12. wawe  |  May 19, 2018 at 11:21 am

      Do not trust dap.

      Reply
  • 13. JoelH  |  May 19, 2018 at 10:58 pm

    bagi lah duit…wang..cash

    Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Recent Posts

My blog, my like

Helen Ang

Archives

Pengunjung

  • 7,830,454 hits

Kalender

May 2018
M T W T F S S
« Feb   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

%d bloggers like this: