Pendidikan aliran Cina wajar dimansuhkan segera, kalau ikut logik DAP

May 19, 2018 at 12:40 pm 4 comments

Retorik “Saya bukan Cina” yang dicanangkan DAP pada asasnya tidak mendokong kesinambungan SJK (C).

Andaikata betul-betul orang DAP itu bukan Cina, maka apa perlu untuk kerajaan teruskan lagi sistem persekolahan Cina yang dikira begitu divisive (memecah-belahkan kaum) oleh penganut Bangsa Malaysia.

Ini DAP sudah mengaku bukan Cina, lantaran kewujudan sekolah Cina tidak mendatangkan manfaat dan sia-sia sahaja.

Masyarakat Tionghua – yang menzahirkan sokongan padu mereka terhadap DAP – tidak mempunyai minat atau naluri keCinaan yang perlu ditampung menerusi penerapan aliran khusus bahasa Cina.

VIDEO: Guan Eng bukan Cina

Mereka bukan Cina; juga tak perlu ‘Melayu’ dalam MyKad

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng tidak menganggap dirinya Cina. Sebaliknya Guan Eng menyebut dia seorang “Malaysian”.

Pendiriannya adalah selaras dengan prinsip ‘Malaysian Malaysia’ yang sering dilaung-laungkan oleh parti DAP.

Ahli parlimen DAP yang paling gila publisiti, Hannah Yeoh juga pernah menegur: “Tak ada orang halang kalau anda memilih untuk menjadi Melayu. Tapi ia tak perlu ada dalam IC”.

Hannah telah dipetik akhbar Sinar Harian sebagai menyifatkan etnik seseorang rakyat Malaysia itu tidak perlu dinyatakan dalam MyKad.

Seterusnya dia juga menuntut dengan keras agar sijil lahir anaknya mencatat keturunan kanak-kanak itu sebagai “bangsa Malaysia” dan bukannya ‘Cina’.

 

Advertisements

Entry filed under: Bukan Cina. Tags: .

Salah KJ tidak mampu menarik pengundi muda Tugas pertama bagi Menteri Pelajaran Maszlee Malik

4 Comments Add your own

  • 1. Mat  |  May 20, 2018 at 1:15 am

    Kesemua MP DAP yang berjaya ke parlimen atas tiket PKR adalah Malaysian. Jadi tak munasabah jika masih mahu perjuangkan UEC untuk diiktiraf oleh kerajaan PH. Malaysian mesti perjuangkan pendidikan arus perdana berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara. Tidak boleh bersikap hipokrit mengaku Malaysian tapi mahu iktiraf sistem pendidikan Taiwan.

    Reply
  • 2. KHAMIS B KASIM  |  May 20, 2018 at 7:47 am

    Saya sokong 1001% guna bangsa Msia bukan ikut kaum. Tak perlu SJK(C)/SJK(T). Satu Bahasa rasmi iait Bahasa Melayu. Bagaimanapun status bumiputra perlu wujud sprt dlm perlembagaan.

    Reply
  • 3. Surrhead  |  May 22, 2018 at 6:26 pm

    ni nak kena ubah perlembagaan ke?

    Reply
    • 4. Realiti  |  May 22, 2018 at 10:43 pm

      Tak perlu ubah perlembagaan kerana perlembagaan tak kata penubuhan sekolah vernakular harus dibuat/diteruskan.

      Apa yang dikatakan atau dilindungi dalam perlembagaan hanyalah hak mana-mana orang untuk mengguna (selain bagi maksud rasmi), mengajarkan atau belajar APA-APA BAHASA lain (selain bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu).

      Perhatikan “apa-apa bahasa” (BUKAN apa-apa sekolah vernakular).

      Mana-mana bahasa boleh dipelajari di sekolah kebangsaan yang
      mengajar hampir semua subjek dalam bahasa kebangsaan (bahasa Melayu).

      Boleh saja ada subjek bahasa pilihan/elektif seperti bahasa Arab, Mandarin, Hokkien, Kantonis, Tamil, Jepun, Perancis, Korea, Rusia, Iban, dsb. diajar di sekolah kebangsaan.

      Jadi, hentikanlah semua sekolah vernakular yang hanya menjarakkan lagi rakyat Malaysia.

      Bahkan, rakyat Malaysia pun masih ramai tak boleh bercakap Bahasa Kebangsaan.

      Tambahan pula, penekanan melampau bahasa Inggeris hingga ada yang hanya tahu bercakap Inggeris dan berbahasa rojak (separuh ular, separuh belut),

      Ada yang pula berkata, “Buat apa kuasai atau bertutur bahasa Melayu kalau rata-rata ramai yang boleh faham bahasa Inggeris dan kebanyakan maklumat (papan tanda dsb) telah ada dalam bahasa Inggeris di Malaysia?”

      Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Recent Posts

My blog, my like

Helen Ang

Archives

Pengunjung

  • 8,033,185 hits

Kalender

May 2018
M T W T F S S
« Feb   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

%d bloggers like this: