Posted in Bukan Cina

Tugas pertama bagi Menteri Pelajaran Maszlee Malik

Sepucuk surat kepada pengarang bertajuk ‘Bold move needed to forge Bangsa Malaysia’ diterbitkan hari ini dalam akhbar The J-Star. Ianya ditulis Lt Gen. Tan Sri Abdul Ghani Aziz (R) TUDM.

Dalam suratnya, beliau menyeru Perdana Menteri agar merombak sistem persekolahan kebangsaaan beserta melaksanakan kerangka “just one school for all Malaysians” – sebuah cadangan yang mengimbas kepada syor ‘Satu Sekolah Untuk Semua’ yang pernah dikemukakan seketika dulu.

Ghani juga berkata:

•  “With this result and the mood arising from GE14, we now have an opportunity to bravely build a country with one national identity [beyond racial divide]”

 “For too many years we, particularly those in Peninsular Malaysia, have witnessed our children being polarised into racial groups as the Malays attended national school while a great majority of the Chinese went to Chinese school and Indians opted for Tamil schools.”

 “From the mood demonstrated after GE14, it appears that we now have the opportunity to finally develop this ‘Bangsa Malaysia’ that is blind to race, ethnicity or religion. But this can only happen if all children aged seven to 17 years grow up together by going to the same school where they can learn to interact, study and play with each other.”

‘Tak kenal maka tak cinta’

Tan Sri Ghani menganggap kewujudan sekolah vernakular selama ini telah mengekang pemupukan semangat perpaduan negara. Beliau mengesyorkan supaya anak-anak kita disekolahkan di bawah satu bumbung sepertimana berlaku di Indonesia dan Negeri Thai malah di mana-mana negara di dunia.

Mengikut beliau, di bawah payung konsep Satu Sekolah, para pelajar yang beragama Islam boleh diajar bahasa Arab bagi mereka menghayati kitab suci Al-Quran manakala murid-murid Cina, India dll boleh diajar matapelajaran bahasa ibunda masing-masing dengan matlamat menggalakkan kelangsungan budaya majmuk.

Pastinya pendokong-pendokong kuat Bangsa Malaysia, contohnya Hannah Yeoh, Lim Guan Eng dan bapanya Kit Siang, akan amat mengalu-alukan langkah berani untuk membentuk Satu Sekolah di mana penuntut tidak lagi diasing-asingkan mengikut keturunan.

Pasti juga pemimpin “bukan Cina” seperti Guan Eng dan Hannah melihat sekolah Cina dan Tamil sebagai rasis, tidak begitu?

Ketum DAP Lim Kit Siang mahu umum memberi peluang kepada Menteri Pelajaran Maszlee Malik untuk menjalankan kerja dengan sebaik mungkin.

Saya rasa orangramai yang cenderong kepada Satu Sekolah boleh menghantar petisyen kepada Maszlee untuk menyemak sistem kolot sekolah vernakular yang sedia ada dan berusaha membina satu sekolah Malaysia yang dikongsi bersama oleh semua Bangsa Malaysia.

 

Author:

I have no Faceook or Twitter.

4 thoughts on “Tugas pertama bagi Menteri Pelajaran Maszlee Malik

Comments are closed.