Posted in #NotMyPM

Kejinya pengundi PAS di kaca mata Kit Siang

Dalam kenyataan media beliau hari, Lim Kit Siang berkata:

“In the 14th General Election, Pakatan Harapan secured 48.3% of the popular vote, while Barisan Nasional secured 33.9% and PAS 16.6% of the popular vote.

“However, I do not believe that 33.9% of the popular vote which supported Barisan Nasional, in particular Umno, candidates would have done so if they fully understood that their vote would be regarded as a vote for Malaysia continuing as a global kleptocracy and the slew of abuses and excesses of power under the Najib premiership.

“Similarly, I do not believe that there would be 16.6% of popular votes for PAS if these voters had realised that this popular vote would be used to prop up Datuk Seri Najib Razak as Prime Miniser and Malaysia continuing as a global kleptocracy scorned and humiliated by the world.”

https://m.malaysiakini.com/news/425049

Mengikut kiraan Kit Siang, Pakatan Harapan mendapat 48.3 peratus undi popular.

(1) Angka yang dipetik Kit Siang diperbesarkan sedikit oleh DAP dengan mengira sekali undi yang diraih parti Warisan di Sabah beserta undi yang diberikan kepada calon bebas P. Prabakaran di Batu (kawasan Tian Chua dulu).

Juga, angka yang disebut Kit Siang hanya mengambil kira undi sah sahaja. Beliau telah mengetepikan undi tidak sah, yakni #UndiRosak.

Ada sebanyak 217,083 (anggaran) undi yang mungkin sengaja dirosakkan.

Pada hemat saya, undi rosak sepatutnya dianggap sebagai suara pemilih yang telah memutus untuk menentang kedua-dua Pakatan Harapan dan BN, iaitu mereka berupa pengundi anti-Harapan/BN.

(2) Kit Siang seterusnya berkata 33.9 peratus undi popular yang pergi kepada BN, terutamanya Umno, tidak akan diperolehi BN-Umno jikalau sokongan tersebut betul-betul difahami sebagai membayangkan mereka yang pro-BN itu sebagai tidak mengambil peduli reputasi negara sebagai “a global kleptocracy”.

Pengundi BN turut dibayangkan Kit Siang seolah-olah merestui salah guna kuasa oleh kerajaan Najib.

Tanggapan Kit Siang ini sebenarnya menghina peribadi seseorang pengundi pro-BN. Sesiapa yang mengundi BN diertikan sebagai tidak beretika, konon.

Pandangan Kit Siang sungguh meleset.

Ambil contoh undi saya: Bukannya ‘pull factor’ tertarik kepada BN kerana (mengikut pandangan/cerita DAP) saya ini tak endah dengan isu 1MDB ataupun saya kurang prihatin terhadap kaedah urus tadbir kerajaan BN.

Tuduhan Kit Siang jauh menyimpang.

Jadi kenapa saya boleh pilih BN? Jawapannya mudah.

Undi saya berasaskan ‘push factor’ yang membuat saya enggan mendekati Harapan. Saya yakin DAP bersifat dajal.

(3) Kit Siang juga percaya 16.6 peratus undi popular tidak akan diperolehi PAS sekiranya penyokong PAS dari awal-awal menyedari bahawa sokongan 17 peratus mereka tersebut bakal diperalatkan untuk “prop up” (mengabsahkan) kedudukan Najib Razak.

Si Kit Siang ini memang tukang putar.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa para pemimpin tertinggi PAS adalah bersikap anti-DAP, anti-PAN (parti Mat Sabu) dan untuk sekian lamanya anti-Mahathir.

Pengikut PAS pun ramai yang berpendirian lebih kurang serupa.

Bagaimana pula Kit Siang boleh begitu bijak spin dan jadikan cerita bahawa undi popular 17 peratus untuk PAS digunakan untuk “prop up” Najib?

Nyata Kit Siang memandang serong akhlak orang PAS.

Hakikatnya undi 17 peratus PAS itu tak lain dan tak bukan undi anti-Harapan.

Undi pro-PAS (17%) campur undi pro-BN (34%) yang berjumlah 51 peratus itu bermaksud undi pro-Harapan (45%+) tidak mampu melepasi tahap majoriti mudah.

Lagipun ada sebanyak 123,246 pengundi yang memilih parti nyamuk biarpun calon-colon bebas. Mereka ini tidak condong kepada Harapan.

Mengikut ukuran sahih, Pakatan Harapan hanya memenangi undi “plurality”, iaitu angka paling tinggi tetapi masih belum mencapai 50 peratus. Dalam kata lain, Harapan mendapat majoriti relatif berbanding BN dan PAS.

Ini bermaksud kerajaan Harapan ialah sebuah “kerajaan minoriti”.

 

 

Author:

I have no Faceook or Twitter.

24 thoughts on “Kejinya pengundi PAS di kaca mata Kit Siang

    1. Dalam keadaan tersepit memang lee gone end rasa jittery. Cakap marah2.. Mana nk fikir hal rasuah die. Mana nk fikir janji 100 hari. Dan fikir cara nak buat uturn.

  1. Biarlah LKS dengan pendapat dia.Untuk PRU kali ni saya pilih PH kerana saya rasa BN telah terlampau jauh menyeleweng.Antara Maruah dan Rasuah, saya pilih Maruah dulu, walaupun saya percaya mungkin ada setback pada permulaannya.Ini risiko tindakan yang saya ambil.Sebagaimana Indonesia dan Phillipines, waktu awal pertukaran sudah tentu ada setback.Yang penting, sekarang mereka ni dah stabil kerana rakyat perlu lihat penambah baikan dalam kehidupan mereka dengan mereka memilih pemimpin yang lebih baik dari sebelumnya.Antara Najib dan Mahathir, pilihan saya adalah sejernih air ..tiada ragu ragu.

    1. Temujin,

      Wa Manyak manyak manyak setuju maa aa itu macam punya pikir lor rr .

    2. Saya memang undi BN dan sokong Najib ,keran saya berpandangan Najib lebih baik dari Mahathir.Nak hina hinalah,kan ini demokrasi.Jadi mengenai undi saya LKS salah sama sekali.

      1. Ya,najib lebih sensitif pada keperluan rakyat dari semua golongan.UTC,Klinik 1 Msia,MRT,Pan Borneo, BRIM,kenaikan gaji dan insentif pada penjawat awam,pengukuhan dan bantuan pada pusat tahfiz.

        di zaman dr m,tiada keperluan seperti ini diber perhatian.yg ada projek mega pada kroni seperti KLCC, Putrajaya,Sepang Circuit.tiada bonus penjawat awam apatah lg kenaikan gaji yg setara dgn pekerja swasta.

        Rasuah….ya benar zaman BN mmg wujud sitambah dgn permainan persepsi, tapi di zaman dr m ia lebih berleluasa.tiada kebebasan bersuara dan tiada SPRM utk mengambil tindakan dan tiada internet.segala rasuah dan skandal spt perwaja dan byk lg was swept under the carpet.

        17000 pekerja bakal dibuang,tiada lg pengambilan baru, pelbagai jabatan ditiadakan,pengangguran akan meningkat,gst diganti dgn sst 10% mengikut tokong. PTPN dan tol tidak juga terhapus.tidak mungkin harga barangan akan turun.ini fenomena dunia.minyak dijanjikan rm1.50…mmg hancur ekonomi negara walhal yg dapat manfaat adalah org2 kaya yg mempunyai 3-5 kereta mewah.petronas sekali lagi menjadi kantung duit dr m.

        ekonomi jenis apa yg kita harapkan utk memacu negara.kita sedang moving backwards.tapi inilah Malaysia Baru yg dibanggakan.

        1. What you said is true. Najib creates more public facilities more than Dr M ever did. But keep in mind that no politician is perfect. Dr M is no saint, that’s for sure. However i hope you would take into consideration the billions of debt Malaysia is heading towards, before insisting on your decision. As it is possible for Malaysia to be the next Greece or Venezuela. If Najib wins GE14, 1MDB will continue on their antics, driving the country into even more debt than ever. In terms of economics, it is undeniable that Mahathir have more leverage than Najib. Look back at 1997 financial crisis, we all owe it to Mahathir for that. If so, the candidate to elect on GE14, is evil or the lesser evil. But to solve the immediate problem – the gigantic debt ‘you-know-who’ got us into, who would you pick?

  2. Betul sebab famili saya sokong PAS. Mereka masih anti-Najib dan anti-UMNO/BN. Mereka undi PAS bukan sebab nak teruskan pemerintahan Najib/BN tapi sebab mereka lihat PAS yang paling bersih (kerana tiada pendakwaan rasuah di mahkamah) antara BN dan Pakatan. Jadi tidak betul LKS menuduh dan merendah2 orang PAS sebagai penyokong rasuah.

  3. Its really sickening to see guan eng being very cocky and provocative.he always forgets that he is the government not the opposition.old habits die hard. Very soon he will be scolding anyone who critizes him.aiyah…..tokong will never change.

    1. Guan Eng dah kena tegur dengan Bloomberg. Dia diingatkan bahawa dia sekarang kerajaan bukan pembangkang lagi.
      Tengok lemah pasaran saham sekarang dan ringgit pun nak cecah RM4.00 untuk USD.
      Takut krisis ekonomi melanda kembali. Tapi mungkin masa ini yang boleh digunakan Anwar untuk paksa Mahathir berhenti.

      1. Mungkin juga new game plan baru je bermula…jeng jeng jeng…jgn rasa terlalu selamat tun m

      2. before PRU it’s 3.94, today it’s 3.982, i deal with kastam, i get figures everyday…….the old finance minister used to lie about figures, which the bloomberg bloke says the right thing to do to keep investors in……..LGE is stating the facts, like it or not, that’s the fact, he’s not lying…and we, the rakyat wants LGE to make the figure look better, if not best…….baru la credible nation, not covered by lies and cheats…just imagine if najib takes over for another five years, you guys will still be fooled and rakyat will suffer more……lagi satu, Anwar tak perlu paksa Tun berhenti, nila tiba masa, Anwar will take over procedurally

    2. His ways are only suitable as pembangkang. He does not have the credubility as a leader. He is short tempered, rude and cannot handle criticism. Stii carried away with his old style.

  4. 1.more appropiate, undi rosak can be deciphered as the voter tolak BN/PH/PAS and whatever party in the constituency or just dumb voter who doesn’t know how to vote….i bet you did not see all the undi rosak ballot tickets.

    2. Ya, BN voters sokong penyelewengan. Skrg dah terang rakyat yang selama ni bayar hutang 1mdb, malahan akan bayar interest yg akan datang jumlah 143juta…….tapi ada lagi malaun yg still sokong najib dan BN, walaupun dah tau kena kencing basah kuyup…..yg i paham, ada mat kencing, dan seorg lagi dilabel dajjal, tapi i still support mat kencing…….level bodoh lain mcm tu…..

    3. You can check on comments before PRU to verify the sentiment of PAS UGing with BN……it’s so clear, i was verified by a PAS supporter too, plus Hadi was ready to kiss with UMNO, but not PH…which means PAS condones corruption, as long as it’s a Malay and Muslim doing it…..but the forces of nature is so great, and PAS is sent back to it’s shithole with a lesser win than PRU13

    PRU13, barisan was in power, although being a minority gov, but you have no say for that?? what does that makes you?? i can’t seem to find a word.

    1. Phitnah group is still behaving like pembangkang. Their new taste of power was based on lies and slander. And they keep doing so even when they hv bn given the chance by the blind society and supporters. They are fake people for willing to forget each others’past misdeeds just to gain power.
      They were the ones who hurled negative remarks to each other like nepotism, cronysm and other crimes. What they accuse of their enemies are just politically driven, full of double standard and political stunts. May be they suit each other for their manouvering ways.

      1. “Their new taste of power was based on lies and slander. ”

        You mean like when they continuously exposed the 1MDB scandal and the BN machais called them liars for doing so? Is that the slander you are talking about? Wake up lah, it’s all unrevealing now and many of your heroes will be behind bars soon. Try not to burst a blood vessel when that happens.

  5. Saya pun hairan dgn tuduhan2 Pas nak UG dgn BN. Yg saya tengok kat Perak, 3 Umno (BN) yg sokong Pakatan sampai berjaya bentuk kerajaan negeri. Kat Kedah pun kes yg sama.
    Mananya yg Pas UG dgn BN.
    Surrhead, cuba awak beri pencerahan sikit

    1. Sabar la bazil. Nanti kita bukak bukti duit rm90j ok? Jangan lupa pulak yek akuan bersumpah rapizi pasal bende ni.

      Nanti dah bukti jelas depan mata ko nak buat apa yek? Ni bukan soal ya atau tidak. Tunggu masa je.

      Gila kau, kalau buat ug depan2 memang mampus keras la PAS nanti. Mesti la nak kena ug belakang2. Supaya orang mcm bazli still ada!

      Lihatlah pemimpin ko. Yang konon pergi mendengar taklimat arulkando 1mdb, si timbalang presideng tuan man dan konco2nye. Puas ati lepas kena kencing hancing dengan arulkonde selama 2 jam. Masih tak nampak lagi? Padahal bersepah orang PH menyatakan kekalutan dlm 1mdb tapi puak tinggi pas pueh hati selepas 2 jam? Ini pemimpin yg kamu ikut?

      Yang ug belakang ni kamu tunggu lah. Ni bukan ya atau tidak. Ni soal tunggu je kejap lagi kena bongkar.

    2. Mohd Bazli, ko nak berdalih, gua takder hal……Pas tak UG lepas PRU sebab tak memberi kelebihan langsung….kalau ada gomen tergantung hari tu, Hadi mmg nak UG dgn BN atas nama Melayu dan Islam berkuasa…..mungkin kerana niat jahat, itu yg tak termakbul…..https://www.youtube.com/watch?v=2JLjHRT1G48

Comments are closed.