Posted in CLUELESS

Tolong buang TalentCorp juga

#NotMyPM semalam mengumumkan bahawa agensi Pemandu akan dibubar secepat mungkin. Tindakan Tun Mahathir ini saya sokong seratus peratus. Tepuk bahagia.

Mengimbau pemerhatian empat tahun lepas

Pada 24 Disember 2014, saya telah mengajukan soalan kepada pembaca-pembaca blog ini yang berbunyi “Bubar aje unit Pemandu tu, anda setuju?”

Seramai 770 orang pembaca memberi respons kepada tinjauan pendapat saya itu dengan 577 undi bersetuju ‘Yes’ bahawa unit Pemandu yang bertapak di Jabatan Perdana Menteri wajar dibubarkan sementara 193 undi juga turut bersetuju ‘Ya’ dengan cadangan tersebut.

Okay, ianya memang berupa trick question, saya bukan berseloroh tetapi melepaskan geram. Patut Pemandu dibubar … malahan tiada pilihan melainkan Pemandu dibuang. Kenapa Najib tak nampak benda itu?

http://poll.fm/4ke7y

Sudah bertahun-tahun dan terlalu banyak kali saya merungut tentang Pemandu. Contohnya:

 ‘Is the gomen helping Pemandu make money?’ (28 Mac 2017) — baca sini

‘Lagi penasihat Pemandu digaji KJ untuk buat ‘con’sultancy’ (19 Dis 2013) — baca sini

 ‘Belanjawan bagi Pemandu perlu diaudit Parlimen serta didedahkan kepada orangramai’ (29 Ogos 2014) — baca sini

‘Bajet Pemandu dilimpahi barakah tak terhitung-hitung’ (4 Okt 2014) — baca sini

 ‘One simple question on Pemandu’s subsidy slashes’ (6 Okt 2014) — baca sini

… dan banyak posting lagi.

Tabiat Najib ‘cari gaung kat genting’

Pada 24 Disember 2014, saya telah muatkan satu blog posting yang bertajuk ‘Buat apa Najib nak ikut cakap Khairy ?!!’

Najib Razak ketika itu mengikut nasihat KJ lantas mengumumkan kerajaan akan menubuhkan “makmal” Pemandu untuk menyelidik kos sara hidup. Itulah. Buat apa Najib nak ikut cakap Khairy ?!!’ Kesilapan besar. Tak payah ada makmal dan ‘con’sultant untuk kita tahu kos hidup melambung apabila poket sudah lama terasa.

Saya berharap agar Umno sekarang ini jangan lagi dengar cakap Khairy.

BAWAH: Dulu bas Pemandu dibawa (mantan menteri) Idris Jala; Najib asyik disabotaj orang dalam

 

BAWAH: Tweet Pemandu yang dikeluarkan pada 6 Januari 2014

Rujuk Pemandu apologizes for ‘sacking’ Najib — baca sini

Author:

I have no Faceook or Twitter.

2 thoughts on “Tolong buang TalentCorp juga

  1. This. This so much. Useless agency festered with people who don’t quite have the former gov’s interest, nor the people , at heart.

    As for KJ , I dont think he ever gave the right nor most useful advice to Najib- that is he was surrounded by the shittiest people ever.

  2. Buang lagi penjawat awam. Sekarang ada 1.6 juta, melebihi daripada keperluan seperti negara-negara lain. Rasanya itu matlamat DAP dan PH. Sebab mereka (penjawat awam) ni pemalas dan menghabiskan duit saja.
    Beranikah Mahathir membuang dan mengecilkan saiz kakitangan awam?

Comments are closed.