Pelantikan Tommy Thomas: Faktor pengaruh parti (ulasan PRU14)

June 6, 2018 at 4:10 pm 2 comments

Sepertimana yang dimaklumi, peguam Kristian Tommy Thomas diperkenan sebagai Peguam Negara Malaysia baru-baru ini. Adakah beliau pilihan DAP ataupun pilihan parti Pribumi?

Cuba kita tinjau dari segi pengaruh politik di belakang tabir. Dalam gabungan parti pemerintah Pakatan Harapan, DAP paling kuat tetapi Pribumi yang nampak saja berkuasa.

Jadi parti mana yang telah memilih Thomas sebenarnya?

BAWAH: Islamis Pribumi dan evangelis DAP … 

Majoriti MP Harapan tidak beragama Islam

Pada pandangan umum, DAP didominasi Kristian.

Mengikut kajian keputusan pilihanraya umum ke-14 oleh Zaaba Institute for Leadership (ZIL), di kalangan Ahli Parlimen Harapan ada 66 orang MP bukan Islam yang terdiri wakil DAP beserta sebahagian wakil PKR berbanding 58 orang MP Muslim yang terdiri wakil Pribumi, PAN dan PKR.

Di kalangan Ahli Parlimen pembangkang, majoriti MP daripada BN adalah penganut Islam kerana BN berteraskan Umno yang wakilnya berbangsa Melayu (yang semestinya Islam) bersama 18 orang wakil parti Islam PAS.

Manakala parti-parti komponen BN di semenanjung yang berasaskan kaum mempunyai tiga orang MP, iaitu wakil MCA Buddhist (1) dan wakil MIC Hindu (2).

Fakta yang diketahui umum ialah hakikat bahawa saf kepimpinan tertinggi DAP amat ramai Kristian.

BAWAH: Pengundi Malaysia PRU14 mengikut pecahan etnik

Sumber: ZIL

FAKTA MENARIK   Jadual di atas – yang disediakan oleh Zaaba Institute for Leadership – menunjukkan pengundi Cina ialah majoriti (54%) di Pulau Pinang, ‘pluraliti’ iaitu majoriti relatif (47.5%) di Wilayah Persekutuan dan melebihi 30 peratus di Johor (38%), Perak (35.5%), Selangor (33%), Melaka (31%) dan Sarawak (31%).

BAWAH: Kuasa politik DAP lawan kuasa politik Pribumi

Sumber: ZIL

Prestasi DAP yang cemerlang, Pribumi yang hambar

Kajian Zaaba Institute for Leadership mendapati success rate DAP di peringkat negeri adalah 96 peratus. Lihat jadual atas – DAP bertanding 102 kerusi Dewan Undangan Negeri dan menang 98. Bagus sekali!

Sementara itu, success rate Pribumi sekadar 21.6 peratus. Parti yang diterajui Tun Mahathir itu bertanding 102 kerusi DUN dan hanya menang 22.

Nota: Angka yang dipetik tidak merangkumi Adun Sarawak kerana pilihanraya negeri Sarawak telah dijalankan berasingan dan lebih awal pada tahun 2016.

Jadual di atas oleh think tank ZIL menunjukkan DAP menyapu bersih kerusi DUN yang ditandinginya di Pulau Pinang (19), Perak (18), Selangor (14), Negeri Sembilan (11) dan Melaka (8). Negeri-negeri yang tersenarai ini mempunyai jumlah pengundi Cina yang menonjol.

Di tempat-tempat lain pula, DAP hanya kalah sebuah kerusi setiap negeri:

  • Pahang — tanding lapan / menang tujuh
  • Johor — 14 / 13
  • Sabah — 7 / 6

Sebagai perbandingan, jelas sekali prestasi Pribumi kurang menyerlah:

  • Pahang — tanding sembilan kerusi DUN / menang kosong
  • Johor — 17 / 8
  • P. Pinang — 3 / 2
  • Perak — 15 / 1
  • Selangor — 7 / 4
  • Negeri Sembilan — 4 / 0
  • Melaka — 6 / 2

Sumber: ZIL

DAP sebenarnya tidak diberi apa-apa tambahan kerusi DUN untuk bertanding. DAP kekal bersaing 102 kerusi dalam kedua-dua pilihanraya tahun 2013 dan 2018 (rujuk atas) tetapi parti tersebut masih mampu meningkatkan lagi prestasinya dalam ruang sempit PRU14 dengan memenangi lebih tiga kerusi.

Pribumi sebaliknya diberi banyak kerusi untuk bertanding. Calon Pribumi yang berjaya hanya segelintir, namun parti Mahathir mahu juga membolot jawatan-jawatan menteri besar.

Contohnya, Pribumi mempunyai seorang (1) Adun saja di Perak berbanding DAP yang mempunyai 18 Adun. Meskipun demikian, ianya si Yang Berhormat Pribumi yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak.

Begitu juga Pribumi mempunyai 8 orang Adun di Johor berbanding DAP mempunyai 13 Adun. Jawatan Menteri Besar Johor diambil YB Pribumi.

BAWAH: Kisah 10 tahun lepas – Yang Berhormat PAS selaku Menteri Besar Perak pada 2008 sungguhpun DAP merupakan parti Pakatan Rakyat yang terbesar di negeri itu

Cerita wayang gelap mainan DAP

Orangramai pasti curiga kenapa DAP yang begitu kuat boleh sanggup memberi laluan kepada Pribumi untuk membolot kuasa.

Di samping kedudukan Pribumi sebagai menteri besar di Kedah, Perak dan Johor (berbanding DAP berkedudukan ketua menteri satu-satunya di Pulau Pinang), lain-lain kementerian mustahak di pusat juga diserah kepada Pribumi.

DAP meredhai keadaan berat sebelah ini.

Selain jawatan utama perdana menteri “top dog” Mahathir, Pribumi yang mempunyai 12 orang MP semuanya memegang portfolio Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

DAP yang mempunyai 42 orang MP memegang portfolio Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Komunikasi dan Kementerian Sumber Manusia.

Mengapa agaknya DAP tidak membantah peranan penting yang diberi kepada Pribumi walhal jumlah Ahli Parlimen DAP adalah 3.5 kali ganda jumlah MP Pribumi? Jawapannya: Belum tiba masa untuk DAP tunjuk taring.


BACA JUGA:

‘Halatuju Umno selepas BN ditalqinkan (analisa PRU14)’ — klik sini


DAP bersandiwara dengan membiar Pribumi bergaya di pentas buat sementara waktu agar pengundi Melayu tidak takut.

Dalam pada itu, terdapat satu lagi jenis sandiwara yang dimain DAP.

Tidak mungkin dipertikai oleh barang sesiapa kebenaran hakiki bahawa DAP sebuah parti yang dijanakuasa daya pengundi Cina.

Malah kajian ZIL menganggar Pakatan Harapan telah memperolehi 93 peratus sokongan pengundi Cina. Bagi pihak BN pula, sokongan Cina kali ini menjunam ke tahap rock bottom 2.4 peratus.

Nyata DAP berjaya mencuci otak masyarakat Cina dengan begitu menyeluruh sekali.

BAWAH: Melainkan Wan Azizah, Azmin Ali, Mat Sabu dan Maria Chin, kebanyakan MP yang meraih majoriti tertinggi PRU14 adalah beragama Kristian

Sumber: ZIL

Harapan mengetengahkan calon bukan Buddhist bukan Hindu

Berbalik kepada pelantikan peguam Kristian Tommy Thomas sebagai Peguam Negara. Adakah beliau secocok dengan fahaman liberal DAP ataupun lebih sealiran dengan falsafah Pribumi?

Menurut satu olahan oleh CEO Iksim, Mahamad Naser Disa, Thomas pernah menyebut bagaimana keputusan Mahkamah-Mahkamah Tinggi / Rayuan / Persekutuan yang akur kepada Mahkamah Syariah ketika membabitkan konflik bidang kuasa “adalah merupakan satu keputusan yang salah”.

Juga ditimbulkan isu Thomas tidak bersetuju dengan cara pemikiran hakim dalam kes penggunaan kalimah Allah.

Latar belakang Tommy Thomas kelihatan mesra DAP.

Beliau pernah bertindak sebagai peguam bagi kerajaan Pulau Pinang pada 2014 dalam kes di Mahkamah Persekutuan dan sebagai peguam peribadi Lim Guan Eng berkaitan perkara tuanpunya banglo yang masyhur tersebut kononnya menghina mahkamah (tuduhan tidak sampai dibicara).

Individu-individu pro Harapan berketurunan India (yang beragama Hindu) dan orang Cina pro DAP (yang Buddhist) tidak mempunyai pengaruh dalam hieraki tertinggi parti.

DAP rata-rata dipengaruhi Kristian.

Papa-Mama Dapster kerap mendakwa bahawa para anggota DAP “bukan Cina, bukan India, bukan Melayu tetapi semua bangsa Malaysia”.

Betul tu. Memang DAP yang berwajah Cina itu tidak berjiwa Cina. DAP sebenarnya berjiwa Kristian.

Yang dilantik sebagai peguam negara ialah seorang anak bangsa Malaysia dari kaum Kristian.

“ZERO CHINESE”

“PTL: Praise the Lord”

Advertisements

Entry filed under: Evangelista Bintang Tiga. Tags: .

Reblogged: Tommy Thomas Halatuju Umno selepas BN ditalqinkan (analisa PRU14)

2 Comments Add your own

  • 1. Surrhead  |  June 6, 2018 at 6:55 pm

    Really, Helen? still using race and religion to sow hatred? you are so yesterday….even petra has toned down and stop sowing hatred, cos it’s a losing game……people has become smarter…..race and religion will take a back seat along time, this happens all over the world, why should Malaysia be exempted…Good governance is the way to go…

    BTW, what’s you point now? Malaysia turning into a christian state? and then what? so that DAP get recognition from a so called God for making christians great?? that sounds stupid…..but PAS does that, they really believe God decides things, just like God decided they will not be king maker….am i making sense? trust me, people from PAS believes i am talking sense……

    Reply
  • 2. tooyid  |  June 7, 2018 at 11:48 am

    Katanya Tommy Thomas ini lantikan PKR sebenarnya dan dicadangkan sejak sebelum PRU 2013.
    Apa sebenarnya langkah Anwar?

    Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Recent Posts

My blog, my like

Helen Ang

Archives

Pengunjung

  • 7,881,001 hits

Kalender

June 2018
M T W T F S S
« May   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

%d bloggers like this: