Wajah DAP yang sebenarnya

June 12, 2018 at 1:56 pm 7 comments

DAP bukan berjiwa Cina.

Pengerusi Harapan Tun Mahathir Mohamad sering mengeluarkan retorik anti China yang kemudiannya akan di’megaphone’ atau dibesar suarakan oleh konco-konco DAPnya.

Jika anda meneliti betul-betul ethos yang dipakai pemimpin tertinggi DAP, anda akan melihat bahawa mereka berkiblatkan warisan Kristian (Judeo-Christian heritage) dan tamadun Barat (Christendom). Ramai di kalangan mereka adalah evangelis.

BAWAH: Setiausaha Agung DAP mengaku diri beliau “bukan Cina”

Pemimpin “bukan Cina” DAP adalah Kristian semuanya

Saya melihat evangelisme DAP sebagai mengambil bentuk keadah ‘politik agama’.

DAP cakap tak serupa bikin. Mereka mencanangkan fahaman ‘sekularisme’ kepada penyokong parti. Istilah tersebut bermaksud bahawa gereja (ataupun masjid) harus diasingkan dari kerajaan, iaitu separation of church and state. Tapi DAP buat yang lain pula.

Saya difahamkan bahawa konsep addin dalam Islam merujuk kepada cara hidup Islam yang meliputi segala-galanya (holistik) sama ada ia merangkumi sistem politik, sosial, ekonomi, perundangan atau ketatanegaraan. Maka Islam tidak mungkin boleh dipisahkan dari politik.

BAWAH: Hannah Yeoh cakap politik di Gereja Methodist Damansara Utama

Preacher evangelista bertudung naik turun masjid

Sepertimana PAS dan PAN menjalankan political Islam, sesetengah pemimpin DAP yang tebal dengan Messianic Complex mempraktikkan political Christianity dengan begitu gah sekali di khalayak umum.

Ahli Parlimen DAP Segambut Hannah Yeoh ialah seorang pendakwah evangelis yang memasukkan unsur-unsur politik dalam khutbah Kristiannya. Pada waktu yang sama, dia seorang politikus yang juga memasukkan unsur-unsur Kristian dalam amalan politiknya.

Tidak memadai dengan ‘preaching’ di merata-rata, Hannah Yeoh mahu juga ke masjid dan kerap mengenakan kostum muslimah. Cuba tanya agenda sulit apa yang dibawa Hannah?

BAWAH: Hannah Yeoh gambar 2018 … sudah lebih 10 tahun mesra Islam tetapi belum lagi mendapat cahaya hidayah

Aissyh … Hannah Yeoh seorang-seorang sahaja perempuan

Cina di Tanah Besar memang takut pada evangelis

Dari pengajaran sejarah dan perkembangan masakini di tanahair (China), orang Cina yang undi MCA sedar betapa puak evangelis memporak-perandakan masyarakat kami.

Pemberontakan Taiping (1850 – 1864) dicetus untuk tujuan mengguling kerajaan di China. Ia diketuai evangelis bernama Hong Xiuquan yang mempercayai dirinya adik kepada Nabi Isa. Si evangelis tersebut telah dikurnia wahyu – konon – untuk membebaskan China dari pemerintahan beraja. Ketua pemberontak itu delusional, sebiji macam Deranged Dapster.

Pemberontakan Boxer (1899 – 1903) menganggap kelompok Born Again, iaitu orang Cina yang masuk Kristian, sebagai telah bersubahat dengan orang asing untuk membolehkan kuasa Barat mendominasi China. Serangan yang dilancarkan para anggota gerakan Boxer ialah backlash terhadap usaha Kristianisasi yang meluas.

Presiden China Xi Jinping mengekang aktiviti gereja

Tweet di atas dikeluarkan oleh evangelis Joshua Wong yang mengepalai Revolusi Payung (2014) di Hong Kong untuk menentang campurtangan pentadbiran Beijing.

Kata Joshua memetik satu keratan akhbar pada bulan April tahun ini, Presiden China Xi Jinping sendiri pun mengkhuatiri pengaruh evangelis dan ancaman gereja (underground churches) yang disebutnya sebagai “severe national security threat”.

Seseorang individu yang arif realpolitik tentunya tidak akan menyama-ertikan DAP dengan ciri-ciri keCinaan.

Para pemimpin DAP sudah berkali-kali memberitahu kepada umum bahawa mereka “bukan Cina’. Tiada apa-apa alasan untuk anda mempertikai kenyataan yang terbit dari mulut mereka sendiri.

Advertisements

Entry filed under: Evangelista Bintang Tiga.

Sejak bila Wee Ka Siong masuk DAP? Merdeka Center: 95% Cina sokong Harapan

7 Comments Add your own

  • 1. mohd salleh  |  June 12, 2018 at 4:03 pm

    Helen, I don’t think you have many friends anymore. You hentam DAP & MCA for the sake of Negara ku. Syabas & TQ for highlighting many issues.

    Reply
  • 2. wawe  |  June 12, 2018 at 6:52 pm

    The other side of the narrative. Eye opening for the ignorances.

    Reply
  • 3. A Friendly Soul  |  June 12, 2018 at 7:34 pm

    Helen:

    While you attack DAP pointlessly (your rant is not doing anything), breaking news.

    Yes. Breaking news, people:

    Sarawak parties have left BN.

    BN is now down from 14 parties to? Just 4. That’s UMNO+MIC+MCA+Gerakan.

    BN has how many seats in the parliament? 26%. Incredible pathetic and sad.

    Pakatan+Sarawak parties+Sabah parties? 74%. That’s 3/4 majority. Unbelievable. Just 1 year ago we could never have imagined this.

    Even BN didn’t have a 2/3 majority in years!

    Keep attacking Helen, while the ship sinks, sinks, gone.

    Nothing is going to stop it. You’ve been attacking like this since long before GE14. No effect. I doubt anything you say now can make a difference.

    Must hurt to know this. But for you to mentally/internally survive, you have to keep attacking. For your own psychological survival. Keep going Helen. Take good care of yourself.

    Reply
    • 4. Helen Ang  |  June 12, 2018 at 9:16 pm

      If my expose on the true face and nature of the DAP beast has really “no effect”, you would not have bothered to come here to do your psywar.

      Reply
      • 5. A Friendly Soul  |  June 13, 2018 at 5:45 pm

        Helen,

        This DAP post was your latest post. That’s why I commented here. I would have commented on any of your latest post.

        No psywar or whatever war. Not connected to DAP. Just an overseas Malaysian keeping abreast with Malaysian news from afar.

        Want to see how pro-BN bloggers are doing as I travel around cyberspace to learn about my homeland today. Also visit Rocky Bru’s blog.

        It is fun to watch BN bloggers feeling depressed and scurrying around in great distress.

        I’m just happy we have Pakatan as the new government now.

        We needed the change.

        Not saying we should keep Pakatan forever. If Pakatan doesn’t do enough, we should kick them out and look for a more reformist government.

        I can only hope that the current opposition now will be more reformist/progressive than conservative. Unfortunately, UMNO is crawling back towards extreme conservatism to survive. To be expected, but dangerous for our country.

        I think pro-BN bloggers should concentrate on making sure BN-UMNO becomes even more reformist than Pakatan, not go backwards. Khairy Jamaluddin is the only one who is saying good things, like “no, we don’t need a new national car, but invest in public transport”. 100% agree. We need progressive reformists like this in opposition.

        Reply
  • 7. Dollah Do Good  |  June 14, 2018 at 4:13 am

    On the contrary, she has many friends. They just prefer to be the watchers for now…
    Keep it going Helen!

    Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Recent Posts

My blog, my like

Helen Ang

Archives

Pengunjung

  • 7,919,319 hits

Kalender

June 2018
M T W T F S S
« May   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

%d bloggers like this: