Posted in GE15

Umno menghala lagi ke kanan

Kemaskini 4.35 ptg: Khaled Nordin naib presiden Umno


Sudah dijangka pun. Parti alifbata semalam memilih saf kepimpinan tertinggi puak kanan yakni sebagai presiden baru Zahid Hamidi, timbalan presiden baru Mat Hasan, dan naib presiden baru Ismail Sabri Yaakob, Mahdzir Khalid dan (belum rasmi) Khaled Nordin.

BAWAH: Khairy, seorang pendokong kegiatan mesra multi-faith, berada di Gereja Methodist Damansara Utama 

Cukup bagus si Khairy ‘Bangsa Malaysia’ Jamaluddin ditolak perwakilan. Bermakna parti Melayu tidak berminat minum sirap mabuk multikulturisme yang telah dijaja jenama Harapan sehinggalah DAP berjaya menapak di Putrajaya pada 9 Mei.

Tiada guna Umno cuba untuk melawan parti pemerintah dengan mengguna senjata ‘diversiti’ (pelbagai budaya) yang pernah diasah tajam oleh Pakatan Harapan. Itu kaedah celup yang hanya dijual Khairy. Nyata perwakilan Umno enggan membeli. Buat apa nak ciplak produk DAP?

Halatuju perjuangan Umno sekarang dilihat lebih nasionalis berserta lebih ‘nativis’, iaitu pentingkan bangsa asal, bahasa dan budaya teras serta agama (kebangsaan) sesebuah nation state.

BAWAH: Multikulturisme tidak laku lagi dalam zaman Donald Trump 

Kerajaan minoriti Hope & Change di bumi Islam 

Nasionalisme dan nativisme merupakan trend yang kini menular di seluruh dunia.

Ini diserlahkan menerusi perkembangan politik seperti:

  • pemilihan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat
  • Brexit
  • penubuhan kerajaan baru far right di Austria
  • penubuhan kerajaan anti-EU di Itali baru-baru ini
  • pengukuhan kerajaan ultra nasionalis di Poland (sebahagian daripada gagasan anti-pendatang Visegrád Four) dan pelantikan semula Viktor Orban sebagai perdana menteri ultra kanan Hungary
  • bangkitnya pembangkang kuat yang bersifat nasionalis/nativis di negara Jerman (parti AfD), Perancis (calon tempat kedua jawatan presiden Puan Marine Le Pen), Denmark (sokongan 21% bagi Danish People’s Party) dan Belanda (pemimpin anti-Islam Geert Wilders mengetuai parti kedua besar di parlimen)
  • juga bakal wujudnya kerajaan baru di Sweden pada bulan September selepas populariti sebuah parti muda anti-pendatang naik mendadak

Di Malaysia, ianya “kerajaan minoriti” (meminjam istilah kegemaran Kit Siang) politik benci yang sedang memerintah. Parti pemerintah Pakatan Harapan ditentang three-quarters atau hampir 75 peratus pengundi kaum majoriti Melayu yang cenderong kepada Umno dan PAS.

Pentadbiran Harapan diketuai perdana menteri minoriti yang parti minoritinya hanya mempunyai 12 orang MP saja di Dewan Rakyat sebanyak 222 kerusi.

Kerajaan minoriti politik benci yang diterajui seorang ketua parti minoriti sebenarnya menongkah arus di segenap dunia.

Kehendak perwakilan Umno di pemilihan terbaru parti melambangkan aspirasi akar umbi yang mahu Umno kembali ke jalan yang benar bercorak nasionalis dan nativis.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

22 thoughts on “Umno menghala lagi ke kanan

  1. Apa gunanya politik terbuka ala DAP tapi pada masa yg sama sangat benci apa saja kalau berkaitan dgn memberi sedikit kelebihan kepada Melayu/Bumiputra dan Islam,sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.Walaupun tidak memerentah,namun kekuatan Umno yg kian menghala ke kanan bersama Pas boleh mempertahankan hak Melayu dan Islam menurut Perlembagaan.Melayu yg bersama Pakatan sudah tentu terpaksa menyorok kepala mereka ke dalam pasir andainya isu panas menimbul.

    1. sman,

      Hak Melayu bab mana dah kena buang skrg? Citer skit?

      Peruntukan Perlembagaan berkenaan Melayu dan ugama Islam yang mana dah dilanggar semenjak PH berkuasa sebulan lepas?

      Sila senaraikan.

      Jangan tuduh saja. Sertakan bukti skit. Aku pun nak tengok.

      Kalau kau ada bukti yg sahih, aku join UMNO besok. Boleh?

      1. Some segments are testing the water now and then. Or is it that we are not aware of that or rather some of you pretenders us trying to hide the obvious.

        1. you have always been afraid and you will always be afraid….i also believe you percaya adanya pocong……

    2. Yes..melayu yg terlalu apologetik dengan rasis ultra cina dapig.. They can do anything to pile out their uktra racism..the so-called KETUANAN MADARIN but Melayu sejati cannot protectt or even say anything about their native practices or believes.. As per said in constitution..yet being stamped as RASIS.. damnn u gone eng dap!

      1. PH is upholding the constitution….when did PH stop any native practice or belief?

  2. This time seems that UMNO need outspoken warlords…

    Zahid style is preferred..While good governance by cool Tok Mat Hassan consider perfect balance.

    Hope Zahid will respect Ku Li to enhance UMNO global economic communities.

    KJ should be forgotten “as no struggle man”, who sells dignity to show “he is open” – finally lost the grip, “maruah tergadai”.
    KJ doesn’t realize once you give a chance they want it “double next”. Then you will have nothing.

  3. its looked to me more like status quo. what change? umno is not abt race n nationalism in the past?

    the malay will continue to split when the minority ie chinese coming down in numbers bec no more fear abt malay losing power. n working with pas would benefit pas more than umno, its pretty obvious in malay states. so i still dun understand how moving to the right or status quo would help umno.

  4. That awkward moment when DUMNO supporters realise that their new president is less Malaysian than Hannah Yeoh. Hahaha. UMNO will never change. RIP.

    1. What do you mean? DSZH is native Nusantaran. Hannah Yeoh is not. Cease Ur wet dream la. Delusional.

  5. kerajaan minoriti?
    betul ke? kalau cam tu siapa yang majoriti? Umno ke? kalau umno majoriti, tubuhlah kerajaan. kenapa tak tubuh?
    silap silap, umno berkecai dan hilang dari muka bumi dalam masa terdekat.
    Mas Emeryiati tak payah keluar umno kalau begitu hebatnya umno.
    umno is a joke now!

  6. Tunggu la nnt sidang parlimen..
    Time mengundi..
    Kita tagu islam mana yg islam dan baru kita dan pembangkang islam tahu.. yg diaorg hanya pak turut dan tak da kuasa..

  7. Aku hanya nak ucap tahniah kepada Zahid a/l Hamidi yg terpilih sebagai Presiden UMNO yg kononnya ‘menghala lagi ke kanan’ seperti tajuk yg Helen tulis di atas.

    Semoga tugas pertamanya sebagai Presiden UMNO, iaitu menghadap SPRM utk beri pencerahan berhubung dakwaan salah laku dana sebuah yayasan. Juga mengenai Hikayat 2.6b dimana Zahid memegang peranan yg cukup signifikan, satu2nya saksi yg bertemu dgn tok arab yg menderma ikhlas kepada Tok Najib melalui akaun Tanore (BVI) kalau tak salah aku.

    Semoga rakyat Malaysia boleh dapat pencerahan yg lebih nyata.

  8. Salam,
    Good article anyway.. Helen. Thanks for brighten out these points.. Alhamdulillah, all the best and may Allah Blesses UMNO with the new Imam- makmoom.. Strong wings with very clear ‘menifesto’ by DS Zahid. Now Madey will not sleep tightly.. Kit Siang and Gone Eng also will get long period ‘stomach ache’…

    #onlyumnomyjemaah

    1. you are okay with thieves and robbers as your jemaah?
      funny and amazing kiblat you have.

  9. Umno under new leader Zahid will be harder to change and most likely will be weakened further until GE 15 in 2023:-

    1) Zahid himself carries the past baggage of Deputy PM. As no. 2 to Najib (both in government and party), Zahid should take much more blame for BN election loss as compare to KJ, who was merely a Minister and Umno Youth chief.

    2) If not mistaken, about half of the Umno divisions retained status quo, i.e. their chiefs from previous term were reelected. Warlord culture prevails and will be resistant to change.

    3) PAS will work with Umno informally and will not form a formal alliance. Umno will find it harder to attract PAS due to lack of access to government machinery. Previously Umno used the RUU 355. What can Umno offer to PAS now?

    4) Exodus of BN component parties (Sabah/Sarawak etc). From a coalition of 13 parties, BN is now left 3 parties only. From a high of 79 Parliaments seats (before the break-up of BN), BN is left with only 57 seats (Umno 54, MCA 1, MIC 2). With the exit of 3 MPs (Bagan Serai, Bukit Gantang and latest Masjid Tanah), Umno is now left with 51 seats only.

    5) PH will use government machinery to crack down on Umno. Najib/Rosmah will be prosecuted, Umno bank accounts were frozen and Zahid himself will be called for MACC investigation on the RM2.6b donation.

  10. Lancar buku di gereja ? tak caya lah. Selalu orang buat di hotel hotel. Munkin hanya buku ugama kot ?

  11. https://www.malaysiakini.com/columns/432208

    Cmdr (RTD) Thaya’s latest points to the resurgence of the Malay right or should that be far right. Some people can’t seem to undersatnd why UMNO would vote for “these” people. Ku Li et all blame money politics but could it be that they are voted in because they are exactly who the base wants ?

    LKS went on about how UMNO/BN was a minority government but these days, I suppose being in the minority entitles you to a new Malaysia.

Comments are closed.