Posted in Evangelis

Kunci kepada Sungai Kandis ialah MIC

Sebelum PRU14, kerusi Selangor N49 Sungai Kandis diberi nama Seri Andalas. Bekas penyandang kerusi Seri Andalas ialah Xavier Jayakumar selama dua penggal (2008-2018) mewakili PKR.

Dalam pilihanraya-pilihanraya umum selama ini – kecuali PRU yang baru lepas – calon MIC lah yang bertanding kerusi tersebut bagi pihak BN.

Sungai Kandis mempunyai bilangan pengundi India sebanyak 16 peratus, iaitu satu nisbah strategik yang pasti memberi kesan kepada pilihan raya kecil di kawasan itu nanti. Malah pengundi Cina yang berjumlah 12 peratus pun kurang impak mereka berbanding pengundi India.

Faktor Kristian dalam agenda Harapan

Lokman Adam merupakan pilihan tepat oleh Umno untuk mengibarkan panji-panji parti di Sungai Kandis. Lokman Melayu politically incorrect yang berani mendedahkan pengaruh Kristian dalam DAP.

Meskipun Xavier Jayakumar – yang dahulunya YB Seri Andalas – bukan DAP namun beliau seorang Kristian tegar. Pada tahun 2013, beliau dicabar P. Uthayakumar telah bertanding kerusi Seri Andalas sebagai calon bebas PRU13 yang menegakkan hak-hak Hindu (singkatan ‘Hindraf’ bermaksud Hindu Rights Action Force).

Golongan Hindu nyata sekali kurang menyerlah dalam Pakatan Harapan yang kebanyakan pemimpin Cina dan Indianya beragama Kristian.

Kaum Melayu mungkin terlepas pandang jawatan-jawatan penting perundangan kerajaan, umpamanya Ketua Hakim (Richard Malanjum),Peguam Negara (Tommy Thomas) dan Menteri Undang-Undang (Liew Vui Keong) – sekarang dipegang Kristian SEMUANYA!

Peranan Kristian dalam pentadbiran negara kian menular..

BN: Umno Islam, MCA Buddhist, MIC Hindu

MIC perlu pantau perkembangan pengaruh ‘kaum salib’ ini.

Xavier – kini diangkat sebagai anggota kabinet Mahathir – adalah menteri berketurunan India yang namanya jelas Kristian sepertimana nama Tommy Thomas yang disebut tadi.

Akan tetapi ada juga para wakil Harapan berketurunan India atau Cina yang agama mereka Kristian tetapi nama mereka tidak berbunyi evangelis, contohnya YB Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran, Yeo Bee Yin (ahli majlis menteri Mahathir) dan Ong Kian Ming (timbalan menteri).

Dan ada juga pemimpin tertinggi DAP yang nama Kristian mereka – Joseph, David, James – tidak tersebar kepada umum.

Maka MIC perlu dikerah untuk giat berkempen di Sungai Kandis kerana kelompok India mampu menjadi swing vote yang mustahak

Tanyalah akar umbi sama ada golongan Hindu berpuas hati dengan Pakatan Harapan ataupun mereka merasa diri semakin dipinggirkan oleh politikus Kristian yang melambak-lambak dalam parti pemerintah.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

One thought on “Kunci kepada Sungai Kandis ialah MIC

  1. Kalau PRU 14 dulu BN terlupa kunchi ,mungkin kali ini kunchi itu sudah dipegang olih Lokman Adam .

    Ada kemungkinan kunchi akan hilang .

Comments are closed.