Posted in Evangelis

Kit Siang tidak nafi Guan Eng Kristian

Berceramah di kempen pilihanraya kecil Sungai Kandis, seorang MP Umno Tajuddin Abdul Rahman semalam menggesa pengundi agar berwaspada terhadap agenda Kristianisasi DAP.

Mengikut Tajuddin, pemimpin-pemimpin DAP yang tersenarai di bawah adalah Kristian:

  • Lim Guan Eng
  • Anthony Loke
  • Tony Pua
  • Hannah Yeoh
  • Teresa Kok

Hannah Yeoh dan Teresa Kok memang Kristian. Tamat cerita.

Lim Kit Siang telah memberikan respons beliau kepada dakwaan Tajuddin di atas. Katanya:

“…let me educate Tajuddin that although Tony Pua and Anthony Loke have Christian names, they are not Christians…”

Kit Siang menafi bahawa Pua dan Loke ialah Kristian. Namun beliau bisu seribu bahasa tentang status agama si anak kesayangannya Guan Eng.

Guan Eng difahami telah memeluk Kristian tatkala dipenjarakan atas jenayah hasutan (berkait dengan kes Rahim Thamby Chik) lewat tahun 1990an.

BAWAH: “Jesus the Lord allowed Himself to be crucified to wash away our sins”

Pertembungan gejala Kristianisasi, Islamisasi

Kit Siang cakap meskipun Tony Pua dan Anthony Loke mempunyai nama berbaur Kristian, kedua-dua mereka bukan sebenarnya Kristian. Penjelasan Kit Siang tersebut harus diterima dengan hati terbuka.

Perlu diingat bahawa seseorang yang dirinya bukan Kristian masih boleh menjurus kepada sesuatu agenda yang dibawa DAP, sama ada ia Kristianisasi, globalisasi, anti kleptokrasi atau apa.

Sebaliknya seseorang bukan Islam mungkin meredhai usaha kerjasama di antara Umno dan PAS atas alasan mengekang kuasa Pakatan Harapan demi mewujudkan semak imbang politik.

Umpamanya di Selangor, Harapan menang 51 daripada jumlah 56 kerusi DUN. Keputusan PRU14 ini terlalu berat sebelah dan membayangkan keadaan ‘one-party state’ sedang subur di negeri saya.

BAWAH: Adun baru DAP Subang Jaya Michelle Ng memakai salib di lehernya; pada masa yang sama, beliau juga memakai tudung ala fesyen bekas Adun kawasan itu – lihat gambar

Guan Eng seorang Born Again

Dalam pada itu, calon Umno Sungai Kandis Lokman Adam yakin beliau akan berjaya memperolehi sokongan ahli parti Gerakan yang kebanyakannya bukan Islam dan bukan Kristian. Anggota Gerakan bukan Islam yang bakal mengundi Umno – atau PAS di Seri Setia – tidak semestinya menyokong agenda Islamisasi (political Islam).

Begitu juga seorang individu yang menyokong agenda Kristianisasi (political Christianity) tidak semestinya Kristian. Beliau mungkin hanya undi DAP bagi menghindar perkembangan pola Islamisasi PAS-Umno, khususnya berhubung RUU355 yang memperkasakan undang-undang hukum syariah.

Intipatinya, saya mempercayai Kit Siang yang berkata Tony Pua dan Anthony Loke bukan Kristian.

Saya juga percaya Kit Siang tidak menyebut apa-apa tentang Guan Eng kerana DAP lebih suka status agama Kristian setiausaha agung parti itu tidak diketahui umum.

Satu ciri sesetengah Bangsa Malaysia baru ialah mereka-mereka yang memeluk Kristian aliran evangelis, yakni aliran moden, tidak dilahir Kristian tradisi (Katolik dan lain-lain aliran Kristian arus perdana). Mereka boleh dikira ‘mualaf’ atau convert baru seperti Hannah Yeoh.

Nama Kristian bukan bukti

Marina Mahathir bukan Kristian biarpun nama ‘Marina’ cukup popular di negara-negara Kristian Eropah.

‘Marina’ juga bukan nama Melayu. Asalnya dari tamadun Yunani purba, kemudian diangkat sebagai seorang wali Kristian – Saint Marina – oleh gereja Greek Orthodox Church.

Ada ramai pempimpin Kristian DAP yang tidakpun memakai nama Barat tetapi mereka Kristian tegar, contohnya Yeo Bee Yin (seorang menteri kabinet Mahathir), Ong Kian Ming (timbalan menteri) dan Rajiv Rishyakaran (Adun Bukit Gasing).

Pengajaran bagi YB Tajuddin Abdul Rahman dan rakan-rakan seperjuangannya di Umno dan PAS yang prihatin akan ancaman evangelisme – kena lebih berhati-hati dan buat pemantauan dengan teliti.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

One thought on “Kit Siang tidak nafi Guan Eng Kristian

  1. aiya… on the Michele wearing headscarf, just google “christian girl with headscarves”, and you will gain some knowledge, although in her context, it was out of respect for Muslims……i get it, surprised you don’t get it….

    Please carry on race and religion agenda always, a sure winner…..BUT, other would also read umno’s only got race and religion to survice on…..they just don’t know how to take on the much advanced PH

Comments are closed.