Posted in #NotMyGomen

Peluang keemasan bagi PAS, ruang kini terbuka luas

Sebuah tajuk berita kelmarin di Ismaweb berbunyi ‘Israel pun tolak ICERD, kenapa pula Malaysia harus terima’.

Tidak sangka-sangka platform badan Islam seperti Isma boleh memakai Israel sebagai kayu ukur. Meskipun begitu, contoh perbandingan yang dikemukakan Isma tepat mengenai sasaran.

Dalam pada itu, Presiden Palestin pun enggan orang Yahudi diberi kerakyatan Palestin (lihat laporan tahun 2013 oleh Reuters di bawah).

Pada bulan Julai lepas, Israel meluluskan undang-undang negara bangsa (nation state law) yang mentakrif negara tersebut sebagai negara Yahudi atau “Jewish state”.

Undang-undang tubuh negeri itu – memetik bahasa rasmi usul berkenaan – mengabsahkan Israel tanahair Yahudi:

 The land of Israel is the historical homeland of the Jewish people …

 The State of Israel is the national home of the Jewish people

  The state’s language is Hebrew …

Andaikata batu asas negara bangsa – sebagaimana ianya dipraktikkan di Israel dan banyak negeri lain – mahu dijadikan kerangka nasionalisme juga di Malaysia, maka kita mungkin menyebut — the land of Tanah Melayu is the historical homeland of the Malay people, the State of Malaya is the national home of the Malay people, the state’s language is bahasa Melayu.

DAP dan Kristian menentang konsep ‘nation state’ Israel 

Prinsip ‘nation state’ sering berpaksikan tiang budaya (bahasa) dan bangsa. Akan tetapi kalau ikut cakap songsang DAP, semangat kebangsaan atau nasionalisme yang sedemikian adalah bersifat “rasis” konon.

Puak Kristian Israel semestinya membantah undang-undang negara bangsa yang diceritakan di atas – rujuk rencana Christians denounce ‘Jewish nation-state’ law (lihat tweet di bawah). Bukankah Kristian merupakan minoriti lantang yang amat berpengaruh di mana-mana jua?

Memang sudah boleh dijangka DAP, yang mempunyai ramai Kristian evangelis di pucuk pimpinan parti, akan turut membantah konsep undang-undang tubuh negeri diluluskan parlimen Israel.

Kristian Israel gelisah kedudukan Judaisme dimaktub sebagai agama negara. Mereka berasa terancam apabila Judaisme didahulukan dalam perlembagaan bertulis Israel ekoran undang-undang asas negara bangsa dilaksanakan, ruj. bawah ‘Israeli Christians Worry About Secondary Status in ‘Jewish Nation-State’.

Gelombang nasionalis berkembang di seluruh pelusuk dunia 

Baru-baru ini, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menggelar diri beliau seorang nasionalis.

Nasionalisme kini menjadi agenda politik yang paling popular.

BAWAH: “You know what I am? I’m a nationalist” – President Trump

Terbaru di Brazil, calon sayap kanan bernama Jair Bolsonaro diramal bakal menjadi presiden baru – baca liputan semalam oleh Al Jazeera. Parti-parti nasionalis makin berjaya dalam pilihanraya, terutamanya di Eropah.

Justeru itu, nasionalisme merupakan resipi mudah dan yakin untuk meraih untung politik.

Dengan pentadbiran Mahathir kuat menekan Umno (yang kian hari kian terdesak), PAS berpeluang tampil ke depan mengibarkan panji-panji nasionalis Melayu Islam, lalu mengganti Umno.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

One thought on “Peluang keemasan bagi PAS, ruang kini terbuka luas

  1. umno is more likely a racist party, the most pas could achieve by taking up umno role would only make them a theocratic cum racist. in order to become a real nationalistic party, what pas need is a boogeyman, for eg the white supremacists terrorist, christian warrior, zionist, communist, shia etc. mahathir already have 3 ie jew, west n spore while umno have 2 ie communist n lbgt. pas at tis moment only have 1 ie shia, they need more enemy, trump is a good pick, secondly perhaps buddhism siam or catholic filipino, finally chinese first oso can i think.

Comments are closed.