Posted in #NotMyGomen, #NotMyPM

DAP tabur angin, dia akan tuai badai

Tahniah DAP atas kejayaan mencipta Malaysia Baru yang diterajui parti Pribumi.

‘New Malaysia’ ini dibentuk selepas DAP berjaya membunuh parti Cina MCA yang sekarang tinggal hanya satu wakil dalam Dewan Rakyat. DAP turut kuburkan parti kaum India MIC yang juga tinggal satu MP saja. Syabas diucapkan.

Gerakan, parti berbilang kaum BN yang tiada MP barang seorangpun, boleh kata sudah tamat ajal. (Parlimen terdiri sejumlah 222 kerusi.)

Umno pula menyusut ke tahap 37 MP berbanding DAP 42 MP. Tsunami Cina 2.0 berjaya menundukkan Umno yang kini terkapai-kapai kehilangan arah.

Dapsters yang sebenarnya memperkasakan parti Mahathir

Sementara itu, pengerusi Pribumi sedang bertenggek di kemuncak kuasa sebagai Perdana Menteri.

Manakala enam orang YB Pribumi yang baru jadi MP buat pertama kali pada Mei 2018 telah dilantik Mahathir jadi timbalan menteri.

Pada masa yang sama, empat orang YB Pribumi pegang jawatan menteri penuh dalam kabinet Mahathir — Menteri Dalam Negeri, Menteri Pendidikan, Menteri Pembangunan Luar Bandar, dan Menteri Belia dan Sukan.

Ini bermakna setiap seorang MP parti Pribumi siap dianugerahkan jawatan tinggi sama ada sebagai menteri, timbalan menteri atau ketua menteri. Tiada yang terkecuali. “This includes a 25-year-old [Syed Saddiq] whose first full-time job turned out to be a minister, probably a world record,” tulis P. Gunasegaram dalam ruangan pojoknya di Malaysiakini hari ini.

Gelombang Kuning Bersih

Hasil undi Dapsters, Harapan sapu bersih pantai barat

Di Perak, DAP mempunyai kerusi DUN terbanyak iaitu 18. PAN menang enam kerusi, PKR empat dan Pribumi satu. Namun Adun Pribumi yang seorang-orang itu jugalah yang dijulang sebagai Menteri Besar Perak.

BAWAH: Berdasarkan keputusan PRU14 sebelum tindakan Adun Umno keluar parti berduyun-duyun:

PERAK (Adun)

  • DAP: 18
  • PAN: 6
  • PKR: 4
  • Pribumi: 1

Menteri Besar Perak — Pribumi

JOHOR (Adun)

  • DAP: 14
  • PAN: 9
  • Pribumi: 8
  • PKR: 5

Menteri Besar Johor — Pribumi

KEDAH (Adun)

  • PKR: 8
  • Pribumi: 5
  • PAN: 3
  • DAP: 2

Menteri Besar Kedah — Pribumi

Perkembangan terkini: Bekas pemimpin Umno dialu-alukan Harapan

Hasrat DAP untuk hancurkan Umno makin hampir tercapai.

Cukup hebat Dapsters membuat pukulan bertalu-talu dengan diiringi laungan perang mereka yang berbunyi “ABU! ABU!(Asal Bukan Umno). Serangan kuat mereka ke atas parti Melayu tonggak BN itu telah berterusan selama lebih sepuluh tahun, mulai sejak sebelum 2008 lagi.

Pemimpin-pemimpin Umno yang akhirnya terpaksa tinggalkan parti mereka yang lumpuh itu telah memilih untuk menyertai Pribumi. Lebih ramai puak Umno yang masuk parti – tidak kira dipayungi Mahathir atau PAN – maka lebih meriah Harapan dijadinya, bukan begitu? Kenapa DAP bising membantah?

Sebenarnya langsung tidak ada alasan untuk DAP mencampur tangani urusan dalaman Pribumi. Terpulanglah kepada ketuanya Mahathir dan beliau punya “prime ministerial prerogative” bagaimana mahu mentadbir parti sendiri, termasuk pertimbangan berkait ahli-ahli baru.

Sekali lagi syabas kepada DAP dan Dapsters atas usaha cekal mereka menentang Umno habis-habisan merentasi PRU12, PRU13 dan PRU14. Memang berbaloi.

Author:

I have no Faceook or Twitter.