Posted in Evangeliblis

Umno tolak 100% apa-apa kerjasama dengan DAP

Bersambung dari posting saya kelmarin bertajuk ‘DAP tabur angin, dia akan tuai badai’.

Malapetaka PRU14 merupakan detik hitam yang telah merubah arus sejarah serta memesongkan halatuju negara kita.

Hasil daripada keputusan malang undi 9 Mei, banyak habuan kini berjaya diperolehi DAP.

Yang terkesan adalah golongan kurang mampu di kalangan khalayak ramai. Antara impak yang paling dirasai ialah kehadiran para pemimpin bongkak DAP evangelis di pelbagai kementerian, pejabat kerajaan dan juga merata-rata di Putrajaya.

BAWAH: Malaysia Baru acuan DAP

Mujurlah parti Umno masih berdiri teguh atas prinsip perjuangan yang menyebut betapa perlunya musuh DAP ditolak rata-rata.

Presiden ‘bercuti’ Umno Zahid Hamidi memberitahu wartawan semalam bahawa parti beliau tidak mungkin boleh bekerjasama dengan DAP (yang sekarang ini sedap tidur sebantal dengan Pribumi Mahathir).

“Umno tolak jika ada kerjasama dengan DAP. Kita tolak seratus-peratus,” tegas Zahid.

Dalam pertembungan politik akan datang, percayalah pihak yang berperang dengan DAP pasti berada di jalan benar.

Author:

I have no Faceook or Twitter.