Posted in #NotMyGomen

Bermulanya era baru susulan Umno menang di Cameron Highlands

Calon bukan-Melayu, bukan-Islam DAP ditewaskan oleh calon bumiputera Islam Umno dalam pilihanraya kecil hari ini.

Ramli Mohd Nor (gambar bawah) bakal menjadi MP Orang Asli yang pertama selepas memperolehi majoriti undi yang meyakinkan.

Kekalahan Pakatan Harapan di Cameron Highlands menjadi petanda kepada munculnya persada baru ‘political Islam’.

Ekoran kemenangan puak Islam petang tadi atas ‘turnout’ pemilih yang memberangsangkan, kerjasama Umno dengan PAS pasti akan lebih menyeluruh lagi di pilihanraya kecil Semenyih akan datang.

Ikatan hubungan Umno-PAS kelihatan semakin mantap selepas usaha kerjasama mereka sebelum ini di dua pilihanraya kecil, Sungai Kandis dan Seri Setia.

Dengan Ramli sebagai pengganti bekas Yang Berhormat MIC yang beragama Hindu, kini YB para pembangkang di semenanjung hampir semua terdiri wakil-wakil Muslim sementara kebanyakan wakil-wakil DAP beragama Kristian.

Team DAP-Harapan

Majoriti Muslim duduk bangku pembangkang di luar kerajaan

Dewasa ini, masyarakat Islam cukup gelisah memandangkan pengaruh Kristian yang kian berkembang hari demi hari.

DAP, contohnya, mempunyai lima orang menteri dalam kabinet; empat daripada mereka adalah Kristian. Di samping itu, Ketua Hakim, Peguam Negara dan Menteri Undang-Undang ketiga-tiganya pun penganut Kristian.

Evangelis menegakkan syiar Kristian

Antara perkara menimbulkan kegelisahan golongan Muslim ialah lambang salib yang diangkat bukan di gereja tetapi telah dinaikkan pada sebuah pangsapuri di Jelutong, Pulau Pinang.

Salib gergasi ini membawa makna apa dalam konteks negara Islam Malaysia?

BAWAH: Dari Jerusubang sampailah ke Jelutong!

PAS-Umno peka dan berawas terhadap tipu helah evangelis

Gejala evangelisme merupakan petunjuk sejauh mana Kristian sebenarnya berjaya bertapak di negeri Pulau Pinang yang sudah lebih sedekad berada di bawah pemerintahan DAP.

Umno Pulau Pinang resah dijadikannya manakala PAS mendakwa pemaju bangunan ‘salib’ tersebut terlibat dalam kegiatan agenda Kristianisasi.

Dan ada juga umat Islam yang percaya salib di Jelutong itu lebih merupakan satu isyarat oleh si evangelis kepada pengikut mereka.

Signal tersebut bermaksud syiar agama Kristian boleh wujud secara terang-terangan di Pulau Pinang, kata Amir Isma, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman (gambar bawah).

Apa motif di sebalik pancaran salib gergasi itu di Pulau Pinang DAP?

Antara pihak-pihak prihatin yang turut menuntut pencerahan atas erti perbuatan tersebut ialah Ku Seman Ku Hussain, seorang wartawan veteran.

“Mempunyai prasangka dan kecurigaan terhadap usaha ‘memacak’ panji Kristian di Pulau Pinang bukan paranoid, jauh sekali tindakan remeh,” mengikut beliau.

“Kecurigaan umat Islam tentang agenda Kristianisasi memang kena pada tempatnya.” – Sila rujuk tulisan Ku Seman dua hari lepas.

 

Dapster yang mengumpat buat kerja bodoh atau operasi gelap?

Tiada sesiapa yang mengaku Muslim mengatakan palang simbol matematik atau ‘salib’ atas kepala skrew akan berupaya menggugat akidah Islam.

“Janganlah memperemehkan penentangan terhadap salib gergasi ini kononnya ada orang Islam takut pada huruf ‘t’ atau bingkai tingkap yang ada palang seperti salib,” tambah Ku Seman.

Namun hakikatnya salib sebesar 40 tingkat itu benda yang boleh dilihat dari jauh.

Penentangan umat Islam terhadap salib itu kerana ia membawa lambang penegakan syiar agama Kristian. “Salib bermakna panji yang menandakan sesuatu kawasan atau wilayah itu telah dikuasai,” jelas bekas pengarang kanan Utusan itu.

Pasca PRU14, banyak kawasan pilihanraya dikuasai DAP. Syukor Cameron Highlands tinggal di tangan orang Islam.

BAWAH: Bentuk salib yang nampaknya sengaja diadakan

Author:

I have no Faceook or Twitter.

3 thoughts on “Bermulanya era baru susulan Umno menang di Cameron Highlands

  1. Kelakar. Because PH raih undi on the basis of threats and empty promises thinking that the orang asli are not smart enough to be able to discern between diamond and gold. Yes, they shine brighter, but obviously BN was the one who had been helping them all the while.

  2. Dear Helen
    Good for BN…great to see UMNO PAS MCA and MIC working together to achieve victory for
    Cameron Highlands.Kudos to MIC for their sacrifice. PH esp DAP are becoming very greedy and arrogant. The malay muslims are really pissed off with DAP. Dr M was trounced in the malay majority areas even though he campaigned there on the eve of election day.PPBM will be history once Dr M is not around.

Comments are closed.