Mahathir cukup terdesak, cuba lagi pancing MP Umno

July 9, 2019 at 1:41 pm 7 comments

Melayu bersatu: Ulasan ke atas pelawaan Tun M


TUN ABDUL HAMID MOHAMAD

(Bekas Ketua Hakim Negara)

Sumber: Harakah Daily, 9 Julai 2019 


Hanya lebih kurang dua tahun dahulu, Tun Dr. Mahathir membuat pusingan-U dan pergi “melutut” kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DS Anwar) dan bekerjasama dengan Lim Kit Siang (DAP) dan Mat Sabu (Amanah) untuk bersama-sama menjatuhkan DS Najib dan kerajaan BN. Sekarang beliau membuat pusingan-U lagi. Kali ini beliau mengajak parti-parti Melayu (dan orang Melayu) bersatu dengan menyertai partinya, Bersatu, untuk memperkuatkan kedudukan politik orang Melayu.

Saya perturunkan dahulu laporan itu setakat yang berkenaan:

“JOHOR BAHRU, 2 Zulkaedah 1440H, Jumaat – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengajak parti Melayu, termasuk Umno, supaya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi mengelakkan bangsa Melayu berpecah.

Pengerusi Bersatu itu berkata, Johor pernah menjadi kubu kuat Umno, tetapi selepas parti itu hilang arah, Bersatu dapat membuka jalan memasuki negeri ini.

Beliau juga mendapati sekarang ini semakin banyak parti Melayu diwujudkan, sekali gus mengurangkan potensi untuk memenangi pilihan raya.”

Sebagai seorang Melayu yang semenjak tahun 2014 menyeru parti-parti Melayu, terutama sekali Umno dan PAS, supaya bekerjasama, saya tentulah tertarik dengannya. Tetapi, beberapa persoalan besar timbul daripada pelawaan yang ringkas itu yang perlu difikirkan: Apakah yang menyebabkan beliau berbuat demikian? Apakah tujuannya? Apakah bentuk perpaduan itu?

Apakah yang menyebabkan beliau berbuat demikian?

Saya akan bincang daripada dua perspektif. Pertama, beliau berbuat demikian kerana terdesak, untuk menyelamatkan diri dan parti. Kedua, beliau berbuat demikian semata-mata untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam.

Kita tahu bahawa Bersatu adalah parti terkecil dari segi bilangan kerusi Parlimen yang dimilikinya dalam Pakatan Harapan (PH), tetapi Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri (PM) atas pesetujuan parti-parti komponen PH yang dikatakan selama dua tahun itu.

Sekarang tempoh dua tahun itu semakin hampir. DS Anwar sudah tidak sabar menunggu lagi. DAP juga nampak seolah-olah sudah tidak sabar dengan tindak tanduk Tun Dr Mahathir dan lebih suka DS Anwar mengambil alih jawatan PM. Tetapi, Tun Dr Mahathir nampak seolah-olah keberatan untuk melepaskan jawatannya dan mula bercakap bahawa beliau memerlukan tiga tahun untuk menyelesaikan tugasnya.

DS Anwar tentu tidak bersetuju dan DAP pun, didesak oleh pengundi Cina yang mula tidak senang dengan Tun Dr. Mahathir, tentu sekali menyokong DS Anwar. Dalam keadaan itu, Tun Dr. Mahathir hanya mempunyai dua pilihan:

Pertama, bersetuju menyerahkan jawatan PM kepada DS Anwar dan menjadi penumpang dalam kerajaan PH yang pemandunya DS Anwar dan navigatornya DAP.

Kedua, tidak menyerahkan jawatan PM kepada DS Anwar yang, besar kemungkinan, akan mengakibatkan undi tidak percaya akan dilakukan oleh PKR-DAP-Amanah terhadap beliau dan Bersatu disingkir dari PH. (Ini cuma mungkin dilakukan jika DS Anwar dapat mengumpul cukup kerusi untuk menubuh kerajaan tanpa Bersatu. Ini bererti, senyap-senyap, mungkin DS Anwar juga berusaha memujuk ahli-ahli Parlimen Umno untuk menyertai PKR.)

Saya tidak fikir Tun. Dr. Mahathir boleh menerima pilihan pertama itu. Maka, setakat yang boleh, beliau akan cuba mengelaknya.

Oleh itu, pelawaan itu adalah untuk mengelakkan senario pertama dan kedua itu berlaku. Maka, beliau mengajak parti-parti Melayu dan orang Melayu bersatu. Sebenarnya, beliau tidak menghendaki orang Melayu yang berparti atau tidak berparti untuk menjadi ahli Bersatu untuk menguatkan kedudukan Bersatu dalam PH kerana mereka tidak boleh menguatkan kedudukan Bersatu dalam PH. Yang boleh menguatkan kedudukan Bersatu dalam PH adalah bilangan ahli Parliman yang dimilikinya. Parti Melayu di luar PH yang ada ahli Parlimen adalah Umno dan PAS. Tetapi, ahli-ahli Parlimen PAS tentu sekali tidak akan meninggalkan PAS dan menyertai Bersatu. Taat setia mereka terhadap parti adalah kuat.

Sebenarnya pelawaan beliau itu adalah ditujukan kepada ahli-ahli Parlimen Umno. Tetapi, beliau tidak boleh terus menujukan pelawaannya kepada mereka. Perpaduan Melayu adalah alasan yang paling sesuai digunakan.

Dilihat dari sudut ini, pelawaan itu nampaknya bukanlah terbit daripada niat untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam, tetapi kerana terdesak untuk menyelamatkan kedudukannya sebagai PM dan partinya dalam PH.

Mungkin dihujahkan, ini politik. Dalam politik tidak ada moral. Yang penting ialah kehendak kita tercapai. Dalam kata-kata lain, kita tidak perlu memikirkan sebab pelawaan itu dibuat. Kita hanya perlu melihat kepada cadangan itu, sama ada ia menguntungkan orang Melayu atau tidak. Jika ia menguntungkan, ia patut diterima.

Saya tidak fikir sebab pelawaan itu dibuat tidak perlu dipertimbangkan langsung. Ini kerana, jika ia berbangkit daripada sebab kedua (untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam), maka tujuan beliau membuat palawaan itu adalah lebih ikhlas. Jika demikian, beliau tentulah lebih komited dalam mempertahankan hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam dan tidak akan mungkir janji dan membuat pusingan-U seperti yang dilakukannya kepada PH.

Sebaliknya, jika alasannya ialah yang pertama (kerana terdesak dan untuk menyelamatkan diri), maka parti-parti Melayu perlulah lebih berhati-hati untuk mengelak daripada menjadi kuda tunggangannya.

Pelawaan kepada individu (terutama sekali kepada ahli-ahli Parlimen Umno) menyertai Bersatu itu terpakai sama ada Bersatu berada di dalam PH atau pun di luar PH. Tetapi, pelawaan kepada parti-parti Melayu untuk bergabung dengan Bersatu tidak boleh berlaku jika Bersatu masih menjadi anggota PH atas sebab-sebab berikut:

Pertama, saya tidak fikir PH boleh menerima satu pakatan beberapa buah parti sebagai satu anggota dalam PH.

Kedua, DAP dan Amanah tentu tidak boleh menerima PAS sebagai anggota PH. Demikian juga PAS tidak mungkin menyertai PH jika DAP dan Amanah berada di dalamnya.

Ketiga, Setiausaha Agung Umno telah pun mengatakan Umno tidak akan menyertai PH selagi DAP menjadi anggotanya.

Keempat, DAP tentu tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu yang bergabung dengan Umno dan PAS.

Apa akan jadi jika PH menyingkir Bersatu? Jika itu berlaku, kita akan berhadapan dengan senario-senario berikut:

Pertama, jika Tun Dr. Mahathir dapat mengumpul majoriti kerusi daripada ahli-ahli Parlimen di luar PH, beliau boleh kekal sebagai PM

Kedua, beliau boleh meminta Yang di-Pertuan Agong (YDPA) mengadakan pilihan raya umum.

Ketiga, pada masa yang sama, jika PH dapat mengumpul majoriti ahli Parlimen yang memihak kepadanya, ia boleh meminta YDPA melantik calonnya mengganti Tun Dr. Mahathir. Jika Tun Dr. Mahathir enggan meletak jawatan atau YDPA enggan melantik calon PH untuk menjadi PM, PH boleh mengusulkan undi tidak percaya terhadap Tun Dr Mahathir di Parlimen. Jika ia diluluskan, Tun Dr. Mahathir terpaksa meletak jawatan dan PM baru kerajaan PH akan dilantik, melainkan jika sebelum usul itu diluluskan, YDPA telah pun mengisytiharkan perkenan baginda untuk diadakan pilihan raya umum.

Saya telah katakan bahawa ahli-ahli Parlimen PAS tidak akan meninggalkan parti mereka untuk menyertai Bersatu. Bagaimana dengan ahli-ahli Parlimen Umno? Beberapa orang ahli Parlimen Umno telah pun menyertai Bersatu, termasuk bekas menteri. Ada beberapa orang bekas menteri lagi yang nampak seperti sedang memerhati mana yang lebih menguntungkan mereka. (Bagi saya mereka ini tidak ada maruah.)

Mungkinkah Umno akan menutup kedai dan menasihat semua ahlinya menyertai Bersatu?

Pada masa ini pun, Umno, dari segi bilangan ahlinya, bilangan kerusi yang dimenanginya, nilai aset Umno lebih besar daripada Bersatu. (Masalahnya ia dibekukan). Infrastrukturnya terdapat di seluruh negara.

Bandingkan dengan Bersatu. Jika ditolak undi orang Cina dan undi orang India, jika Umno dan PAS mengelak daripada bertanding tiga penjuru dengan Bersatu, dengan orang muda yang semasa PRU14 teruja dengan ucapan Tun Dr. Mahathir dan Mat Sabu menghentam DS Najib, kini sudah mula kecewa dengan janji-janji yang tidak ditepati, bilangan kerusi yang boleh dimenangi oleh Bersatu dalam PRU15 mungkin boleh dibilang dengan jari sebelah tangan.

Sebenarnya, berada di luar PH, Bersatu lebih memerlukan Umno daripada sebaliknya. Itu pun, selagi Tun Dr. Mahathir masih ada. Tanpa beliau, Bersatu mungkin lebih dahulu tutup kedai.

Memandang dari sudut itu, adalah tidak logik bagi Umno untuk menutup kedai dan beramai-ramai mengangkut harta benda kepunyaan Umno untuk dibawa masuk Bersatu.

Kerap disebut bahawa Tun Dr Mahathir mempunyai satu senjata yang boleh digunakan terhadap Umno: membatalkan pendaftaran Umno.

Melihat peruntukan Akta Pertubuhan 1966 secara sepintas lalu, jika tindakan itu hendak dibuat pun, ia berkemungkinan di bawah seksyen 13 (1) (c) yang bermula dengan “Jika Pendaftar berpuas hati…” Itu pun, setakat ini, saya tidak nampak peruntukan mana yang berkenaan.

Perlu diambil ingatan bahawa seksyen-kecil (3) (1) (c) adalah mengenai kuasa Pendaftar. Undang-undang menhendaki Pendaftar berpuas hati bahawa salah satu keadaan yang tersebut itu wujud dan untuk berpuas hati beliau mestilah mempunyai keterangan untuk menyokongnya. Pendaftar perlu menimbang hanya faktor-faktor yang berkenaan (relevant) dan membuat keputusan yang tidak “unreasonable”. Membuat keputusan atas arahan PM atau Menteri melanggar kaedah ini dan menyebabkan keputusan itu boleh diketepikan oleh mahkamah. Itu Pendaftar perlu faham. Jangan fikir PM atau Menteri boleh mengarahkannya berbuat apa sahaja. PM dan Menteri juga perlu faham.

Biar apa pun, katakanlah Pendaftar Pertubuhan membatalkan pendaftaran Umno, ia tentu akan menjadi tekanan kepada bekas ahli-ahli Umno untuk mencari sebuah parti untuk disertainya. Pilihan yang ada adalah parti-parti yang sedia ada, atau mereka memohon didaftar sebuah parti baru. Bagi saya pilihan yang terakhir disebut itu adalah lebih bermaruah.

Katakanlah, Umno tidak dibatalkan pendaftarannya dan Bersatu sudah berada di luar PH, patutkah Umno bekerjasama dengan Bersatu sebagaimana ia, pada prinsipnya, telah bersetuju untuk bekerjasama dengan PAS.

Dalam bembuat pertimbangan itu, Umno patutlah berunding dengan PAS terlebih dahulu dan membuat pendirian bersama. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut:

Pertama, Umno dan PAS telah lebih awal berbincang mengenai kerjasama di antara keduanya untuk menentang PH dan telah pun melakukannya dengan jayanya. Janganlah kerjasama itu musnahkan oleh Bersatu.

Kedua, Umno dan PAS adalah dua parti Melayu/Islam terbesar dan tertua. Kerjasama di antara keduanya lebih bermakna kepada orang Melayu/Islam daripada kerjasama salah satu daripadanya dengan Bersatu.

Ringkasnya, kerjasama Umno dan PAS adalah lebih utama dan sebarang kerjasama dengan Bersatu hendaklan atas persetujuan bersama Umno dan PAS. Matlamat utama ialah mengalahkan PH.

Melangkah selangkah lagi. Katakanlah Bersatu berada di luar PH dalam PRU15, apakah bentuk kerjasama itu? Jika kerjasama itu hanya di antara Umno dan PAS, ianya lebih mudah. Di kawasan yang dimenangi oleh Umno, Umno bertanding. Di kawasan yang dimenangi oleh PAS, PAS bertanding. Di kawasan yang dimenangi oleh PH, jika Umno mendapat lebih banyak undi daripada PAS, Umno bertanding, dan sebaliknya.

Jika Bersatu berada dalam kerjasama ini, bagi kawasan yang dimenangi Umno dan PAS, kita boleh gunakan formula yang sama. Tetapi, bagi kawasan yang dimenangi oleh Bersatu dan PKR, Bersatu tentu mahu diberikan kepadanya. Tetapi, kita perlu ingat mereka menang dengan bantuan undi orang Cina dan kerana undi orang Melayu berpecah di antara Umno dan PAS. Tolak dua faktor itu, di kebanyakan kawasan, PKR atau Bersatu tidak mungkin menang. Sekarang, undi orang Cina sudah tidak ada, Umno dan PAS akan mengelak pertandingan sama sendiri, anak-anak muda sudah mula kembali kepada Umno, mengapa kawasan-kawasan itu hendak diberi kepada Bersatu?

Menimbang semua itu, adalah lebih baik Umno dan PAS kekal dengan kerjasamanya yang asal. Seperti air mencari parasnya sendiri, biarlah Bersatu menemui setakat mana kekuatannya, bersendirian. –  Ulasan Tun Abdul Hamid Mohamad

Advertisements

Entry filed under: Malaysia Baru. Tags: , .

Workers of M’sia Baru, throw away your buckets and mops! Mahathir’s new running dogs

7 Comments Add your own

  • 1. DAH IKHWAN  |  July 9, 2019 at 6:14 pm

    Salam Helen,,
    An excellent analysis by Tun Abdul Hamid Mohamad. Congratulations.

    I have also posted two days earlier an analysis titled ‘Betulkah Tun Mahathir Sudah Terdesak?’ which can be read on this link below:

    https://dahalmi.wordpress.com/2019/07/07/betulkah-tun-mahathir-sudah-terdesak/

    Reply
    • 2. Helen Ang  |  July 9, 2019 at 6:29 pm

      Cool …

      Reply
      • 3. DAH IKHWAN  |  July 10, 2019 at 3:36 pm

        Thanks Helen.

        Reply
  • 4. Muhd Azam  |  July 9, 2019 at 11:05 pm

    Artikel bernas dan analisis terbaik oleh Tun Abdul Hamid
    Terima kasih admin atas penyiaran artikel ini.

    PAS dan UMNO jangan tertipu lagi dengan bisikan syaitan bernama Mahader.
    Belum cukup serik lagikah Melayu dalam UMNO masih percaya dengan Mahader seperti KJ dan Hisamudin?
    Pastikan perpaduan PAS-UMNO dijaga rapi.
    Anak muda Melayu akan kembali kepada 2 parti ini Insya Allah

    Reply
  • 5. Yatie  |  July 10, 2019 at 12:24 pm

    Brilliant analysis! I personally and demi bangsa, agama dan negara yg dicintai, mahukan UMNO terus bekerjasama dgn PAS.

    Reply
  • […] Jika ini berlaku, PPBM menjadi lebih dominan dalam PH dan kedudukan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dapat dikekalkan. UMNO dan PAS sudah membuat pengakuan, sekiranya berlaku undi tidak percaya kepada Dr Mahathir, kededua parti itu akan tetap menyokong Dr Mahathir sehingga cukup tempoh sepenggal. (Baca: Tun Abdul Hamid Mohamad, Mahathir cukup terdesak, cuba lagi pancing MP Umno dalam https://helenang.wordpress.com/2019/07/09/mahathir-cukup-terdesak-cuba-lagi-pancing-mp-umno/) […]

    Reply
  • 7. HY  |  July 19, 2019 at 1:59 pm

    but this 2 party r fine with thief n robber, is that really a great thing from a malay perspective? its okay as long as the thief n robber is a malay become the mission statement?

    Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Recent Posts

My blog, my like

Helen Ang

RSS Cucu Tok Selampit

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Abu Leman

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Celah Gelegar

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Info Watan

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Archives

Pengunjung

  • 8,417,222 hits

Kalender

July 2019
M T W T F S S
« Jun   Aug »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

%d bloggers like this: