Malaysia mengundang 10 pilihanraya kecil dalam tempoh 16 bulan.
Setakat ini sudah berlangsung lapan pilihanraya kecil manakala dua lagi bakal diadakan di Kimanis dan Tanjung Piai.
Umno menang tiga pilihanraya kecil berturut-turut di mana turnout (peratus pemilih yang keluar mengundi) adalah tinggi, yakni dalam lingkungan 69-79%.
Harapan menang tiga pilihanraya kecil atas turnout 43-54%. Anwar Ibrahim pula menang pilihanraya kecil Port Dickson atas turnout 58.3%. Nyata sekali bahawa sambutan terhadap calon-calon Harapan amat hambar.
BAWAH: Anwar berkempen di Port Dickson
Sebab-sebab perlu diadakan pilihanraya kecil
Enam wakil Harapan meninggal dunia.
Seorang wakil Harapan berundur untuk buka ruang bagi Anwar.
Tiga orang wakil BN – YB Rantau, YB Cameron Highlands & YB Kimanis – dibatalkan kemenangan mereka oleh mahkamah khas pilihanraya selepas rayuan dibuat pihak lawan.
BAWAH: Calon DAP terlupa untuk pakai tudung di tanah perkuburan Islam ketika kempen pilihanraya kecil Sandakan
Senarai pilihanraya kecil selepas PRU14
χ menandakan kemenangan parti pemerintah
√ menandakan kemenangan parti pembangkang
(1) DUN Sungai Kandis, Selangor χ
— Mat Shuhaimi Shafiei (PKR), 50, meninggal akibat kanser
- 4 Ogos 2018
- PKR menang
Turnout: 49.4%
(2) DUN Balakong, Selangor χ
— Eddie Ng (DAP), 40, maut dalam kemalangan jalanraya
- 8 Sept 2018
- DAP menang
Turnout: 43.0%
(3) DUN Seri Setia, Selangor χ
— Dr Shaharuddin Badaruddin (PKR), 56, meninggal akibat kanser
- 8 Sept 2018
- PKR menang
Turnout: 44.1%
(4) Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan χ
— Danyal Balagopal Abdullah (PKR) letak jawatan
- 13 Okt 2018
- PKR menang
Turnout: 58.3%
(5) Parlimen Cameron Highlands, Pahang √
— Sivarajah Chandran (MIC) dibatalkan kemenangan beliau ekoran petisyen oleh DAP
- 26 Jan 2019
- Umno menang
Turnout: 68.8%
(6) DUN Semenyih, Selangor √
— Bakhtiar Mohd Nor (Pribumi), 57, meninggal akibat serangan jantung
- 2 Mac 2019
- Umno menang
Turnout: 73.2%
(7) DUN Rantau, Negeri Sembilan √
— Mat Hasan (Umno) dibatalkan kemenangan beliau ekoran petisyen oleh PKR
- 13 April 2019
- Umno menang
Turnout: 79.3%
(8) Parlimen Sandakan, Sabah χ
— Stephen Wong (DAP), 65, meninggal akibat serangan jantung
- 11 Mei 2018
- DAP menang
Turnout: 54.4%
(9) Parlimen Kimanis, Sabah
— Anifah Aman (Umno/bebas) dibatalkan kemenangan ekoran petisyen oleh Warisan
(10) Parlimen Tanjung Piai, Johor
— Dr Md Farid Md Rafik (Pribumi), 43, meninggal akibat serangan jantung