Posted in Hypocrite

Sukarelawan NGO digesa segera ke Cox’s Bazar tolong laksana kuarantin

Kes jangkitan koronavirus sudah dikesan di kem pengungsi Rohingya di Bangladesh. Ekoran ini, dikhuatiri wabak Covid-19 akan meledak di daerah Cox’s Bazar yang begitu padat dengan penghuni.

Sebelum ini, duta-duta dari beberapa buah negara Eropah mengeluarkan ciapan berhubung hak kebebasan bersuara media untuk melapor tentang situasi pandemic di Bangladesh.

Campurtangan pihak diplomat asing tersebut ditegur Menteri Luar Bangladesh Abdul Kalam Abdul Momen yang berkata komen mereka amat mengecewakan dan tidak boleh diterima.

BAWAH: Kadar penularan C-19 di Myanmar masih rendah 

Sementara itu pula, angkatan tentera kita akan mengetatkan lagi kawalan perairan Malaysia.

Operasi Benteng telah dilancarkan untuk menyekat pendatang tanpa izin daripada membolosi sempadan negara dan sekaligus mengelakkan kluster baru Covid-19 dibawa masuk oleh mereka.

Ops Benteng dijalankan oleh sebuah badan penyelaras yang menyepadukan kerjasama pelbagai anggota keselamatan. Pasukan Petugas Kebangsaan ini melibatkan tenaga kerja ATM, PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kementerian Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Imigresen dan Rela.

Ia turut dibantu agensi-agensi lain termasuk Bomba, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia, Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Kastam serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan — berita diolah dari laporan Bernama. 

Author:

I have no Faceook or Twitter.