Posted in DAP MENGKHIANATI KAUM CINA

TERKINI: 88 MP Melayu Muafakat lawan 41 MP bukan-Melayu DAP

Matlamat utama ketiga-tiga parti Melayu bergabung dalam sekretariat bersama Muafakat ialah untuk mengelak DAP memerintah semula, kata Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan hari ini.

Muafakat ada bilangan Ahli Parlimen berjumlah 88 orang … suatu nombor yang ‘ong’.

  • Umno — 39
  • PAS — 18
  • Pribumi — 31
    _________
    Jumlah = 88
    ————

Sementara itu, DAP mempunyai 42 anggota Ahli Parlimen, yang mana 41 orang daripada mereka bukan Melayu. Satu-satu MP parti evangelis itu yang berbangsa Melayu ialah YB Tengku Zulpuri yang mewakili DAP di Raub, Pahang.

Perpaduan Melayu akan membolehkan Muafakat menangani dengan lebih berkesan, contohnya, isu tulisan di papan tanda (sama ada menggunakan Jawi atau Cina) beserta mengusulkan keputusan muktamad berkenaan pengiktirafan UEC.

BAWAH: Kenapa aktivis Pemuda DAP di bandar Kuching ini tidak mahu menampal tulisan Jawi? Sila hayati telunjuk ketua sayap parti Howard Lee (lihat tweet beliau di atas) yang tunjuk lagak konon sayangkan Jawi?

Author:

I have no Faceook or Twitter.