Posted in DAP MENGKHIANATI KAUM MELAYU

Padah Amanah jadi seperti dewan himpunan penyokong DAP

Bukan main kepalang benci Kristian DAP terhadap Ustaz Nik Zawawi.

Mengikut pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen dalam kenyataan beliau semalam, hanya anggota-anggota parlimen DAP saja yang bangun mengecam Ketua Dewan Ulama PAS ketika sidang Dewan Rakyat minggu lepas.

Ada tak mana-mana ahli parlimen sekutu DAP yang mahu menyahut seruan Chong untuk turut mengutuk MP Pasir Puteh tersebut memandangkan ramai YB Amanah yang bergantung kepada undi bukan Melayu?

BAWAH: Amanah dan Kristian DAP sebulu dalam hal serangan bertubi-tubi atas PAS

Disenaraikan di bawah sebelas biji kerusi parlimen milik Amanah, sebuah parti serpihan yang hanya berupaya menang di pantai barat atas dokongan DAP dan Kristian.

Secara am, Amanah menang kerusi yang mana satu-pertiga sehingga setengah daripada para pengundi mereka berupa pemilih bukan Melayu, khususnya di Lembah Kelang.

Contoh di Sepang, hampir empat daripada setiap sepuluh (4/10) orang pengundi kawasan Hanipa Maidin itu adalah Cina+India.

Manakala presiden parti Mat Sabu dan timbalan presiden Salahuddin Ayub kedua-duanya berdiri di kerusi selamat yang rata-rata majoriti bukan Melayu, iaitu Kota Raja (57% Nons) dan Pulai (51% Nons).

‘Voter turnout’ atau bilangan yang keluar mengundi di kalangan Dapster amat tinggi tatkala pilihanraya umum lepas. Mereka penyokong tegar parti Amanah.

Mengimbas kembali PRU14

Melayu tidak akan lagi boleh tertipu di PRU15 kelak.

Nota: Undi yang diperolehi calon Umno dan calon PAS telah dicampur sekali serta dicatatkan di bawah panji-panji baru Muafakat.

Keputusan pilihanraya umum 9 Mei 2018 bagi calon-calon Amanah di parlimen

SELANGOR

(1) Sepang — 37.7% bukan Melayu

  • Hanipa Mydin: 46,740
  • Muafakat: 43,917

Undi rosak 1,083

Angka-angka merujuk kepada jumlah undi


(2) Hulu Langat — 35.0% bukan Melayu

  • Hasanuddin Mohd Yunus: 49,004
  • Muafakat: 39,243

Undi rosak 929

Jeng jeng jeng … Dr Dzul berada di zon bahaya

(3) Kuala Selangor — 34.6% bukan Melayu

  • Dzulkefly Ahmad: 29,842
  • Muafakat: 29,879 ***

Undi rosak 996


(4) Shah Alam — 24.7% bukan Melayu

  • Khalid Samad: 55,949
  • Muafakat: 37,294

Undi rosak 664


(5) Kota Raja — 56.8% bukan Melayu

  • Mat Sabu
  • Umno tidak bertanding

JOHOR

(6) Pulai — 50.9% bukan Melayu

  • Salahuddin Ayub: 55,447
  • Muafakat: 30,855

Undi rosak 966

Selamat jalan, Mujahid & Dr Hatta!

PERAK

(7) Parit Buntar — 30.6% bukan Melayu

  • Mujahid Yusuf Rawa: 16,753
  • Muafakat: 25,967

Undi rosak 536


(8) Lumut — 27.9% bukan Melayu

  • Mohd Hatta Ramli: 21,955
  • Muafakat: 31,690

Undi rosak 1,081

Bye-bye Mahfuz

KEDAH

(9) Pokok Sena — 18.5% bukan Melayu

  • Mahfuz Omar: 28,959
  • Muafakat: 41,791

Undi rosak 869

Selamat tinggal, Anuar Tahir

PAHANG

(10) Temerloh — 33.5% bukan Melayu

  • Anuar Tahir: 23,998
  • Muafakat: 36,828

Undi rosak 865

Ta-ta Pak Hasan

NEGERI SEMBILAN

Tampin — 37.2% bukan Melayu

  • Hasan Bahrom: 22,435
  • Muafakat: 26,031

Undi rosak 850


Nampaknya Amanah akan hanya bakal mampu bertahan di Selangor kelak.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

4 thoughts on “Padah Amanah jadi seperti dewan himpunan penyokong DAP

  1. Helen,

    I agree with your assesment.

    UMNO-PAS alliance proves to be undefeated in Malay majority areas.

    However, I a, more worried of UMNO ‘s making similar mistake of allowing MCA to contest in Malays majority area.

    This will put off Malays. And in result, the Malay votes will be divided into MCA, Bebas( who contest as a protest as they want A Malay candidate) . The end result would likely be PH winning the seat.

    It happened in Alor Setar

    1. NoN malay just never realised that a PxS and UMxx are just just religious and race centric. If they still vote for them dont EVER ask other malays for help. PERIOD. Remember Evil will triumph when majority remain silent.

  2. Tak kisah ler Amanah ker,perikatan national ker.yang penting bekerja untuk rakyat.bukan untuk tembolok sendiri.sudah sudah lah dok buat buat berbanding an.macamlah Kamu tu bagus sangat.negara lain sudah maju ke hadapan.tapi mentaliti kita macam orang Dulu kala.sibuk dengan politik sampai lupa apa yang patut Kita capai pada masa hadapan.

  3. Better than political lebai blinded with power dont give two sen about accountability. Tak ada sedikit pun rasa malu dan anamah. This show any remorse at all. Used to vote for them but not anymore. You dont go to heaven by voting them.

Comments are closed.