Posted in Evangelis

Tutup jer kelab malam, pub

Satu pandangan yang cukup bertepatan — betul tak, wahai DAP?

Yang Berhormat-Yang Berhormat wakil DAP beserta Cina DAP lain yang alim belaka pasti akan mahu sokong cadangan ini, bukan?

BAWAH: Si pemakai tudung litup hitam (duduk di tengah) ialah MP Segambut Hannah Yeoh manakala Adun Kuala Kubu Bharu DAP Lee Kee Hiong mengambil gambar diri beliau bertudung di DUN Selangor. Paling bawah ialah bekas Menteri Alam Sekitar DAP Yeo Bee Yin.

YB Kasthuri Patto tak nak ikut rakan-rakan Cina DAP pakai tudung ke?

Author:

I have no Faceook or Twitter.

5 thoughts on “Tutup jer kelab malam, pub

  1. Salaam Sejahtera Puan (Mdm) Helen Ang,

    Saya adalah salah seorang peminat yang membaca ruang blog Puan. Saya amat kagum dengan beberapa pandangan serta hujah yang bernas yang Puan sajikan. Kebanyakannya banyak mengandungi hikmah dan berhemah.

    Kebanyakan pandangan Puan banyak yang selari dengan pandangan Islam terutama sekali dalam isu kelab malam baru-baru ini.

    Saya ingin juga menjemput Puan Helen Ang untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Islam.

    Harapan saya sudilah kiranya Puan membaca isi kandungan Al Quran yang kini terdapat di laman web. (contohnya quran.com dan sunnah.com). Bahkan di dalam quran.com, terdapat juga kupasan surah pertama oleh Bayyinah institute yang dikendalikan oleh Ustaz Nouman Ali Khan dari Amerika.

    Sudah tentulah maksud di dalam ayat2 Al Quran ini ada yang mudah dan ada yang memerlukan kupasan ulama untuk memahami konteks ayat2 Al Quran. Namun ianya amat mudah dibaca. Bahkan jika kita dengarkan bacaan dari qari yang mahir, ianya amat menenangkan jiwa. Contohnya bacaan oleh Qari Sheikh Misyari (https://youtu.be/sq42y58BYpo)

    Sayugia saya berpesan untuk diri saya sendiri bahawa apa yang di amalkan oleh umat Islam itu tak semestinya menurut AL Quran dan hadith sepenuhnya. Maka budaya dan cara hidup umat Islam itu kemungkinan tak sama seperti apa yag diajarkan oleh Islam. Jadi perlu juga untuk kita bertanya selalu apakah tindakan umat Islam itu menurut apa yang diajarkan oleh Rasullulah s.a.w.

    Akhir kata banyak ceramah ustaz yang bagus-bagus penyampaiannya yang saya sendiri mengikuti ceramah mereka umpamanya Dato Dr Asri Zainal Abidin, Datuk Ustaz Shamsuri, Datuk Ustaz Badlishah, Datuk Prof Farid Ravi, Professor Ridhuan Tee, Ustaz Firdaus Wong dan ramai lagi yang saya tak dapat kongsikan bersama.

    Saya doakan agar Puan diberikan hidayah dan petunjuk untuk menerima agama Islam sebagai satu cara hidup dan kesemua kebaikan dan amalan Puan yang sudah-sudah akan diterima Allah, insha Allah.

    Mohon maaf jika saya ada membuat kesilapan dalam menyampaikan mesej ini. Semoga Puan terus maju dalam bidang kewartawanan yang berbentuk ilmiah ini serta menjurus kepada kebaikan buat masyarakat Malaysia.

    Sekian, terimakasih.
    Roslan

    1. Boleh Saudara Roslan berkongsi sedikit (keterangan lanjut) tentang apa itu konsep marhalah tamkin? Saya masih kabur.

      Saya ada naskhah Al-Quran yang dibeli dulu di Pusat Islam. Secara kebetulan pernah ditugaskan untuk membuat liputan (berita) satu acara yang dijalankan di sana.

      1. Salaam Sejahtera Pn Helen,

        Mohon maaf kerana lewat memberikan jawapan kepada pertanyaan Puan.

        Pada mulanya saya google perkataan ‘marhalah tamkin’ dan rata-rata jawapan yang saya temui lebih berbentuk seperti suatu falsafah.

        Sebenarnya saya kurang arif tentang maksud ‘marhalah tamkin’. Lalu saya bertanya kepada sahabat saya berbangsa Arab agar dapat memberikan sedikit penjelasan.

        Saya kongsikan jawapan beliau di sini:

        مرحلة: phase or stage
        تمكين: empowerment

        So it means empowerment phase, Which refer to the process of becoming stronger and more confident.

        In Arabic we use it a lot
        Either in politics or job or other things
        Like if new manager deal with staff nicely, until he gets enough confidence and power, then he starts to fire staff or make major changes

        Saya harap penerangan sahabat saya ini dapat sedikit sebanyak memberikan sedikit pencerahan.

        Alhamdullilah, Puan ada kitab Al Quran untuk rujukan dan bacaan. Saya sendiri amat gemarkan surah-surah pendek yang mempunyai maksud yang dalam. Salah satu dari nya ialah surah Al Asr. Bagi saya apa yang Puan laksanakan dalam perjuangan Puan terkandung di dalam surah ini.

        Sekian dahulu.

        Roslan

Comments are closed.