Posted in Waaaah... impressed

KD Hang Lekir dan Hang Lekiu menjaga kedaulatan maritim negara

Dalam satu perutusan khas malam ini, Perdana Menteri berkata pengawasan sempadan negara akan dipertingkatkan lagi.

Kawalan keselamatan akan terus ketat untuk menghindar PATI daripada menembusi sempadan kita, kata Muhyiddin dalam ucapannya tadi yang disiarkan secara langsung di televisyen.

Beliau juga mengingatkan rakyat supaya jangan leka terhadap penularan wabak koronavirus, memandangkan masih ada banyak kluster-kluster Covid-19 termasuk yang dibawa masuk oleh orang asing.

BAWAH: Halang kemasukan PATI, pesan PM

Syabas kepada juruterbang dan anak kapal

Kerajaan mengamalkan dasar menolak pendatang pencari suaka yang menceroboh perairan Malaysia dengan menaiki bot.

Percubaan boat people ini untuk memasuki negara secara haram pernah dipatahkan apabila TUDM dan TLDM bertindak pantas bergerak ke lokasi pengesanan.

Operasi di perairan Langkawi pada 16 April 2020 — gambar TUDM

Gambar di atas menunjukkan sebuah bot yang sarat dengan economic migrant etnik Rohingya telah berjaya dikekang oleh TUDM dan TLDM hasil usaha sama pesawat C-130H, helikopter Super Lynx di udara beserta kapal KD Lekir dan KD Lekiu di laut.

Kejadian tersebut berlaku di kedudukan 70 batu nautika dari barat Pulau Langkawi beberapa bulan lepas.

Selamat Hari Malaysia kepada mereka yang setia bertugas dalam pasukan-pasukan keselamatan.

Author:

I have no Faceook or Twitter.