Waktu pesawat komersial Israel lalu sekejap saja di ruang udara kita dua minggu lepas, Pakatan Harapan bukan main bising dan kuat meronta.
Sehubungan peristiwa lintasan pesawat Israel itu, Pakatan Harapan telah menuntut supaya PAS dan Umno jangan nampak seolah-olah tunduk kepada MCA.
Sekarang ini enam belas pesawat tentera udara China yang menceroboh. Apa pula reaksi bekas Duta Khas ke China Tan Kok Wai yang juga pengerusi DAP? Jangan membisu ya?
Imbas kembali
KENYATAAN MEDIA Ketua Pemuda Pakatan Harapan – gambar atas – pada 30 Mei:
Shazni Munir Mohd Ithnin berkata mahupun pesawat Israel tersebut tidak mengancam keselamatan negara, namun penjelasan yang dibuat oleh Kementerian Pengangkutan ibarat “keluar daripada sebuah kerajaan yang suka bermuka-muka”.
“Akibat telah terbiasa bermuka-muka itulah yang akhirnya tanpa rasa bersalah telah membenarkan pesawat Israel melalui ruang udara negara,” kata Pemuda Harapan.
“Tidakkah Muhyiddin dan para menterinya ini tahu betapa resahnya rakyat apabila mendapat tahu pesawat Israel dengan senang-lenangnya boleh melintas ke ruang udara negara …?” kata Pemuda Harapan.
“Dalam hal penentangan terhadap negara haram Israel bukanlah terlalu kompleks sifatnya. Cukup memaklumi bahawa ianya sebuah imperialisme yang wajar dilawan, maka segala dasar dan polisi harus mengarah ke situ. Namun kalau itu pun gagal difahami, malah diberikan segala mak nenek justifikasi untuk berlembut pula akhirnya, amatlah malang keadannya bagi kerajaan yang gemar bermuka-muka ini,” kata Pemuda Harapan.
Sambung Shazni Munir lagi: “Lantas ingin ditanyakan soalan terakhir, di mana menteri PAS dan Umno? Tunduk kepada MCA kah?”
Amanah tunduk kepada DAP-大哥 kah?
TUDM mengesan 16 buah pesawat tentera China terbang secara formasi memasuki ruang udara Zon Maritim kita pada 31 Mei.
Malaysia telah melancarkan pesawat-pesawat pemintas kerana memandang serius kemungkinan ancaman terhadap kedaulatan negara.
Tunggu Shazni Munir Mohd Ithnin tunjuk taring sekali lagi.