Posted in Hah!

Pulau Pinang masih milik Kedah? 

Sumber: Getaran

Oleh Rafisqi Radhi

ALOR SETAR – Sejarah mengenai ‘pemajakan’ Pulau Pinang daripada Kedah perlu diperbetulkan kerana tiada bukti yang menunjukkan bahawa perjanjian mengenai pajakan itu, benar-benar berlaku pada era pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah pada 1786.



Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata, setiap dokumen yang ada ketika ini termasuk yang dipaparkan di Muzium Pulau Pinang, hanyalah surat perbincangan antara Francis Light dengan Sultan Abdullah semata-mata.

Namun katanya, perbincangan mengenai pemajakan negeri itu tidak dimaktubkan menerusi satu perjanjian yang dipersetujui antara kedua-dua pihak.

“Apa yang dipamerkan selama ini sebagai dokumen perjanjian adalah tidak betul dan perlu diperbetulkan. Itu cuma surat perbincangan mengenai pajakan dan bukannya dokumen perjanjian antara Sultan Abdullah dengan mana-mana pihak.

“Oleh itu pihak muzium dan arkib perlu menjelaskannya dan tak boleh tersalah membuat penerangan. Sudah sampai masanya rakyat negara ini tahu tiada perjanjian berkaitan perkara itu pada 1786 seperti digembar-gemburkan selama ini,” katanya.

Beliau yang juga anak jati Pulau Pinang dan merupakan pengkaji sejarah negeri itu berkata demikian dalam sidang akhbar secara maya bersama Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) yang diadakan secara dalam talian di sini.

Antara panel yang turut menyertai sidang akhbar itu adalah Pengerusi PSMCK, Dr. Ibrahim Bakar; Timbalannya, Ts Syamsul Anuar Ismail serta Setiausaha Kehormat PSMCK, Dr. Mohd. Faisal Mustaffa.

Murad menambah, kisah perjanjian tersebut merupakan satu naratif berpanjangan dan berterusan yang akan dipercayai, lalu dikekalkan kerana kepentingan pihak tertentu.

“Bagi saya, kita tidak boleh meneruskan naratif kolonial tanpa merujuk kepada sumber alternatif sedangkan sumber alternatif itu memang wujud.

“Saya tak tahu mengapa pihak terlibat tak merujuk kepada sejarawan terkemuka, R. Bonney yang telah membangkitkan hal ini sejak 50 tahun lalu dalam bukunya Kedah 1771-1821: The Search for Security and Independence. Ini bukan sesuatu yang baharu kita bangkitkan, sebaliknya telah dinyatakan Bonney sejak buku itu diterbitkan pada 1971,” katanya.

Sementara itu, Ibrahim berkata, Bonney yang merupakan sejarawan di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya dalam buku tersebut jelas menyebut bahawa Pulau Pinang sebenarnya tidak pernah dipajak, dikurniakan atau diserahkan melalui sebarang perjanjian bertulis oleh Sultan Abdullah.

“Dinyatakan dalam buku itu bahawa Sultan Abdullah hanya memberi kebenaran sementara kepada Francis Light untuk menduduki Pulau Pinang hingga suatu masa tertentu.

“Tidak ada persetujuan atau perjanjian bertulis untuk perkara itu (pajakan) malah tiada sebarang deraf dibuat dengan maksud untuk penyerahan sebarang wilayah. Tiada bukti atau rujukan dokumen dalam mana-mana rekod,” katanya.

Advertisement

Author:

I have no Faceook or Twitter.

3 thoughts on “Pulau Pinang masih milik Kedah? 

  1. look at the fact what transpires in penang all the years, stupidity is contagious like wuhanvirus, from communist to islamist wrt historic claim.

  2. Until the arrival of the British, Pulau Pinang and Kedah were as one. It does not make economic sense for Pulau Pinang to develop separately from Kedah where the source of its water comes from. Pulau Pinang does not require industrialisation unlike Singapore. It’s mainland has enough land to takeover those from the island. It is best to close down the Bayar Lepas Airport and turn it into George Town II and transfer all the factories to the mainland. Like this much water will be saved. The Butterworth Airport should be turned into George Town III. Let Kulim develop a proper 2 runway airport with mixed development adjacent to it. A Japanese style country railway connects all these locations together. A joint Kedah-Pulau Pinang Development Council established for co-ordination and efficiency. Then, the old George Town’s properties exempted from quit rent and assessment.

  3. ya.. masih milik Kedah.. dalam Perlembagaan Persekutuan jelas kata kerajaan persekutuan kena membayar pajakan kepada Kedah kerana mentadbir Pulau Pinang…sbb tu ada cadangan nak jadikan Pulau Pinang Wilayah Persekutuan… malangnya… habis masyarakat Cina ditipu DAP katanya Pulau Pinang tu wilayah bebas daripada koloni British…kepala hotak dia… jngn la buat malu masyarakat Cina.. dah la China semua pulau dia nak.. tanah org Uighur dia nak.. orang Uighur di tindas…. yang Cina DAP Malaysia ni takkan Pulau orang pun dia nak… habis tu nak halau Melayu balik Indonesia konon… tah apa2 je la perangai…

Comments are closed.