Posted in HIPOKRIT

Guan Eng vs Rais: Siapa tipu?

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mahukan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim supaya menghentikan “permainan  bahaya” sebagai seorang wira yang kononnya mempejuangkan Bahasa Malaysia.

Selain menuduh Rais melancarkan “siri pembohongan yang berniat jahat dan menyerang peribadi”, Guan Eng juga berkata bahawa Menteri Penerangan itu tidak adil dalam “menghina kerajaan negeri Pulau Pinang [sebagai meminggirkan BM] atas majlis anjuran Kolej Han Chiang”.

Di samping kenyataan akhbar Guan Eng yang mendakwa Rais “enggan mengakui pembohongan” yang dilakukannya, dia juga melemparkan tuduhan bahawa Rais “terus menipu untuk memainkan sentimen perkauman”.

Kenyataan akhbar tersebut telah diterbitkan semalam di Facebook rasmi Guan Eng serta di blog http://limguaneng.com dalam tiga bahasa mengikut susunan Bahasa Inggeris terdahulu, diikuti dengan BM, dan Bahasa Cina akhir sekali.

Kenyataan itu ditulis pada asalnya dalam BI dan kemudian dialih bahasa kepada BM dan Bahasa Cina.

Sebelum ini Guan Eng memberi alasan bahawa dia tidak harus dipersalahkan atas ketidak penggunaan BM pada tempoh hari kerana majlis itu bukan dianjurkan oleh kerajaan negerinya tetapi oleh Han Chiang sebuah kolej swasta.

Namun dalam kenyataan akhbar ini, tampak Bahasa Inggeris didahulukan dan BM dibelakangkan. Bukan sahaja BM diletakkan pada takuk lebih rendah daripada BI, versi BM tersebut pun hanya satu penterjemahan daripada BI.

Dan ianya dikeluarkan Guan Eng sendiri. Jadi kali ini dia tidak boleh salahkan Han Chiang lagi.

Adakah tindakan Guan Eng ini menunjukkan dia benar-benar menghormati bahasa kebangsaan?

Rencana berkaitan:
Apa kandungan ucapan bahasa Cina dibuat Lim Guan Eng di Han Chiang?

Anda mungkin juga meminati:

Tweet Guan Eng berbunyi ‘juz like BN a typical thief’

Sun Yat Sen kesayangan Penang Firsters

putar.BELIT putar.BELIT putar.BELIT

Malaysiakini dan gurindam Si Licik Paku Serpih

Author:

I have no Faceook or Twitter.

15 thoughts on “Guan Eng vs Rais: Siapa tipu?

  1. 1.B.Malaysia(Melayu) ialah Bahasa Kebangsaan. Dalam majlis rasmi di mana menteri-menteri (tak kira apa bangsa) di jemput, budaya tradisi nya mesti untuk kepentingan Negara. Ini bukan lagi soal majlis swasta,persendirian atau berkaitan.

    2.Sebagai Ketua Menteri,sepatut nya LGE lebih menjadi ‘Malaysian’ dan bukan ‘kecinaan’. Beliau berkuasa menasihatkan pihak terlibat. Apa rugi nya? Malah lebih di pandang mulia sebagai pemimpin. Jika Rais bersuara bermakna, beliau telah tidak di hormati sebagai tetamu VIP dalam majlis di mana hanya bahasa cina dan inggeris di gunakan.

    3.Banyak kes macam ini. Malah menteri cina dalam BN sendiri pun tenggelam dalam ‘kecinaan’ mereka. Mereka lupa kepada pemimpin-pemimpin yang lebih tinggi yang mesti di hormati mengikut kedudukan. Ada kah begitu hina sekali menghormati orang-orang melayu?

    4.Kenapa begitu bangga mendabik dada 100% cina mengamalkan ‘kecinaan’ dalam negara majmuk ini? Cakap cina,tulisan cina atau apa saja di pamer megah. B.Malaysia langsung tidak di umpamakan. Ini bukan perbuatan/tindakan bijak. Orang melayu akan rasa terhina sekali dengan perbuatan secara halus menafikan kebenaran yang termaktub.

    5.Salah sangat ke tulisan B.Malaysia di atas, di ikuti tulisan cina atau inggeris berikut nya di bawah ? Bukan kah lebih baik begitu ?

    Mana kewarasan ?
    ____________________________________________________

    Maae,
    Terlintas fikiran saya bahawa sebenarnya perdana menteri yang dijemput sebagai tetamu kehormat ke majlis Han Chiang itu. Tetapi oleh kerana PM tidak dapat hadir, Rais menjadi ganti. Bayangkan kalau PM ada, dan pihak penganjur masih melangsungkan segala upacara dalam BI dan BC sahaja. — Helen

  2. Ya, Bahasa Inggeris itu penting supaya kita lebih kompetitif dalam pelajaran dan kerjaya. Lebih2 lagi apabila melibatkan usaha sama dengan negara luar. Tapi kalau kita di negara sendiri membelakangkan BM, di mana jati diri kita sebagai rakyat Malaysia yang megah hendak praktikkan 1 Malaysia? Bila melibatkan kebebasan beragama, riuh kita semua Melayu Cina India Iban Kadazan Dusun menegakkan Perlembagaan Persekutuan(PP). Tapi apabila melibatkan bahasa, mengapa tidak kita ikut PP? Inilah yang dinamakan hipokrasi. Mempertahankan peraturan apabila ia memihak kepada kepentingan diri sendiri.Ohhh..begitu rupanya orang Malaysia. A disgrace.

    _________________________________________________________

    Darlyn,

    Saya kira kalau Facebook dan laman sesawang LGE tidak menggunakan BI atau BC, peminat-peminat M’sian Firstnya tidak akan mampu memahami BM (versi yang dimasukkan sekadar untuk hiasan). — Helen

    1. Helen – why don’t you issue an open challenge to LGE utk guna Bahasa Malaysia sepenuhnya dalam dia punya blog/FB/twitter etc etc..

      Kata Malaysian First, so gunalah Bahasa Malaysia in all communication to Malaysians … BUT I’m sure he will not take up the challenge. Why? Becoz he is not competent in Bahasa Malaysia AND as you rightly said his followers also are not competent in Bahasa Malaysia!

      Shame on you Khalifah Malaysian First!

      Saya bersetuju dengan apa yang Darlyn kata kebanyakkan yang mengaku mereka “Malaysian First” hanya “Mempertahankan peraturan apabila ia memihak kepada kepentingan diri sendiri.” Hipokrit!!

  3. Kedua-dua Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris penting. Yang sering menjadi perbalahan ialah ketika dan waktu ia dipertuturkan. Yang menjadi isu disini ialah apa yang dilaungkan dan dipraktikkan tidak sama. Jika Malaysian First itu yang dititiberatkan oleh LGE maka sepatutnya BM menjadi bahasa pertuturan dan alat komunikasi yang diutamakan. Kalau sebaliknya, ia sekadar menjadi slogan kosong untuk meraih undi semata-mata. Setakat ini, Malaysian First telah digunakan secara selektif oleh LGE demi masa depan politik. Satu hipokrasi tetapi itulah hakikatnya.

  4. twitter PMO utk Bajet 2012 pun dibuat dlm BI , kemudian baru BM , padahal PM berucap dlm BM di Parlimen , macam ni ?? Kalau PM office ( yaa.. kenapa tak guna Pejabat PM aka PPM.gov.my , tapi PMO cissh .. ) pun dok pentingkan BI , maka seluruh rakyat Malaysia pun kena laa ikut boss

    1. Rujuk The Scribe A Kadir Jasin. Saya juga ada komen pasal PM Najib. Cacamarba.

      Kita berlaku adil dengan semua keadaan. Kita yang mesti membetulkan keadaan. Helen’s writing power might help…..

  5. Anwar Ibrahim lah dulu, tukarkan Bahasa Malaysia jadi Bahasa Melayu. Lepas itu, banyai pemimpin Melayu kaki-bodek terikut-ikut dengan dia, kononnya semangat Melayulah hak Melayulah apa lah. Kalau asyik main sentimen perkauman, memang susahlah rakyat Malaysia berbilang-kaum ini nak bersatu.BM adalah Bahasa Malaysia – Bahasa Kebangsaan. Sama seperti Bahasa Indonesia dan Bahasa Siam untuk Thailand.

  6. LGE dah jadi macam mat sabu dan anuwar bila bercakap selalu putarbelit, bila dah kantoi tak pernah nak mengaku salah oleh kerana egonya. Dia juga ikut perangai bapa dia LKS, racist chauvinis.

  7. Ai yo yo…Guan Eng, dimana versi bahasa Tamil untuk penduduk India Pulau Pinang terutama sekali penduduk Kampung Buah Pala.

  8. Ajay, maaf saudara mungkin terkeliru. Memang dari dahulu bahasa kita dipanggil Bahasa Melayu. Sebelum wujud Malaysia lagi berkurun lama orang Melayu asalnya menuturkan Bahasa Melayu di Tanah Melayu. Tidak tahu dimana silap ianya kemudian ditukar menjadi Bahasa Malaysia..

    Seperti beberapa contoh bahasa kebangsaan lain berdasarkan etnolinguistik; Bahasa Hindi dan bukannya Bahasa India, Bahasa Inggeris/English bukannya Welsh, Scottish dll. Juga jangan dilupa contoh terdekat – Bahasa Melayu dan bukannya Bahasa Singapura…atau Mandarin di selatan sana !

  9. Sepatutnya kita pergiatkan industri penterjemahan bahasa Malaysia supaya masa depan tak timbul lagi. Kalau saya jadi wakil rakyat, saya nak gesa FINAS bagi rebat 20% dan insentif seumpamanya utk filem asing yang dialih suara ke BM utk tayangan pawagam. Sesungguhnya, amalan mengalih suara filem berbahasa Inggeris, terutamanya animasi dan filem tontonan seisi keluarga (family film), amat meluas di negara lain, khususnya negara jiran (Thailand dan Vietnam). Di India pun ada filem Hollywood versi Hindi dan Tamil, walaupun bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa rasmi di situ. Hilang keaslian bukan alasan demi kesungguhan mempertahankan bahasa penonton.

Comments are closed.