Posted in Ketua Menteri lidah bercabang

Tweet Guan Eng berbunyi ‘juz like BN a typical thief’

Setiausaha agung DAP ini memang bingkas menuding jari tetapi tidak reti mencermin diri.

Baru-baru ini, kita dimaklumkan bahawa badan perhubungan Umno Pulau Pinang memfailkan saman malu terhadap Guan Eng kerana dia telah mendakwa kononnya Umno terlibat secara langsung dalam demonstrasi di hadapan Komtar dan di atas Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai lepas.

Bukannya untuk kali pertama Guan Eng membuat tuduhan melulu.

Tahun lepas dia menuduh Umno terlibat dalam suatu “protes bising” di luar bangunan DUN Pulau Pinang pada Nov 2.

Rencana Malaysiakini (klik untuk membacanya)

Namun bukan semua pembaca bersimpati dengan Guan Eng secara membuta-tuli ataupun mudah mempercayai dakwaan bahawa mantan ketua menteri Pulau Pinang Dr Koh Tsu Koon boleh “bersikap ganas” sepertimana yang dipaparkan tajuk rencana Malaysiakini di atas.

Koh sebenarnya sudah amat bersabar dengan kerenah Guan Eng dan hanya pernah sekali menggambarkan penggantinya itu sebagai politikus yang “crafty” (licik).

Seorang lagi pembaca bergelar ‘srijaya’ (di dalam maklum balasnya kepada rencana ‘Penang CM blasts Umno, Koh for ‘violent behaviour‘) telah menegur “politik samseng” yang terbawa-bawa para penyokong DAP.

Srijaya juga berkata kelakuan samseng yang ketara ini adalah direstui serta dikembangkan oleh pucuk pimpinan parti itu sendiri.

Rencana Malaysiakini (klik untuk besarkan)

Seorang lagi pembaca ‘Little Han 2’ pula membuat komen berikut:

“But Mr Lim GE, if you look at how your supporters insult and call names of people whom post constructive feedback on your facebook account, what difference is that compared to the behaviour of UMNO supporters. Look at how your supporters call people idiot and throw insults at anyone posting a comment not welcomed in your facebook.”  10 months ago 

Namun sekarang kebebasan para pembaca untuk mengkritik Guan Eng di Malaysiakini tidaklah selonggar dulu.

Misalannya, portal berita tersebut telah membuang 26 komen pembaca dalam rencananya ‘TV3: Guan Eng’s faux pas in S’pore, not Australia’. Lihat bukti screenshot di sini.

Akan tetapi Guan Eng masih merasakan tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada media pro-pembangkang sahaja untuk melindungi dirinya daripada komen-komen negatif pembaca.

Lantaran itu, dia telah mengambil inisiatif membentuk sebuah jabatan komunikasi yang gah.

Petugas-petugas jabatan tersebut sering meronda ruang siber supaya tidak kedengaran kritikan terhadap Guan Eng, dan kalau ada, mereka bagai Robocop pantas untuk melepaskan tembakan ke arah si pengkritik sehinggakan orang awam yang memberikan timbal balik pun digertak dan diterjah mereka. Baca sini.

Ia mungkin keadaan jungkir balik yang tidak masuk akal tetapi dalam satu wawancara dengan FMT pada 12 Feb 2011, Guan Eng telah cuba menggambarkan dirinya sebagai mangsa.

“The disenchantment with the media has driven Lim up the wall and he has reacted with a flurry of libel suits against the media, chiefly publishers linked to Umno.

“Despite the threats of defamation suits, Lim claims that the state government and him are still being victimised, with questionable reports emerging on an almost daily basis.”

Nampaknya tidak mampu dibendung kecenderongan Guan Eng untuk menyaman. Malah pada minggu ini juga Guan Eng menuntut pohon maaf daripada media yang dikaitkannya dengan Umno. Di bawah ialah tajuk berita di Malaysiakini kelmarin:

Rencana Malaysiakini (klik untuk membacanya)

Guan Eng dengan muka kesian meletakkan dirinya sebagai pihak yang dizalimi.

Akan tetapi hakikatnya seperti juga yang disebutkan pembaca bergelar ‘Little Han 2’ tadi, yakni para penyokong Guan Englah yang kuat mencarut, memaki hamun dan memfitnah sesiapa yang mengkritik idola mereka mahupun DAP dalam media sosial atau media baru.

Terjun dengan Robocop-robocopnya

FMT telah melaporkan:

Robocop-robocop Guan Eng ini tersangat giat membuat rondaan merata-rata. Blogger ataupun pemberita yang berani mempersoalkan tindak-tanduk bos mereka pasti akan disentak.

Bukan setakat wartawan tetapi orang yang menulis surat kepada pengarang yang kritis terhadap Guan Eng pun diherdik juga. Baca sini.

Sekarang renungi sekali lagi tweet Guan Eng (screenshot di awal-awal halaman ini).

Guan Eng telah mengibaratkan cara beroperasi BN sebagai “a typical thief framing up d innocent as thief”.

Memandangkan politik samseng yang dimainkannya serta petugas-petugas medianya, siapakah yang “innocent” dan siapakah yang licik?

Rencana berkaitan:

Guan Eng vs Rais: Siapa yang menipu?

Author:

I have no Faceook or Twitter.

One thought on “Tweet Guan Eng berbunyi ‘juz like BN a typical thief’

  1. biarlah si maharaja dengan “baju-bajunya” yang indah itu. sampai masanya ditertawakan khalayak ramai juga.

Comments are closed.