Posted in Hah!

Kaitan bola sepak dengan frying pan

Bola sepak dibentuk dengan polygon lima dan enam bucu. Begitulah caranya ia dibuat sejak turun-temurun lagi. Mustahil bahawa sesebuah bola itu boleh dijahit bulat mengikut corak lain.

Untuk sekian lama juga, umum tidak mempercayai bahawa kristal boleh wujud jika ia tidak mengikut corak symmetrical (setangkup) yang berulang-ulang.

Namun penemuan bahan quasicrystals oleh Prof. Daniel Shechtman telah berjaya membuktikan bahawa atom-atom kristal boleh dijumpai dalam corak teratur tetapi tidak berulang.

Corak mosaik mengikut peraturan matematik

Untuk memahami struktur atomik quasicrystal itu (klik pada gambar untuk baca), para ahli sains membandingkannya dengan mosaik tamadun kegemilangan Islam di Istana Alhambra (Granada, Sepanyol) dan makam Darb-i Imam (Isfahan, Iran).

Akan tetapi sewaktu Prof. Shechtman membuat penemuannya, saintis-saintis lain mentertawakan beliau atas alasan apa yang disebutkannya itu tidak mungkin terjadi.

“Shechtman, 70, said he never doubted his findings and considered himself merely the latest in a long line of scientists who advanced their fields by challenging the conventional wisdom and were shunned by the establishment because of it.” — Associated Press (AP)

Dalam wawancara dengan AP, Prof. Shechtman menceritakan bagaimana dirinya telah disingkirkan dari kumpulan penyelidik mereka oleh rakan-rakan sejawatnya:

“I never took it personally. I know I was right and they were wrong.”

Memang pengkritik-pengkritiknya yang silap.

Prof. Shechtman semalam dianugerahkan Hadiah Nobel 2011 untuk Kimia atas penemuan quasicrystalsnya. Hadiah Nobel yang dimenangi beliau bernilai 10 juta krona (matawang Sweden=RM4.64 juta)

Daniel Shechtman (Gambar: Technion Israel Institute of Technology)

Beliau merupakan warga Israel yang ke-10 pernah memenangi Hadiah Nobel.

The Royal Swedish Academy of Sciences (jawatankuasa yang memilih pemenang-pemenang Nobel setiap tahun) dalam cuplikan penghargaan telah berkata:

“His discovery was extremely controversial. In the course of defending his findings, he was asked to leave his research group. However, his battle eventually forced scientists to reconsider their conception of the very nature of matter.”

Quasicrystals dijangka akan dapat meningkatkan mutu produk-produk yang sedia ada, umpamanya frying pan (kuali) and enjin diesel.

Hadiah untuk kaum Hawa

Bagaimanakah frying pan yang diperbuat daripada quasicrystal boleh lebih canggih daripada kuali yang kita guna sekarang?

Suhu masakan dalam kuali aluminum akan naik dengan cepat serta tapak kuali aluminum dipanaskan dengan tidak serata, demikian penjelasan daripada Prof. Bassam Shakhashiri.

Prof. Shakhashiri – seorang keturunan Arab berasal dari Lebanon yang bakal memegang jawatan presiden Persatuan Kimia Amerika pada tahun 2012 – telah memberitahu National Geographic:

“If you use a pan with a quasicrystal coating, that helps a great deal in distributing the heat, because quasicrystals – even metal ones – are poor conductors of heat and electricity due to the way their atoms are arranged and bonded.”

Berita penemuan quasicrystals (yang boleh digunakan untuk membuat frying pan) telah menarik minat puan empunya blog ini sebab saya kalau menggoreng sebiji telur pun kadangkala ia boleh hangus.

__________________________________________________________________________

Apa itu quasicrystals? Baca kertas latar saintifik di sini.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

3 thoughts on “Kaitan bola sepak dengan frying pan

  1. Please do look at this, disgusting

    Can’t believe how insensitive they all can be. If the other side does the same will they all tolerate. Please grow up..this is outright ridiculous, inhumane, reflects to their poor upbringing..
    __________________________________________________________

    Dear Balan,

    The link you provided does not work for me. Perhaps you could upload in your blog instead (if the photo is still online, that is). – Helen

  2. Salam Helen,
    Interesting.. u see, science ni very interesting kan? Always new discovery, in fact, banyak benda yang accepted as science facts pada masa lepas was rebutted by newly found facts. Entah-entah apa yang kita percaya sekarang pun will be obsolete in near future.

  3. Kalau ada kelapangan, baca lah Al Quran, helen. Telaah erti dan tafsir nya. Jangan malu untuk merujuk kepada ulama-ulama yang anda kenal. Tidak rugi pun. Tidak pula terus menjadikan anda Islam jika anda tidak mahu. Cari ketinggian ilmu di dalam nya. Ramai cendiakawan,saintis dan pakar di dunia merujuk Al Quran.

    Anda akan terperanjat dengan ‘miracles’ yang tersembunyi di dalam nya dari perkara setetes air mani sehingga lah ke alam galaksi dan perkara-perkara yang mencabar akal logik. Semua terjawab dengan nyata.

    Penemuan para saintis dulu dan sekarang, sudah lama di jawab dalam Al Quran. Bukan manusia yang mencipta Al Quran. Kitab ini milik Allah dan TERPELIHARA. Manusia saja yang jahat yang tidak ingin menilai.

    Manusia tidak perlu menjaga AlQuran tetapi di tuntut menghormati setinggi-tinggi nya dan mesti di simpan di aras tempat tinggi dan tempat suci.

Comments are closed.