Posted in Papa DAPster

BN bertanggungjawab sepenuhnya ke atas polarisasi kaum, kata Lim Guan Eng

Kenyataan akhbar

Oleh Lim Guan Eng

BN bertanggungjawab sepenuhnya ke atas jurang polarisasi yang semakin membesar antara 51 peratus penyokong PR terhadap BN, sementara salahguna kuasa oleh Pendaftar Persatuan (ROS), pihak Polis, Jabatan Imigresen, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menyebelahi kepentingan BN daripada kepentingan awam.

Tindakan terbaru oleh ROS terhadap DAP yang membawa kemungkinan penyahdaftaran DAP dan juga larangan oleh Jabatan Imigresen ke atas Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nuruh Izzah Anwar daripada memasuki Sabah menunjukkan bahawa BN sanggup menyalahgunakan kuasa mereka melalui taktik penipuan dan dakwaan palsu.

Penindasan dan kezaliman sebegini akan memisahkan rakyat dan tidak akan membawa ke arah penyatuan malah akan memberi kesan negatif kepada perpaduan nasional.

DAP mengecam pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman atas dakwaan palsu beliau bahawa lebih 700 perwakilan DAP telah dinafikan hak mereka untuk mengundi di Kongres Kebangsaan Parti pada tahun lepas kerana mereka tidak diberi notis terlebih dahulu.

Saya tidak pernah bertemu lagi dengan seorang anggota perkhidmatan awam yang sanggup menipu secara terbuka tanpa segan silu kerana ROS telah menghantar surat kepada kami untuk menuntut bukti notis yang dihantar kepada empat cawangan DAP bagi menghadiri kongres parti — Taman Sri Sungai Pelek di Selangor, Taman Nesa di Skudai, Johor, serta Desa Dahlia dan Ladang Paroi di Negri Sembilan.

Jumlah perwakilan dari keempat-empat cawangan ini adalah kurang daripada 15 orang dan bukannya lebih 700 orang perwakilan seperti yang didakwa oleh ROS.

Persoalannya, bagaimana Abdul Rahman boleh membesar-besarkan isu ini daripada hanya 15 orang perwakilan yang dipertikaikan kepada 700 orang perwakilan?

Jelas sekali beliau tidak layak untuk menjadi pengarah ROS kerana beliau seorang penipu dan sanggup diperalatkan oleh Umno dan BN.

Kelmarin, Setiausaha Organisasi Kebangsaan Anthony Loke telah membekalkan bukti bahawa perwakilan daripada tiga daripada empat cawangan yang dipertikaikan telah menghadiri kongres parti tersebut.

Justeru tidak timbul sama sekali persoalan mereka tidak diberi sebarang notis tentang kongres parti ataupun dinafikan hak untuk mengundi.

Kecaman DAP terhadap larangan Nurul Izzah memasuki Sabah tidak ada kena mengena dengan perjanjian 20 Perkara Sabah.

DAP tidak membantah perjanjian 20 perkara tetapi sebaliknya kami membantah penyalahgunaan kuasa oleh rejim yang zalim dan yang menentang semangat perjanjian 20 perkara tersebut.

Begitu juga, kecaman DAP terhadap pasukan polis dan jabatan imigresen adalah terhadap penyalahgunaan kuasa oleh beberapa pegawai kanan yang sanggup menjadi alat kepada BN untuk menang pilihan raya dan bukannya terhadap seluruh anggota jabatan-jabatan tersebut.

Star Editor's Choice (TheStarEC) on Twitter 2012-12-30 21-08-17

DAP ingin meluahkan rasa jijik terhadap persekongkolan pihak polis dengan Utusan Malaysia dalam usaha memburu melalui dakwaan-dakwaan yang tidak berasas bahawa terdapat sekumpulan askar cyber yang dikenali sebagai Red Bean Army telah diupah oleh DAP untuk menggulingkan kerajaan melalui internet.

DAP ingin menyatakan bahawa kami tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang kewujudan Red Bean Army, lagi-lagilah apabila DAP adalah sebuah parti yang miskin dan tidak berupaya untuk mengupah atau membayar sesiapa daripada pasukan yang kononnya dikenali sebagai Red Bean Army.

Sehingga kini, pihak polis atau Utusan tidak pernah memberitahu siapa sebenarnya ahli-ahli Red Bean Army tersebut.

Jelas, cerita fitnah tentang Red Bean Army yang ingin menggulingkan kerajaan melalui internet adalah cubaan untuk mewujudkan ketakutan walaupun tidak pernah ada mana-mana DIKTATOR yang pernah diguling melalui internet. Mengapa sehingga kini SPRM masih enggan menyiasat pemimpin-pemimpin BN yang memiliki kekayaan luar biasa seperti Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud?

Yang paling teruk ialah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya bertindak “lebih BN daripada BN sendiri” dalam usaha melawan PR semata-mata kerana PR menuntut pembaharuan sistem pilihan raya bagi memastikan senarai pengundi yang bersih dan undi popular akan mencerminkan keputusan sebenar pilihan raya.

DAP menyeru penyokong-penyokong kami untuk bertenang dan berdiri teguh melawan dakwaan palsu terbaru ROS terhadap DAP.

Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP akan mengadakan mesyuarat tergembar [sic] pada hari Rabu minggu depan di ibu pejabat DAP untuk membincangkan tindakan seterusnya bagi melawan dakwaan palsu tersebut dan tentangan kuat daripada pengarah ROS yang dilihat sebagai sedang mengorak langkah untuk menyahdaftarkan DAP.

Sumber: The Malaysian Insider (1 Jun 2013)

__________________________________________________________

Baca juga:

Pakatan’s fourth component

Author:

I have no Faceook or Twitter.

18 thoughts on “BN bertanggungjawab sepenuhnya ke atas polarisasi kaum, kata Lim Guan Eng

  1. DAP really knows how to lie, lie and lie. Why can’t they be more truthful rather than telling lies and making unfounded accusations. Pathetic !!

    DAP does not know the Red Bean Army?? Please lah DAP, don’t make my toes laugh. DAP does not pay the Red Bean Army to topple the government of the day by spreading lies and attacking anyone online who are seen ‘frinedly’ towards the BN ? Please lah…don’t treat M’sians as fools.

    Racial polarisation is caused by DAP playing with Chinese chauvinism spirit to topple the BN and to grab the political power from the Malays. PKR and PAS are just your ‘kuda tunggangan’…As if we do not know it.

    1. Helen,

      On the contrary, DAP is responsible for racial tension. It creates imaginery enemies on Chinese minds. No prize for guessing the enemy:UMNO and anything that Malays stand for.

  2. News from Penang.

    There is an official state Wesak Day celebration today but no Agong’s Birthday celebrations at all. (Why none?)

    There are no Jalur Gemilangs hung from street lamps throughout Penang (like other years). Only selected buildings hung the Jalur Gemilang eg Tesco, Chinese Swimming Club. No Kerjaan PR mengucapkan “‘Selamat …. “” SMSs too.

    This is a real insult to the Royals. The Chinese New Year incident was bad enough.

    Opinion:

    The questioning of why our Beloved King bestowed the Tan Sri to Michelle Yeoh is an incorrigible act. These PR supporters openly question the wisdom of the Royals who are symbols of unity. They are openly challenging the institution of constitutional monarchy.

    1. “The questioning of why our Beloved King bestowed the Tan Sri to Michelle Yeoh is an incorrigible act”

      They mad because the Tan Sri title goes to Michelle Yeoh instead of another Yeoh. Tan Sri Hannah Yeoh?! lol

  3. Dah resam dia berkelakuan begitu. Nak cakap apa. You cannot blame a monkey for behaving like a monkey.

    Isunya, reaksi kerajaan yang seperti biasa lambat atau tidak ada langsung.

  4. Lge baru balik dari uk dengan membawa legasi baru yg kononnya yg dibawa itu adalah suara pelajar2 malaysia di oxford universiti.

    Sehingga ke hari ini lge terus mengatakan dap sebuah parti yg bersih dari segala kekotoran dan melemparkan semua keburukan ke atas semua pesaingnya.

    Parti seperti ini hanya pandai mencipta kebencian terhadap pemerintah dan meminta rakyat menyokong semua agenda dap. Lge patut sedar bahawa jika rakyat sedar perjuangan dap ada udang disebalik batu maka rakyat akan bertindak balas atas apa yg lge dan dap lakukan untuk memecah belahkan perpaduan kaum secara senyap.

    1. Lim Guang Eng, like any Dapster, is a born liar. Memang ada red bean army ni. Mereka pernah kacau email dan fb saya.

      malah apabila saya nak upload video ke youtube ketika kempen PRU13 dulu, pun mereka ganggu. Susah nak upload video sokong BN ketika itu. Sekarang ni mudah pula nak upload apa video pun.

      Kurang asam LGE ni. Kalau kita mahu tahu seseorang itu kaki pembohong ke tidak, tengok jer bibir mulutnya. Kalau diletakkan pensel di situ, ada tak garisan lurus.

      Bibir LGE, Anwar Ibrahim dan kebanyakan pemimpin Pakatan, semuanya senget dan tidak lurus garisan antara bibir tu. Itu tandanya pembohong besar.

  5. Mr. LGE sir, there is no need for you to get desperate. The RBA will come to your rescue. Stay cool and calm down.

  6. you know what’s even scarier? Thousands and millions of DAP followers echoing the same ‘other people are always lying but not us!’ diatribe.

    It’s their excuse every single time.

    I mean, even I can admit that BN has a lot of faults to fix, but DAPsters and their ‘DAP is the BEST THING EVAR’ and ‘completely angelic’ mentality is freaky scary.

  7. DAP is not just about civil disobedience. They are now also Terrorists.They are now about cyber terrorism. It is scarier than Sabah. Police please investigate under anti terrorism laws.

    People,
    DAP are very dangerous. They use Christianity to brainwash. They use lies to brainwash. They use PAS for their purposes. They bribe temples. Now cyber terrorism.

  8. Bila kerajaan melaksanakan undang-undang, salah gunakuasa pulak daaahhh. Kalau tak laksana, dapat gaji buta pulak daaahhh. Apa ada di antara tak buat dan tak buat? Guess what….ada 3 titik kata cerita 3 Abdul.

  9. The fact of the matter is the Singaporean Trojan Horse DAP, the very rich PKR and the very pious PAS lost the 13th General Elections and failed to kick-out their Nemesis the BN. If there are no issues, the supporters of the Opposition will leave in droves.

    So, the factory of bluffology is established to churn out the anti-BN products. We must never forget that Singapore has only one natural resource which is BLUFFOLOGY ! This was used to maximum effect based on the brilliant Lee Kuan Yew with his 9 failed Policies for Singapore.

    Sooner or later, there will be no ORACLE left on this idyllic tropical isle but chaps and ladies no better than you and me. This will be the interesting part in its short history.

  10. Jelas, cerita fitnah tentang Red Bean Army yang ingin menggulingkan kerajaan melalui internet adalah cubaan untuk mewujudkan ketakutan walaupun tidak pernah ada mana-mana DIKTATOR yang pernah diguling melalui internet.

    LGE is a shameless, two-bit liar. This malicious retard wants to dupe innocent Malaysians into believing that Egyptians all woke up from the wrong side of the bed one day and happily took to the streets to oust the government of the day.

    And that organised attacks via Facebook and Twiiter had nothing to do with it despite this being well documented.

    Screw you, you two-faced retard.

  11. Rejim Dap memulakan politk kebencian terhadap kerajaan, rejim dap berjaya dan kata itu bukan hasutan sebaliknya menyalahkan kerajaan. Bak kata pepatah baling batu sembunyi tangan. Bagi rakyat yg faham makna hasutan maka kebencian itu merupakan hasutan jugak, cuma rejim dap ni terrer undang2, bar council sokong pakatan jadi lebih mudahlah dap meneruskan agenda mereka.

  12. Saya rasa kerajaan sukar nak balas sebab apa je dia buat kena serang sebab tu sekarang dia kena kaji dulu apa-apa tindakan dia nak buat -_- tapi tak bolehlah lambat sangat.

    Orang yang jahat hanya patuh kepada orang yang lebih berkuasa daripada dia. Kalau ada kuasa tapi tak digunakan, sama sahaja macam tak ada kuasa.

    1. re: “Orang yang jahat hanya patuh kepada orang yang lebih berkuasa daripada dia.”

      Setuju. Sebab itulah Singapura mengambil tindakan yang keras dan pantas terhadap pendemo #Black 505 di republik itu.

      re: “apa je dia buat kena serang”

      Kalau dibuat apa pun, kira salah. Kalau tak buat apa-apa pun salah juga. Walau buat yang betul, yang benar dan yang hak sekalipun, pasti tidak akan boleh lepas daripada disalahkan.

      Itulah gaya operasi DAP, asyik menyalahkan. Cara DAP ialah untuk membinasa.

      re: “Kalau ada kuasa tapi tak digunakan, sama sahaja macam tak ada kuasa.”

      Kaum Melayu mengamalkan sikap toleransi kerana sabar itu separuh daripada iman :D

Comments are closed.