Posted in Pilihanraya

Isma: “Mereka mencabar itu, mencabar ini”

“Sultan ada kuasa, Mufti ada kuasa, mahkamah ada kuasa, jadi kita selesaikan segala masalah mengikut saluran undang-undang dan perlembagaan,” ujar naib presiden Isma Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni dalam kupasannya tentang masalah perkauman.

Dalam sebuah temubual dengan wartawan Isma, Ustaz Fauzi menyebut bahawa golongan pelampau bukan sahaja mempertikai kontrak sosial, kedudukan Islam dan ‘kedudukan istimewa’ Perkara 153 bahkan perkara tanah rizab Melayu pun disentuh mereka.

Ustaz-Fauzi-Asmuni

Ustaz Fauzi bertanya bagaimana kita boleh hidup dengan damai jika kumpulan penentang perlembagaan ini hanya asyik mahu supaya undang-undang tubuh negara diubah.

“Jika sekiranya mereka tidak menghormati perlembagaan, mereka nak hormat apa sebagai warganegara di Malaysia?”

Sambung beliau, “sekiranya jika kita kumpul dalam masa setahun sahaja, kita akan dapat ratusan artikel yang mereka pertikaikan Melayu adalah pendatang, mereka mempertikai kedudukan Sultan” dan bermacam-macam lagi.

“Mereka mencabar undang-undang yang berkait dengan orang Islam dalam isu lesbian, gay, mereka cabar undang-undang syariah, mereka cabar hak murtad, mereka juga cabar dalam isu kalimah Allah.”

Meneruskan perbincangannya, naib presiden Isma tersebut membangkitkan isu pertubuhan-pertubuhan sukarela yang menerima dana asing untuk menjalankan agenda luar. Beliau menyifatkan gabungan Comango, contohnya, sebagai menikam belakang negara.

Mengulas perkembangan sosiopolitik dalam era 70-an, 80-an, beliau berpendapat isu-isu sebegini tidak muncul ketika itu sebab tuntutan-tuntutan yang bercanggah dengan perlembagaan tidak ditimbulkan.

“Tetapi apabila mereka menuntut macam-macam sejak tahun 2000 ke atas, terutamanya selepas PRU13, apabila mereka merasakan mereka ada kuasa tertentu dan mereka berani mempertikai,” tambah Ustaz Fauzi, “kita hanya respon sebahagian daripada apa yang mereka pertikaikan selama bertahun-tahun.”

(240 patah perkataan)

Author:

I have no Faceook or Twitter.

23 thoughts on “Isma: “Mereka mencabar itu, mencabar ini”

  1. There are greedy people thinks with their brain… they got the gold and become glorius.

    There are greedy people who thinks for their stomach only…they are the losers and never care what will happened to the next generation.

    even common sense will tell u the social contract is so senget sebelah.

    Citizenships is very permanent, konkrit, cannot be easily stripped off.

    where else the malay rights is so fragile and many parts of it has been dismantle without much resistence for a more toleransi.

    More n more toleransi is expected to be sacrificed of the Malay Rights until nothing is left while the citizenships remain intact.

    ★Kalau benar2 mau mencabar social contract letakkan citizenships
    sebagai taruhan★

  2. Kalau mengikut kiraan kasar saya sekadar 2% saja mereka dari kalangan rakyat Malaysia yang asalnya dari keturunan immigrants yang memberi sokongan kepada kerajaan BN.

    Afterall they know and we know, layan macam mana pon come GE they will still vote for the opposition. Notice DAP suddenly gone on silent mode re the Selangor conflict? Depa tu sekadar dok tunggu durian runtuh saja. Yang kalut dok membaja pokok dan menebas semak are PAS and PKR…

    ISMA, ikut aje Perkasa dan UMNO.. Just make donno. Melampau sangat saman aje mereka ni. Tengok Nurul Izzah dengan Nong Chik, takut kena bayar 100j ++ cepat2 mohon ampun, insaf ke tidak Wallahualam.

  3. ‘Ustaz Fauzi menyebut bahawa golongan pelampau bukan sahaja mempertikai kontrak sosial, kedudukan Islam dan ‘kedudukan istimewa’ Perkara 153 bahkan perkara tanah rizab Melayu pun disentuh mereka.’

    Akta Hasutan 1948 harus diperkasakan-Tun Hamid

    ‘bekas ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamed telah menggesa agar Akta Hasutan 1948 tidak dimansuhkan kerana ia dilihat sebagai benteng mengekang perbuatan menghasut berkaitan agama Islam, perpaduan dan kedudukan Melayu termasuk anak-anak Sabah dan Sarawak di negara ini. Beliau berkata, pemansuhan akta berkenaan bermakna membenarkan sesiapa sahaja yang tidak berpuas hati dengan hal kepentingan Melayu dan agama Islam boleh menghasut agar keistimewaan itu terhapus. Kata Tun Abdul Hamid: “Kita lihat ada kumpulan yang mahukan akta ini dimansuh kerana mereka telah mula menyebabkan Melayu berpecah-belah, mempengaruhi pemimpin Melayu bekerjasama dengan mereka dan menyebabkan perpecahan undi Melayu.” Tun Abdul Hamid menegaskan bahawa usaha mengekalkan Akta Hasutan juga sebagai usaha mengekalkan perlembagaan negara sedia ada.’

    http://www.bangkit.info/2014/08/cadangan-memperkasa-akta-hasutan-1948.html

    Pandangan Tun Abdul Hamid Mohamed juga disokong oleh Tun Mohamaed Hanif Omar, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, Tan Sri Zaman Khan dan Professor Salleh Buang.

  4. ‘mereka mempertikai kedudukan Sultan’

    Memang dah melampau tahap MENGHASUT golongan ektremis anti Perlembagaan Persekutuan ni! Sepatutnya NGI rapatkan barisan dan buat laporan polis secara tersusun dan serentak terhadap golongan pelampau ini!

    ‘Orang Melayu yang arif dan teliti terhadap penggunaan bahasa Melayu, pasti akan sedar bahawa apabila suatu kata dasar diapit dengan imbuhan “ke-” di awalnya, dan “-an” dihujungnya, kata dasar tersebut akan bertukar menjadi suatu hal ataupun keadaan (state/condition).

    Maka, apa yang kita istilahkan sebagai “ke-Raja-an”, tidaklah ianya sekadar difahami umum kini sebagai “pemerintah”, sebaliknya yang lebih menyeluruh dan dasar ialah suatu keadaan di mana wujudnya Raja.’

    Wong Chin Huat, lu ada paham ka?

    ‘Kedaulatan Raja-Raja Melayu dalam konteks Raja Berperlembagaan di Malaysia pada hari ini tidak boleh disempitkan dan disamakan peranan Presiden yang ada di negara-negara tidak beraja atau republik.’

    Aziz Bari, Tommy Thomas dan Wong Chin Huat harus ditangkap menghasut! Begitu juga dengan mereka-mereka yang anti Raja-Raja Melayu dan pro republik! Republicans and their thinking cap has no place in Malaysia!

    ‘Apa yang diistilahkan sebagai “Ketuanan Rakyat” tidak wujud dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor kerana tuan yang sebenar adalah Sultan Selangor ke atas seluruh tanah jajahan dan wilayahnya.

    ‘Kerajaan negeri Selangor adalah ke-RAJA-an Baginda Tuanku yang telah tertubuh lama jauh sebelum wujudnya negara-bangsa bernama Malaysia.’

    Kita mempunyai sejarah kita yang tersendiri dan kita tidak perlu mengikut buta tuli gaya negara lain menguruskan negara kita!

    ‘Dalam era demokrasi liberal dipaksa masuk ke dalam negara-negara dan peradaban yang sudah ribuan tahun berdaulat seperti tanah jajahan dan daerah takluk Raja-Raja Melayu, adalah amat penting untuk umat Islam khususnya bangsa Melayu meneliti kembali warisan peradaban iaitu Institusi Kesultanan dan Kerajaan Melayu yang merupakan salah satu institusi Islam yang bertindak sebagai benteng kepada faham sekularisasi penuh melalui pintu masuk politik yang telah merobek tamadun Kristian di Eropah ratusan tahun dahulu.’

    http://www.bangkit.info/2014/08/fahami-kerajaan-kedaulatan-raja.html

    Negara Kita, Acuan Kita!

    ‘Apakah prinsip-prinsip yang perlu kita pakai dan tafsiran Perlembagaan yang perlu kita tetapkan untuk sistem raja berperlembagaan yang kita terima dan jadikan amalan Perlembagaan kita sekiranya ia tidak bertulis dalam Perlembagaan. Kita rujuk kepada sejarah kita, kita tidak perlu meniru raja berperlembagaan yang diamalkan di negara lain kerana amalan tersebut tidak sesuai dengan sejarah dan hala tuju negara kita. Tiada konsep universal dalam prinsip raja berperlembagaan.’

    http://www.bangkit.info/2014/08/sistem-raja-berpelembagaan-acuan.html

  5. “… ratusan artikel yang mereka pertikaikan Melayu adalah pendatang..”

    Saya sebagai seorang Melayu tidak dpt terima bahawasnya Melayu adalah pendatang seperti mana bangsa yg bukan Melayu ia-itu Cina, India dan lain2.

    Cerita serba ringkas:

    Seharus kita mesti sadar Cina hanya ada sebuah negara ia-itu People’s Republic of China (PRC)..dimana2 sahaja bangsa Cina berada diseluruh dunia asal usul mereka tetap pendatang drpd sebuah negeri begitu juga dgn India yg hanya ada sebuah negara ia-itu Republic of India…

    Melayu ada lebih drp satu negara selain Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan termasuk Taiwan (Formosa) dipercayai adalah orang aslinya keturunan Melayu juga.. Sebelum kedatangan Inggeris dirantau ini digelarkan sebagai Semenanjung Melayu (Malay Peninsula) atau disebut juga Nusantara (Alam Melayu).

    Para sejarawan juga ada berkata keseluruhan kePulau2an Pasifik penduduk2 dipercayai datang drp keturunan Melayu begitu juga Red Indian di Amerika (USA).. Bererti bangsa Melayu sudah merantau ribuan tahun dahulu sebelum lain2 bangsa merantau terutama Cina dan India…

    Persoalnnya:

    Kenapa para sejarawan terutama Cina, India dan lain2 bangsa non-Malay Malaysia cuba perdayakan yg Melayu pendatang sedangkan diri mereka adalah pendatang yg sebenar2nya…

    1. re: “cuba perdayakan yg Melayu pendatang sedangkan diri mereka adalah pendatang yg sebenar2nya…”

      Sama lah evangelista cuba perdayakan Melayu bahawa Tuhan Kristian adalah ‘Allah’ dan mereka boleh selamba saja kata kepada orang Melayu “your God is my God too”.

      1. “We have become so accustomed to the religious lie that surrounds us that we do not notice the atrocity, stupidity and cruelty with which the teaching of the Christian church is permeated.” — Leo Tolstoy

        Tolstoy’s “The Kingdom of God Is Within You” is often regarded as a key text for modern “Christian anarchism”. Tolstoy asserts that when Jesus says to turn the other cheek, he meant us to abolish violence, even the defensive kind, and to give up revenge. Tolstoy rejects the interpretation of the Roman and medieval scholars who attempted to limit its scope.

        “How can you kill people, when it is written in God’s commandment: ‘Thou shalt not murder’?”

        Tolstoy considered all governments who waged war as an affront to Christian principles. As the Russian Orthodox Church was—at the time—an organization merged with the Russian state and fully supporting the state policy, Tolstoy sought to separate its teachings from what he believed to be the true gospel of Christ, specifically the “Sermon on the Mount.”

      2. Pandangan pribadi saya ‘God of Abraham’ yg dipanggil Yahweh, God, Allah dan sebagainya. Tidak lah menjadi kesalahan Evangelista berkata Allah “your God is my God too”. sebab Nabi Ibrahim adalah Bapak segala ugama dlm dunia. terutama Kristian, Yahudi dan Islam. Di negara2 lain khas sekali Timur Tengah memang tiada masalah agama2 lain seperti Kristian dan Yahudi juga sebut Tuhan mereka dgn panggilan Allah. Tetapi tidak kpd Malaysia..

        Orang2 Evangelista semesti mau faham sebelum kedatangan agama Islam dirantau ini beberapa ratusan tahun dahulu (est 700 thn) bangsa Melayu ketika itu beragama Hindu, Buddhist dan Animism memanggil Maha Esa (Supreme Being) itu Tuhan, Gusti, Agung dan bermacam2 lagi. Apabila Islam diperkenalkan kpd Melayu (Jawa, Bugis, Boyan etc) sebutan Allah sebagai Tuhan Yg Maha Esa tidak pernah didengari mereka sebelum ini… Jadi bagi bangsa Melayu itu panggilan Allah khas utk Islam ‘Melayu’ bukan utk agama lain terutama Kristian..

        orang2 Evangelista mesti mau faham dan menghormati Melayu Malaysia dan jangan sengaja membangkit kemarahan Melayu.. sangat bahaya bermain api.. jangan sampai satu masa Melayu bangun bersatu menentang mereka. Orang2 Melayu kalau sudah marah dan mengamuk sungguh padah.. sedangkan Inggeris sebuat “Amuk” yg tiada dlm bahasa mereka dlm dictionary.

        Seharusnya kita mau tau dan sedar Evangelista ini memang musuh Islam dlm selimut. Evangelista tidak pernah padam niat muslihat licik mereka utk menghancurkan Islam seluruh dunia… Sejarah juga mengatakan Evangelista juga membunuh org2 Kristian yg bukan sealiran faham dgn mereka…

        Sekian cerita serba ringkas.

  6. Living in the self created shadow stories of threats towards Bangsa, Agama, Raja, Negara to retain it’s hold on Govt. since Merdeka ain’t going to work anymore when it’s citizens are now better educated, exposed to overseas governance, the World Wide Web, CNN, etc.

    Is it about governing Malaya or Malaysia? East Malaysians not part of the equation of a Federal Govt?

    A Govt. For the people, By the people and Of the people will definitely include all Malaysians and not just Malays or pseudo Malays created by the Constitutions. And a Govt. which knows how to govern according to established principles of governance will definitely survive any elections short of a coup de tat, uprisings or being conquered by another country.

    Can any Govt survive in the long run by playing on the fears of citizens via propaganda and dividing it’s citizens thru issues of race, religion, food, culture, education, dress, habits, name calling, force, persuasion, bias ness or idolating symbols of institutions?

    Go get a life.

  7. Helen,

    mmg betul mereka mencabar dan terus mencabar…. !

    yang jadi masalahnya ialah kepimpinan negara yang ada pada ketika ini terlalu lemah sehingga Tun M pun dah naik ‘fed-up’!

    amat malang warga melayu di tanahair tercinta ini seolah-olah tidak didengari ‘keluhan’ hati-nurani mereka.

    maka terpaksalah kita tunggu satu hari dimana cabaran mereka akan disahut…!

    1. re: “malang warga melayu di tanahair tercinta ini seolah-olah tidak didengari ‘keluhan’ hati-nurani mereka”

      Kalau jiwa dah terlalu ditekan, mengamok lah mereka nanti.

        1. I don’t see how it is seditious to “celaka”kan Umno. After all, the whole ABU campaign in GE13 was to kuburkan Umno. What’s the difference between celaka / hancur / pecah perut Umno?

          1. Helen, UMNO ada 3,000,000 ahli. Semua melayu termasuk yang dok Sabah. So semua Melayu ni celaka ka? Dan jangan lupa depa semua ada keluarga masing-masing, Campur keluarga depa yang mungkin juga bukan ahli UMNO tambah lagi beberapa juta, yang tidak puas hati dengan remark Rayer kata UMNO celaka, directly kepada mak bapak, pakcik makcik, tok nenek, anak cucu cicit piut miut, sepupu sepapan semua, kalau semua mengamok marah dengan mulut celupaq p.dog tu macam mana?

            Tak hancur negara?

            1. A political party does not have immunity. It is the Raja-Raja Melayu who do. And neither is insulting Umno equivalent to insulting the Malays. If you want to apply that standard, then you’ll have to allow that insulting PAS means insulting Islam.

              Dapsters look with the utmost disdain upon “Umnoputras”, which like you complain, alludes to the 3 million Umno members and added to that, their families. If the government seriously wants to act, then it has got to find ways to clamp down on the Dapsters and particularly the evangelistas.

              In the case of Rayer, there are the provisions of the Sedition Act which protect the monarchy, Islam, 152, 153 and the citizenship of the minorities which are not to be questioned. I don’t see how the prosecutor can prove his case against Rayer within the parameters of the Sedition Act.

Comments are closed.