Posted in PAS

Begitu takburnya PAS

Cina di Malaysia menganut pelbagai jenis agama — Confucianisme (fahaman berunsur falsafah), Taoisme, Buddhisme, Evangelisme, Kristian, Islam dan lain-lain kepercayaan tradisi umpamanya memuja semangat.

Ada segelintir Cina jadi pengamal ajaran ala Hinduisme (campur sedikit-sedikit). Mereka ini turut mengangkat kavadi menyertai sambutan Thaipusam. Dan ada juga Cina yang jadi pengikut guru tarekat India seperti Sai Baba.

Namun demikian, orang Cina masih boleh bersatu jua dalam ikhtiar bersama untuk bunuh Umno.

Orang Melayu sebaliknya pula mempunyai satu agama sahaja tetapi tiada perpaduan kaum. Kesetiaan mereka berbelah-bagi di antara Umno, PAS, PKR, PAN dan Perkasa Pak Kadok. Tambahan lagi, Isma pun ke depan bertanding pilihanraya.

Kaum Melayu nyata menyerlahkan perpecahan. Bandingkan dengan kaum Tionghua yang 95 peratus menyokong DAP.

PAS enggan bekerjasama dengan Umno atas alasan parti pemerintah tersebut kurang Islam.

Masih ingat tak betapa ghairah serta beriya-iya PAS dalam percubaan untuk mentarbiyah DAP? Sementelah itu, Umno saudara seIslam yang diserangnya dengan ganas gara-gara PAS mahu mempertahankan evangelista.

DAP tazkirah

Natijah DAP yang lebih Islam di kacamata PAS. Politikus DAP yang dijemput naik mimbar sampaikan tazkirah.

Inilah sebabnya sebuah parti bergelar Islam boleh didorong untuk bertahaluf siyasi dengan parti evangelis yang dianggap bersifat ‘keIslaman’ itu.

Mengikut perhitungan PAS, rakan sepakatnya yang sekarang pun lebih Islam daripada Umno. PKR cukup Islam kerana parti dipimpin orang alim.

Ketua umum PRK tidak didoakan untuk pecah perut kerana perut si ketum pun asalnya sudah kempis.

anwar-perut-cinadoll

anwar_ponggal2

RBF Anwar ash

Anwar hindu1

Anwar hindu

anwar gereja

Author:

I have no Faceook or Twitter.

12 thoughts on “Begitu takburnya PAS

  1. Pas jangan berkerjasama dengan UMNO buat waktu ini selagi Sang Kelembai masih menjadi ketua UMNO. Apa yang di sentuh oleh Sang Kelembai akan menjadi batu aka swehhh. Pas akan jadi macam !MDB, BR!M, GST, MH17, MH370, banjir terburuk di Kelantan, gempabumi di Sabah, Penyalahanguna kuasa, kehilangan dana !MDB, kekalahan UMNO di PRU 14 (akan datang)

  2. Helen,
    Sebenarnya apa yg anda nak cerita ni, Tajuk pasal PAS sungguh Takbur ,tapi tak jelas yg jelas awak sgt meluat pada DAP , whatever, cuma saya harap PAS bawa lah dirinya sendiri daripada berkerjasama dengan mana mana pihak kerana peluang PAS bersendirian lagi elok , daripada berkerjasama dengan parti lain kerana pemimpin meraka yang ada sekarang tidak begitu cemerlang dalam berpolitik mudah di kuda kudakan begitu juga kalau mengurus amat lemah , Umno pula sekiranya si lanun najib ini masih menjadi Presiden saya rasa peluang masa depan semakin malap , sambutan hangat terhadap lanun najib ini cuma datang daripada dalam dewan semasa PAU saja , itu pun kerana kebanyakan yg hadir sudah beriman dengan habuan dan kedudukan jawatan diluar dewan benyak yang meluat di peringkat rakyat jelata banyak yang dah lama meluat , cuma akhir sekali dari saya cuma saya ingatkan agar orang melayu harus mula kuat jati diri dan mesti mula terima realiti dengan real politik baru , Memberi undi kepada kelopok tertentu untuk kesenangan kelopok ini sudah berlalu kerana kepercayaan perjuangan politik bangsa sudah banyak berubah berbanding 20 tahun dahulu dan semasa kita capai kemerdekaan.

  3. I hoped to see comments from PAS people or their supporters.

    Also wondering how is PAS relationship with ISMA.

    Maybe PAS would do better on its own. Only in Kelantan, though. Next election we could see how many PAS seats outside Kelantan were dependent on non Malay votes.

    Have to wonder what PAS have been doing with Kelantan all these years, compared to DAP in Penang and PKR in Selangor. Though it feels like DAP is better off than PKR in Selangor as well.

    1. re: “I hoped to see comments from PAS people or their supporters.”

      Actually this post is being more popularly read than a lot of other pieces in my blog in recent weeks. This month has been slow for politics (school break & year-end hols) and only picking up pace the last couple of days due to PAU.

      Usually my BM articles get more eyeballs than my English articles.

      The PAS people are reading – going by the number of page views – but they’re reluctant to say anything here. They might take it over to their own forums for discussion.

      1. It might be they didn’t accept Najib’s offer because it is Najib, after all.

        He may have fended off challengers from within and in parliament but people’s perception of him and his administration haven’t changed, I believe.

        I expect this perception is worse among PAS people. Don’t know what PAS higher ups take on the whole business, but I think they’re aware that joining with Najib will not a popular move that can be explained with tahaluf siyasi.

        That or PAS truly hates UMNO as much as DAP does.

  4. That is why, for me, I never like Pas. Whether they are with PR, DAP, with UMNO or alone by themselves, they still do not get my support. The reason is because they are just a political party who is making use of religion (Islam) to advance their political objective. Their politic is not about what is right according to Islam, but what is beneficial for their political gain.

    If making friend with DAP will bring political gain, they will twist their fatwa to make DAP as a legitimate alliance. Since UMNO is their enemy, they will twist their fatwa to make UMNO looks, not only as their enemy, but the enemy of Allah.

  5. RE: Natijah DAP yang lebih Islam di kacamata PAS. Politikus DAP yang dijemput naik mimbar sampaikan tazkirah. Inilah sebabnya sebuah parti bergelar Islam boleh didorong untuk bertahaluf siyasi dengan parti evangelis yang dianggap bersifat ‘keIslaman’ itu.Mengikut perhitungan PAS, rakan sepakatnya yang sekarang pun lebih Islam daripada Umno. PKR cukup Islam kerana parti dipimpin orang alim. Ketua umum PRK tidak didoakan untuk pecah perut kerana perut si ketum pun asalnya sudah kempis.

    Sebenarnya, resipi yang agak tersirat pada gabungan PKR-PAS itu dilambangkan oleh perangai Anwar dan Ustaz Nik Aziz dan Ustaz Hadi, Ia ada lah sesuatu kerjasama yang pelik di sisi Islam tradisional Nusantara.

    Sudah jadi pengetahuan umum di Indonesia dan negara kita bahwa Anwar membawa fahaman dan perangai liberalisme dalam agama.

    Padahal kepimpinan PAS membawa ideologi Islamism yang kurang matang fahamannya terhadap maqasid al-syariah al-Islamiyyah, iaitu prinsip2 mulia yang ditujukan pada pengubalan rukun2 hukum dalam agama.

    Oleh sebab itu mereka seringkali mengadukan bahwa orang2 Muslim lain yang tidak secocok pendirian politik mereka itu adalah kurang berislam daripada diri mereka. Jelasnya, iktikad semacam ini bukan daripada pegangan ahli sunnah wal jamaah pada majoritas Muslim di dunia.

    Ternyata, gabungan yang songsang antara social libertarianism dengan islamist fundamentalism itu berdasarkan perjuangan perebutan kuasa politik daripada pelbagai seginya.

    Sekiranya gabungan mereka sampai masuk pintu gerbang Putrajaya, apakah prinsip2 agama akan mereka menegakkan ataupun apa cara pentadbiran yang mereka boleh bersefahaman? Naudzubillah min dzalik, pada masa itu negara bukan saja pecah perut tapi kepala semua akan meletup.

  6. “Ketahuilah, sesungguhnya dalam tubuh manusia ada segumpal daging, jika segumpal daging itu baik, maka akan baik seluruh tubuh manusia, dan jika segumpal daging itu buruk, maka akan buruk seluruh tubuh manusia ( tingkah laku dan pembawakan dirinya) – ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati manusia.”
    (Bukhari dan Muslim)

    “Permisalan teman yang baik dengan teman yang buruk adalah ibarat penjual minyak kasturi dibandingkan dengan tukang pandai besi. Si penjual minyak kasturi mungkin akan memberimu minyak wanginya atau mungkin engkau membeli darinya. Kalaupun tidak, maka sekurang-kurangnya engkau akan mendapatkan aroma harum darinya. Sedangkan si pandai besi, maka boleh jadi (percikan apinya) akan membakar pakaianmu, tapi engkau tetap mendapatkan bau-nya(asap) yang busuk.”
    (Bukhari 5534, Muslim 2628).

  7. https://www.malaysiakini.com/news/323229

    “DAP refuted Umno president Najib Abdul Razak’s accusation that it is an “unfaithful partner”.

    Its vice chairperson Teresa Kok said the party has never double-crossed its partners.
    “I do not wish to call the prime minister a liar but I must state the truth. History shows that we have been a trustworthy and reliable party and opposition coalition partner.

    “We have stuck to the common agenda and objectives that formed the basis of our cooperation. We betrayed no one and we stabbed no one in the back,” Kok said in a statement.”

    So she says.
    I want to know what PAS people opinion is about their former partner.

Comments are closed.