Posted in Evangelis

Kalimah Allah: Respons badan gereja evangelis kepada Mais

Surat pekeliling kepada gereja-gereja ahli NECF tentang penggunaan ‘Allah’ oleh orang bukan Islam

Kenyataan akhbar Rev Dr Eu Hong Seng
Pengerusi National Evangelical Christian Fellowship

NECF Malaysia mengekalkan hak kebebasan beragama bagi semua orang selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 11 menyatakan bahawa ia adalah menjadi hak setiap rakyat Malaysia untuk menganut dan mengamalkan agamanya serta mengurus hal ehwal agama mereka sendiri.

Hak untuk menganut, mengamal dan menguruskan hal ehwal agama kita sendiri termasuk penggunaan Alkitab, yang merupakan Kitab Suci dalam Bahasa Malaysia, bahasa kebangsaan kita, serta Alkitab dalam bahasa orang asal Sabah dan Sarawak yang juga menggunakan “Allah”, baik dalam kehidupan secara umum dan pribadi termasuk dalam semua pertemuan di dalam gereja dan di rumah-rumah.

Untuk menegaskan bahawa penggunaan mana-mana perkataan dalam bahasa kebangsaan hanya untuk satu agama tertentu adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ia adalah tidak munasabah untuk satu komuniti iman untuk campur tangan dan memberitahu komuniti agama lain bagaimana mereka harus menguruskan iman dan hal ehwal agama mereka sendiri, terutama dalam menetapkan mana-mana perkataan yang boleh atau tidak boleh digunakan dalam Kitab-kitab suci mereka.

Pendirian NECF adalah seperti berikut:

1) Fatwa 18 Februari 2010 yang melarang “Allah” daripada digunakan oleh mana-mana orang bukan Islam di Selangor tidak mempunyai kaitan dengan orang bukan Islam kerana ia adalah fatwa yang dibuat menurut Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Enakmen 2003 yang berhubung dengan hal-hal pentadbiran Islam. Oleh kerana Enakmen ini berhubungkait dengan orang Islam sahaja, maka fatwa yang diwartakan ini hanya terikat kepada umat Islam sahaja.

2) Larangan terhadap orang bukan Islam daripada menggunakan “Allah” di bawah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Penyebaran di Kalangan Islam) 1988 adalah hanya dalam konteks penyebaran agama, dan tidak meliputi hak seseorang itu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya serta menguruskan hal ehwal kumpulan agama mereka sendiri, termasuk beribadah dan membaca Alkitab di gereja-gereja, rumah-rumah dan mana-mana tempat pertemuan umat Kristian.

3) Pernyataan MAIS adalah tidak konsisten dan tidak selaras dengan perkembangan terkini seperti:

  • Penyelesaian 10-Perkara yang dijanjikan oleh Kabinet pada April 2011 untuk menyelesaikan kebuntuan atas salinan Alkitab yang diimport itu. Dalam penyelesaian ini, Kabinet telah mengiktirafkan hak-hak orang bukan Islam untuk menggunakan “Allah”.
    .
  • Penghakiman Mahkamah Tinggi 31 Dis 2009 yang mengesahkan hak perlembagaan The Herald, akhbar mingguan Katolik, untuk menggunakan “Allah”. Oleh itu, hak ini telah diiktiraf di sisi undang-undang dan masih kekal.

Baru saja bulan yang lalu Perdana Menteri memberi satu isyarat muhibah kepada umat Kristian semasa Majlis Minum Petang Natal Persekutuan Kristian Malaysia iaitu pada 25 Dis 2012, beliau memberi jaminan kepada umat Kristian bahawa mereka “tidak dilupakan” dan dia akan menjadi Perdana Menteri “untuk semua rakyat Malaysia.”

Adalah mengecewakan walaupun dengan jaminan seperti itu, hak umat Kristian untuk menentukan hal ehwal agama mereka sendiri masih diganggu.

Kami menggesa semua umat Kristian untuk berdoa dan bersyafaat seperti kata-kata Rasul Paulus dalam 1 Timotius 2:1-2: “Pertama-tama aku menasihatkan: Naikkanlah permohonan, doa syafaat dan ucapan syukur untuk semua orang, untuk raja-raja dan untuk semua pembesar, agar kita dapat hidup tenang dan tenteram dalam segala kesalehan dan kehormatan.”

10 Januari 2013

PDF: NECF Advisory-MAIS Allah 10 Jan 2013 (BM)

Author:

I have no Faceook or Twitter.

63 thoughts on “Kalimah Allah: Respons badan gereja evangelis kepada Mais

  1. Sabah dan Sarawak, ketua agama Islam adalah KBDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Agong jauh di KL. Suasana kekeluargaan di Msia Timur adalah tidak sama dgn yang di Semenanjung.
    Di Semenanjung Sultan-Sultan dan Raja Melayu bukan sahaja mendengar, melihat dan membau malah merasai sentimen orang2 melayu. Ingatlah, semua Raja2 bersembahyang bersama2 setiap jumaat, ada yang mengimamkan sembahyang tersebut.

    Ingatlah, keharmonian kita di msia ialah kerana kita menjaga sempadan2 yang bertulis dan tak bertulis di bumi kita ini. Melangkaui batas cuma menjemput bencana. Bukan senang menjaga keharmonian ini.

    Orang Islam paling takut kepada Murtad, jauh lebih takut dari mati. Kristian mau guna perkataan khas “Allah” dilihat percubaan awal percubaan memurtadkan umat Islam. Kalau benar “Allah” ini sudah lama digunakan oleh Kristian, ianya tak akan menjadi issue dan kemarahan orang Islam. Sifat lupa daratan inilah akan membawa padah kepada kita semua.

    1. Saudara Pembaca,

      Dari pihak alim ulama’ (saya guna perkataan ini kerana orang kristian amat berminat dengan apa sahaja perkataan Islam) kristian hingga ke penganut biasa mereka menjadi begitu tidak rasional dan ‘ketagih’ hendak menggunakan perkataan Allah.

      Jika alasan mereka hendak menggunakan nama Allah atas alasan alkitab dalam bahasa Melayu, alasan ini tidak boleh dipakai kerana perkataan ‘Allah’ bukan dari bahasa Melayu. Allah hanya menjadi sebutan untuk merujuk kepada tuhan setelah umat Melayu menganut agama Islam.

      “Untuk menegaskan bahawa penggunaan mana-mana perkataan dalam bahasa kebangsaan hanya untuk satu agama tertentu adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ia adalah tidak munasabah untuk satu komuniti iman untuk campur tangan dan memberitahu komuniti agama lain bagaimana mereka harus menguruskan iman dan hal ehwal agama mereka sendiri, terutama dalam menetapkan mana-mana perkataan yang boleh atau tidak boleh digunakan dalam Kitab-kitab suci mereka.”

      Alasan di atas releven untuk jawapan sebahagian kenyataan di atas. Hujah lain, siapa yang mencampuri iman urusan agama lain. Jawab dengan jujur. Perkataan Allah tidak ada sejak azali lagi dalam agama kamu, kenapa tiba tiba mahu menggunakannya sekarang dalam alkitab?

      Apakah umat Islam tidak ada hak dalam perlembagaan untuk mempertahankan apa yang menjadi milik mereka daripada direbut orang?. Nama Allah adalah milik mutlak agama Islam.. Jadi tidak timbul soal mengganggu kebebasan beragama. Kami tidak melarang orang orang agama lain daripada menjalankan ibadah agama mereka tapi jangan sentuh hak kami!

      Adakah dengan tidak menggunakan perkataan Allah tidak lengkap iman dan agama kamu? Umat Islam ada alasan kukuh mengapa kami tidak membenarkan kalimah itu digunakan oleh agama lain, Isu ini berkait rapat dengan asas akidah umat Islam. Sekirannya tergelincir daripada asas itu boleh menyebakan terjadinya kekufuran. Adakah perkara ini yang memang hendak kamu lakukan?

      Sila baca pandangan Syed Nguib alAttas mengenai mengapa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh agama lain. Adakah kamu sengaja hendak mencari alasan untuk menimbulkan ketidak harmonian antara agama dan kaum di Malaysia?. Kalau perkara ini terjadi kamulah yang akan dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan!

      1. Norlin binti Arshad,

        “Hujah lain, siapa yang mencampuri iman urusan agama lain. Jawab dengan jujur.”

        Jika ada orang Kristian yang mencampuri iman agama Islam, kita sudah mempunyai undang-undang untuk menghukum orang tersebut. Contoh paderi yang menyalahgunakan kalimah Allah untuk memurtadkan orang Islam. Gunakan undang-undang dengan sebaik mungkin untuk mempertahankan Islam. Tangkap, siasat, dakwa dan hukum orang sebegini.

        Namun orang Kristian yang menggunakan kalimah Allah untuk tujuan keagamaan Kristian tanpa cuba melemahkan akidah orang Islam, ini bukanlah mencampuri iman agama Islam dan tidak menjadi kesalahan langsung di bawah mana-mana undang. Kerajaan tidak boleh ‘menghukum’ golongan ini dengan melarang penggunaan kalimah Allah.

        “Sila baca pandangan Syed Nguib alAttas mengenai mengapa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh agama lain.”

        Syed Nguib alAttas boleh mengemukakan apa hujah sekalipun. Namun, apakah kapasiti beliau? Adakah orang Kristian tertakluk kepada pandangan beliau? Apatah lagi arahan/pandangan MAIS, Sultan Selangor, Mufti Negeri dan Majlis Fatwa pun tiada kesan undang-undang untuk mengikat orang Kristian. Sila kenal pasti isu ‘jurisdiction’ di sini.

        1. Rakyat,

          Kalau betul tiada pihak yang boleh memonopoli istilah ‘Allah’ kenapa LGE merayu agar Kristian dibenarkan menggunakan istilah berkenaan?

          Nah, kalau tak perlu kebenaran untuk menggunakannya kenapa LGE merayu minta kebenaran dari pihak tertentu? Apakah LGE tidak yakin bahawa sememangnya tidak ada pihak berkuasa menghalangnya?

          Ya, tang mana logiknya kalau Dapster yang rata-ratanya adalah peguam tetapi tidak nampak apa yang anda nampak? Atau anda seorang saja ‘berilusi’ di sini?

          1. Atas Pagar,

            1. Sila lihat fakta kes betul-betul. Kementerian Dalam Negeri yang mengeluarkan surat kepada gereja untuk menyekat penggunaan Allah pada tahun 2008. Perbincangan di antara gereja dan kerajaan telah gagal. Maka, gereja memulakan prosiding di mahkamah. Mahkamah Tinggi menyebelahi gereja. Kerajaan tidak puas hati dan merayu ke peringkat Mahkamah Rayuan. Maksud LGE adalah supaya kerajaan tarik balik rayuan dan dengan itu, keputusan Mahkamah Tinggi akan kekal dan status quo.

            2. Siapa yang ‘berkeras’ untuk meneruskan kes di peringkat mahkamah yang lebih tinggi? Kerajaan atau gereja? Ikut fakta di atas (kalau saya tak silap), kerajaan yang ‘berkeras’ bukan? Sudah 3 tahun kes ini ditangguh semenjak Mahkamah Tinggi memberi keputusan pada Dis 2009 tetapi masih tiada sebarang keputusan oleh Mahkamah Rayuan. Mengapa tangguh begitu lama?

            3. Kita tak perlu kisah apa yang LGE cakap. Beban sekarang terletak di bahu 2 pihak. Pertama, Mahkamah Rayuan kerana tangguh kes begitu lama. Kedua, kerajaan kerana tetap meneruskan prosiding rayuan. Gereja hanya tunggu perkembangan daripada kedua-dua pihak ini.

            4. Pihak gereja hanya nak kekalkan status quo, iaitu dibenar menggunakan kalimah Allah untuk tujuan keagamaan Kristian. Mereka tiada bantahan terhadap undang-undang sedia ada yang menghukum orang yang cuba mengeliru, melemah atau memurtad akidah orang Islam.

            Boleh kamu nampak ‘ilusi’ saya sekarang ini?

          2. Rakyat,

            Bukankah kerajaan itu adalah rakyat makanya yang berkeras sebagaimana kamu maksudkan adalah rakyat bukan?

            LGE itu siapa kalau tanpa rakyat? Makanya dalam isu ini LGE sebenarnya meminta restu dari rakyat bukan?

            Anda nampak siapa yang masih berilusi?

          3. atas pagar,

            “Bukankah kerajaan itu adalah rakyat makanya yang berkeras sebagaimana kamu maksudkan adalah rakyat bukan?”

            Sekurang-kurangnya kita setuju bahawa kerajaan yang ‘berkeras’. Walau apa pun, pihak mana yang berkeras sama ada kerajaan atau gereja, mereka juga tertakluk kepada undang-undang negara. Biar kita sama-sama tunggu keputusan Mahkamah Rayuan. Apa yang PAS, LGE, MAIS, JAIS, Sultan cakap adalah tidak relevan ketika ini. Mahkamah akan melihat isu ini dalam konteks undang-undang.

            Persoalan sekarang adalah mengapa Mahkamah Rayuan menangguhkan kes begitu lama? Padahal kerajaan mempunyai kuasa untuk mempercepatkan prosiding sesuatu kes rayuan. Mengapa tidak dipercepatkan keputusan? Tak kira Mahkamah Rayuan menyebelahi pihak mana sama ada kerajaan atau gereja, pihak yang kalah akan merayu ke peringkat Mahkamah Persekutuan. Keputusan mahkamah tertinggi ini adalah muktamad dan mengikat semua pihak, termasuk gereja, kerajaan, ahli politik, sultan dsb.

        2. Rakyat:

          Per: Jika ada orang Kristian yang mencampuri iman agama Islam, kita sudah mempunyai undang-undang untuk menghukum orang tersebut

          Per: Namun orang Kristian yang menggunakan kalimah Allah untuk tujuan keagamaan Kristian tanpa cuba melemahkan akidah orang Islam, ini bukanlah mencampuri iman agama Islam dan tidak menjadi kesalahan langsung di bawah mana-mana undang.

          Betul. Itulah kedudukan undang-undang sedia ada. Namun, ramai yang terkeliru. Ahli politik, golongan ulamak, menteri, sultan dan orang ramai.

    2. >> Kristian mau guna perkataan khas “Allah” dilihat percubaan awal percubaan memurtadkan umat Islam. Kalau benar “Allah” ini sudah lama digunakan oleh Kristian, ianya tak akan menjadi issue dan kemarahan orang Islam

      Sudah kerap diketengahkan bahawa kalimah tersebut dah lama digunakan di Nusantera. Ianya digunakan lama sebelum pembentukan Malaysia, dan tidak pernah menjadi isu. Hanya kebelakangan ini… bermula pada 1980an, ada orang yang nak jadikan ini isu…

      1. jadi isu apabila ia ingin disahkan sebagai rasmi boleh digunakan secara luas.

        mmg digunakan dinusantara, tertapi versi indonesia, filipina
        yg ada dimalaysia hanyalah versi bahasa indonesia….

  2. Gereja di Amerika ke, di EU ke, adakah mereka pakai “Allah”? No! Semua guna God, Lord, etc. Apa pasal di Semenanjung Malaysia nak pakai? Mesti ada udang sebalik batu.

    Kalau di Sabah/Sarawak, memang kita dah maklum mereka berbahasa kebangsaan dan service di gereja juga guna bahasa kebangsaan (i.e bahasa indonesia). Tapi di Semenanjung, rata-ratanya dlm English (or Mandarin).

    Actually ini semua Evangelical punya taktiklah. Mereka mahu “outreach” to orang Melayu/Islam. Nak jadikan malaysia macam Indonesia. Tak lama lagi berlambaklah risalah dan buku “percuma” bercerita mengenai “Allah” dan “rasul”…

  3. Can we expect any less from the evangelical mullahs? While the denominational churches are keeping their counsel whilst considering the development of this matter, the evangelists have a need to vent our their holy spirit inspired fervour by making such a statement knowing full well it is inflammatory. They never learn, do they?

  4. Rakyat selangor harus buat sesuatu kpd Dr Eu Hong Seng
    Pengerusi National Evangelical Christian Fellowship… beliau telah menyanggah perintah sultan selangor…

    1. IDA,

      Sultan Selangor di atas kapasitinya sebagai Ketua Islam negeri tidak mempunyai bidang kuasa terhadap orang Kristian. Tiada isu menyanggah perintah Sultan di sini kerana Tuanku sememangnya tiada kuasa untuk mengeluarkan arahan terhadap gereja Kristian. Tuanku telah bertindak ‘ultra vires’.

      1. red Bean – Sultan ada hak keatas ugama islam, pergunaan Allah olah bukan Islam ada hak Sultan. Allah itu diguna pakai oleh orang Islam.

        Ini la orang Cina, baru sikit belajar ugama Kristian nak ajar orang concept ketuhanan.

        Pada hal semua orang tahu, kristian mempunyai Trinity yang bercangah dalam concept tuhan itu satu.

  5. “…….hak umat Kristian untuk menentukan hal ehwal agama mereka sendiri masih diganggu.”

    Siapa yang mengganggu siapa yg sebenarnya? Rev Dr Eu Hong Seng harus sedar bahawa selama lebih 500 tahun fahaman Keristian masih tercari-cari siapa dan apa kah nama tuhan yg perlu mereka sembah sebenarnya? Sebab itu ada “bijak pandai” dikalangan mereka yg mencipta perkataan “In the Name of the Father, the son and the Holy Ghost”. Perkataan telah digunakan utk sekian lama sehingga Hollywood telah sama-sama terlibat utk menggunakannya didalam filem-filem seram pengeluaran mereka.

    Berikut adalah isu-isu yang sepatutnya pihak gereja Katolik memberi penerangan kepada rakyat Malaysia yg berugama Islam dan juga kepada pengikot-pengikot Keristian mereka:

    1. Kenapakah nama “In the Name of the Father, the son and the Holy Ghost” itu didapati oleh paderi Keristian Malaysia sebagai tidak lagi relevan sekarang?

    2. Apakah penggunaan dan nama fahaman triniti boleh mendatangkan dosa kepada mereka penganut Keristian? (Jika begitu sila beri penerangannya)

    3. Apakah justifikasi dan alasan yang mereka patut berikan terhadap perubahan yang sangat ketara ini?

    4. Jika benar apa kah kesudahan kepada penganut Keristian yang terdahulu?

    5. Apakah mereka kini didalam neraka kerana mereka tidak “sepandai dan bijak” seperti Rev Dr Eu Hong Seng ?

    6. Pihak mana kah yang memberi kuasa kepada Rev Dr Eu Hong Seng untuk menentukan tuju hala yang ternyata satu perubahan 180 darjah ini?

    7. Persoalannya kenapa dunia Keristian disebelah Malaysia ini merasakan mereka lebih layak utk menentukan nama tuhan yang mereka yakini ada anak itu?

    Kita percaya Rev Dr Eu Hong Seng sendiri pun tidak tahu apakah jawapan yg patut mereka berikan kepada orang Islam dan apatah lagi kepada pengikut-pengikut Keristian mereka sebenarnya. Secara logiknya boleh kah sesuatu yang sangat penting boleh dibuat secara percubaan atau lebih tepat secara agak-agak?

    Allah yang Maha Bijaksana sudah tentu tahu akan kepincangan ini sebab itu awal-awal lagi mereka ini telah disajikan dgn perli yang MAHA DAHSYAT dan bersangatlah tepat didalam Quran. Ayat itu berbunyi “Innaddinna Indallahilislam .. ” ugama disisi Allah hanyalah Islam.

    Ternyata Allah sudah lama beritahu kita bahawa hanya ugama Islam sahaja yg Pencipta bolih terima. Sebab itu lah seperti yang Mufti Perak pernah bersuara jika mereka hendak gunakan kalimah Allah masuklah Islam sebab Pemilik kepada nama Allah @ Pencipta sendiri sudah memberi “surat pekeliling” seperti yang tercatit didalam AlQuran lebih 1400 tahun dahulu. (Bererti alasan gereja Sabah/Sarawak sudah 50 tahun menggunakan kalimah Allah tidak ada maknanya)

    Kepada penganut Keristian bukan lebih adil jika anda semua menuntut supaya pihak gereja Katolik menjawab dahulu 7 persoalan yang kita bangkitkan diatas? Tidak kah anda dapati soalan2 itu sangat penting?

    Atau apakah anda rasa statement Rev Dr Eu Hong Seng lebih besar authority nya dari Allah yang anda semua itu “berebut” dengan kami itu sendiri? Sebab ternyata Allah sangat marah dengan tindakan kamu semua itu, kerana kamu menyatakan bahawa Allah ada anak. Buktinya anda boleh lihat didalam Al Quran surah Mariam ayat 89-92.

    1. Antibebal,

      “Sebab ternyata Allah sangat marah dengan tindakan kamu semua itu, kerana kamu menyatakan bahawa Allah ada anak.”

      Allah yang dimaksudkan orang Kristian adalah merujuk kepada Tuhan Kristian. Bukannya Tuhan Islam. Nama adalah sama tetapi identiti itu berlainan.

      Sekiranya kamu dan saya masing-masing memiliki ‘kereta’ Toyota, kamu mungkin memiliki ‘kereta’ pacuan 4 roda Fortuner manakala saya memiliki ‘kereta’ hybrid Prius. Dua-dua pun kereta, namun adakah ia sama? Jika kedua-dua buah kereta diletak bersebelahan, adakah kamu akan terkeliru sehingga ternaik kereta saya? Kalau kamu betul-betul ‘mengenali’ rupa, warna dan saiz kereta kamu, saya yakin kamu tidak akan keliru. Betul?

      1. Allah tidak bole disamakan dengan ape jua perumpaan, jadi membandingkan kereta jenama toyota dengan model2 nye adalah tidak tepat sama sekali….

        Allah tidak disekutukan dengan ape2 jua pun…

      2. Rakyat, Tidak ada sesuatu apa pun yang mampu menyamai Allah baik secara maya (virtual) mahu pun zahir. Allah is incomparable to all thing imaginary or not or Lamyalid walamyulad – nothing is like unto him. Allah is very unique indeed !!!

        Sorry dreamer your explaination is not exceptable, even the PAS leader that initially agreed with the Church to use kalimah Allah for your modified Bible have now has to agreed with my stance.

  6. Meskipun perlembagaan Eropah membenarkan semua agama untuk diamalkan namun ada juga negara Eropah tidak membenarkan penganut Islam memakai purdah iaitu satu amalan yang telah digunapakai berkurun lamanya. Ini menunjukkan kebebasan beragama dalam negara termaju tidaklah mutlak sifatnya yakni tertakluk kepada keadaan dan syarat-syarat tertentu.

  7. a verdict by a lower court is not the final verdict. even the verdict on the former aegyptian president is overturned by the higher court.

  8. Istilah Allah itu adalah nama Tuhan Yang Esa didalam bahasa Arab, manakala Tuhan Yang Esa didalam bahasa Hebrew/Ibrani dlm Perjanjian Lama (Old Testament) ialah Yahweh/Jehovah… sy ada bahas isu ini didlm blog sy… lihat disini (klik) dan disini (klik)

    1. Saya rasa Allah ialah nama khas. Mengikut ilmu saya yang kurang ini, tuhan dalam bahasa arab terjemahannya ialah ‘ilah’

  9. Oh Boama is the president of all citizens but not for the evangelist alone. Being the president, he needs to respond to the plight of the evangelist group but it should not be done at the expense of the other religious groups.

  10. Dr Eu Hong Seng

    anda dirumah pejabat gereja, bahasa ape yang anda gunakan untuk berkomunikasi?

    kalau guna bahasa mandrin/ english…. baik lupakan saja nak terjemah god lord sebagai Allah…

    Allah tiada dua atau tiga, dan tidak pula beranak dan diperanakan

    1. karutlah,

      “Allah tiada dua atau tiga, dan tidak pula beranak dan diperanakan.”

      Memang betul. Itu bukan ‘Allah’ dalam konteks Tuhan Islam.

      Namun, itulah konsep ‘Allah’ dalam konteks Tuhan Kristian.

      Sekiranya kamu faham perbezaan ini, maka apa masalahnya? Kamu tetap percaya dengan konsep Allah dalam Islam, iaitu Tuhan yang maha satu.

      1. Nama Allah tiada disebut dlm bible (rekaan) jadi ape perlunya beri guna nama Allah dlm bible (rekaan) tersebut..

        jgn fikir singkat, fikirkan impak pada mereka yang tak faham…

        utk apa guna nama Allah sedangkan diri sendiri tidak mampu berbahasa melayu dengan baik..

        puiiii

      2. nak letak dalam apa-apa konsep pun kena tahu makna ALLAH dan ALLAH sendiri adalah bermakna Tuhan yang SATU dan TIADA selainnya .. kalau dah ada 3 tuhan , anak beranak itu bukanlah Tuhan Yang Satu .. dan bertentangan dengan makna ALLAH .

        1. the,problem is…they have no business using allah when they have many legacy names for god in latin bibles that is used by the pope and the majority of catholics and christians.

          the malaysian christian authoritities aren just delusional.. they want the world the burn so that jebus can take them to heaven.. such a selfish lot

  11. Kak Helen,

    Muslim tertakluk pada peraturan dan undang-undang yakni akan dikenakan hukuman kalau melanggari perintah agama, mempersenda agama, atau menyesatkan anutan penganutnya.

    Begitu juga Muslim amat patuh kepada ketetapan yang dibuat oleh pihak berotoriti yang berwibawa, hinggakan “amanat individu” tertentu terus diikuti oleh para penganut meskipun amanat tersebut telah lapuk ditelan zaman.

  12. Majlis Syura PAS sudah menetapkan kalimah Allah is off limits. Let the fireworks begin.

    Orang-orang Gereja dah hilang modal. Kalau tinggal setakat DAP dan PKR, ini sudah berjaya jadi isu untuk keuntungan UMNO.

    1. jangan terlalu yakin. nanti Pas U-turn lagi. kalau U-turn nanti macam mana ? wait and see first.

  13. Orang Kristian jangan menipu diri sendiri dgn menyeleweng fakta.Perbezaan antara LORD atau GOD dengan Allah.

  14. Demo lo ni ni tok serupo mulo…. tok berani kawe nok tegor..

    Let’s sing along Dikir Rambong song.

    I showed this article to my colleague..she said Holy Cow !!

  15. Hanya di Malaysia MINORITI bersikap kurang ajar dan nak mengajar MAJORITI. Apek ni perlu di ajar.

  16. Saya sokong penggunaan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak kerana secara tradisinya penduduk sana telah lama menggunakan injil yang dibawa masuk dari Indonesia. Selama ini tiada siapa pun ganggu.

    Namun janganlah cuba mengambil kesempatan dalam iklim politik sekarang dengan menuntut agar kalimah Allah dibenarkan di malaysia. Yang beria-ia menuntutnya pula adalah paderi etnik cina yang selama ini tak ambil kisah pun nak berbahasa melayu.

    1. Paderi di Indonesia pun mengakui bhw kalimah Allah adalah nama khas bagi Islam dan tak betul digunakan di Indonesia. Sudah ada undang2 Indonesia yg menyekat penggunaan Allah dlm bible atau ajaran kristian, cuma mungkin tidak dikuatkuasakan kerana sudah terlalu umum disini. Kini ia menjadi masalah kepada umat Islam Indonesia sekarang.

      Paderi juga mengatakan nama paling popular skrg ialah Yehweh (lebihkurang bunyi begitu) atau juga Elohim, jadi paderi2 di Malaysia sudah tentu ada muslihat mahu gunakan Allah yg mereka sendiri tidak praktikkan.

      Oleh kerana mrk dapat sokongan daripada Anwar Ibrahim, ada baik juga kristian di Malaysia gantikan dengan nama Yehweh, Elohim, atau lebih afdal, memandangkan apa nama pun to them it still means Trinity or 3 in 1, why not AnuWeh Elobrahim?

      AnuWeh Elobrahim, just a name wat! Can kowtim with DBP for registration.

    2. huuuu selama ni tuhan di setiap agama tiada yang menyuruh umatnya untuk berdebat pasal agama orang lain dan mempertikaikan agama orang,,,,…kami hanya serakan semua kepada tuhan agar semua ni mempunyai jawapan yng tepat

  17. AnuWeh Elobrahim….dont get me wrong, just a name, a God’s gift.

    Dewan Bahasa: God’s gift = Anugerah Tuhan

    Public Certification by: Wah Azizan

  18. Berikut ulasan saya terhadap respons gereja mengikut perenggan:-

    1. Perkara 11 Perlembagaan itu tidak memberikan hak beragama secara mutlak. Kerajaan mempunyai kuasa untuk menyekat penyebaran agama lain terhadap umat Islam.

    2. Perlembagaan tidak secara jelas menyatakan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam, sama ada dalam konteks keagamaan ataupun sebaliknya. Prinsip umum undang-undang adalah jika tiada larangan, maka ia adalah dibenarkan.

    3. Sesuatu agama itu tiada hak untuk campur tangan dalam hal ehwal agama yang lain. Campur tangan adalah bertentangan dengan lunas Per. 11.

    Pendirian:-

    1. Fatwa sememangnya tiada kuasa terhadap orang bukan Islam.

    2. Larangan penggunaan kalimah Allah dalam Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Penyebaran di Kalangan Islam) 1988 adalah terhad dalam konteks penyelewengan perkataan Allah, iaitu menyebarkan agama selain Islam dengan tujuan melemahkan akidah, memurtad atau mengelirukan orang Islam. Hukuman adalah bersifat individu iaitu, orang yang menyeleweng kalimah Allah yang akan dihukum. Tiada peruntukan undang-undang untuk mengenakan sekatan menyeluruh ke atas semua umat Kristian daripada menggunakan kalimah Allah.

    3. MAIS adalah badan yang mempunyai bidang kuasa Islam dan orang bukan Islam tidak tertakluk kepada MAIS. Oleh kerana pertikaian ini sudah berada di tangan mahkamah, maka keputusan mahkamah wajib dihormati oleh semua orang tanpa mengira agama. Keputusan Mahkamah Tinggi yang mengiktiraf akhbar The Herald untuk menggunakan kalimah Allah adalah sah sehingga ia dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan.

  19. Aku ingat paderi cina pun tak paham bible dari indon tu. .bahasa melayu tak lancar nak baca bahasa indon. . Mereka nak ambil kesempatan betul dengan ada manusia gila kuasa bernama anwar ibrahim al dajjal. ..anwar ni lah punca puak2 ni besar kepala sekarang

  20. Umat Islam sendiri pun dah keliru antara Injil dan Bible. Injil dah takde dah zaman sekarang. Dah habis diseleweng dan ditukar nama bible.

    1. Bagi umat Islam, Kitab Injil sudah tiada

      Bagi umat Kristian, Kitab Injil ialah kitab suci mereka.

      Biarlah orang dengan kepercayaan mereka

      1. Tak pernah pulak dengar umat Islam di Malaysia melarang umat Kristian dari mempercayai kitab injil yang ada sekarang ni. Tapi yang kami melarang ia lah umat Kristian yang menggangu kepercayaaan umat Islam.

        Pada umat Islam, penggunan Allah dalam ugama Kristian boleh membawa kepada keluarnya dari Islam. Kalau umat Kristian tidak menggunakan Allah, apakah mereka akan terkeluar dari ugama Kristian?

        Jadi sape kacau siapa?

  21. Spt yg dihujahkan oleh Rakyat, perlembagaan tidak menyatakan secara jelas larangan penggunaan kalimah ALLAH utk agama lain. Jadi, kita tunggu keputusan mahkamah rayuan.

    Bagaimanapun, kita lihat dari konteks keharmonian beragama. Kenapa baru skrg ni gereja perlu menggunakan nama ALLAH di dalam bible? Sedangkan umat Islam telah menggunakan nama ALLAH lebih drpd 1400 tahun dulu. Nama ALLAH ini bukan sahaja digunakan oleh org Melayu Islam di M’sia, tetapi ia digunakan oleh umat Islam seluruh dunia kerana ALLAH sendiri yg memberitahu di dalam Quran bahawa namaNya adalah ALLAH.

    Apa yg saya nak sampaikan di sini:
    1. Nama ALLAH itu, bukannya bahasa Melayu. Ianya berasal dari perkataan ‘ilah’ dlm bahasa Arab. Apabila ilah itu ditentukan kepada Tuhan Yg Esa, ianya menjadi ALLAH. Jadilah kalimah ALLAH itu, khas bagi Tuhan Yg Esa, yakni ALLAH kerana Dia sendiri yg menamakan diriNya begitu. Oleh itu, ALLAH diguna oleh umat Islam seluruh dunia.
    2. ‘God’ jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu ia bererti tuhan, bukannya ALLAH. Kalau nak diterjemahkan bible ke BM, maka God menjadi tuhan.
    3. Skrg ni, di dalam bible yg asal, adakah tuhan org kristian memberitahu penganutnya siapakah namanya? Jika ada, gunakanlah nama yg diberitahu oleh tuhan org kristian tu,kenapa nak guna nama tuhan org Islam. Jika tuhan org kristian tak beritahu lagi siapa namanya di dalam bible dan skrg evangelis baru sibuk nak menamakan tuhan mereka, fikirkanlah/carilah nama lain, kenapa nak ciplak nama yang telah digunakan oleh seluruh umat Islam lebih 1400 tahun dulu.

    Kesimpulannya, ini semua tidak lain melainkan ada niat jahat yang tersembunyi yang cuba menggugat keharmonian berugama di rantau ini. Ingatlah, kita telah mengecapi keharmonian dlm mengamalkan ugama masing2 sebelum zaman penjajah Portugis lagi, walaupun pada masa itu belum wujud Artikel 11 ni kerana setiap orang menghormati dan tahu batas sempadan masing2. Apabila munculnya manusia2 rakus yg tak tahu batas sempadan seperti inilah, maka keharmonian menjadi retak, hanya menunggu belah.

    1. Oleh kerana majoriti penganut kristian di semenanjung adalah dari kaum cina, di bawah ini artikel mengenai nama tuhan kristian di tanah besar China untuk panduan….

      “The earliest documented Chinese Roman Catholic church was founded in China in about 1289. The Roman Catholic Church historically favored Tīanzhǔ (天主, literally, “Heavenly Lord”, or “Lord of Heaven”), and so “Catholicism” is most commonly rendered Tīanzhǔ jìao (天主教), although among Chinese Catholics the literal translation of “catholic”, Gōng jiào (公教), is also used.[3] Korean and Vietnamese Catholics also use cognates of the term Tīanzhǔ for God.

      This appears to have been used by the Catholic Church to separate Confucian traditions, which were reported to worship spirits and therefore incompatible with the exclusive biblical worship of God. Ironically, although versions of popular Confucianism became strongly associated with idol worship, traditionalists, notably the Qing emperor Kang Xi, did not believe that such idolization accurately reflected Confucius’s intent (see Chinese Rites controversy)”

  22. Nak buat kitab injil bahasa melayu…buatlah suka hati mak kamu tapi ngapa pulak tak mahu guna bahasa melayu/malaysia …tapi guna kalimah ALLAH? Gunalah perkataan TUHAN…ni sengaja nak mencetuskan huru hara – namanya ketua ugama kristian tapi tersorok tanduk the devil.

    Penganut2 kristian seharusnya menegur dan memperbetulkan ketua gereja kamu tu…. utamakan kesejahteraan masyarakat majmuk malaysia.

    Dah lama kita semua buat OPEN HOUSE bagi setiap perayaan ugama dan ketua gereja kau sekarang tak mahu rakyat dan kenalan2 islam senegara berkunjung ke rumah rakyat kristian senagara di sebabkan hasad dengki pengkhianat negara memutar belitkan rakyat kristian malaysia….

    Tu lah bila gereja di hinggapi virus DAPig….

    Wake up Christians…your head of the church feels for DAP more rather for Christianity and by hook or crook – he wants to destroy your long and friendly relationship with your fellow malaysians whom are muslims….

    KICK YOUR HEAD OF CHURCH AND GET HIM TO SET A FELLOWSHIP OF DAP CHRSTIANS …the house of god which is your church has been sodomised by your DAP church leader!!!

  23. hahaha..i have dopplaganger it seems, no matter.

    as for the church, Its up to the authorities to act accordingly.

    ill just watch amd see.

    but this is so christian.

  24. Dalam isu ini senang saja. Enakmen yang melarang orang bukan Islam guna nama Allah di Selangor di wartakan pada tahun 1998 dan tidak mendapat apa-apa bantahan pun dari puak kristian. Mungkin masa tu, nama tuhan mereka tak penting.

    Jika mereka merasakan isu ini penting pada hari ini, maka mintalah para wakil rakyat di Selangor dan juga di negeri-negeri yang diperintah oleh PR, khususnya di Kelantan untuk hapuskan undang-undang tersebut.

    Asyik tuding jari dan tuduh kerajaan persekutuan buat apa sedangkan undang-undang yang melarang itu adalah undang-undang negeri.

    Saya teringin sangat nak tengok macam mana reaksi wakil rakyat PR kalau isu ini di kemukakan pada mereka. Kepada Rev Dr Eu Hong Seng, you are barking at the wrong tree.

    1. The NECF advisory was issued on 10 Januari 2013 before GE13. Since then, the number of Pakatan reps in the Selangor DUN has comfortably crossed the 2/3 majority.

      So Rev. Eu should indeed ask Pakatan Selangor to amend Enactment 1988 if the Christians believe that they’re on the side of Right and Good.

      1. with only 15 DAP MPs and the rest by PKR and PAS, Id like to see them try and wrestle that right to amend or abolish the Enactmen from the Muslim Malay Pakatans.. oh that is gonna be a field day.

        By PRU14, Im sure DAP will demand to contest more parliamentarian seats from the PAS/PKR.. and all hell will break lose and the Pakatan Malays will get fingered by the men in white dresses and silly hats with 5000 years civilization.

  25. Kak Helen
    You have to look at the Sun’s page 2 article.
    http://www.thesundaily.my/news/931493
    It is not something the Star would print right. “Tension over ‘Allah’ issue worries Christians”

    “Eu said 64% of Christians in Malaysia have no other language for their Bible, prayer and worship except Bahasa Malaysia.”
    The problem with the Allah issue is not the 64% but the 36% who do not use Allah in their daily prayers. The contribute to a substantial amount of the tension.

    I was rebuked earlier by one reader who misunderstood my remark. I was asking if the Christians can ask for Allah to be a universal word, then the same would be for Christian words.
    Let me clarify. Do you know that in France the word ‘church” is only for the Catholic Church( église catholique) and not for the Protestant denomination (temple)? The word eglise is for Catholics only! Why can’t eglise be shared with others?
    Are the Christians open to the acceptance of the Scientologist calling themselves a church?
    “Welcome to the darkest side of Scientology – “darkest” because in Scientology there is nothing but darkness of varying degrees. “
    http://www.thecatholicthing.org/columns/2013/the-prisons-of-scientology.html
    If “Allah” can be shared then automatically Christian words can be shared among other religions if the logic goes, isn’t it? That is why in this blog we mostly agree that “Allah” belongs to the Muslim faith., just like eglise belongs to the Catholics. Words have their meaning and usage.
    All these debate on the Allah issue has created a lot of tension to society.

Comments are closed.