Posted in Dosa Umno

Orang Sabah boleh jadi perdana menteri kelak

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Bernard Dompok, yang juga presiden United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (Upko) pada bulan lepas telah mengesyorkan supaya diwujudkan satu jawatan timbalan perdana menteri yang kedua.

Perwakilan Upko dalam perhimpunan triennial (tiga tahun sekali) parti di Kota Kinabalu pada September 24 telah meluluskan usul meminta supaya Barisan Nasional mewujudkan jawatan timbalan pengerusi kedua.

Mereka mahu jawatan ini diisi oleh seorang pemimpin dari Sabah atau Sarawak, dan seterusnya si pemegang jawatan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri II.

Sebenarnya orang Sabah tidak perlu mensasarkan jawatan TPM II tetapi sebaliknya harus mencita-citakan jawatan perdana menteri.

Mengikut sejarah, keenam-enam orang PM kita semuanya datang dari Umno.

Mengikut fakta, Umno adalah paling besar di Sabah berbanding negeri-negeri lain.

Sabah mencatatkan keanggotaan Umno terbanyak seramai 449,805 orang disusuli Johor yang mempunyai 428,663 anggota manakala Selangor berada di tempat ketiga dengan keahlian 414,142.

Angka-angka tersebut mengikut senarai pendaftaran Jun 2010 selepas proses pembersihan di mana Umno disahkan mempunyai 3,159,484 anggota di seluruh negara.

Walaupun Umno lahir di Johor pada bulan Mei 1946 dan pengasasnya Onn Jaafar ialah orang Johor, dan walaupun Umno hanya bertapak di Sabah mulai bulan Februari 1991 namun kubu kuat parti masa kini sudah berpindah dari semenanjung Tanah Melayu ke pulau Borneo seberang laut.

Berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Sabah adalah negeri ketiga paling ramai penduduk dengan bilangan 3.21 juta pemastautin.

Daripada jumlah penduduk Malaysia 28.3 juta orang, taburan mengikut negeri menunjukkan Selangor berpenduduk terbanyak (5.46 juta orang) dan diikuti oleh Johor (3.35 juta).

Akan tetapi sementara kadar pertumbuhan penduduk Johor adalah slow and steady, kadar peningkatan penduduk Sabah ketara meletup.

Perbandingan jumlah penduduk negeri (1980-2010)

 Tahun

1980

1991

2000

2010

 Johor

1,638 200

2,162 400

2,740 600

3,348 283

 Sabah

983,100

1,800 800

2,603 400

3,206 742

(Sumber: Banci setiap 10 tahun, Jabatan Perangkaan Malaysia)

Bernard Dompok dalam ucapan perasmian kongres Upko bulan lepas berkata jumlah penduduk Sabah telah melipat ganda secara mendadak.

Berbanding dengan Sarawak dan Semenanjung, peningkatan jumlah penduduk Sabah adalah amat luarbiasa.

Agak luarbiasa juga ialah kadar penguncupan nisbah penduduk kaum Cina yang sudah menghuni di negeri itu sejak kurun ke-19. Pada tahun 1960, kaum Cina adalah 23 peratus daripada penduduk Sabah. Pada tahun 2010, bilangan kaum Cina jatuh merudum kepada 9.2 peratus.

Banci 2010: Penduduk Sabah

  Melayu

184,197

  Kadazandusun

568,575

  Bajau

450,279

  Murut

102,393

  Bumiputera lain

659,865

  Cina

295,674

  India

7,453

  Lain-lain

48,527

  Bukan warga

889,779

  JUMLAH

3,206,742

.
Banci tahun lepas menunjukkan kaum Melayu di Sabah berjumlah 184,197 orang (termasuk wanita dan kanak-kanak).

Keahlian Umno Sabah ialah 449,805 orang.

Meskipun ahli-ahli Umno jauh melebihi bilangan kaum Melayu di Sabah namun perkara ini tidak semestinya dianggap janggal.

Orang Sabah yang menyertai Umno tidak semestinya Melayu tetapi boleh jadi individu beragama Islam.

Perangkaan Banci 2010 menunjukkan 65.4 peratus orang Sabah beragama Islam.

Penganut Kristian di negeri itu ialah 26.6 peratus dan penganut Buddha enam peratus.

Harus orang Sabah mendapat giliran menjadi perdana menteri pada satu hari nanti kerana Umno Sabah yang kuat pengaruh dengan begitu ramai sekali ahli.

Kalau bukan kerana ‘simpanan tetap’ peti undi Sabah dan Sarawak, BN berkemungkinan juga tumpas dalam pilihanraya.

Posting ini diilhamkan oleh rencana ‘Dr M scoffs at second DPM post‘.
_____________________________________________________________________

Hmm, apa kata kalau perhimpunan agung Umno digesa melaksanakan dasar ‘one man one vote’ sepertimana yang cuba dilakukan oleh PKR sewaktu pemilihan parti mereka?

Kemaskini (Dec 1): Dilaporkan setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu perhimpunan agung bahawa perangkaan terbaru menunjukkan parti tersebut mempunyai 3,297,358 orang ahli. Ahli Umno di Sabah seramai 487,447 orang.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

6 thoughts on “Orang Sabah boleh jadi perdana menteri kelak

  1. cina sabah banyak masuk semenanjung tu yang dah kurang.

    nak jadi PM, kalau cukup undi mesti dapat, tapi kena lah tunjuk kemahiran mentadbir dan menyelesaikan masalah.

  2. Kalau ikut logik saudari, bagaimana dengan Sarawak? Tak ada se orangpun orang Sarawak ahli UMNO. Tak ada can lah mereka jadi PM nampaknya!

  3. Cadangan tersebut satu langkah kebelakang. Cadangan ini seolah-olah Malaysia ada dua entiti berbeza, satu Semenanjung Malaysia dan satu lagi Sabah & Sarawak.

  4. Selepas najib & Muhyudin, tidak ada lagi orang semenanjung dalam UMNO yang layak jadi PM. Saya perhatikan ada beberapa tokoh UMNO dari Sabah yang ada kaliber sebagai PM. Orang Sabah mestilah bersatu untuk pastikan mereka ini dilantik. Pelapis pelapis yang ada pada UMNO semenanjung tidak layak kerana mereka ini naik kerana pengaruh wang

  5. Shafie Apdal pilihan yg baik..dia seorang yg tegas, tak banyak skandal, and serius dalam melakukan tugas.

Comments are closed.