Posted in Hah!

Anwar supersonik

Screenshot di bawah ialah rencana kelmarin dalam The Malaysian Insider (TMI, portal yang Senator Ezam Mohd Noor pernah ugut hendak “bakar”).

TMI melaporkan dalam perenggan pertama:

“KUALA LUMPUR, Oct 7 — Datuk Seri Anwar Ibrahim accused the government today of copying the alternative budget proposed by his Pakatan Rakyat on Tuesday and making unrealistic projections for the next year in what is “clearly an election ploy.”

Hendak dakwa belanjawan 2012 itu tiru Pakatan, ingat dua malam boleh siapkah?

(“Ia sudah tentu mengambil masa yang lama beberapa bulan dan memerlukan pandangan-pandangan dari banyak pihak termasuk pakar dalam Majlis Ekonomi Negara dan Bank Negara.” Hat tip / terima kasih kepada blog Generasi Pejuang Bangsa)

Langsung tidak masuk akal bahawa belanjawan bayangan Pakatan yang baru dibentangkan pada hari Selasa boleh dengan tiba-tiba di”copycatted” dan dimasukkan ke dalam belanjawan yang diumumkan perdana menteri pada hari Jumaat.

Kerajaan semua tidak betul

Screenshot di bawah pula ialah muka depan Malaysiakini (satu lagi portal yang membuatkan Ezam menjadi begitu geram sekali sehingga dia mengugut hendak membakarnya juga).

Pada hemat Anwar Ibrahim, sesebuah belanjawan boleh diciplak dalam jangkamasa dua hari. Manakala orang yang diminta beri pandangan oleh Malaysiakini berjaya mengkaji belanjawan dalam lingkungan dua jam – hebat betul (macam Papa).

Tajuk-tajuk berita Malaysiakini (senarai di bawah) semuanya memberikan spin negatif kepada sambutan belanjawan.

  • Budget 2012 unrealistic, says Anwar
  • Najib peppers budget speech with potshots
  • Groups disappointed with lacklustre budget
  • Najib failed to live up to expectations, says MP
  • Gov’t economic adviser queries civil service pay hike
  • Pakatan: One-off handouts not enough to help poor

Yang membidas langkah “one-off handouts” sebagai tidak memadai untuk membantu golongan miskin, tidak lain dan tidak bukan Lim Guan Eng. Inilah kuali mengatakan cerek hitam memandangkan Pulau Pinang yang membuat keputusan untuk menghulurkan angpow RM100 kepada warga emas dan anak baru lahir.

Sebuah lagi tajuk berita MalaysiakiniGov’t hands out goodies, polls in view’ menggambarkan bahawa gula-gula ditabur kerajaan kerana pilihanraya umum menjelang.

Sekiranya berita tentang usaha Najib Razak dan kerajaan lazimnya diburuk serongkan oleh portal berita pro-pembangkang, lain pula liputan mereka tentang Anwar.

Hanya Anwar betul segalanya

Beberapa bulan lepas, ketika video seks lelaki yang ada iras Anwar mula-mula dibongkarkan, Malaysiakini ligat menjalankan damage control.

Tajuk-tajuk berita (disenaraikan di bawah) telah disiarkan oleh Malaysiakini pada April 7.

  • Media told to apologise to Anwar for sex video reports
  • Sex tape: Game over for Datuk Trio
  • ‘Wan Azizah not qualified to identify sex video actor’
  •  Who’s qualified to identify Anwar if not Azizah?
  •  Charge trio to prove gov’t not involved
  •  IGP, what’s there to investigate?
  •  No sex video setback for Pakatan in S’wak
  •  Land issues overshadow sex video
  •  Malice in Blunderland (Kolum)
  •  RCI not meant to be used for political vendatta (Surat kepada pengarang)

Begitu banyak rencana dirangka – 10 jumlahnya dalam tempoh sehari singkat! – untuk cuba membersihkan imej Anwar. Maklumlah insan yang ditabalkan sebagai ‘Anugerah Tuhan’ mestinya kebal, bukan?

Rencana berkaitan:
Malaysiakini ‘Top Blogs’ Kit kontrol, yang kritis ditendang keluar

Author:

I have no Faceook or Twitter.

6 thoughts on “Anwar supersonik

  1. I wonder when we will hear some semblence of intelligence from the opposition politicians. Dribble utter dribble.

    How can they garner any respect at the rate they are going.

  2. Biasalah LGE dan anuwar satu kepala, orang lain mana betul, orang lain semua salah. Tak logik langsung kata Kerajaan tiru ‘budget mat jenin’ PR dalam masa 2 hari boleh siap. Kalau disemak dengan Kementerian Kewangan, cadangan budget itu telah dihantar untuk dicetak mungkin sebelum anuwar bentang ‘budget mat jenin’nya tu. Jangan2 anuwar yang tiru setengah2 cadangan dalam budget Kerajaan?

  3. Orang macam Anwar dan LGE suka ambil ‘kredit’ atas usaha orang lain.Apa sahaja yang dibuat oleh Kerajaan BN semuanya salah,tidak betul,membebankan rakyat dan bermacam tohmahan dan tuduhan.
    Apakah mereka sahaja yang betul,berhemah,cekap dan tidak rasuah?Tidak kah mereka pernah berfikir bahawa belanjawan negara setiap tahun bukan dari ‘kepala’ PM atau BN sahaja?Sudah tentu ianya melibatkan banyak Kementerian dan agensi Kerajaan seperti Perbendahraan,Bank Negara,EPU dan juga timbalbalik dari pihak swasta juga.Janganlah sentiasa nak memperbodohkan orang lain sedangkan sendiri pun tak berapa betul juga…bak kata pepatah melayu..’Bagai ayam jantan berkokok berderai derai tapi ekor sendiri bergelumang dengan tahi…’

  4. ada kemungkinan tak dorang yang sebenarnya copy…mana tau ada sumber dalaman bagitau… Then again, politicians are always politicians. I remember a political analyst told me once our oppositions only know how to complain, but don’t know how to rule. He also said that should the oppositions win the next general election, whenever they are critised for inability to deliver they would blame the former government. Methinks me agrees… Dah terer sangat bagi lah idea yang bernas. Kalau kerajaan BN tak terima pun at least rakyat (espcially yg boleh berfikir la) boleh tengok yang korang ada ability to lead and make this country a better place to live. Aparaa..

  5. Dengan Anwar Ibrahim ni, apa yang masuk akal? Yang keluar dari mulutnya hanya dipercayai oleh mereka yang akalnya pendek. Bagi kebanyakan rakyat negara ini, apa saja yang dikatakan oleh Anwar lazimnya “is taken with a pinch of salt”. Bukan semua orang taksub dengan dia. Dah tau dah dia ni memang kaki kelentong!

    Macam manalah nak gubal belanjawan negara, walau ditiru/diciplak sekali pun, dalam tempoh 2 hari? He thinks we are all sooooo stupid la!
    _________________________________________________________

    Komen ‘Ayah’ adalah komen ke-500 dalam blog saya yang berusia (kurang sedikit daripada) dua setengah bulan ini. :)

  6. Mereka buat belanjawan ikut rasa sedap hati. Lagi hebat, keluar pula sebelum belanjawan sebenar (kerajaan). Cara mudah meraih publisiti politik murahan. Hebatkan ?

    Kenapa tidak di minta perincian ? Jika ada, kaji jika ia sama dengan belanjawan 2012. Belanjawan Negara ada buku tebal nya.

    Ingat berbelanja di pasaraya ke? Malah berbelanja di pasaraya pun terambil itu dan ini yang tiada dalam senarai belian pada awal nya ! Duit dalam kocek secara terhormat menjadi kurang….

    Suka sangat jadi PEMBONGAK ! (helen tanya rocky bru erti perkataan ini).

    Hairan sungguh dengan sebahagian masyarakat yang teruja dengan mimpi-mimpi indah sahaja ! Mimpi itu, ada mainan tidur dan ada mimpi yang benar ! Orang Penang dah dapat tol percuma belum? mimpi laa… dapat rm100 untuk buat belanja setahun….

    Bermimpi dengan belanjawan yang di belanja tanpa sumber duit sebenar(palsu – bagai kata Tun M) dengan belanjawan benar dari sumber kewangan tunai kerajaan yang terhad.

    Apa-apa pun, kita jadi lah orang Malaysia yang rasional. Berpijak lah di bumi nyata.

Comments are closed.