Posted in BIAWAK

Politikus evangelis ‘mencerobohi’ ibadah Islam?

Berikut ialah kenyataan akhbar yang dikeluarkan MCCBCHST pada Nov 4 mengatakan upacara penyembelihan lembu tidak wajar dijalankan di sekolah.

MCCBCHST ialah majlis perundingan agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme.

Respect the religious sensitivities in schools

We have been informed by the Malaysian Hindu Sangam, a component of the Malaysian Consultative Council for Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) that a ritualistic sacrificing of cows in conjunction with the forthcoming Hari Raya Haji celebrations will be held in schools on a school day in the presence of students.

We hold a dim view of this purported activity in front of our multi-racial and multicultural student population as it ignores the sensitivity of our school-going children and the larger mixed Malaysian society.

We call upon the relevant authorities to respect the sensitivities of our multi-religious society and implore them to halt this ritualistic ceremony in our schools.

We hold that the school is not the right place for the performance of this ritual that pertains only to the Muslim community. lt does not augur well for the promotion of harmony and peace among our varied peoples.

The maintenance and promotion of peace and harmonious living should be the prime concern and focus of education authorities among our students and not instil hate, suspicion disgust in them in their formative years.

MCCBCHST pray and hope for good sense to reign among us and call upon the
authorities to do the needful and put a stop to this ritual of sacrificing cows before our students before it escalates in to something undesirable in the future.

God bless this Nation of ours – Blessed, Bountiful and Beautiful.

Tan Hoe Chieow
President
MCCBCHST

Sardar Jagir Singh
Deputy President
MCCBCHST

(Huruf tebal ialah penekanan yang diberikan oleh blogger ini)

___________________________________________________

MCCBCHST menumpu HANYA kepada isu penyembelihan lembu di sekolah yang mempunyai penuntut pelbagai bangsa.

Majlis tersebut TIDAK menyentuh tentang upacara ini diadakan di mana-mana tempat awam, dan jauh sekali mencampur tangani amalan menegakkan ibadah korban Aidil Adha ini.

Namun kalau kita orang dewasa pun mungkin gerun kalau melihat tompok-tompok darah selepas nahas jalan raya apalagi kanak-kanak kecil yang berada di luar pengawasan ibubapa jam bersekolah.

Golongan bukan-Muslim tidak makan daging khinzir di kantin sekolah. Kita harus saling hormat-menghormati larangan-larangan agama kaum lain.

Dan jangan kerana politik, parokialisme dan prasangka ada pula yang sengaja menyalah ertikan saranan MCCBCHST untuk menjaga sensitiviti, terutamanya di kalangan budak-budak sekolah beragama Hindu dan sesetengah penganut Buddha yang menghormati lembu sebagai binatang ‘suci’.

Mempolitikkan agama adalah gejala kurang sihat yang kian berkembang semenjak pembangkang menang banyak kerusi di pilihanraya umum Mac 2008.

PRU12 itu juga menyaksikan kebangkitan politikus evangelis yang berpolitik Kristian ala PAS berpolitik Islam.

Baru-baru ini perbuatan Tian Chua melapah dan Teresa Kok mengagihkan daging korban menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan sebilangan orang Melayu-Islam.

CLOCKWISE: Teresa, Tony, Guan Eng, Hannah - DAP representatives for Christian evangelists (Click)

Tian Chua, Teresa dan rakan-rakan politikus Pakatan mereka mengamalkan ‘politik baru’ yang menyimpang dari resam. Misalan, para pemimpin wanita MCA dan Gerakan tidak pernah memakai tudung untuk tujuan memancing undi Melayu.

Angkatan pemimpin DAP pra-2008, seperti Ahli Parlimen Bukit Mertajam Chong Eng (ketua Wanita DAP) dan Ahli Parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan juga bukan jenis yang mengada-ngada seperti Hannah Yeoh dan Teo Nie Ching ghairah ‘menceroboh’ masjid.

Malah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) telah mengeluarkan surat amaran kepada Nie Ching memintanya tidak lagi memasuki ruang solat masjid dan surau.


Klik untuk menonton YouTube

Cerita latar berkaitan video Nie Ching merunduk-runduk kepada Tok Guru, sini.

Nie Ching dalam lawatan-lawatannya ke surau sering ditanya bilakah dia akan masuk Islam.

Manakala Lim Guan Eng disebutkan namanya dalam khutbah Jumaat oleh seorang khatib yang mendoakan supaya dia diberi hidayah oleh Allah untuk memeluk Islam.

Memandangkan mereka-mereka ini sebenarnya Kristian tegar (Hannah Yeoh “lives for God”, kata biodata Twitternya), maka adakah tindak-tanduk para politikus evangelis ini ikhlas apabila menyebabkan orang Melayu menaruh harapan menggunung?

Analisa politik evangelis oleh Calvin Sankaran (klik)

Baik daripada bersandiwara politik agama DAP 2.0 meneladani MCCBCHST dalam melindungi hak-hak orang bukan-Islam serta kenal batasan.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

21 thoughts on “Politikus evangelis ‘mencerobohi’ ibadah Islam?

  1. elok laa tu… PAS ekstrimist ISLAM, DAP ekstrimist KRISTIAN…… mmg punah ranah mlysia ku….

  2. kat sekolah cina pun ada org islam. tp makanan tak halal. tak de plak org komplen.
    leboh elok pisah kan agama dari sistem persekolahan. tak kira agama apa pun. nanti semua agama cakap tuhan dia lagi bagus dari tuhan agama lain.

  3. Ibadah tu sering dilakukan sewaktu cuti hari raya haji dan telah dilakukan berzaman2 lagi, kenapa sekarang ditimbulkan. Jgnlah timbulkan perkara yang datuk nenek kita telah sebati dan boleh bertoleransi.

    1. ye laa.. apa yg kecoh2.. kn acara tu dibuat semasa cuti sekolah.. bukannya ada budak2 dari agama lain pun di kawasan tu..

      so this activity IS NOT DONE in front of our multi-racial and multicultural student population THUS ignoring the sensitivity of our school-going children and the larger mixed Malaysian society IS IRRELEVANT.

      its a bit funny when the muslim respects other religions religious ceremony such as taipusam and not be respected back.

      ___________________________________________________

      Okay, Rexuan. Fair enough and point taken about the holiday and kids given the day off.

      But the question remains the same: Kenapa hendak diadakan di perkarangan sekolah? Adakah tempat budak belajar itu tempat sembelih binatang?

      Kalau ianya suatu ibadah bukankan lebih sesuai dijalankan di rumah ibadat? Kan masjid dan surau itu banyak?

      Lepas tu tak difikir dari segi kesihatan (hygenic) pula. Budak-budak lebih lemah imuniti mereka berbanding orang dewasa. — Helen

      1. Alamak Helen, lets not start laa…
        Shall we start listing all the unhygenic or uncivic cara ibadat..
        Burning of incense, dan kertas2 pada all ghost festival.
        Kesesakkan jalan waktu Thaipusam and ..
        Aiyoo..we can go on and on ..back and forth you know..till the cows come home..
        Cukup2 la ya…lets just keep to our age old ..toleransi dan muhibbah antara kaum..just like the Visit Malaysia brochures…
        … wahh ..so nice one….

      2. Helen.. first of all.. why now..??
        You know kalau nak sembelih lembu bukan boleh dibuat di tempat2 yang kecil.. kalau seekor boleh laa lagi.. kalau 3-4 ekor, nak melapah lagi.. ada ke tempatnya.. surau setakat mana besarnya.. adake kawasannya.. surau2 bukannya besar sgt..Masjid2 lagi banyak lembu2 yang diperuntukkan.. maklumlaaa kan masa ni laa yang paling ramai umat islam buat korban sana sini tempat penuh… as for hygenic reason…. selama ni tak pernah laa pulak dgr ada yang jatuh sakit disebabkan penyembelihan di sekolah..

        Mcm Wak tulis.. .. “lets just keep to our age old ..toleransi dan muhibbah antara kaum”
        ________________________________________________

        Myra,

        Merujuk kepada pertanyaan kamu ‘why now’, boleh tolong beritahu saya, sebelum ini sembelih lembu pernah dibuat di sekolah mana? TQ — Helen

      3. Dear Helen

        First of all a Qurban ritual “which is a means to get closer to Allah, is the APPROPRIATE slaughtering of certain types of animals that are fit to be sacrificed with the intention of worship. There are different Qurban types such as udhiyah (sacrificial slaughtering during Eid al-Adha), nazhr, aqiqah and the one performed during Hajj ritual. ”

        i hoped that would explain to you whether it is more APPROPRIATE or not. As you can understand it does not have to be in surau or masjid, it can be anywhere i mean anywhere, we MUSLIM CAN CHOOSE TO DO IT in dataran merdeka or any dataran in malaysia, BUT AS A RESPECT TO OTHERS we only done it where it only conserve to MUSLIM PEOPLE only like masjid, surau and oftenly just in the compound of MUSLIM house(please visit any KAMPUNG FOR THIS)

        Secondly…”APPROPRIATE slaughtering”, Qurban was done in a manner to respect/thankful to our god ALLAH(not the one in MALAY BIBLE) which means all unnecessary item from the animal will properly handle such as buried, throw the remaining to bones to garbage barrel or burn it and then properly clean the place where we do the Qurban and none where left.

        I know, i know we malaysian intend to forget thing sometimes take example when there are celebration in dataran merdeka, garbage are left everywhere lucky the celebration involved every religion and race in malaysia, if it was only attend by muslim then church beside dataran probably accused muslim as polluter but because it is not, so lets called it “sampah 1malaysia, multi race, multi religion”

        I hoped that would help to calm and explain to your worried feelings. FYI when the ritual is done in surau or masjid there are plenty of kids and little kids around and thank god there is no serious illness has been infected to them.
        _________________________________________________________

        Thanks Andi & other Muslim readers for your comments explaining some of the things I wasn’t aware of before — like little kids witnessing korban & how many animals sacrificed during the ritual (I’d previously thought “one only”).

        This present flap reflects our religious/cultural gulf and the different way we view things. Personally I AM distressed and I expect my Hindu friends even more so. — Helen

      4. Sebenarnya isu yg MCCBCHST timbulkan ialah “…ritualistic sacrificing of cows in conjunction with the forthcoming Hari Raya Haji celebrations will be held in schools on a school day in the presence of students”

        ON A SCHOOL DAY IN THE PRESENCE OF STUDENTS

        Akupun Islam jugak, tapi bagi aku perkara ni dah di spin oleh media arus perdana. Masa mula2 aku dapat tau (melalui media) marah jugak (kepada MCCBCHST), tapi bila baca ayat sebenar dia aku paham la.

        Macam ni la, cuba kita pikir sebagai sebuah amalan suci, agak2nya Nabi Ibrahim dulu ada tak dia panggil budak2 sekolah tengok dia ‘korbankan’ Nabi Ismail? Korban ialah simbolik kepada pengorbanan ni. Adakah perlu kita buat di depan budak2 yang pegangan agama mereka menegah hatta untuk makan daging lembu pun? Sepupu saya sangat sayang seekor kambing yang dia jaga sejak kecil. Bila makcik pakcik saya nak korbankan kambing tu, dia tak sanggup nak tengok. Sanggup tak kita bagi anak2 kita tengok binatang peliharaan kesayangan mereka disembelih di depan mata?

        Tentu ada ruang untuk kita bertoleransi.

  4. Selama hayat nyawa di badan, mereka semua sudah lalui dan saksikan. Islam TIDAK PERNAH MENGHINA ATAU PERLEKEH AGAMA ATAU FAHAMAN LAIN. Melayu tidak pernah dengan sengaja membakar tokong,kuil dan gereja (bahasa halus) kecuali satu pihak yang memulakan dulu….Itu pun Islam masih menilai dengan kesabaran demi kesabaran, tidak menimbulkan bibit permusuhan, agar tidak runtuh keimanan!

    Ini ajaran yang mesti di patuhi, di hayati oleh semua Umat Islam di dunia.

    Kenapa sekarang puak-puak jahat ini selalu ‘cross the border’, malah terpekik terlolong mencabar dan menghina Agama Islam ?

    Islam itu suci dan murni dari segi akidah, keimanan, fizikal dan rohaniah nya. Ia menyemarakkan kasih sayang, saling menghormati melangkau sempadan bangsa,wajib merendah diri demi membunuh ‘ke UJUB an’ diri (sombong,bongkak,pamer diri paling hebat). Sedikit contoh.

    Hanya penganut Islam yang TAHU RAHSIA ini. Jika helen tidak percaya tanya Dr. Reduan Tee(kalau masih berkawan) atau Pengerusi Cina Muslim Malaysia yang sudah menjalani hidup sebagai umat Islam. Mereka ini orang-orang yang bercahaya muka nya….

    Itu kenapa ‘JIHAD’ Allah SWT ajarkan. Dan puak-puak seperti ini sering menjadikan penganut-penganut Islam itu berJIHAD menentang mereka yang ‘beerlagak’ menjadi anjing-anjing (bahasa lain untuk syaitan) yang suka menggigit bagai anjing gila dan menyalak membuat bising tidak kira waktu !

    Jadi, helen boleh tanya dengan hannah yeoh (tweet yang di paparkan) apa pula kata tuhan nya… Ada kah tuhan nya tuhan yang sama dengan Islam !

  5. i would like TO MAKE A REQUEST TO MCCBCHST, PLEASE SEND A MEMORANDUM TO PM OF MALAYSIA, THAT YOUR SOCIETY WOULD NOT LIKE TO TAKE HOLIDAY ON HARI RAYA HAJI BECAUSE WHEN HARI RAYA HAJI MUSLIM PEOPLE WILL SLAUGHTER COW EVERY WHERE IN MALAYSIA AND BECAUSE OF THIS IT WILL CAUSE A HYGIENIC ISSUE WHEREAS NON MUSLIM WILL BE INFECTED BY COW DECEASE AND IT IS SERIOUS MATTER BECAUSE AMONG US THERE ARE ALSO CHILDREN THAT A LESS IMMUNE TO THIS COW DECEASE AND WILL EASILY CAUSING THEM TO BE INFECTED.

    TO PM OF MALAYSIA

    PLEASE CONSIDERED THIS REQUEST IF THEY MAKE ONE, AND THEN PLEASE DONT FORGET TO MAKE A RULE THAT A CIVILIAN CANNOT DO ANY RITUAL IN PUBLIC PLACE WHERE AS WILL EFFECT OTHER PEOPLE.

    HERE I WOULD LIKE TO PROVIDE THE EXAMPLE OF RITUAL

    CURRENT ISSUE
    – SLAUGHTER A COW AT SCHOOL AT PUBLIC HOLIDAY(BECAUSE THE MUSLIM WILL LIVE ALL THE SKELETON, SKIN AND BLOOD OF COW EVERYWHERE IN SCHOOL WHERE AS WILL CAUSE HYGIENIC PROBLEM WHEN THE KIDS BACK TO SCHOOL.

    OTHER ISSUE
    -OTHER RELIGION IS OK NO PROBLEM, PLEASE ONLY LOOK AT ISLAMIC ISSUE OTHER RELIGION PM DONT NEED TO BOTHER, BECAUSE WE DONT DO ANY RITUAL IN SCHOOL ONLY IN PUBLIC ROAD AND DOES NOT EFFECT OTHER RELIGION KIDS.

    ahaks seriuosly…… this where when PAS should come in and explain about the QURBAN ritual but what they do keep bloody quiet and wait to BOOM BN for it.

    God bless this Nation of ours – Blessed, Bountiful and Beautiful.

  6. No disrespect to Hindu friends, quoting helen

    “This present flap reflects our religious/cultural gulf and the different way we view things. Personally I AM distressed and I expect my Hindu friends even more so”

    quoting my comment

    “First of all a Qurban ritual “which is a means to get closer to Allah, is the APPROPRIATE slaughtering of certain types of animals that are fit to be sacrificed with the intention of worship. There are different Qurban types such as udhiyah (sacrificial slaughtering during Eid al-Adha), nazhr, aqiqah and the one performed during Hajj ritual. ” ”

    it is CUSTOM in india, pakistan and all the country in asia except the country have animal like camel and llama, to use cow in a big ceremony like raya haji, not that we dont respect your religion,

    but in terms in logic of how many people involved and the cost in the Qurban and the sincerity that we are trying to show as thankfulness/worhship to our god ALLAH,

    cow are choose because it can be shared together in the WHOLE “taman perumahan” or the WHOLE “rumah anak yatim” this is why you can see why all the MUSLIM gather together to this qurban as a mutual cooperation to show that we are united and thank to our ALLAH for let us have prosperity and harmonies living together with other religion and race.

    To other Religion

    This is why to us MUSLIM it is important that when we do Qurban the people that involved understand the meaning of this ritual and it is MUSLIM that (understand the proper way to slaughter not simply cut and smiling in front of camera and then smiling while giving the Qurban meat) not for politic reason of just to get some attention.

    God bless this Nation of ours – Blessed, Bountiful and Beautiful.

  7. Salam Helen,

    Kita lihat didalam artikel ini ada 2 tujuan utama, 1) Mendedahkan perjuangan bermuka-muka DAP dan, 2) Perjuangan sebenar (role) dalam menegakkan hak-hak dan kepentingan golongan minoriti.

    Kedua-duanya memang berkisar terhadap sensitiviti golongan islam/melayu dan minoriti/bukan islam.

    Jelas DAP avengelis memainkan sentimen ‘keislaman’ dengan tujuan memancing undi, ini tak sesiapa pun dapat nafi sedangkan didalam banyak perbuatan mereka yang lain menyakiti sentimen umat islam. Noktah dan muktamad.

    Apabila MCCBCHST menyuarakan berkenaan ritual keislaman di sekolah awam, ini berkait rapat dengan sensitiviti golongan bukan islam yang melihat sekolah awam di melayukan dan diislamkan secara tersiratnya dan tersuratnya itu saya lihat sebagai alasan penguat hujah sahaja.

    Memang kita mengerti sensitiviti umat bukan islam, cumanya ia akan menimbulkan banyak persoalan. ‘why now’ memang menjadi tandatanya utama. Seterusnya, ‘what’s next’?

    MCCBCHSTmenyarankan Upacara Korban tidak dijalankan di sekolah awam dengan alasan;
    1) Dilakukan di hadapan murid-murid
    2) Sensiviti umat Hindu yang mensucikan lembu
    3) Ini upacara khas orang islam
    4) Tidak selari dalam mempromosikan keharmonian dan keamanan rakyat yang berbilang kaum
    5) Boleh menimbulkan kebencian, ketidakpuasan hati dan sebagainya
    6) Boleh menimbulkan sesuatu yang tidak diingini pada masa hadapan.
    7) Sebagai tambahan, berkenaan dengan kesihatan..

    Jawapan bagi perkara diatas,
    1) Hari raya korban adalah cuti umum, kebiasaannya, upacara korban dilakukan pada cuti umum dengan kehadiran murid-murid islam. Namun, murid-murid islam diasuh untuk tidak fobia dengan upacara sembelihan dan darah kerana ini adalah hakikat dan keperluan kehidupan, dan juga satu ibadah. Kita perlu menerima hakikat bahawa daging yang berasal dari binatang ternak adalah sumber makanan sejak dahulu lagi. Jadi murid didedahkan dengan lumrah alami kaedah menyembelihan secara halal bagi menjamin kebaikan dan kesihatan makanan (daging) tadi. Apa perlu takut dengan kaedahnya?

    2) Daging lembu tidak pula di agihkan untuk orang-orang bukan islam, terutama dari murid-murid beragama hindu. Dan, saya percaya, tidak logik mempertikaikan sembelihan lembu semata-mata kemuliaan dari sudut agama hindu, sedangkan pada agama dan suku kaum lain lembu merupakan sumber makanan utama.

    3, 4, 5 & 6) Umum maklum akan komposisi kaum di sekolah awam dari segi muridnya, gurunya dan juga keahlian PIBGnya adalah islam/melayu. Dengan tidak menafikan agama dan kebudayaan kaum lain, kebanyakan program korban disekolah dikelolakan oleh komiti sekolah yang terdiri daripada guru-guru dan ahli PIBG YANG BERAGAMA ISLAM kerana program ini adalah program islam, sebagaimana program menyambut Maulid, Isra’ Mi’raj dan sebagainya. Pemilihan tempat sembelihan disekolah adalah secara alami dan natural, kerana pengelolanya adalah komiti sekolah sendiri. Apatah lagi, sekolah merupakan tempat yang mewakili banyak isi rumah, sama ada miskin, kaya atau politik pro mahupun kontra, dan ini bagi memudahkan pengedaran dagingnya kepada golongan yang memerlukan.
    Mengapa perlu timbul perasaan tidak puas hati, benci dan perkara yang tidak diingini? Adakah kerana PROSES penyembelihannya yang begitu grafik? Atau, adakah kerana kelihatan terlalu islam? Atau, keeksklusifan daging korban itu yang hanya untuk orang-orang islam. Ini sangat menimbulkan tandatanya bagi saya dan memerlukan pencerahan Saudari atau sesiapa sahaja..
    7) Dari sudut kesihatan, hanya darah yang ditumpahkan. Dan kebiasaannya, korban dilakukan diatas tanah dan kesan darahnya dibersihkan dengan air dan diserap kedalam tanah, atau dikorek lubang agar darahnya dapat dikambus selepasnya. Begitu juga dengan isi perut yang biasanya di kambus agar diuraikan oleh bakteria didalam tanah dan sisa-sisa yang lain kebanyakannya dimanfaatkan sebagai makanan, dan kulit diproses agar boleh digunakan untuk tujuan lain. Mungkin kehadiran lalat yang menghurungi kesan-kesan yang tertinggal menjadi persoalan, tetapi secara relatifnya kemudaratannya adalah amat kecil berbanding kebaikannya. Tidak perlu kita melarat sehingga membandingkan dengan pusat sembelihan komersial.

    Jadi berbalik kepada isu utama, iaitu apakah perjuangan MCCBCHST ini adalah untuk mensekularkan sekolah awam dan apakah langkah seterusnya MCCBCHST?

    p/s- Sekadar untuk perbincangan ya Helen.. Salam
    _________________________________________________________

    Thank you for your thoughtful & intelligent reading and as usual, taking the issues forward. You’re spot on in that we really need to look at how we want our schools to be. I’ll post a follow-up. Salam, Helen

  8. I would like to have some facts cleared:

    1. ibadah korban dijalankan pada hari raya haji, which was and always fall on public holidays (last sunday). Was it true that the pupils were all present? invited?

    2. which part of the school was it? I mean the penyembelihan where the livestock’s throat were cut. Dekat medan perhimpunan pagi depan bendera ke? dekat belakang kat tandas ke? kat padang bola ke? kat belakang kantin ke?

    i believe the usage of school is to cater the large crowd expected.
    ___________________________________________________________

    Dear politicalamity9,

    I believe this year’s korban involving the ‘application'(?) by two schools – which caused the controversy to erupt – was aborted due to their being found to have inadequate facilities for the slaughter. — Helen

    1. It seems that we can’t agree on the question of suitability of venue. I maintain that a school (technically for all races) is not the suitable place despite its size. I mean, can one say that korban is okay to be done annually in a hospital?

      1. To suggest the slaughtering be conducted in public area such as hospital is definitely taking things out of context. As mentioned above, hari raya haji is a public holiday thus no pupils around. Can a hospital have a public holiday from the patients?

        Not all public area is a ‘one size fits all’ solution for this type of activity.
        ______________________________________________________

        Shall we make List A and List B then? (A) Kawasan umum yang ‘Boleh’, (B) Kawasan umum yang ‘Tak Boleh’; first entry: (agreed) Hospital so that non-Muslims can get an idea of where our say on public space ends — Helen

  9. Islamic ritual of slaughter is humane under the Humane Slaughter Act in US.
    7 U.S.C.A. § 1902. Humane methods

    No method of slaughtering or handling in connection with slaughtering shall be deemed to comply with the public policy of the United States unless it is humane. Either of the following two methods of slaughtering and handling are hereby found to be humane:

    (a) in the case of cattle, calves, horses, mules, sheep, swine, and other livestock, all animals are rendered insensible to pain by a single blow or gunshot or an electrical, chemical or other means that is rapid and effective, before being shackled, hoisted, thrown, cast, or cut; or

    (b) by slaughtering in accordance with the ritual requirements of the Jewish faith or any other religious faith that prescribes a method of slaughter whereby the animal suffers loss of consciousness by anemia of the brain caused by the simultaneous and instantaneous severance of the carotid arteries with a sharp instrument and handling in connection with such slaughtering.

    CREDIT(S)

    (Pub.L. 85-765, § 2, Aug. 27, 1958, 72 Stat. 862; Pub.L. 95-445, § 5(a), Oct. 10, 1978, 92 Stat. 1069.)

    Just to share
    ____________________________________________________________

    Not too long ago, the Netherlands voted to ban ritual slaughtering following a few other Western countries. The decision united Muslims and Jews in mutual outrage. Read here. — Helen

  10. As a ‘guideline’, it is not a bad idea to have a list of acceptable and non acceptable space for korban slaughtering. However at the end of the day, common sense prevails.

    But then, we does it ends? firecrackers at Chinese New Year, dogs barking, azan and who knows what next.

    Have we become too politically?

  11. macam mana kalau kita menyembelih babi? boleh? tentula boleh, sebab 1 malaysia ma.. kalaulah agama orang mengutamakan lembu. nah korban pun boleh, tapi lakukanlah di masjid atau padang. kenapa sekolah? sebelum ini pun tak sembelih di sekolah? mengapa sekarang?

Comments are closed.