Umno: Gelombang merah, gerombolan marah

December 4, 2011 at 8:57 pm 14 comments

Ketika sidang Dewan Rakyat Khamis lalu, seorang Ahli Parlimen membayangkan bahawa Lim Kit Siang lah yang mencetuskan peristiwa Mei 13. (Ruj. ‘Umno MP accuses DAP of starting May 13 riots’, The Malaysian Insider, Dec 1)

Tuduhan yang dibuat Shamsul Anuar Nasarah – wakil Lenggong, Perak – adalah palsu, tidak bertanggungjawab serta sengaja menyalakan api perkauman. (Lihat nota kaki).

Sewaktu dewan sedang riuh, Yusof Mahal – wakil Labuan, Sabah – pula menyampuk menuduh Kit Siang “racist” serta mengertak “Sudahlah, sudahlah mampus itu Cina” di samping melenting “Itu DAP racist!”

Tindakan mereka menyerang peribadi lawan tidak bertempat. Parlimen ialah institusi untuk majlis mengkaji dan menggubal undang-undang, bukannya menanam kebencian terhadap kaum-kaum lain atau bermain politik menyelak kain-mengintip kamar beradu.

Maki hamun YB Labuan dan YB Lenggong itu dirasai bahangnya oleh masyarakat Cina secara borong kerana sergahan mereka nampaknya babitkan kaum sekaligus. Bagi sesetengah Melayu, DAP menjadi ganti nama bagi ‘Cina’ manakala bagi sesetengah Cina, ‘Umnoputra’ menjadi ganti nama bagi Melayu.

Sehari awal, timbalan presiden Umno membuka gelanggang untuk melaga-lagakan kaum serta menghentam DAP. Muhyiddin Yassin telah menggelar DAP “parti paling rasis ini” ketika memberi ucapan di perhimpunan agung Umno.

Di perhimpunan tersebut juga, Alwi Che Ahmad – Adun Kok Lanas, Kelantan – bertanya apa lagi orang Cina hendak. “Orang Cina hendak jambatan emas, kita beri tapi orang Cina hendak darah, tak bolehlah,” tempiknya.

Pada pandangan Alwi kaum Cina sudah naik tocang.

Pada pandangan saya, bukan kami lupa daratan tetapi hanya mengkehendaki supaya rasuah dibanteras melalui pemulihan sistem pentadbiran yang telus.

Pasca ‘tsunami’ 2008

Suasana politik yang porak-peranda masakini ialah hasil daripada politikus kita yang tidak panjang akal dan kurang berhemah.

Muhyiddin dan wira-wira bangsanya boleh terlepas cakap kerana kelompok mereka dalam Umno tidak lagi mengharapkan masyarakat Cina untuk bersama Barisan Nasional.

PRU akan datang diibaratkan ‘ibu segala pilihanraya’. Bak ungkapan ‘lawan tetap lawan’, memang, persaingan untuk meraih undi adalah sengit sekali. Akan tetapi mereka yang ketandusan modal di medan tempur berbalik juga kepada strategi kitar semula, yakni memomokkan kaum Cina.

Selain mengungkitkan Mei 13, dilancarkan serangan bertubi-tubi dan tohmahan basi ke atas DAP. Berbanding dengan episod ketua Pemuda menghunus keris dulu, kali ini perhimpunan Umno menampakkan persediaan untuk pertarungan hidup atau mati, dan dengan itu Cina disasarkan sebagai musuh.

Ekoran pemikiran Umno yang sedemikian, saf pemimpinnya – yang sepatutnya menerajui negara – hanya sekadar mengetuai parti dan kaum Melayu.

Juga, kesan dari kegusaran yang sering dipupuk Umno dan makhluknya Perkasa ialah hilang kelembutan jiwa orang Melayu.

‘Politik Baru’ 2.0

Menyedari bahawa majoriti kerusi menyusut kerana rakyat semakin muak dengan BN, perdana menteri cuba menunjangi perubahan dengan mencipta pelbagai rancangan ‘transformasi’.

Dan bukan sahaja Najib Razak yang men’transform’. Parti pembangkang pun ketara mampu men-transform. DAP Baru yang kita nampak sekarang berlainan siasahnya dengan DAP Lama.

Mendahului perhimpunan agung di PWTC, ketua penerangan Umno Ahmad Maslan telah mendakwa “malah pembangkang DAP tidak akan hormati institusi diraja… mereka tidak pernah terima gelaran diraja meskipun mereka ditawarkan”.

Dakwaan ini tidak lagi benar. Pengerusi DAP Perak ialah Datuk James Ngeh Koo Ham manakala speaker DUN Selangor ialah Datuk Teng Chang Khim – kedua-duanya memakai gelaran kebesaran yang dikurniakan raja-raja Melayu. (Dalam pada ini, baik juga Kit Siang dianugerahkan gelaran ‘Tan Sri’ sebagai tanda penghargaan atas segala sumbangannya sebagai seorang veteran di persada politik.)

Lagi ciri-ciri DAP 2.0: Kalau dulu Adun DAP enggan bersongkok, kini Adun DAP beriya-iya memakai tudung.

Atur langkah kempen DAP juga bertukar wajah. Lembut gigi daripada lidah gaya baru mereka ala dakwah Kristian, mencorakkan pesanan “kita semua bersaudara” dan “kita satu keluarga sayang-menyayangi”. Pemilih muda dijangka termakan pendekatan anti-perkauman yang menyedapkan telinga itu.

Mengenang jasa Kit Siang

Jikalau Bersih pun masuk fasa 2.0, seyogianya Malaysia sudah berwadah ‘Politik Baru’. Mengembalikan hantu Mei 13 satu taktik kolot… so uncool.

Bukankan Najib mahu kelihatan ‘cool’?

Zaman Lim Kit Siang sebenarnya sudah berlalu. Beliau berkecimpung dalam politik lebih 40 tahun – memenangi kerusi Parlimen Kota Melaka dalam pilihanraya umum 1969, dan akhir-akhir ini bertanding kerusi Ipoh Timur dalam PRU12 di mana beliau merangkul 69 peratus undi.

Pada tahun 1973, beliau menjadi Ketua Pembangkang. Hari ini, Kit Siang tidak lagi memegang apa-apa jawatan tinggi mahupun dalam parti.

Sepertimana Tun Abdul Razak Hussein disayangi orang Melayu yang terhutang budi kepadanya kerana membangunkan kaum Melayu melalui DEB, Kit Siang juga disayangi dan disanjung oleh ramai orang Cina kerana bakti yang dicurahkannya.

Bukan kebetulan kedua-dua anak lelaki mereka menyandang jawatan menteri bergalaskan nama bapa.

Tengku Razaleigh Hamzah menganggap Kit Siang menjadi ikon kepada peminat-peminat setianya kerana kecekalan dan sikap beliau berpegang kepada prinsip.

Kata beliau:

“You [Kit Siang] have consistently upheld and stood your ground on matters relating to the fundamental rights of all the rakyat, irrespective of race, to free and responsible speech, the rights to enjoy a just and fair distribution of the economic and social wealth of the nation, and to political, judicial and legal justice.

“You have consistently and courageously spoken up against the corruption and the various misdeeds and defaults of the government and demanded actions, both in Parliament as well as outside it, despite the possible reprisals, the threats and even possible punitive actions that might be taken against you, which in fact you have suffered in the past.”

Kit Siang pernah ditahan setahun setengah di bawah ISA ekoran Mei 13, 1969 dan selama 17 bulan di bawah Operasi Lalang namun beliau tidak patah semangat atau mengalah dan mengundur.

Hakam, NGO hak asasi, menganggap Kit Siang satu “eloquent and fearless voice … for liberty and justice”.

Presiden Hakam, Ramdas Tikamdas, menyatakan pada 6 Disember 1999:

“Hakam would like to put on record its tribute and appreciation to you [Kit Siang] for your selfless and fearless long-public service in the quest for a more just and equitable society and commitment to the principles of parliamentary democracy and good governance.

“We have no doubt that the cherished ideals and principles that you have steadfastly championed through the long years of trials and tribulations and personal sacrifices will not be in vain and your precept and example will surely be a source of inspiration and an example for the young generation of Malaysians to emulate.”

Hati generasi muda mahupun yang berbangsa Melayu tidak akan terpikat oleh Umno yang masih beku pada noktah Mei 13.

Perhimpunan agung Umno cuba menakutkan orang Melayu dengan idea Melayu akan hilang kuasa. Jauh panggang dari api.

Daripada takutkan bayang-bayang bukankah lebih baik sekiranya perwakilan boleh menggarap isu-isu semasa, membahas dasar-dasar kebangsaan serta melerai dan menyelesaikan permasalahan negara?

_________________________________________________________________________

Transkrip penyata rasmi mesyuarat ke-3 penggal ke-4 Parlimen ke-12 (Bil.64 Khamis _1250)

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Memang betul, 13 Mei siapa yang buka? 13 Mei Yang Berhormat Ipoh Timurlah… [Dewan riuh]

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Mana betul?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat…

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Mei 13, Yang Berhormat Ipoh Timurlah.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, bertenanglah Yang Berhormat.

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Memang betul, 13 Mei, Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Ipoh Timur…

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Siapa yang buka 13 Mei?

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat…

Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Fitnah, bohong.

Datuk Haji Yusof Haji Mahal [Labuan]: Sudahlah, sudahlah mampus itu Cina!… [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat…

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Samalah Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, anak didik sana. Pada 13 Mei…

Datuk Haji Yusof Haji Mahal [Labuan]: Itu DAP racist!

Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Bohong. [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Ipoh Timur duduk dahulu. Ahli-ahli Yang Berhormat, bertenang Ahli Yang Berhormat.

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Ipoh Timurlah, Mei 13.

Tuan Khalid Abd. Samad [Shah Alam]: UMNO penipu Melayu.

Seorang Ahli: Sudahlah keling! Sudahlah keling!

Tuan Charles Anthony Santiago [Klang]: UMNO tipu Melayu, yang tipu Melayu UMNO.

Datuk Haji Yusof Haji Mahal [Labuan]: Sudahlah Yang Berhormat Klang, sudahlah Yang Berhormat Klang.

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Ipoh Timur racist, bawa isu perkauman. Disokong oleh Yang Berhormat Gombak dan Yang Berhormat Machang sekali.

Seorang Ahli: Itu PAS sudah masuk India kah?

Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: UMNO pergi PWTClah, dia punya rejim sudah habis… [Dewan riuh]

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Samalah Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Telok Intan pun samalah. Ikut keluar sahaja.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Ipoh Timur, Ahli-ahli Yang Berhormat…

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Serupa sahaja!

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Sebagai contoh…

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Ipoh Timur, tumpukan perbahasan kepada penyata…

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Perdana Menteri kata sederhana… [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua: Sila, sila teruskan. Masa Yang Berhormat Ipoh Timur, ingat masa.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ya. Kalau…

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Racist! Perkauman!… [Dewan riuh]

Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: UMNO yang racist

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: …Kalau dalam Parlimen pun boleh ada racist digunakan, apa kita boleh harap dalam election?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat…

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: UMNO tidak racistlah, DAP sahaja racist.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Tengok ini…. [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sudahlah Ahli-ahli Yang Berhormat. Sudah… [Dewan riuh] Yang Berhormat Ipoh Timur, seminit dua lagi Yang Berhormat Ipoh Timur dan elakkan jangan hujah…

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Baru mula. Mike telah ditutup.

Tuan Yang di-Pertua: Sila, sila… [Dewan riuh] Sudahlah Ahli-ahli Yang Berhormat, sudahlah.

Sumber: http://www.parlimen.gov.my

About these ads

Entry filed under: Dosa Umno. Tags: , , , , , , , , .

Evangelis dan ciri-ciri politik gereja (dikemaskini) Masukkan saja hudud dalam Buku Jingga

14 Comments Add your own

  • 1. Man.Jebat  |  December 5, 2011 at 1:23 am

    The 13th May, 1969 Analysis by JebatMustDie can be downloaded at http://jebatmustdie.files.wordpress.com/2009/06/13-may-1969-analysis-by-jmd.pdf

    Reply
  • 2. subra  |  December 5, 2011 at 8:52 am

    [Gambar]

    Reply
  • 3. Munawar Alias  |  December 5, 2011 at 9:41 am

    Nak menang pilihanraya perlu dapat undi Cina. Tapi jerit Cina rasis, tamak dll. Endak ke Cina bagi undi?

    Cerdik atau bodoh?

    Reply
  • 4. Greg Lopez  |  December 5, 2011 at 10:35 am

    Our inability to address issues of national interest such as May 13, 1969 limits our ability to bring a closure to subjects as this.

    Allow me to ask a question: If a women is raped does it matter if she was indecently dressed, was a flirt, etc…(you can fill up the rest).

    The answer if one goes by the rule of law is no – the guilt lies in the person who committed the crime. The person had a choice.

    With the same logic – 196 Malaysians have been killed (mostly Chinese). Their killers have yet to be brought to justice.

    This has nothing to do with Lim Kit Siang or DAP. Rather, the question should be asked was how did the people who committed these murders have managed to get away scott free.

    You can see the parallels with the Royal Malaysian Police extra-judicial killings or deaths in detentions.

    And then ask the question – who benefits the most from this.

    http://malaysiasdilemma.wordpress.com/2010/05/24/may-13-1969/

    Reply
  • 6. wewe  |  December 5, 2011 at 5:36 pm

    chong pong ting tong soup.

    Reply
  • 7. Greg Lopez  |  December 6, 2011 at 6:24 am

    Hi Man.Jebat,

    If you ready my short analysis on May 13, 1969, I quote Jebat Must Die as the representative view of UMNO (and by extension) the government’s thinking.

    http://malaysiasdilemma.wordpress.com/2010/05/24/may-13-1969/

    And in my article, I think the truth lies somewhere in between the allegation that UMNO was responsible and the government’s version (that the Communists were responsible).

    But for closure, justice be done. 196 people were killed mercilessly. Those who committed this crime must be brought to justice.

    Similarly, for the recorded 200-400 people killed by the police, the police must be held accountable.

    Or for that matter, the 1500 over people that have died in government detention centers, closure comes when the government is held accountable.

    As for Lim Kit Siang and Karpal Singh (or for that matter TG Nik Aziz – who said he will contest at the next GE at 80), this is part and parcel of our dysfunctional democracy.

    After all, if we can have a corrupt and racist political party to rule Malaysia for 54 years, or have intellectually challenged and blatant racists Ibrahim Ali, Zulkifle Nordin or Bung Mokhtar in Parliament, or morally deficient people such as Najib Razak, Sharizat Jalil and Isa Samad heading the pinnacles of power – what is there to complain about Lim Kit Siang, Karpal Singh and Nik Aziz.

    Reply
  • 8. noor  |  December 7, 2011 at 2:24 pm

    saudari helen,

    saya sentiasa mengikuti penulisan blog saudari dan saya berpandangan anda seorang penulis yang kritis tetapi masih neutral dan rasional dalam memberi hujahan. Bagaimanapun saya berpendapat posting saudari kali saya harus komen kerana ada beberapa perkara yang saya tidak bersetuju. untuk pengetahuan saudari dan pembaca semua orang melayu amat `accomodative’ dan bertimbang rasa. kami tiada masalah berkongsi tetapi jangan sampai mahu memijak kepala kami. salahkah jika orang melayu mahu mempertahankan hak mereka seperti mana kaum lain? saya boleh membaca dan memahami bahasa cina, akhbar-akhbar ini lebih rasis dan amat biadap bila mereka memperjuangkan hak kaum mereka. rasa sakit hati sangat2. dan tolonglah jangan beritahu saya orang cina hanya mahu rasuah dibanteras. Saya telah bekerja dengan organisasi cina dimana saya seorang sahaja Melayu yang ada kedudukan di organisasi tersebut tanpa mengambil kira tukang cuci yang semuanya Melayu. Orang-orang Cina berkata mereka benci rasuah tetapi merekalah pemberi rasuah terbesar. semua perkara mahu rasuah atau mereka tidak akan melakukan apa-apa jika tidak mempunyai kepentingan kepada mereka. Ya, orang melayu ramai yang ambil rasuah yang diberi oleh orang cina tetapi Orang Cina paling takut kepada oarang melayu yang tidak boleh dibeli denga wang atau perempuan.
    ____________________________________________________________________________________

    Okay Sdri Noor. Points noted. TQ — Helen

    Reply
    • 9. Ibnu Fuad  |  January 14, 2012 at 11:11 pm

      i do agreed with saudari noor.
      this is first time i rad ur article and im more interested.

      Reply
  • 10. El Halim  |  December 8, 2011 at 1:44 am

    Saya bersetuju dengan saudara Noor,sebenarnya amat bersetuju dengan apa yang dinukilkan oleh beliau. Orang Melayu pada dasarnya mmg amat mudah beralah dan lembut hati namun bukanlah mudah juga untuk diperlakukan sesuka hati.

    Pengalaman saya bekerjasama dengan ramai pemaju hartanah dan pemilik kilang haram berbangsa Cina di Selangor membenarkan apa yang dikatakan oleh saudara Noor. Orang Cina mengatakan kerajaan perlu menghapuskan amalan rasuah, namun hakikatnya merekalah antara penyumbang gejala tidak sihat ini berkembang.

    Dengan kekuatan kewangan dan ekonomi yang kuat, menjadikan semua permasalahan boleh diselesaikan dengan berpaksikan wang. Realitinya begitu, walaupun kelulusan pelan pasti akan diperolehi, namun sikap ketidaksabaran ini mendorong pelakuan sebegitu.

    Sekali lagi, ini bukan tuduhan, namun inilah hakikat. Kakitangan kerajaan yang majoritinya Melayu pula ibarat buaya yang menunggu bangkai untuk dicampak sebelum dijamah.

    Reply
  • 11. Darlyn Azlinda  |  December 8, 2011 at 9:06 am

    After reading Noor and En. Halim’s comments, I think I would tell that they are absolutely right. Not all Chinese bribe, but most of them do. My guy friend is a JPJ officer and and guess what, Chinese Malaysian is the biggest pemberi suapan after they are about to be fined for traffic offenses. just like any easy malay that we call mudah kena beli ni of course la terima..not ashame to admit, but this is what really happens in real life. malay can be corrupt, so does chinese and etc.

    Reply
  • 12. Namza  |  December 8, 2011 at 2:46 pm

    Well done Noor / Halim & Darlyn Azlinda. Your comments are absolutely spot on. Both Malay and Chinese as well as Indian are guilty of corruption either by giving or taking them. Let’s nab all of them without fear or favour starting with politicians!

    Reply
  • 13. HuaYong  |  December 8, 2011 at 7:23 pm

    Chinese in HK, Taiwan, Spore and US/UK tak banyak bagi rusuah, Chinese in Msia, China suka bagi rasuah. Interesting eh?

    Reply
  • 14. Ibnu Fuad  |  January 14, 2012 at 11:15 pm

    its weird!

    Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Smell the flowers

Recent Posts

CLICK ON IMAGE TO READ

Look who got TS Muhyiddin's autograph

'Apo Kono ei Jang' in Sarah's blog

'5 Maps that will help you understand the MH17 crash' in Alizul's blog

Pengunjung

  • 4,591,019 hits

Kalender

December 2011
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Archives

Feeds


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 332 other followers

%d bloggers like this: