Posted in BIAWAK

Yeopie No.1 buat S’gor Times macam datuk dia punya

Bersambung daripada ‘Memang Melayu hilang di S’gor Times‘.

Dah lah suratkhabar mingguan yang dibiayai oleh kerajaan negeri itu membayangkan kandungan ala Chinatown Express dengan penulisnya semua Cina belaka (kecuali India seorang) tetapi penerbitan tersebut dibelenggu kronisme juga.

Dalam setiap jilid Selangor Times tahun ini, mesti ada gambar Hannah Yeoh, iaitu Adun DAP yang peminat-peminta setianya bergelar Yeopies (Yeoh + groupies). Malah dalam sesetengah edisi bukan satu sahaja gambar Hannah tetapi dua.

Penerbitan terbaru minggu ini memaparkan Hannah di muka depan dan menunjukkan dia masih lagi berjinak-jinak dengan aktiviti masjid.

Pasti pengarangnya peminat nombor satu Hannah Yeoh — sampai gambar Sultan Selangor pun jarang mendapat tempat di Selangor ‘Republik’ Times ini.

Asyik-asyik gambar Hannah, kalau bukan Hannah, Teresa lah. Saya rasa isteri-isteri perdana menteri (yang lepas dan yang sekarang) pun tidak segila publisiti macam Adun Subang Jaya ini yang mempunyai 4 orang pembantu peribadi dan seorang setiausaha politik (baca SINI).

Sebagai perbandingan, adakah ketua Puteri Umno diiringi setengah dozen pembantu peribadi walaupun beliau seorang Ahli Parlimen dan juga timbalan menteri kabinet? Dan adakah gambar Rosnah Shirlin sering muncul di dada akhbar dan media sosial macam Hannah?

Maklumlah Menteri Besar Selangor telah memberi peruntukan melambak-lambak kepada Adun-Adun Pakatannya, maka seseorang wakil DAP itu boleh menggaji sebanyak mana operatif politik untuk melonjatkan populariti mereka di merata-rata.

Selangor Times ini merupakan salah satu jentera perhubungan negeri.

Soalnya kenapa Adun-Adun Pakatan diberi ruang lebih. Adakah Selangor tidak mempunyai Adun-Adun BN yang pernah menjalankan kegiatan amal di kawasan-kawasan mereka juga?

Selain peminat Hannah Yeoh (yang berjumlah 40,500 orang di Twitter) dan Yeopies-Yeopies di Selangor Times, negeri itu ada penduduk 5.4 juta lagi. Bukan semua menyembah dewa-dewi Pakatan.

Kepelbagaian arena politik tempatan langsung tidak diperlihatkan melalui liputan Selangor Times yang seolah-olah hanya sebuah album foto dan Facebook mengetengahkan Hannah Yeoh dan konco-konco DAPnya.

ATAS: Akhbar mingguan Selangor Times membentangkan begitu banyak sekali gambar Hannah Yeoh dalam jangkamasa sebulan singkat.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

13 thoughts on “Yeopie No.1 buat S’gor Times macam datuk dia punya

  1. hehe.. takkan baru perasan kot kak Helen
    macam kes ayam KFC tu jugak, semua nak gila publisiti, nak tunjuk dia la manusia paling insan dalam Malaysia ne.
    ________________________________________________________________________________

    Sidang akhbar KFC tu ‘one-off’. Ni setiap minggu. Patutlah dia boleh begitu sombong dgn kerani JPN tu dulu macam semua orang mestilah kenal YB siapa kerana gambar selalu terpampang di media. — Helen

    1. pasal JPN tu strategi nak tunjuk dia la paling patriotik akak Helen.
      Anak pon bole jadi bahan.. Politik… politik…

      *** edited ***

      (ok dont sue me, I put question mark at the end of my sentence)

  2. Wartawan sejati perlu pertahankan maruah. Perlu pilih bahan berita yang betul-betul bermutu dan objektif. Mengagung-agungkan pemimpin ialah budaya komunis dan fascist.

  3. peruntukan adun untuk publisiti pakatan !
    itu saja “jasa” pakatan kepada rakyat selangor
    yeoh bengap ni kerja menunjuk-nunjuk pandailah
    datuk lee kena masak kes pka, kalau tak yeoh bengap ni tak dapat cium kerusi dun

    1. err raja, whose? teresa kok’s & liz porn wong’s? EEEEE… you should go get a life too, mate! too much fuckatan rakyat is bad for you.

    2. beauty?? i think if she is without a piece of thread, my magic stick do not get erect….

  4. From your writings, it is so obvious that you are filled with envy. The fact that Hannah Yeoh’s work is covered shows that she is constantly working and not just during elections. And you argue that isteri PM should have similar coverage??!! No one expects FLOM to function as an ADUN. How dense can you be? Thanks anyway for highlighting how hardworking the DAP Adun’s are! LOL

  5. While I am indifferent on the photos used, as it is subject to the publisher, I agree that the Selangor Times has a tendency to be biased to the opposition. Ironically, despite the NST being labelled as biased to the ruling gov, I find the streets section of the NST somewhat more neutral (definitely more neutral as compared to the Selangor Times). And to add, I usually come across quite a number of articles concerning Hannah Yeoh and her effort as well in it. While some do not have photos(of her that is), I believe that credit should be given when credit is due, and that she has done a good job in Subang.
    This is what I manage to gather to substantiate the multiple articles I read in the past. http://www.google.com.my/cse?cx=004055472929962168891%3Aoaoi_b4iz7g&ie=ISO-8859-1&q=hannah+yeoh#gsc.tab=0&gsc.q=hannah%20yeoh
    Moreover, I had volunteered for a social event in Subang once, and I can tell you from personal experience that she and her workers are quite active in society.

Comments are closed.