Posted in Evangelis, Mama DAPster

Elok Jais, Mais segera pantau kultus (cult)

Ekoran kejadian mengamok Khalil Afandi di Putrajaya Isnin lepas, The Star membentangkan sebuah laporan khas hari ini tentang perkembangan kultus.

Fahaman Teko di Langit Ibu Pin

Caught up in the cult of cults‘ membincangkan gejala cuci otak bersabit kultus Islam contohnya Al-Arqam dan juga fahaman Kerajaan Langit (Sky Kingdom) yang dikepalai Ayah Pin.

Akan tetapi akhbar itu terlepas pandang gajah di depan mata, yakni kultus evangelis Kristian di kawasan-kawasan bandar kelas pertengahan Selangor (nota: ibupejabat Star bertapak di Phileo Damansara).

Suratkhabar Star telah menemuramah ibubapa kepada seorang mahasiswi tercicir yang pernah dipengaruhi kultus pada tahun 1983 untuk berubah cara berpakaiannya kepada jubah hitam dan tudung labuh.

Rencana Star tersebut juga menyenaraikan antara beberapa kultus yang dikenali — contohnya Aum Shinkrukyo di Tokyo, pemakan daging manusia di Papua New Guinea, Sathiyameyjeyam di Singapura, Heaven’s Gate di Amerika Syarikat dan Scientology yang menjadi amalan oleh bintang-bintang Hollywood seperti Tom Cruise (beserta John Travolta).

Yang tidak disebut Star ialah Gereja City Harvest. Kenapa pula tidak?

Kesetiaan kepada Dear Leader

Mengikut Star, kultus mempunyai ciri-ciri berikut:

  • bermatlamat membentuk sebuah masyarakat elit,
  • penggunaan teknik psikologi, iaitu kaedah tipu serta manipulasi untuk mengawal minda ahli-ahli serta untuk menarik pengikut baru,
  • taktik mempengaruhi para penyokong supaya mereka sukar untuk memutuskan kebergantungan emosi dan lantaran itu tidak akan mampu meninggalkan ikatan kumpulan

Ciri kultus di atas yang disebut oleh Star diperlihatkan juga dalam golongan DAPsters yang menganggap orang lain sebagai “low class”, yang ghairah merekrut ahli-ahli baru (Twits) serta begitu taksub kepada Beloved Chief Minister sampai ke tahap buta tuli.

Bukan sahaja sindrom kultus ini amat kurang sihat tetapi ia juga merupakan suatu ancaman kepada ketenteraman sosial.

Kultus pada masa kini bukan sahaja bersangkut-paut dengan agama malah gejala ini merangkumi kepercayaan politik.

Memesong akidah

Pemeriksaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mendapati sejumlah 55 taifah ajaran sesat bertarbiyah namun kultus agama bukan-Islam tidak dipantau Jakim. Dengan itu, evangelisme boleh menular tanpa apa-apa kekangan.

Kata The Star:

“Fingers have also been pointed to the Internet as the cultivator of narcissistic and delusional ‘Messiah’ personalities like the Putrajaya amok blogger Khalil Afandi … His sole follower (offline) and accomplice Mudalina was also allegedly recruited online.”

Berbanding Khalil amok itu yang mempunyai hanya seorang pengikut, terdapat pula pemimpin ‘narcissistic’ (perasan dirinya bagus) yang tekun mengumpul berpuluh ribu pengikut Twitter. Tabiat ini jelas berciri cult.

City Harvest diuar-uarkan sebagai “the coolest and most happening church in Malaysia”

Remaja menjadi sasaran

Gereja City Harvest dikatakan oleh media Singapura telah menjalankan dakwah di sekolah (sila baca posting semalam) sementara kata laporan The Star, “cults will use very friendly young people to attract the new recruits”.

Evangelis DAP 2.0, jika dibandingkan mereka dengan politikus MCA yang sudah berusia seperti Ng Yen Yen dan Tan Cheng Liang, memang lebih pandai memasang gimik bercitarasa muda seperti muzik video (lagu Ubah), soft toy maskot ‘Ubah’ (burung kenyalang), dsb.

Di antara politikus pembangkang yang sering berkhutbah tanpa tauliah ialah Hannah Yeoh dan rakan-rakan evangelisnya (yang beraksi di PRK Sibu, misalan kata).

Kalau politikus mahu berkhutbah kepada penganut Kristian tidak menjadi masalah kerana puak evangelis itu seakan-akan aliran cult juga. Namun di kalangan Muslim ia ditegah.

Sebelum ini pernah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyifatkan ‘tazkirah’ Teo Nie Ching di surau Al-Huda, Kajang sebagai tidak wajar.

Ahli Parlimen DAP Serdang itu telah masuk ke dalam ruang solat utama untuk menghulurkan sumbangan moreh lalu menyampaikan ucapan.

Waima Sultan Selangor sudahpun bertitah berhubung larangan menggunakan masjid dan surau untuk tujuan politik, Teo Nie Ching masih lagi mempertikaikan surat amaran yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) serta mendakwa pihak berkuasa Islam sebagai “mempermainkan-mainkan” niat murninya.

Manakala pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah membidas tindakan pihak berkenaan di samping menuduh akhbar Utusan Malaysia dan Umno sengaja mahu mempolitik lawatan yang dibuat oleh rakan parti evangelisnya itu.

Si Gunting mempromosi kultus DAP

Makna perkataan cultus dalam bahasa Latin ialah ‘ADORAtion‘ (pemujaan, junjungan/pujian).

Secara kebetulan atau tidak, anak Hannah Yeoh pun diberi nama ‘Adora’ (Shay Adora Ram sepertimana dikhabarkan oleh Star).

Sekiranya akhbar itu boleh merasakan bahawa berita Hannah Yeoh bersalin barangkali cerita panas yang perlu dihebahkan, maka The Star sendiri nyata bergiat mempromosi kultus evangelista DAP.

Projek ‘Occupy Masjid’

TWIT METER (gambar): Hampir 1,050 orang Twit direkrut dalam tempoh singkat sebulan — jangkamasa Jun 12 ke Julai 15. Kejap nanti dengan bantuan promo oleh Si Gunting, jumlah Twits akan mencecah 50,000 orang.

Mohammed Khusrin Munawi, pengarah Jais (waktu itu), menegaskan bahawa jabatannya telah banyak kali mengingatkan orangramai akan larangan menggunakan masjid dan surau untuk tujuan politik “apatah lagi dengan menjemput orang kafir untuk mengadakan majlis dalam ruang solat”.

Namun Hannah Yeoh nampaknya tidak mengambil iktibar dari kemelut yang melanda sahabat evangelisnya Teo Nie Ching seketika dulu.

Selangor Times melaporkan pada hari Jumaat baru-baru ini bahawa Hannah bernekad hendak mengunjung ke semua surau dan semua masjid di kawasan DUNnya tatkala bulan Ramadan.

Mengapa harus dia membuat lawatan peribadi ke masjid dan surau kecuali untuk berpolitik? Boleh dia kirim sahaja cek RM1,000-RM2,000 itu, bukan?

Seseorang Muslim pada lumrahnya tidak merasakan perlu dia mengheboh kepada khalayak ramai akan sumbangan zakat fitrah, bak perpatah ‘beri tangan kanan tangan kiri tak tahu’.

Si Hannah ini bertelur sebiji riuh sekampung dengan sumbangan moreh yang bakal disampaikannya. Memandangkan dia begitu gila publisiti, suka naik pentas serta beriya-iya ambil gambar, maka apa yang pasti ialah kehadirannya akan mengundang sarkis media yang tentu mencemar kesucian sesebuah tempat ibadah.

Umat Islam di Subang Jaya juga harus berwaspada nescaya terbawa-bawa budaya cult Gereja City Harvest ke masjid dan surau nanti pula.

Laporan Selangor Times tentang projek bulan Ramadan Hannah Yeoh

Kaitan Hannah dengan Gereja City Harvest yang dilanda skandal itu:

Hannah Yeoh’s connection with City Harvest Church

Duit kerajaan Selangor disalurkan kepada Gereja City Harvest yang skandal itu

_________________________________________________________________________________________

Untuk mengetahui latar skandal, sila baca:

Author:

I have no Faceook or Twitter.

10 thoughts on “Elok Jais, Mais segera pantau kultus (cult)

  1. Singapore CID may want to do a tally of the “Ramadan donations” going around during the next few weeks… after all, the main CHC cause is all about Project Crossover, no?

  2. I was thinking the same thing when reading the star online, there is not even a mention of cults that embezzle millions to finance the lifestyle of their charlatan priests…..

    1. Hope Malay bloggers will pick up the story.

      Agree with you about the charlatans.

  3. Waima Sultan Selangor sudahpun bertitah berhubung …… Helen you guna bahasa classic betul iaitu Waima….jarang2 digunakan. Like that yoh!!!!

    Harap Ramadhan jangan dipolitikan beb! simple person like me just want to submit in total to Almighty and hopefully tidak ada yang menguris perasaan saya sebagai seorang muslimah. Kalau saya masuk masjid pun saya kena pastikan banyak perkara dan bukan keluar masuk ikut suka..ada adapnya beb. Sendiri mahu tahu. Sensitivity kena jaga baik2 beb!

    I just want to observe my Ramadhan, who know it can be our last? Hanya Allah swt yang tahu. So looking forward for a bless Ramadan.
    __________________________________________________________________________________________________________________________________________________

    LOL about the “waima”. Mebbe b’cos the intimidating personage quoted is the Sultan, so the language consciously followed suit. — Helen

  4. Even Cults need money to survive, after all, you still have to eat. Even Cultists are human. Ha ha ha !

  5. bila hannah derma rm2000 kepada gereja, helen komplen surau & masjid tak diberi wang

    bila hannah derma rm2000 kepada masjid2, helen pun berkomplen juga

    damned if you do, damned if you dont

    1. Hullo Dave, you ni cakap biar betul.

      Bila saya dok ‘komplen’ DUN Subang menderma kepada masjid dan surau itu tidak patut?

      Yang saya kata, kalau dia nak bagi RM1,000 boleh kirim cek, dan tak ‘yah buat media circus sepertimana yang gemar dilakukannya.

      Jais, Mais dan Sultan sebagai ketua agama negeri semuanya sudah pernah melarang dengan tegas sekali politikus berkempen di masjid.

      Rumah ibadah ada adabnya dan jelas sekali usaha-usaha agresif si evangelis (yang bukan-Islam) untuk memancing undi Melayu mengingkari fungsi masjid sebagai tempat bersembahyang jemaah.

      1. Setuju setuju setuju sangat dgn Helen. Kalau Queen Vengilista (short for vengeful evangelista) nak menderma, cukuplah setakat kasi thru masjid rep. Tak payah masuk masjid lah (also surau).

        Jagalah adat susila orang timur, hormat menghormati sensiviti rumah ibadat antara kaum. Ish, itu budak darjah satu pun faham. Queen Vengy ni dulu tak belajar sivik lah! Kalau insist nak publisiti stunt, tak payah derma lah… kita pun tak kebuluran nak derma tu!

        Risau sungguh memikirkan kultus kristian ni. Mesti ada remaja yang termakan that this cult is coool. Padahal cult ni tersangat curang!!!

      2. saya tak kata anda sebut “menderma kepada masjid dan surau itu tidak patut”

        saya hanya kata anda berkomplen bila h.y. menderma kepada masjid/surau.

        bila orang bn buat sama, lawat batu cave, lawat tokong, lawat masjid, beri derma, beri ucapan, anda tak bising pun

Comments are closed.