Posted in Evangelis

Biskop Paul Tan kata Nasha pakai taktik Nazi

Mantan Menteri Penerangan Zainudin Maidin hari ini memblog:

“Lihat betapa DAP berjaya mengheret  gereja ke lembah politik dan paderi-paderi berada pada kedudukan yang difahami sebagai menyokong DAP. Ia adalah berpunca dari kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Sekarang bukan sahaja Pas bermain politik tetapi juga DAP.”

Antara paderi yang terang-terang berada dalam kancah politik ialah Biskop Paul Tan, iaitu presiden Persidangan Biskop Katolik Malaysia, Singapura dan Brunei.

Dilaporkan oleh Malaysiakini semalam:

“Catholic Bishop Dr Paul Tan Chee Ing has described the latest resurgence of the bogey of Christianisation of Malaysia, raised by PAS dissident Nasharuddin (sic) Mat Isa, as yet ‘another dispiriting demonstration of Goebbels’ dictum that a lie incessantly repeated will, finally, savour the truth’.”

(Joseph Goebbels ialah menteri propaganda Hitler.)

Biskop Paul, seorang paderi Kristian berpangkat tinggi, membandingkan Ustaz Nasha dengan Nazi manakala Harun Taib, ketua Dewan Ulama PAS, pula berpendapat apa yang dinyatakan bekas timbalan presiden PAS itu adalah betul.

Betullah tu apa yang dikatakannya. Islam perlu jadi perkara utama … hal-hal lain perlu jadi perkara susulan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mengulas kenyataan Harun Taib, bekas naib presiden PAS Hasan Ali berpendapat “apa yang diperkatakan oleh Nasharudin memang berlaku dalam Pakatan” serta beliau berharap Majlis Syura akan berusaha membebaskan parti dahulunya itu daripada musuh-musuh Islam.

Siapa musuh Islam zaman-menzaman?

Nasharudin mengingatkan umat Islam supaya berwaspada lantaran “berdepan strategi yang sedang dirancang oleh musuh Allah swt”.

Kata Nasha:
.
“Selepas pilihanraya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP lah contohnya, di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di sebuah tempat sebagai majlis kesyukuran di dalam perhimpunan tersebut yang di dalam majlis kesyukuran tersebut antara perkara yang menjadi slogan, antara perkara yang didoakan dalam majlis tersebut adalah doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian.”

.
Beliau berkata oleh kerana kemenangan besar yang berjaya diperolehi DAP maka “sudah ada doa supaya Malaysia menjadi sebuah negara Kristian”.

Tengok video ucapannya di PWTC dalam seminar Dakwah Islamiyyah anjuran Muafakat, sebuah gabungan NGO-NGO Islam.

DAP buat laporan polis

Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng dan setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen – kedua-duanya Kristian – akan membuat laporan polis terhadap Nasha.

DAP mahu polis mengambil tindakan tegas.

Bercakap dalam sidang akhbar, Wong Ho Leng berkata ia mustahil bahawa golongan seagamanya akan menuntut Malaysia dijadikan negara Kristian kerana mereka hanya berjumlah sembilan peratus daripada jumlah penduduk.

Sebenarnya alasan yang diberi oleh Wong boleh dibidas. Contohnya, orang putih tidak sampai pun satu peratus penduduk Malaysia tetapi ramai pula yang berkeras mahukan supaya bahasa Inggeris (dan juga bahasa Cina) dijadikan bahasa rasmi.

Nasha dituduh “agen Umno”

DAPster menyeru supaya Nasha disaman

Perbagai kata-kata kesat telah dilemparkan DAPster terhadap ustaz Nasha gara-gara beliau mendedahkan agenda negara Kristian DAP (lihat screenshot):

Do antara tohmahan ke atas beliau, ada yang berbunyi:

“This scumbag looks more like a ‘balik kampung tanam jagung’ type of fart than a member of the august Parliament house.”

DAPster juga mahukan ustaz Nasha disaman serta ditangkap di bawah Akta Hasutan (mereka seolah-olah lupa bahawa akta tersebut bakal dimansuhkan).

Ustaz Nasha dimaki-hamun oleh penyokong pembangkang

Bukan sahaja sekadar tohmahan yang dilemparkan ke atas tetapi beliau juga dicerca dengan sumpah seranah seperti “May God curse you. Amen”.

Selain itu beliau dikatakan — “He is just a rejected PAS stray dog”, “This doggie will only know how to lick his real master”, “rubbish”, “look like a crook”, “bozo”, “looney”, “monkey”, “mentally retarded”, “stupid”, “moron”, “idiot man”, “wanker”, “dung-brained weakling”, “Tahi lembu”, “sudah gila”, “A fanatic like you is a menace to peace and harmony of the country”, dan banyak lagi.

Ustaz Nasha tidak dapat lari daripada ditakfir sebagai seorang “murtad” oleh seorang pengomen di Malaysiakini yang menggunakan nama singkatan YF.

Si evangelis YF (lihat screenshot bawah) membayangkan orang Kritian tidak akan berperangai seperti Nasha yang boleh dibeli Umno dengan wang serta bertanya dalam komennya: “Is there something wrong in Islam or these Muslims like Nasha and Umno?”

Biskop Paul Tan menuduh ustaz Nasha menggunakan taktik Nazi namun sekiranya dilihat pda perangai, siapa yang lebih berunsur Nazi?

Lebih-lebih lagi, si evangelis begitu perasan diri mereka lebih bagus daripada orang lain.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

41 thoughts on “Biskop Paul Tan kata Nasha pakai taktik Nazi

  1. Skrip yang serupa, UMNO dan BN yang jadi mangsa, nampaknya banyak orang sudah hilang akal dari ayat ayat di atas, apakah jenis racun yang telah meresap hingga tidak dapat mengenal budi bahasa

      1. Kalau yg islamik akan berkata dlm keadaan kritikal menjelang pilihanraya ni, Tuhan telah menunjukkan siapa musuh siapa kawan. bersyukur kerana berlakunya perkara ini, jika berlaku waktu mengundi nescaya kita tertewas seperti tewasnya tentera islam semasa perang uhud, anggaplah ini ujian kepada perjuangan kita,akan adanya golongan munafik yg Tuhan telah membuka topengnya

  2. Oh God Almighty, reading their comments make me sick. But to them, it’s totally fine what they’re doing, Nasha has betrayed the party let’s hurl incessant insults at him he so deserves until we’re satisfied

    Nasha murtad? Lol, fanatic supporter of PR..It seems that if you’re a supporter of BN, you have sold yourself to the devil, or probably even the devil himself, apostacized and only priority in life is money..As though the Pakatoons are all angels and holy men

    1. The screenshots on this page are only a fraction. There were hundreds more and we’re only talking about from mKini. Think about in the other toxic portals and Facebook, chain mail and the rest of the social media.

  3. Apabila umat Islam Malaysia bersatu, maka perasaan gerun dan gentar wujud di dalam hati mereka yang menentang.

    1. Pemimpin dan pemuja DAP wajar menghayati kata-kata ahli falsafah Perancis, Montaigne, yang berkata: “It is a silly presumption to criticise and condemn as false what does not seem likely, though this is a common vice of those who see themselves as above the common man. It is one of the greatest follies of our world to bring down things to the level of our ignorance and arrogance, and to despise what we cannot understand.”

  4. Kak Helen,

    Penuduh tak perlu tunjukkan bukti kerana berdasarkan banyak bukti video yang ditolak mentah-mentah sebelum ini, apa saja bukti untuk pertuduhan ini tetap akan ditolak.

    Semua penolakan ini dibuat bukan kerana kepalsuan bukti sebaliknya kerana fanatisme sengaja membutakan mata hati terhadap kebenaran.

    Justeru dalam isu sebegini, pihak yang dituduh yang seharusnya tunjukkan bukti bagi menangkis semua tuduhan kerana umum melihat tertuduh amat perlu membuktikan pertuduhan itu adalah tidak benar.

    Cara yang paling afdal dalam konteks politik semasa ialah dengan tertuduh-tertuduh (kalau percayakan Tuhan) bersumpah menafikan tuduhan tetapi bukannya mencaci dan mencerca penuduh.

    Kalau ini dilakukan, barulah tertuduh dapat meyakinkan golongan atas pagar bahawa tuduhan terhadap tertuduh adalah tidak benar dan isu ini mati begitu saja.

    1. Yup, you’re right. Remember Guan Eng’s denial about his comment on Johor kidnapping and crime rate, and Mansor’s denial about his “Cocky and Arrogant” comment until the tapes showed up.

      And it cuts both way.

      If they demand that ustaz Nasha must provide evidence wrt the prayer specifically taking place (generally the Christian agenda can be adduced by other DAP episodes), then the same bunch of people must also be prepared to produce evidence to support the accusations they have thrown against him, like this one below saying he’s the “government’s paid pariah dog”:

      null

      1. pertuduhan liar: “gov’s paid pariah dog” perlu disertakan dengan bukti kerana ia satu tuduhan serius terhadap seorang ahli Pas.

        dalam konteks ini, bukan saja tertuduh (Nash) yang difitnah, malah secara tidak langsung menyentuh keperibadian Pas.

        cumanya, kalau Pas tidak kisah apabila dikatakan (bukan saya kata) sebagai tidak lagi jadi pembela agama, tak banyak sokongan moral yang boleh mukmin harapkan dari Pas.

        1. kalau diberi pilihan antara “gov’s paid pariah dog” (pihak pertama) dan “Soros’s paid pariah dog” (pihak kedua), golongan atas pagar tidak akan teragak-agak untuk terima pihak pertama dan tanpa perlu berfikir panjang-panjang, akan tolak mentah-mentah pihak kedua.

  5. wahai netizen yg berfikiran sihat, yang dapat membezakan antara baik dan buruk,

    bandingkan antara komentar dari pihak pro PR dan pro BN. apa pendapat anda?

    pendapat saya, mereka ini mensia-siakan pendidikan kerana walau seinci tebal ijazah, namun tetap kurang, iaitu kurang ajar. kurang ajar=kurang belajar, jadi sia-sialah. penat belajar, masih tetap kurang ajar.

  6. If all that were said abt Utz Nasa is true, I dare DAP to get out of PAKATAN & stop all cooperation with PAS……I don’t think so, to them votes are more important than principles.

  7. biaDAPnya mereka2 itu..

    Begitukah ibubapa mereka ajar? Tiada langsung sifat jijik terhadap caci maki dan mengelar orang dengan nama jelik.

  8. selain makian dan cacian, penyokong (atau penjilat?) PR menuduh ust nasha seorang yang tak educated. sebenarnya dia lebih educated dari kebanyakan orang yang mencacinya. sebelum masuk politik beliau adalah pensyarah UIAM, pensyarah undang-undang di UKM, Bangi. takkan SPM tak pas boleh jadi pensyarah di IPTA. apake bangang punya ass-u-mption.

    dia berpandangan jauh. bukan sekadar nak menang pilihanraya. pemimpin macam ni adalah pembangkang yang baik. tapi sayang, puak anwarinas akan perdajalkan dia. tapi kalau dia ditendang keluat dari PAS tentu akan mewujudkan perpecahan lagi besar dalam PAS kerana pengikutnya ramai…

  9. tak payah tengok kat malaysiakini ..siapa2 yg ada kawan2 fb puak pembangkang ..tengok saja komen2 mereka di wall masing

    kalau bab kutuk kerajaan ..tak payah rujuk atau cari fakta ..hentam terus hentam …dah tarbiah mereka memang macam tu ..tak caya tengok contohnya abby abadi tu … langsung tak respek

    1. Sangat tepat! Kadang-kadang saya pelik bila mereka (rakan-rakan FB) memboikot dan mengklasifikasikan semua berita yang keluar di dalam Utusan sebagai fitnah, berita palsu dsb.

      Tetapi dalam masa yang sama, berita MK yang bila sekali baca pun kita boleh ragui kesahihannya, mereka percaya bulat-bulat, siap pos lagi di wall masing-masing dan komen pun ikut sedap mulut je. Bila berita MK yang dipos tu terbukti palsu, mereka senyap, menikus!

      Ikutkan hati nak je provoke balik, tapi fikir semula, buang masa bertikam lidah dengan orang macam tu.

      1. hairan bin ajaib…kenapa penyokong BN tidak turut sama muat naik maklumat/ kejayaan BN di dalam Fb masing-masing??? walhal banyak input yang boleh diperolehi daripada blok2 pro BN…jangan jadi penakut untuk hilang kawan daripada kita hilang maruah negara Malaysia pada suatu masa nanti…tak perlu bertikam lidah dlm Fb..YANG PERLU…MUAT JER DALAM FB KORANG!!!!!!!!

  10. orang-orang DAP ni semakin biadap.

    saya tertanya-tanya, adakah semua ni ada kaitan dengan cara mereka diberi tunjuk ajar? kata orang, kalau seseorang tu tidak diberi tunjuk ajar dengan cara yang betul sewaktu mereka masih lagi muda, mereka akan jadi tidak beradab. nampaknya, dari komen yang kita baca dari media alternative seperti Mkini, mereka ni sememangnya golongan kurang ajar, dengan tu mereka berkelakuan biadap.

    biaDAP, patutlah mereka ni orang DAP, lihat, apabila bia disambungkan dengan DAP, terbentuklah ayat bia-DAP = biaDAP.

    1. Orang dap adalah orang sama jer dari dulu, jadi. Kalau tahun 69 kurang ajar, sekarang pun sama gak. Dap bukan mcm parti tapi macam orang, sorang dua punya perangai jer yg terserlah

  11. I posted this on my FB wall, after seeing some usual bitching by my proPR friends (the money in Permata and Rosmah). Didn’t want to tegur them directly, outside they are good friends. So I put this up:

    The man said it before, but we are still jumping to conclusion too fast. “It is a capital mistake to theorize before you have all the evidence. It biases the judgment.” – Sherlock Holmes (Arthur Conan Doyle).

    Another one, “It is a capital mistake to theorize before one has data. Insensibly one begins to twist facts to suit theories, instead of theories to suit facts.”.
    ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________

    Exactly! Can’t agree with you more about theories necessarily tailored to suit available facts rather than facts twisted to suit conspiracy theories. — Helen

  12. Pity them for their lack of manners. and obviously they don’t know how dear ustaz nasha, dr hassan ali not only to original pas supporter, but to fence sitters, in fact to some umno supporter.

    it’s irked me reading at their comments, but in the same time i’m grateful that by their kurang ajar comments, i’m more confident with my choice.. I will vote for the first time this GE13… :-)

  13. Helen,

    Kalau ada pihak bukan mukmin berasakan yang mereka ada hak untuk menyebarkan agama sendiri atas alasan bahawa kebebasan beragama universal sifatnya, makanya adalah logikal untuk pemimpin agama yang mana para penganutnya cuba di murtadkan, untuk cuba menyedarkan dan seterusnya mempertahankan para penganutnya dari gejala pemurtadan.

    Dalam konteks artikel ini, Ustaz Pas hanya mendedahkan maklumat bahawa ada ura-ura pihak tertentu mahu menukar landskap agama sedia ada dan oleh itu komuniti mukmin ‘wajib’ celikkan mata, bangun dan mengorak langkah.

    Salahkah?

    Analogi bagi isu ini ialah, salahkah kalau Biskop Kristian mendakwa bahawa agama mereka telah di perlakukan itu, ini, itu dan ini bukan setakat baru-baru ini tetapi sejak lama dulu?

    Tidak ada kan?

    Akhirulkalam, kalau dibandingkan antara dakwaan Biskop berhubung nasib malang menimpa agama Barat di Tanah Melayu, yang dilontarkan berulang kali sejak dulu, dengan maklumat berhubung hasrat penukaran landskap agama yang baru dilontarkan oleh Ustaz Pas, maka pertanyaannya ialah:

    siapa sebenarnya meniru propaganda ala Nazi?

    Biskop atau Ustaz Pas?

    1. Marhaeman,

      Salam Jumaat.

      Biskop belajar dengan TGNA, sanggup menerima bantuan ‘syaitan’ asalkan dapat jatuhkan UMNO & ke Putrajaya. Siapa ‘syaitan’ yang dimaksudkan? Biskop sekarang tengah sekongkol dengan ‘syaitan’ yang sama. Takpa asalkan ke Putrajaya, walau nanti di sana jadi coffee boy atau janitor pun ok. hemmm…

  14. Helen,,,,what is a ‘negara kristian’?

    Is it like ‘Vatican city’?,,i know negara islam,,never heard of negara hindu,,or negara buddhist,,got negara kristian? :)

    1. Dear Scotty,

      Since you’re commenting in English, I’m presuming you’re more comfortably an English First reader. As such, I believe that public interest questions like yours should be tackled by the professional providers of public information. How about you sending a short letter to the Editor of The Star?

    2. dear Scotty,

      I have not seen your comment before… if you’re newcomer, I wish you ‘selamat datang’. but if you just change skin, I pull back my wish lah. :)

      your question, got negara kristian? of course got one, provided Pakatan Rakyat memerintah this country. but until then, it’s just shadow negara kristian same as shadow cabinet & shadow budget. like that lah, lebih kurang :)

      with PR ‘janji ditaburi’ anything possible one, but wait until they go to putrajaya. I pun lama tak pi putrajaya, people say, nowadays there got heavy jerebu, poor visibilty becoz too many shadow kut.

      1. Scotty,

        kalau “august house” di sesebuah negara guna kitab injil untuk angkat sumpah, maknanya negara berkenaan adalah negara kristianlah. setuju?

    3. When I worked in Thailand, there was a proposal to make Thailand a ‘Buddhist state’.

      See:

      http://archive.frontpagemag.com/readArticle.aspx?ARTID=28029

      http://www.asianews.it/index.php?l=en&art=9124&size=A

      However, the more level-headed among the Thai political elite fought against it. They also reasoned that the Buddhist majority in Thailand is so overwhelmingly large that it was a hollow gesture to codify a state religion.

      THat said, England has an official religion. From the visitbritain.com website:

      The official religion in Britain is Christianity as practised by the Anglican Church.

      http://www.visitbritain.com/en/About-Britain/Religion/

      And lest the host of this blog accuse me of being a smart alecky know-it-all with a chip on my shoulder, in her best attempt at mimicking a DAPster, I shall refrain from writing any further to refute your false claims.

  15. It is very sad actually.

    While they are questioning Muslims and the teachings of Islam (direct and indirectly), they fail to realise that the very venomous, rude and plain awful things that they are writing which comes from their heart/mind, is also a reflection of their religion and the very Christian teachings that they so proudly think is superior.

    If this is how those who are “without sin, not doing anything wrong” behave, then i am happy that i do not belong to this group. Better to believe that going to heaven MUST BE EARNED with good deeds while avoiding bad deeds, than to believe supremely that heaven is yours irrespective of how bad your behaviour is.

    My European friends who are Roman Catholics and Orthodox Christians are completely appalled by the behaviour of the few Evangelists found here. They believe that this ‘religious culture’ is fully imported from US of A and has nothing to do with the real teachings of Jesus Christ.

  16. Nasharudin berkata dengan perkataan yg baik tanpa memaki hamun, mencela aka moron or whatever. Siapa yg moron pun tak taulah. Kristian di Malaysia perlu ada muhasabah diri. Entah apa yg tidak cukup di bumi bertuah ini atau diberi betis mahukan peha.

    1. Agree with your opinion. Ustaz Nasha carries himself well. I respect him even though I disagree with hudud.

      1. Hudud boleh dibawah bincang, kak helen. Saya rasa rata-rata orang bukan islam lebih tidak suka perkataan yang berbunyi ‘hudud’ dari memahami intipatinya secara menyeluruh.

  17. Jika dikatakan, Ustaz Nasha pakai taktik Nazi, Biskop Paul Tan menanggap dirinya dan orang kristian yang lain adalah ‘Yahudi’?

    Bak kata perpatah melayu – Siapa yang makan cili dialah yang terasa pedas.

Comments are closed.