Posted in Umno

Presiden patuh kepada kehendak cawangan dan bahagian Umno

“Tekanan orang Cina lebih hebat. Mereka mendesak kerajaan British menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja bagi mengkaji kerakyatan PTM [Persekutuan Tanah Melayu] 1948. Chinese Chambers of Commerce dan MCA tidak putus-putus mendesak hal tersebut.” (ms.209)

Petikan di atas daripada biografi Dato’ Onn Jaafar oleh sejarahwan Ramlah Adam, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 1992.

onnjaafarbiografi

Perenggan-perenggan yang berikut dicedok daripada Dato’ Onn Ja’afar Pengasas Kemerdekaan, buku Dr Ramlah seorang bekas profesor Universiti Malaya.

Tajuk dalam huruf condong tebal warna hijau diselitkan blogger ini. Perenggan juga dinomborkan oleh blogger.

<QUOTE>

Mukasurat 210-215

Cina bantah pengiktirafan Melayu sebagai anak negeri

1. Sementara itu, Tan Cheng Lock, Presiden MCA membantah pindaan MKT Umno, dan tidak bersetuju dengan dasar British mengktiraf orang Melayu sebagai anak negeri ini, dalam memorandum peribadinya pada Pejabat Tanah Jajahan dan Pejabat Perang pada bulan Oktober 1951. (Dato’ Onn Ja’afar Pengasas Kemerdekaan, ms.210)

Kelonggaran kerakyatan bagi orang bukan-Melayu

2. Ini merupakan faktor-faktor yang menekan Dato’ Onn dalam mendesak Umno menerima cadangan kelonggaran kerakyatan itu. Dato’ Onn terpaksa menimbangkan tekanan itu dengan sebaik-baiknya supaya Umno dan orang Melayu tidak binasa kerananya. Beliau terpaksa mencari satu tolak ansur yang minimum bagi menampung tuntutan itu. Ini tidak disedari oleh ahli Umno, kerana mereka tidak nampak tekanan yang berlaku secara sulit dalam pentadbiran Tanah Melayu.

Tan Cheng Lock, pengasas MCA

tanchenglock

MCA: Kecuali orang asli, Melayu juga pendatang

3. Raja-raja Melayu juga tidak terlepas daripada tekanan British. Mereka terpaksa bersidang empat kali pada tahun 1950 bagi membincangkan hal itu kerana inilah kali pertama rakyat raja Melayu akan terdiri daripada orang bukan Melayu. Ia merupakan satu perubahan yang sangat penting sejak kedatangan British di Tanah Melayu pada abad ke-19. Akhirnya, setelah perbincangan dengan Menteri-Menteri Besar dan Umno, raja-raja Melayu menerimanya pada bulan Januari 1951.

Nota kaki: Kertas Commonwealth Office 537/6018 – memorandum oleh Tan Cheng Lock, 22 Mei 1950.

Dalam memorandumnya, Tan Cheng Lock mengatakan kecuali orang asli, orang Melayu juga adalah pendatang-pendatang yang baru seperti bangsa-bangsa lain. Sumbangan ekonomi orang bukan Melayu sangat penting bagi Tanah Melayu, oleh itu kerakyatan jus soli sangat penting bagi membolehkan mereka terns memberi kerjasama itu. Cadangan Umno menafikan 90 peratus penduduk Cina yang layak menjadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu.

Sumbangan ekonomi oleh perempuan Cina bertudung dalam sektor bijih timah

dulang_washer

Cina menuntut dwi-kerakyatan

4. R. Ramani, A.E. Duraisamy dan Tan Siew Sin mengatakan mereka mahu kerakyatan itu didasarkan kepada jus soli terbuka. Mereka juga mendesak diadakan dual nationality, iaitu kerakyatan Cina dikekalkan walaupun kerakyatan PTM [Persekutuan Tanah Melayu] telah didapati. Kehendak mereka tidak diterima oleh MPP [Majlis Perundangan Persekutuan]. Dengan itu Kerakyatan Negeri 1951 itu diluluskan dengan bantahan kecil daripada orang-orang bukan Melayu.

Nota kaki: Federation of Malaya. Proceedings of Federal Legislative Council, (Fourth Session) February 1952 to February 1953, “The Federation of Malaya Agreement Amendment Bill 1951”, 6/5/52, pages 159-162

Nenek moyang orang Cina pun pakai tudung – konon – dan atas sebab inilah politikus evangelis DAP menjalankan gerakan Occupy Mosque

rubber tapper

Chinese became citizens but never really nationals

5. Kerakyatan itu dilaksanakan pada tahun 1952. Ia memberi kesan yang besar kepada penduduk PTM, terutama penduduk Cina. Mengikut British [Commonwealth Office 1022/172 — SEA 92/16/01]:

“… it is estimated that between 50% and 60% of the Chinese population of the Federation have become citizens by operation of law. This is a percentage which will rise substantially as the years pass — others can obtain citizenship by application, by complying with conditions less stringent than those which faced them previously. Of the Indian population it is estimated that 30% are federal citizens by operation of law and many more can qualify by application. Since approximately 98% percent of the Malayan population are Federal citizens, it is estimated that as the result of the Legislation passed last September, some 72% of the total population of the Federal have become citizens by operation of the law”.

Oleh itu, walaupun kerakyatan itu gagal membentuk satu nationality PTM, tetapi Kerakyatan Negeri 1951 itu memberi peluang yang lebih besar kepada penduduk-penduduk bukan Melayu mendapat taraf politik yang tetap di PTM.

Komunis hampir berjaya menguasai semenanjung waktu interregnum 1945

ChineseCommunists

1952 beri kerakyatan kepada 1.2 juta Cina, Merdeka 800,000

6. Walaupun mereka [orang bukan Melayu] tidak mendapat kehendak mereka seratus peratus, iaitu jus soli tanpa syarat dan dual nationality tetapi ia adalah lebih baik daripada kerakyatan Persekutuan 1948. Ia juga adalah asas jus soil 1956.

Mengikut Malay Mail [15 Sept 1952], sebuah akhbar Inggeris yang penting di Kuala Lumpur:

“The granting of Federal Malayan Citizenship to more than a million Chinese in Malaya which came into force today, is seen here as another blow to the communist terrorist, who are mainly Chinese.”

Onn Jaafar meletak jawatan Menteri Besar Johor untuk beri tumpuan kepada Umno

Dato' Onn, pemimpin Melayu paling berwibawa

Membuka Umno kepada orang bukan Melayu

Dato’ Onn cadangkan parti bukan perkauman 64 tahun dahulu

7. Tiga bulan selepas Dato’ Onn kembali memegang jawatan YDP Umno, pada 20 November 1950, Dato’ Onn menyatakan cadangannya membuka Umno kepada orang bukan Melayu dengan taraf ahli biasa. Pengisytiharannya itu dibuat di Johor Bahru, dan akan dibawanya ke persidangan agung Umno di Kuala Lumpur pada bulan Jun 1951. Cadangannya itu akan membawa perubahan kepada nama, organisasi dan struktur Umno.

Umno akan menjadi United Malayan National Organization, walaupun panggilannya tetap Umno. Ahli Umno akan terdiri daripada semua bangsa dengan kuasa mengundi yang sama rata dan sesiapa sahaja berhak dilantik menjadi pemimpin Umno.

British mewujudkan masyarakat majmuk atas kepentingan ekonomi penjajah

8. Adanya desakan British supaya Dato’ Onn memujuk Umno melonggarkan kerakyatan secara jus soli bersyarat pada tahun 1951 membolehkan Dato’ Onn melihat, arah dan corak politik Tanah Melayu yang diingini oleh British. Bagi British, kestabilan politik Tanah Melayu bergantung pada perhubungan baik di kalangan penduduknya. Tanpa kestabilan politik, pertumbuhan ekonomi dan penanaman modalnya di Tanah Melayu akan terancam. British sebolehnya tidak mahu itu terjadi, maka dasar bekerjasama antara rakyat Tanah Melayu patut digalakkan.

Dato’ Onn sangat menyedari hal itu.

Hidup Dato Onn

Onn: “Let it not be said that Malays are narrow-minded and suspicious”

9. Bagi Dato’ Onn, orang Melayu tidak ada pilihan lain. Mengikutnya:

“It is absolutely important for the Malays to obtain closer relations with other people in this country. It is time for us to take the new wider than the kampung view. Let it not be said that Malays are narrow-minded and suspicious. We in Malaya today are witnessing an epoch of transition and changes. If we (the Malays) do not take heed of the changes around us, we shall be the losers.”

Dengan cadangan itu, Dato’ Onn mahu Umno menjadi sebuah parti yang terus kuat dan dapat menjadi penentu kepada arah dan corak politik Tanah Melayu, seperti pada tahun 1946-1948 dan 1949-1951. Dalam kedua-dua peristiwa itu Umno dapat menumbangkan Malayan Union dan membentuk Persekutuan 1948 dengan mendapat sebahagian besar daripada kehendak mereka. Begitu juga pada tahun 1949-1951, kerakyatan negeri telah dibentuk dengan syarat-syarat yang dapat mengekalkan kepentingan orang Melayu. Dato’ Onn mahu keadaan ini terus kekal.

Nota kaki:

Kata-kata Dato’ Onn,

“… biarlah kita memandang kepada keadaan yang ada di Tanah Melayu ini dengan menggunakan cermin yang boleh menampakkan barang yang benar ada, dan bukannya cermin yang telah sudah. Biar kita sedar iaitu hal dan keadaan di Tanah Melayu ini ada orang-orang yang bukannya keturunan orang-orang Melayu, tetapi yang kasih dan sayang kepada Tanah Melayu — barangkali lebih daripada orang-orang Melayu. Biarlah kita sedar iaitu orang-orang Melayu sendiri telah menuntut supaya dijalankan kemerdekaan dengan secara demokrasi dan berkehendakkan suatu cara pemerintahan yang berdasarkan demokrasi itu”. (Umno 10 Tahun, hlm. 77)

Ucapan terakhir Dato’ Onn sebagai presiden Umno, 1951

Ucapan terakhir Dato' Onn sebagai presiden Umno, 1951

MCA kuat mendesak kepentingan orang Cina terutamanya hak kerakyatan

10. Dengan ahlinya terdiri daripada semua kaum, Umno bagi Dato’ Onn boleh menjadi wakil penduduk Tanah Melayu dalam menuntut kerajaan sendiri dan kemerdekaan Tanah Melayu.

Dato’ Onn sebenarnya tidak mahu Malayan Chinese Association (MCA) yang ditubuhkan pada pertengahan tahun 1949, di bawah pimpinan Tan Cheng Lock, mengambil alih peranan itu. MCA yang ditubuhkan sebagai badan sosial orang Cina, kini telah menjadi satu badan politik yang kuat mendesak kepentingan orang Cina terutama dalam soal kerakyatan. Ini jika dibiarkan, akan melemahkan Umno. Umno dengan itu mengikut Dato’ Onn patut menjadikan dirinya sebagai satu parti kebangsaan dan antara kaum bagi mengatasi MCA.

Hubungan peribadi mesra Cheng Lock dengan Tunku Abdul Rahman

tunku tan cheng lock

Tiada sambutan oleh Cina agar Umno dijadikan parti berbilang kaum

11. Cadangan Dato’ Onn itu disambut sepi oleh orang Melayu. Tidak ada sesiapa pun yang bersuara menyokong atau menentang cadangan itu. Ada kemungkinan orang Melayu melihat cadangan Dato’ Onn tidak patut dilayan kerana membuka Umno kepada orang bukan Melayu bererti membuka rumahnya untuk didiami oleh orang lain.

Bagi orang bukan Melayu pula, mereka berbeza pendapat. Parti Buruh, iaitu sebuah parti yang baru ditubuhkan pada peringkat jawatankuasa, melihat cadangan Dato’ Onn itu sebagai satu langkah yang sangat berani. Parti Buruh yang sedang berura-ura untuk meluaskan pengaruhnya di seluruh Tanah Melayu memberhentikan kempennya buat sementara kerana memberi peluang kepada Umno untuk melaksanakannya. Parti Buruh mahu melihat sama ada Umno akan muncul sebagai sebuah parti sosialis ataupun terus bersikap konservatif.

Tetapi MCA Singapura terus menolak cadangan Dato’ Onn itu kerana mustahil untuk mencantumkan semua bangsa dalam sebuah parti. Pemimpin bukan Melayu yang lain mengambil sikap mendiamkan diri dengan idea Dato’ Onn tu.

Suara Rakyat

Cadangan Dato’ Onn itu jauh mendahului zaman

12. Pada 27 Mei 1951, Dato’ Onn mengemukakan cadangannya itu dalam mesyuarat agung Umno di Hotel Majestic, Kuala Lumpur. Sebaik-baik sahaja Dato’ Onn menyatakan niatnya itu, majlis mesyuarat itu menjadi sunyi sepi. Tidak ada seorang pun perwakilan dari 29 cawangan Umno bangun menyokong atau menentangnya. Mereka seolah-olah sebulat suara menolak cadangan Dato’ Onn ini.

Ahli Umno menolak cadangan Dato’ Onn kerana kesannya terlalu mendalam. Bagi mereka, Umno akan kehilangan identiti sebagai sebuah pertubuhan Melayu yang telah ada sejak tahun 1946. Mereka juga bimbang akan kehilangan kuasa dalam Umno kerana kepimpinan Umno kini terbuka kepada orang bukan Melayu yang lebih berpelajaran dan kuat ekonominya. Sikap perkauman juga masih tebal di hati mereka.

Dato’ Onn sendiri berundur

13. Dato’ Onn dapat membaca keengganan ahli Umno. Mereka tidak lagi dapat menerima kepimpinannya dalam Umno, seperti yang dijanjikan oleh orang Melayu dan ahli Umno pada tahun 1950 sewaktu memujuknya kembali memegang jawatan YDP Umno. Keduanya, yang paling penting ialah sikap politik ahli Umno tidak berubah seperti pada tahun 1950. Mereka masih enggan bekerjasama dengan orang bukan Melayu secara dekat. Dengan fahaman ini, Dato’ Onn menolak sebarang perlantikan sebagai YDP Umno bagi tahun 1951/1952. Beliau dengan rela hati meninggalkan Umno tanpa dipaksa. Beliau ialah seorang pemimpin yang bermaruah tinggi.

<UNQUOTE>

Author:

I have no Faceook or Twitter.

23 thoughts on “Presiden patuh kepada kehendak cawangan dan bahagian Umno

  1. LKS had said Malays and Islam is not threaten yes this was felt the last 50 years ago why needs you to ulang-ulang cakap jikalau tidak kerana awak sedar dari dahulu lagi kenapa Mei 13 awak belum pun lagi memberi pengakuan dan sehingga ke hari ini blogger kanak-kanak Abdul Karim tersangatlah lah ingin dengar pengakuan awak tu..

    1. “LKS had said Malays and Islam is not threaten yes this was felt the last 50 years”

      OK. I am still waiting for the DVD release of Tanda Putera. I am sure since this is 50 years ago LKS has nothing to worry about.
      Or better show Tanda Putera on free TV i.e. RTM, Media Prima.

    2. There’s a chinese saying 紙包不住火 “paper can’t wrap up a fire”
      It mean you cannot stop the anger.

      Datuk Onn Jaafar feel this too. That’s why he left the party, to form his own race-less party.

      Tell you you the truth, racism is in human nature. Even so called “anak Malaysia” & Malaysian Malaysia. Even if your try artificially to eradicate racism it will come out. Like in Indonesia in 1998. Or like in this video clip.

      1. There’s a chinese saying 紙包不住火 “paper can’t wrap up a fire”

        It actually means “you can’t keep a secret.”

        Use a Malay saying to support your point la. Jangan pandai pandai.

        1. Same thing, if the secret come out people will get angry. You people are so lansi one. Sihan here sihan there, like no tomorrow. You called us huanna (barbarians), insects, mud people & etc. Like onderful’s malay sei ley ah. Sihan about great horse coming. We are not stupid

  2. Helen, pemimpin patuh kepada kehendak ahli ahli adalah di zaman lampau, zaman Datuk Onn Jaafar. Zaman, ketika semangat berjuang untuk agama, bangsa dan Negara begitu meluap luap dan berkobar kobar!

    Pemimpin pemimpin UMNO zaman sekarang lebih taksub untuk bergayut pada kuasa dan jawatan, kalau boleh sampai mati dan diwariskan pula kepada anak cucu mereka!

    Kuasa dan jawatan lombong emas bagi mereka.

    Tunggulah nanti bila sikap ini membunuh parti mereka dan kuasa terlepas dari genggaman! Baru mereka sedar langit itu tinggi.

    Malangnya perbuatan mereka juga turut membawa kesan yang buruk kepada agama,bangsa dan negar!

  3. re-quote: “Biar kita sedar iaitu hal dan keadaan di Tanah Melayu ini ada orang-orang yang bukannya keturunan orang-orang Melayu, tetapi yang kasih dan sayang kepada Tanah Melayu — barangkali lebih daripada orang-orang Melayu”.

    orang bukan melayu tapi yang kasih sayang kepada Tanah Melayu?
    hahahaha! sudah lebih 57 tahun merdeka, orang bukan melayu yang telah diberi kerakyatan dan keturunannya bercambah menjadi rakyat negara ini hakikatnya tidak pernah menjadi ‘warganegara’!

    re-quote: “Tan Cheng Lock mengatakan kecuali orang asli, orang Melayu juga adalah pendatang-pendatang yang baru seperti bangsa-bangsa lain”.

    orang cina, tidak kira dari MCA/Gerakan mahupun DAP sebenarnya mempunyai aspirasi yang sama. MCA/Gerakan berada bersama UMNO di dalam BN untuk sekian lama hanyalah satu kepura-puraan politik bangsa cina untuk survival kaum mereka. Apabila merasa diri mereka sudah kuat, maka tersingkaplah tabir diri mereka yang sebenarnya berjatidirikan DAP!

    mereka memang kaum yang berkerja kuat, sabar dan bijak memanipulasi….!

    tapi, orang Melayu masih kaum yang sukakan cerita-cerita, dongeng dan mitos serta bermimpi di siang hari…! Bukankah boleh dilihat bahawa orang Melayu amat suka Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Juara Lagu, Maharaja Lawak dsbnya?

    maka hiduplah orang Melayu dengan keyakinan pada kata-kata Hang Tuah, “Takkan Melayu hilang di dunia”.

    Entah bilalah nak sedar….

      1. re: “Entah bilalah nak sedar”

        Kamu patut tanya orang Pas. Kalau Pas tak bersubahat dengan DAP, mana mungkin puak evangelista jadi begitu nekad.

        You have to hand it to people, whether they are establishment or opposition. Both read the context so wrong, so way off the mark.

        As far as talk of another riot erupting in Malaysia, its a major calamity IF it ever happens, and the consequences will be dire especially for the Malay Muslim community.

        Heard of Responsibility To Protect or R2P ? Predators i.e the West are waiting for just the right time, an opportunity to pounce and they have plenty of 5th columns here to assist them.

        If only Conrad is still here. We need someone like him although we have our differences.

        1. re: “Heard of Responsibility To Protect or R2P?”

          It beats me why PAS people refuse to protect the sanctity of the mosques, especially after Tuanku Sultan’s titah that it is tempat ibadah orang Islam and politicians should refrain from trying to reap their mileage there.

          If the PAS people don’t invite, then the DAP evangelista YBs cannot simply just walk in.

          re: “If only Conrad is still here. We need someone like him although we have our differences.”

          Conrad does not like my bringing up the taboo spectre of May 13. It makes me sound like I belong to the dyed-in-wool establishment.

          1. If the mosque committees invite non-Muslims who have been trumping up ALLAH as Father, Son and Holy Ghost for their Malay-bibles, then shouldn’t the PAS religionists who claim to champion Islam explain to their evangelist visitors the true nature of the Creator Lord?

            Explain to them how the Quran and the Followers of Prophetic Tradition have understood the subject of divinity for the last 1400 years! It’s very telling what Islamists do not do in the name of Islam.

  4. Continue from my Hong Kong story.
    http://www.themalaysianinsider.com/world/article/hong-kong-protesters-plan-to-occupy-british-consulate

    “Hong Kong students plan to occupy roads surrounding the city’s British consulate in anger at a lack of support from London for their pro-democracy movement, as authorities ramp up pressure on protesters to go home.

    The city’s government has urged protesters to leave the main rally sites after more than six weeks of demonstrations that have brought parts of Hong Kong to a standstill.”

    Apa itu Cina Evangelista Mahu Lagi? Psycho kan budak2 Hong Kong ini?

  5. Helen, did you see the revelations by BN in the state assembly that the Tokong’s office increased its head count from 15 to 60 during the reign of the Cheap Minister? I wonder why does the Tokong need such a huge team of people to support him when he’s supposed to be so efficient.

    Any way this is no surprise as some people who are familiar with Komtar told me this before that there are a lot of new people in the CM’s office being recruited for unknown purposes. The way LGE rules is that he doesn’t trust the state civil service so he as surrounded himself with an inner circle who operates separately from the rest of the civil service.

    Govt servants who work at Komtar say that not many people know what’s happening in the Level 28 since 2008. A lot of new people have been hired and a lot of stuff being brought in and they also seemed to have a lot of visitors. But unlike before, things are done in a hush hush manner.

    Some other folks told me that there is a cyber unit based at Komtar but I have no idea if this is true. Another person working at Komtar told me that some of the new guys and gals are trainers in various political skills such as IT, propaganda, financing, etc.

    Whatever the case, surely an increase of 45 people is out of normal and unless you have some massive operation going on, you don’t need such a team. Certainly you don’t need so many people for administrative work. Even in MNCs, we don’t have that many people to support the Chief Executive. I fact this is far more than what Najib has in PMO.

    1. re: “the Tokong’s office increased its head count from 15 to 60 … A lot of new people have been hired and a lot of stuff being brought in”

      Yup, I read in Dr Novandri’s blog.

      If the bajungu want war, then Umno should give them what they’re asking for.

  6. Very sinister and cunning move by Mamakutty to get rid of PM and getting the TPM to sit in temporarily before the next UMNO election?

    All because he fears death approaching and his dynasty still not in place secara kukuh. Soiling in his pampers too often is a bad sign.

    PM should get rid of TPM and Mamakutty powerbase before it’s too late and promote his cousin to be the next TPM. Use the Sedition Act now and keep them all locked up to strengthen his power.

    KJ should be smiling happily and play ball with PM and can join the party later to perhaps become the youngest PM of Malaysia.

    Gone are the days when Mamakutty tried and tested ways thru deception and cunning always works to his way. His power base consisting of NGOs, civil societies, Govt. institutions and agencies are all retards when compared to the PM consultants. Their brain faculty in articulating issues seem to be failing the public eventhough adding extra ingredients of race, religion and royalty.

    Rather unfortunate that Mamakutty reign will go down in Malaysian history as best forgotten as what he tries to do to TAR.

    The Sedition Act should be retained so that the PM has a law to help him lock up political opponents whether within or without. Mamakutty used it beautifully throughout his reign of 22 years to keep the opposition and opponents mouth shut.

    See the beauty of the Sedition Act? It works both ways and benefit most those in power.

    How civilised is that?

    1. re: “See the beauty of the Sedition Act?”

      The beauty of a rainbow when exposed … do you recall how the Dear Leader of Penang acted?

      This is what he threatened reporters at a press conference:

      “Eh! 这 个 不 要 写 啊. 我 不 要 comment 的.”
      [Translation: “Eh! This don’t write ah. I don’t want to comment one.”]

      “You have to print, you have right to print based on the blog report, then you see what I do to you.”

      Now imagine the Sedition Act in the hands of Kim Guan Eng.

      1. Let us have a hypothetical scenario.

        If any of the state documents of Penang or Selangor were to be leaked out, will the Penang or Selangor government seek prosecution via the Official Secrets Act or they will just let the people who leaked the papers scoot free?

    2. ‘Very sinister and cunning move by Mamakutty to get rid of PM and getting the TPM to sit in temporarily before the next UMNO election?’

      For someone who can’t even differentiate from one mamak to another, your fascination with ‘that Mamakutty’ is in itself, fascinating!

  7. Najib clueless and become dumber every day on whose advise he shall follow, rosmah ka, PMO punahsihat ka, UMNO grass root ka, Tun M n Daim ka….

    Last2 nant trpksa masuk Hosp Permai cz of “Dissociative identity disorder” atau “acute mental confusion”..

    Tuela jadinyer bler jd leader without brain n xpernah hidup susah…

  8. I understand why the Malays were not keen on accepting Dato’ Onn’s multiracial party proposal. Primarily, it showed at the beginning of UMNO itself. Where were the Chinese when the Malays went all out against Malayan Union? What was their stand? Was it at the best interest of PTM or only their own?

    Base on the above fact alone, Parti Negara was heading for political doom and quite right it soon died together with its founder.

Comments are closed.