Posted in DAP MENGKHIANATI KAUM CINA, Religion, Satire

DUMC and dumber

SATIRA

Di sebuah negeri di bawah pentadbiran Pakatan, exco kerajaannya untuk hal-ehwal agama Islam (dari parti komponen Pakatan juga) telah mengulas:

Cekupan:

“Hasan menegaskan maklumat yang diterima menunjukkan terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan malam tadi.

“Hasan menambah seramai 12 orang beragama Islam telah menghadiri majlis tersebut …”

Hasan Ali pertahan Jais, dakwa ada usaha murtadkan Muslim‘,
(The Malaysian Insider, Ogos 4, 2011)

Lukisan termasyhur di atas berjudul The Last Supper dihasilkan oleh tokoh pelbagai bakat Leonardo da Vinci yang juga telah melukis Mona Lisa. Cuba kira berapa orang yang sedang makan malam bersama Jesus? 12 juga!

Hmm, tengok aje simbolisme angka ’12’ tu, pasti ada kaitan kot.

Lebih-lebih lagi, Damansara Utama Methodist Church (DUMC) tidak nampakpun macam gereja; Kalau rumah ibadat mestilah kena kita hormat sikit. Sebab tulah agaknya Jais mahu geladah. Dia orang ingatkan ia sebuah dewan serbaguna.

Kalau dilihat di bawah, kan molek gereja Walnut Grove? Ianya gereja yang dikunjungi keluarga Laura Ingalls dalam rancangan TV Little House on the Prairie yang menjadi kegemaran saya semasa kanak-kanak dulu.

Nak tengok bangunan gereja canggih, nah ini dia, St Paul’s Cathedral di London.

****  ****  ****  ****  ****  ****  ****  ****  ****

Mungkin agak menarik bagi tatapan kalian — posting saya kelmarin Judas. (Kita boleh mengertikan Judas sebagai orang yang pandai bermuka-muka.)

Author:

I have no Faceook or Twitter.