Posted in DAP MENGKHIANATI KAUM CINA

PAS-Umno acapkali bincang perpaduan mesti ada sebabnya

PAS: Dr Siti Mariah Mahmud
Umno: Dr Mashitah Ibrahim
Umno: Zahid Hamidi
PAS: Salahuddin Ayub

.

.

.

.

.

.

.

.

(Gambar Dr Mashitah, Dr Siti Mariah, Ahmad Zahid dan Salahuddin hanya sekadar hiasan untuk membandingkan keterampilan mereka. Perbandingan dari segi berpakaian Melayu ini tidak bermaksud sama sekali untuk membayangkan bahawa tokoh-tokoh tersebut ada kena-mengena dengan ‘unity talks’ Umno-PAS yang pernah diadakan beberapa kali sebelum ini.)

Air dicincang tak akan putus

Kedua-dua PAS dan Umno dianggotai orang Melayu Islam.

Individu-individu yang serumpun adalah saling menyerupai.

Mereka terdiri daripada satu bangsa yang seagama dan berkongsi satu bahasa serta satu budaya. Orang Melayu yang membentuk akar-umbi PAS dan Umno sementara itu tidak mempunyai banyak persamaan dengan golongan Cina yang menganggotai DAP.

Makan dengan tangan
Makan dengan sepit

.

.

.

.

.

.

.

.

Isu-isu punca pergaduhan

Bagi orang Melayu, membela anjing adalah haram manakala ramai orang Cina tidak sukakan kucing — binatang peliharaan yang menjadi kesayangan orang Melayu. Bagi orang Melayu juga, makan babi adalah haram manakala ramai orang Cina yang menggemari masakan babi.

Kumpulan penyanyi pop
adexgurlz12.blogspot.com

.

.

.

.

.

.

.

.

(Gambar gadis-gadis molek di atas untuk tujuan hiasan sahaja).

Naluri manusia adalah untuk bercampur-gaul serta bermesra dengan mereka yang dianggap mirip kepada kita.

Ahli-ahli PAS dan Umno mempunyai pelbagai ciri-ciri persamaan kecuali dalam pendekatan politik.

Akan tetapi, adakah terdapat banyak persamaan di antara ahli-ahli PAS dengan para ahli DAP?

Orang PAS
Orang DAP -- http://rubberseeds.blogspot.com

Penyokong-penyokong PAS mahu pemerintahan secara Islam diterapkan. Penyokong-penyokong DAP pula amat bimbang apabila melihat konsep sekularisme kian hari kian dibelakangi.

Blogger tersohor ‘A Voice’ (Another brick in the wall) serta bekas rakan sejawat saya Hussin Rahman telah sudi memberi sepatah dua komen di satu posting saya yang terlebih awal — ‘Pengundi Cina jatuhkan talak tiga’.

NUKILAN

A Voice:

“Two years ago, I told one Chinese Pakatan MP of this senario I see in which the end game I see will be …. (cannot tell yet). He didn’t believe this highly polarised racial line of voting will occur.  …

Face this reality, our job, our career growth, our economic opportunity, our school, our education, our spoken language, our residential area, our workplace, our religion, … on and on is the list are still drawn on racial lines.”

Hussin:

“Both the MCA and DAP will be left in the lurch before PRU13 as Parti Keadilan will lose Anwar Ibrahim to prison and PAS, at the last minute, will decide to rejoin Barisan Nasional. The Chinese will be left with only DAP as their representatives in parliament. My prediction is that the Malays and Bumiputras will unite before the next general elections.”

Di sini saya bukannya menilik bahawa PAS dan Umno akan bersatupadu. Dan tidak juga saya berniat untuk mencadangkan bahawa pakatan PAS dengan DAP bagai retak menanti belah.

Hanya apa yang saya nampak, kaum Cina dan kaum Melayu dipisahkan jurang begitu besar.

Walaupun tidur sebantal, mimpi lain-lain dan kedua-duanya membawa haluan masing-masing.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

12 thoughts on “PAS-Umno acapkali bincang perpaduan mesti ada sebabnya

  1. isu gereja terutamanya, menyebabkan melayu lari beramai-ramai daripada PAS. now we know the true color of PAS!

  2. Hi Helen,

    I have been following the development of PAS for many years. In my opinion, the hardcore PAS would never unite with UMNO. So the notion that they will join with UMNO is almost impossible, especially with the result of previous muktamar, where the Erdogans are now in power.

    In my opinion, Malay and bumiputra will not unite under the same party platform (strange is it?). But many of them, particularly the non partisan, will abandon PAS. This is because they have seen how PAS failed to uphold their religion struggle in the race for the vote of non-Muslim. Not only PAS failed to uphold the religion struggle, they indeed turned against the Muslim in many occasions. The DUMC case is one example.

  3. Susah PAS nak bersatu dengan UMNO selagi Nik Aziz masih hidup. Dia dah cerai talak 3 dengan UMNO dan sedang bercumbuan dengan DAP. Hadi Awang mungkin boleh tolak ansur.

    Bagaimanapun dalam politik segalanya mungkin. Tunggu dan lihat pernan ‘maverick’ UMNO – Ku LI.

  4. Helen, to be frank, this post really lack intelligence, please don’t tell us you know Chinese culture and Chinese ethos, it is an insult to Chinese. You are now progress toward the reverse side of Hannah.

    Sad.

  5. PAS memang pernah bersatu dengan UMNO. Malah, antara parti komponen Barisan Nasional yang dibentuk pada tahun 1974 ialah PAS.

    Kenapa PAS tak nak bersatu dengan UMNO? Senang aje. Dulu dah terkena. Takkan nak terkena lagi kot?

  6. umno parti melayu , pas parti melayu . dah 54 tahun orng melayu berpaut pada umno . apa kata seluruh orang melayu berpindah kapal kepada pas . rasanya tak salah mencuba suatu yang baru dan memberi peluang parti lain selain umno . ibarat bermain bola pemain yang kepenatan perlu diganti dengan pemain yang masih cergas dan berkebolehan

  7. The way UMNO has been governing the country has shown how corrupted some Malays are. If a clean Malay party like PAS wants to form the biggest Malay alliance, then almost all Malays would be perceived as corrupted. PAS would not tarnish its reputation just to heed UMNO’s call for Malay unity. I don’t mind if thetcountry is run by all Malays. However, I do mind if the government of the day spends RM50000 to buy a less than RM2000 night vision binocular.

    1. Abu, You are too naive.. I am from kelantan. I was asked to pay Pas politician for [allegations of corruption – edited, Helen]. So I cant imagine if they are in power for 50 years.

Comments are closed.