Posted in Hudud

Hudud: Negara Islam manakah yang mahu dicontohi?

Negara-negara Islam yang mana penduduknya melebihi 95 peratus Muslim ditunjukkan carta di bawah:

Hudud di Somalia

Somalia – yang menduduki tangga kedua jadual negara-negara paling Muslim – ialah sebaliknya sebuah ‘failed state’ yang terletak di tangga tercorot indeks negara-negara gagal berfungsi.

Ia dalam keadaan kucar-kacir dengan perang saudaranya sudah berlanjutan selama dua dekad serta ia bermasalah lanun dan penculikan.

Negara tersebut mengalami tahap buta huruf yang amat tinggi (62%). Seramai 1.3 juta orang Somalia tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap dan jangka hayat penduduknya hanya 50 tahun.

Somalia telah menegakkan syariah sebagai sistem perundangan rasminya mulai Mac 2009.

Apapun Somalia berjaya melaksanakan hudud. Perkara inilah yang paling penting bagi kita, bukan?

Sumber: The failed states Index 2011 @ www.foreignpolicy.com

Selain Somalia, negara-negara lain bertaraf ‘Islamic state’ ialah Pakistan, Iran, Afghanistan, Yemen, Mauritania dan Arab Saudi.

10 negara ‘top’ Failed State di dunia ialah:

  1. Somalia
  2. Chad
  3. Sudan
  4. Congo
  5. Haiti
  6. Zimbabwe
  7. Afghanistan
  8. Central African Republic
  9. Iraq
  10. Ivory Coast

Daripada 10 negara ‘failed state’ dunia yang tersenarai, dua daripada mereka ialah Islamic state, yakni Somalia dan Afghanistan manakala tiga lagi Iraq, Chad dan Sudan adalah negara Organization of Islamic Cooperation (OIC).

Sudan telah dibelah dua pada 9 Julai 2011. Negara breakaway republiknya yang mengambil nama baru Sudan Selatan berpenduduk majoriti Kristian. Meskipun perang saudara ditamatkan dengan perpecahan Sudan, orang Islam dan orang Kristian Sudan masih lagi bertempur.

Tidak maju sumber manusia

Mengikut Human Development Index (HDI) yang disediakan oleh UNDP / United Nations Development Programme, lima negara paling makmur di dunia ialah Norway, Australia, Belanda, Amerika Syarikat dan New Zealand (semua tak ada hudud).

Laporan HDI tahun 2011 memantau sebanyak 187 buah negara. Menduduki 10 tangga paling bawah ialah:

  • Guinea (178)
  • Central African Republic (179)
  • Sierra Leone (180)
  • Burkina Faso (181)
  • Liberia (182)
  • Chad (183)
  • Mozambique (184)
  • Burundi (185)
  • Niger (186)
  • Congo (187)

Daripada senarai 10 di atas, sebanyak 4 adalah negara OIC – Niger (98.3% Muslim), Sierra Leone (71.5% ), Burkina Faso (58.9%) dan Chad (55.7%) manakala yang selebihnya ialah negara-negara Afrika bukan majoriti Islam.

Somalia dan Korea Utara tidak termasuk 187 buah negara yang dipantau oleh UNDP untuk kajian HDI tersebut.

Protes di Manama, Bahrain pada Mac 2011

Negara-negara Arab Spring

OIC ialah gagasan antarabangsa yang paling besar dunia selepas Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN). Syarat untuk menyertai OIC ialah sesebuah negara itu harus mempunyai majoriti penduduk beragama Islam.

Pusat pentadbiran OIC bertempat di Jeddah, Arab Saudi.

Pengerusi pertama OIC ialah Tunku Abdul Rahman (1971-73). Pengerusi-pengerusi lain yang seterusnya berasal dari Senegal, Tunisia, Pakistan, Niger dan Morocco. Pengerusi OIC pada masa ini ialah seorang Turki.

Senarai penuh 57 ahli-ahli OIC boleh diteliti di laman sesawang rasmi pertubuhan tersebut — sini.

Negara-negara OIC yang meletakkan Islam sebagai agama negara ialah Bangladesh, Mesir, Algeria, Morocco, Tunisia, Tajikistan, Libya, Jordan, UAE, Kuwait, Oman, Bahrain, Comoros, Qatar, Brunei, Maldives dan Malaysia.

Oman (2,595,000 orang), Comoros (682,000) dan Maldives (306,000) adalah negara-negara dengan jumlah penduduk yang kecil.

India, walaupun ia mempunyai 177 juta penduduk (14.6%) beragama Islam, tidak diterima untuk menjadi ahli OIC kerana bantahan oleh musuhnya Pakistan.

Beberapa negara kecil – contohnya Gabon, Guyana dan Suriname – menjadi ahli OIC walaupun kaum Muslim bukan penduduk majoriti di negara-negara tersebut.

Misalannya, Suriname hanya mempunyai 84,000 orang penduduk Muslim daripada keseluruhan jumlah penduduk seramai 458,000 orang. Suriname yang terletak di benua Amerika Selatan ialah sebuah bekas tanah jajahan Belanda yang mempunyai sekerat penduduk berketurunan Jawa.

Hampir semua negara-negara Islam (Muslim country) tidak mempunyai pola penduduk bercorak masyarakat majmuk atau kaum-kaum penganut agama lain.

Di kebanyakan negara-negara Islam, hanya Islam sahaja yang diamalkan.

Negara-negara Islam mono religious ini mengalami pergolakan dalaman yang dikenali sebagai ‘Arab Spring’ bermula tahun lepas.

Pada 14 Jan 2011, kerajaan Tunisia (99.8% Muslim) yang diketuai presiden Zein al-Abidine Ben Ali telah digulingkan.

Pada 11 Feb 2011, Hosni Mubarak presiden Mesir (94.7% Muslim) disingkir.

Pada 15 Mac 2011, Bahrain (81.2% Muslim) mengumumkan darurat dan pemerintahan tentera (martial law) setelah berlaku pemberontakan di ibukotanya Manama. Arab Saudi telah menghantar bantuan tentera ke Bahrain.

Dalam bulan Julai 2011, sebuah referendum diadakan di Maghribi (99.9% Muslim) setelah negara tersebut dilanda protes jalanan secara besar-besaran. Perlembagaan baru diperkenalkan untuk mewujudkan proses pilihan raya kerana sebelum tercetusnya revolusi rakyat, si raja yang berkuasa secara mutlak.

Pada 20 Okt 2011, presiden Libya (96.6% Muslim) Kol. Muammar Gaddafi dibunuh.

Pada 27 Feb 2012, Ali Abdullah Saleh presiden Yemen (99.0% Muslim) meletak jawatan. Beberapa bulan awal, beliau cedera selepas cubaan membunuh (assassination attempt) ke atas dirinya.

Perang saudara sedang berlaku di Syria (92.8 % Muslim). Ramai yang mati dan kira-kira 200,000 orang Syria menjadi pelarian.

Islamic states Afghanistan (99.8% Muslim), Iran (99.6%) dan Pakistan (96.4%) juga tidak tenteram.

Banyak negara-negara Islam tidak tenteram.

Rusuhan dan persengkataan antara agama juga berlaku di negara jiran kita Indonesia. Tapi nasib baik Malaysia aman damai.

Paling mirip ialah Lebanon

Jika kita melihat kepada jadual demografi (atas) negara-negara OIC, Lebanon adalah negara yang mempunyai komposisi penduduk paling mirip Malaysia.

Penduduk Malaysia ialah 61.4 peratus Muslim sementara di Lebanon ianya 59.7 peratus.

Urutan peristiwa perang saudara Lebanon – yang dicampurtangani Syria, Amerika Syarikat dan Israel – dicatatkan secara ringkas di bawah.

1 Julai 1978: Syria serang orang Kristian Lebanon

14 Sept 1982: Pemimpin Kristian Phalangist dan bakal presiden (president elect) Bashir Gemayel dibunuh (assassinated); 23 Sept: Adiknya Amin Gemayel dilantik sebagai presiden Lebanon

6 Feb 1984: Militia Muslim Syiah mengambil alih kuasa di Beirut Barat

1 Jun 1987: Perdana Menteri Rashid Karami (seorang Sunni) mati terbunuh apabila helikopter yang dinaikinya diletup bom

22 Sept 1989: Kristian hilang majoriti di Parlimen. Mengikut formula perkongsian kuasa, presiden Lebanon seharusnya seorang Kristian Maronite, perdana menteri seorang Sunni dan speaker dewan seorang Syiah

22 Nov 1989: President-elect René Muawad dibunuh (assassinated)

13 Okt 1990: Berakhirnya perang saudara Lebanon. Di antara 150,000 and 200,000 orang dipercayai mati terkorban angkara perang itu.

Februari 2005: Mantan perdana menteri Rafik Hariri mati terbunuh apabila keretanya diletupkan bom di Beirut

November 2006: Pierre Gemayel, seorang menteri Kristian, mati ditembak

Jun 2007: Ahli Parlimen Walid Eido terbunuh dalam satu serangan bom di Beirut

September 2007: Ahli Parlimen Antoine Ghanim terbunuh apabila keretanya diletupkan bom

Disember 2007: Jeneral Francois al-Hajj, yang dijangka bakal dilantik sebagai ketua tentera, terbunuh apabila keretanya diletupkan bom

Sumber: BBC dan New York Times

Berkaitan:

Negara-negara paling selamat tiada hudud

Author:

I have no Faceook or Twitter.

37 thoughts on “Hudud: Negara Islam manakah yang mahu dicontohi?

  1. saya sudah jawab soalan ini dalam artikel terdahulu di http://anakbukitgantang.blogspot.com/2012/04/iktijad-yg-digunapakai-di-malaysia-dari.html

    1- Ijtihad yg digunapakai oleh Malaysia, Brunei dan Indonesia ialah ijtihad Syeikh Ahmad Fathoni

    2-Malaysia sudah negara Islam jika ikut Perlembagaan Persekutuan

    3-Hudud yg nak diimplementasi PAS hanyalah polemik dan marketing tools utk pilihanraya

    4-Dalam membuta Ijtihad tersebut Syeikh Ahmad Fathoni mutajid ulama yg diikuti di Nusantara merujuk kepada kitab muktabar seperti berikut. Ijtihad Sheikh Ahmad Al-Fathani adalah berdasarkan penyaksian terhadap faktor-faktor kegemilangan dan kejatuhan Daulah Uthmaniyah. Pemikiran beliau boleh dirujuk melalui Kitab As-Siyasatu wat Tadbir, Kitab Jumanah At-Tauhid (1876), Kitab Tashil Nail Al-Amani (1882), Kitab Al-Fatawal Fatahaniyah (1889), Hadiqul Azhar War Rayahin (1890) dan Kitab Mir-at Al-A’ajib (1906) dan
    http://www.mediafire.com/?p1pbua5xp27qp1k

    Ketuanan Melayu mengikut Ulama Nusantara

    5 Dalam Kitab Fatwa Al Fathniah Syeikh Ahmad Fathoni berkata- “Dan manakala kita lemah daripada mendirikan sesuatu daripada hukum syarak seperti rejam zani muhsan (hukum hudud), dan takut fitnah yang memudaratkan Muslimin yang kita tiada kuasa atas menolaknya, nescaya gugur daripada kita wajib mendirikan dia pada ketika itu. Dan wajib atas sekalian Muslimin bersungguh-sungguh mencarikan jalan dengan tadbir dan siasah; belajar dan mempelajarkan akan anak-anak kita akan segala wasilah bagi mendirikan hukum syarak daripada ilmu siasat dan ilmu syara’ hingga dapat mendirikan seperti barang yang iaitu zahir” (Syeikh Ahmad Fathani – Kitab al-Fatwa al-Fathaniyah)

    6- Syeikh sudah nampak bahawa masyarakat Malaysia Pattani Indonesia di Nusantara adalah masyarakat majmuk oleh itu usaha difokus kepada menerap Daulah Islamiyah (sama spt Syeikh Nurudin Al banjari) dan menekankan AKIDAH dan TAUHID yg benar iaitu Islam ASWJ dulu serta mengutamakan PENTADBIRAN YG CEKAP spt yg dipraktik UMNO sekarang.

    7- Rujuk ulasan penuh saya di artikel asal-http://anakbukitgantang.blogspot.com/2012/04/iktijad-yg-digunapakai-di-malaysia-dari.html

    1. anakbukitgantang

      You are right about hudud issue being used a marketing tool

      Matter of fact perhaps a trump card one. It is used whenever close to elections. After that quiet, and then spring up again come next election

      If there are serious about it, huhud or some part of it (if the law does not allow) could have been or seriouslly attempted to be implemented first in Kelantan and Kedah (not the separate lining up for boys and girls kind of rule)

      Kepimpinan melalui teladan, not thru mouthpiece

  2. I find it necessary to support PAS. UMNO has failed in over 55 years to tell the other minorities especially that loud “yellow” one to assimilate into Malay culture. In fact, to bring about this reality, we must support PAS. Only in an Islamic state can laws be forcefully applied to make the dhimmi submit to our demand.

    Therefore I urge those who support Satu Sekolah untuk Semua, Bahasa Malaysia proponents and those of the same ilk to come forward and support PAS. Only when PAS has significant bargaining power can it therefore co-opt UMNO. Please, vote for PAS !

    1. P: “Hari ni kita menang pilihan raya, esok sebelum ayam berkokok kita dah tegak kan hudud yang berpandukan Quran dan Sunnah..tadbirrrr” followed by the supporters.

      D: “As long as I live, as long as I’m still breathing..no hudud laws shall take place..over my dead body..I AM THE LAWWWW!!” he said imagining himself like Judge Dredd.

      P: “Eh tak..tak, mana ada sebut negara Isley dalam Quran, negara kebajikeey ada” he said while searching his lost balls under his jubah.

      Sorry dude, you don’t deserve my support..

    2. DAP 8=D PAS
      PKR 8=D PAS

      PAS is the only component of PR that has an actual election machinery on the ground. Unlike the virtual machinery of its PR partners, limited to cyberspace.

      PAS should leave PR if it is not in charge of that coalition.

      1. You’re right about the machinery of DAP 2.0 being headqaurtered in cyberspace. Hence their newly appointed evangelist Panglima Perang Siber who’s a clone of Mama DAPster.

  3. Helen,

    Hudud hanya disebut beberapa kali saja dalam AlQuran. Yang berulang kali ditegaskan dalam AlQuran ialah prinsip keadilan.

    Saya tiada masalah dengan Hudud. Yang jadi masalah ialah sikap PAS yang tidak jujur. Sekejap mahukan Hudud sekejap cakap pasal negara berkebajikan.

    Sekejap “balun” UMNO kerana dituduh tolak Hudud. Sekejap pula perli UMNO bila bertanyakan Hudud pada PAS (Rujuk sindiran Nizar pada Tajol Rosli dalam Sidang DUN Perak). Nizar boleh bertanya pada Tajol Rosli supaya tunjukkan pada beliau di mana dia agenda Islam dalam Perlembagaan PAS.

    Jika PAS mahukan Islam dan Hudud, PAS eloklah dekati sesiapa saja, Islam atau bukan Islam. Bila contohnya PAS mahu adakan dialog dengan MCA pasal Hudud. Dan tidak mahukah PAS dapatkan sokongan UMNO, satu parti Melayu yang paling berpengaruh.

    PAS kena tunjukkan bagaimana mahu laksanakan Hudud dalam negara yang hanya 60% Islam. Kenalah hadapi hakikat bahawa cara somalia atau Arab Saudi tak akan berjaya di Malaysia kerana kedua-dua negara tersebut 100% Islam.

    Malaysia terletak ditengah tengah. Ia bukan sekular dan bukan pula laksanakan Islam 100%. Inilah yang jadi kekeliruan. Namun Malaysia diiktiraf sebagai negara Islam kerana Kerajaannya dikuasai orang islam dan majoriti adalah islam. Ditambah pula agak ke depan dalam hal seperti perbankan Islam.

    Jangan perbodohkan diri sendiri salahkan MCA tolak hudud atau Islam. Lihatlah sekeliling anda. Siapa yang bukan islam tertarik pada islam jika lihat hampir kesemua negara yang diperintah umat islam tunggang langgang. Dan sesiapa yang mahu gunakan akal pasti tidak yakin akan contohnya pemimpin PAS seperti Mohd Sabu.

    Saya sendiri sebagai Umat islam pun tak percaya pada PAS melihat sikap jual ugama mereka. Dan PAS pula marahkan orang lain kerana enggan terima Hudud mereka (atau sebenarnya enggan terima diperbodohkan PAS).

    1. Penjelasan:

      Jadual paling atas ialah statistik US State Department tahun 2004 yang diperoleh dari laman Nationmaster (klik untuk lihat carta penuh 167 negara) yang menyatakan Arab Saudi dan Somalia seratus-peratus Islam.

      Manakala jadual negara-negara OIC berdasarkan perangkaan yang diperoleh dari sumber Pew Research Center tahun 2008 yang menyatakan Arab Saudi 97.1% Islam, Somalia 98.6%.

      Ada sedikit perbezaan dalam peratusan. Saya kira mungkin data Pew itu merangkumi golongan pekerja expat (contohnya wanita Filipina selain dari wakil-wakil MNC) yang begitu ramai di Arab Saudi, termasuk di setengah-tengah negara Teluk lain.

  4. “Hudud hanyalah mekanisme mengatasi jenayah.

    Kekurangan kegiatan jenayah dalam negara menurut Islam bukan disebabkan hukumannya saja, tetapi keadilan yang merata dan kebajikan rakyat yang dipelihara.”

    Dr Mohd Asri Zainul Abidin
    Bekas mufti Perlis

  5. Dear Helen,

    I think we should differentiate between the failure of a system & the failure of man. The examples you give above, I believe is the failure of man. Hudud like any judicial system, unsupervised is prone to failures of its enforcements.

    Why muslims should insists on its implementation is;

    1. it is our responsibility as servants of our god to execute his orders.

    2. I believe, unlike human constitutional laws, hudud is divine law and as such is not prone to deficiencies.

    All this does not mean, in the context of Malaysia, is the be all end all law, like some have suggested, as there are many more facets of islamic law that should be considered/implement first.

    But what is more important, non-muslim should not be so worry on this matter because as responsible muslims, our role is not only should we think about ourselves but also those around/living among us.

    Believe you me, this subject is not only confusing to you non-muslims but even we the muslims are at sixes and sevens about. There is much matter to be considered before we implement it as law in terms of explanations and general acceptance, but I believe hudud will not be implemented should it not be beneficial to all Malaysian.

    In conclusion, again please do not worry about hudud or any matters pertaining to Islam in Malaysia as;

    1. Islam is a just & progressive religion. Failed policies/man I believe, is because of the shortfalls of man himself.

    2. The present government/responsible bodies pertaining to Islam in Malaysia are responsible people, although not without their shortcomings and will not forsake others just to fulfilled their aspiration.

    p.s. I’m no religious/constitution expert, just my 2 cents.

    1. I believe, unlike human constitutional laws, hudud is divine law and as such is not prone to deficiencies.

      Fine, you can say the law itself is divine, but the law is uphold and enforced by humans and humans are deficient; so how?

      But what is more important, non-muslim should not be so worry on this matter ….

      Sure, but what if a crime involves both Muslims and non-Muslims? Would the case be brought under civil law or hudud?

      Whatever the law it is, it has nothing to do with lowering crime rate. It’s the education that matters, better quality policing and criminal investigation. Standard of living also goes hand in hand with all aspects mentioned in the former. Tackle the root cause of the problem! Just like people know that drug trafficking offense will result in a probable death sentence. Does the law prohibit people from committing the offense?

      1. Bro, HUDUD is educating law. You will never be punished until the judge/law proved it with very tight of procedures. It will happens if there is are witnesses, if not it is between you and Allah. Please study about HUDUD if you not understand. Give the fact no from your mind.

  6. I never consider malaysia or indonesia as the same creed as those loser arab/african/pakistan countries, islam is a code of fulfilling spiritual needs in malaysia and indonesia, allah replaced buddha and the hindu pantheons as an entity to seek hope.

    in moorabia deserts its about chopping hands, implementing ridiculous ways to separate women from men and how to get away from rape or how to save the family honour by burying the daughter for bein to stupid to get rape or too westernized (as demontrated in uk where a fakap pakistani family killed their daughter for texting with men), even the christian arabs not to mention the persian have this cultural paradoxal attitude of trying to dominate others through religion, wars or mutilation.

    To sum up, i do not see any other muslim countries we can follow.

    Malaysia has been a hodgepodge of religions and cultures, and ideologies, note that despite being an anti communist country, malaysia 5 year cycle economic plan aka rancangan malaysia is a copy of communist 5 year reform plans which is currently only practiced by russia, china and cuba and malaysia.

    Malaysia should be pragmatic country. but i still dont know who should be a role model as every model country has its flaws.. but certainly there are currently no muslim countries we can emulate, not even turkey which despite its secular and liberal nature has a historical baggage from its ottoman past hence sectarian divide between kurds and turkmen despite practicing the same religion and even sunni denomination, in this semse, malaysia is better in tems of racial relations.
    ___________________________________________________________________________________________________________________________

    How do you differentiate ‘turkmen’ (Turkmenistan?) Btw, you’ve got an interesting reading range. We’re on the same page regarding Nusantara which has done better yet both the PASters and DAPsters are hell-bent on attacking Malayness: the former want to Arabize Malays and the latter want to turn everything Anglophile. — Helen

  7. In the fifties, most progressive countries were involve in some sort of colonization activities, can I therefore claim that no colonization is the cause of poverty? Even today some East Asia countries that achieve a relatively good growth were mostly under the “protection” of USA/West, and not even one dare to opt for a different course that were dictated by the West except China and the many Muslim countries, for instance Iran rejected both the western capitalism model and socialism model that uphold atheism, and choose a third option they believe would reduce the exploit of the deprived, therefore I think the viewpoint of “no Islamic model to choose” is a bit simplify by ignoring the fact that many so-called progressive countries “earn” their wealth via the robbing and stealing of many third world countries including those that were listed in this article.

    The reason we reject the divine law is because we are a non-believer, and we don’t know how the mechanism that could prevent it from being misuse and impose toward us, nothing much to do with the religion, or the inference of failed state. This is not against our wish to preserve diversity in the context of education, religion, belief and culture, but at the same time, we should respect those that strive for what they believe.

  8. nasihat saya kepada yang bukan islam, jangan “ulas” hudud jika tidak memahami tentang Islam. anda perlu tahu lebih banyak ilmu tentang Islam kerana semuanya berkait. orang islam yg tidak berilmu tentang hududpun takut untuk mengulasnya. biarlah pakar dan ilmuan yang mengulas. kata bijak-pandai: biar pandai, jangan pandai-pandai.. salam merdeka!

    1. Couldn’t agree more. Apa y ana tau, hudud ada dlm quran. Macam perintah menutup aurat. Apa2 y dr quran dan sunnah, patut disokong tanpa melibatkan isu politik y berbeza2.. perkara baik tak ada y senang, apa lg bila ganjarannya syurga hakiki Allah.. maharnya pun pasti bkn calang2.

      Tak perlu pndg negatif pd negara y menjlankan hudud tp berkeadaan malang mcm tu.. kita org islam patut percaya qada’ n qadar. takdir Tuhan itu bersebab. Ada sebab knpa Allah tetapkan dugaan negara2 itu macam tu, negara kita mcm ni..Allah itu, tidak zalim dan takkan zalim.

      Hidup ini, cuma dugaan dan sementara….. kita kene fikir panjang2 dan dlm2 dgn mata hati jiwa iman insyaAllah… dan jgn lupa sisipkan doa untuk mereka dlm doa2 kita.. kerana mereka saudara-mara seislam kita. Supaya nnt bila Allah tnya, at least kita ada jwpn insyaAllah.. skrg2nya mereka ‘sudah’, kita? ( =

      *maaf andai ada slh, menyinggug atau apa2. asif… minta diperbetulkan insyaAllah. ^^

  9. Sent from Samsung Mobile

    Helen Ang wrote:
    Helen Ang posted: “Negara-negara Islam yang mana penduduknya melebihi 95 peratus Muslim ditunjukkan carta di bawah: Hudud di Somalia Somalia – yang menduduki tangga kedua jadual negara-negara paling Muslim – ialah sebaliknya sebuah ‘failed state’ yang terletak di tan”

  10. KPD umat islam harap berenti mengulas suatu yg MUTLAQ (tdk bleh di bahas melainkan di laksana serta di patuhi) kpd bukan islam

    harap berenti beri apa2 komen @ ulasan tentang (SUATU BENTUK KETETAPAN CARA HIDUP UTK MANUSIA) yg datang drp kuasa YG MENCIPTAKAN MANUSIA serta seluruh alam ini)

    ini perkara yg DI LUAR AKAL MANUSIA untuk layak mengatakan itu dan ini- INGAT SUATU YG MUSTAHIL – SUKAR DI AKAl manusia ITU ADALAH MUDAH BG TUHAN – YG MENCIPTAKAN MANUSIA ITU (TUHAN)

  11. hudud mmg wajar. tetapi mesti lah bersatu untuk melaksanakannya. Jika yg asas, iaitu perpaduan ummah kita gagal, silap2 jika dilaksanakan pun, ia anggap sebagai kroni dan dipolitakkan. Mgg akan ada kesilapan utk perlaksanaan perkara2 baru. Jgn ada pihak yg beragama islam mjdkan ia isu untuk menjatuhkan pihak yg melaksanakan itu. Itulah perlunya bersatu. Pihak kerajaan tidak menolak hudud. Parti2 islam khususnya, berdirilah dibelakang parti pemerintah untuk memberi kekuatan kpd mrk.

    1. Pakatan kena konsisten ni.

      Kalau nak diuar-uarkan “PAS untuk semua”, maka hendaklah HUDUD UNTUK SEMUA juga.

      Tak kan DAP yang selalu dok komplen “2nd class citizen” sekarang ni pula nak wujudkan dua kelas hukuman bagi jenayah.

      Mereka selalu tuntut supaya dihapuskan amalan kolot (“racism is so yesterday”) yang membeza-bezakan orang Malaysia mengikut kelas, bangsa dan agama.

      Justeru DAP harus melaungkan dengan sekuat-kuatnya Hudud Untuk Semua, baru lah boleh adil mengikut kerangka Malaysian Malaysia — semua rakyat dilayan sama rasa, sama rata.

      1. Pembangkang berkata manifesto bukan janji. Bantuan ibu tunggal yang dimanifestokan semasa PRU 2008 adalah bukan ikrar/janji untuk dilaksanakan.

        Makanya kalau dalam konteks hudud, kalau mereka promosikan “Hudud Untuk Semua” mereka akan dapat yang ini: “so much to gain and nothing to lose”.

  12. islam itu indah, mudah dan tidak menganiaya sesiapa. Hanya yg betul2 memahami dan beriman akan rasa itu semua.

  13. Pada akhir zaman, tiada fakta sebenar2 fakta melainkan auta semata2. Itulah dia fitnah akhir zaman. Tak mengapalah klu org bkn Islam tidak memahami hudud. Tp sedih lg menyakitkan bila Muslim sendiri ragu mengamalkan hudud.

    1. Alkisah, suatu hari Sayyidina Umar bin Khattab berkeliling meninjau wilayah perkampungannya. Di tengah perjalanan, Umar melihat seorang budak kecil yang sedang menggembala berpuluhan kambing.
      Dalam benaknya, Umar ingin menguji kepintaran budak kecil si penggembala itu. Umar lalu mendekati budak itu dan mengutarakan niatnya untuk membeli seekor kambingnya.

      “Anak, kambingmu saya beli satu boleh?” tanya Umar mengawali perbincangannya.

      “Saya ini budak, saya tidak memiliki kewenangan untuk menjual kambing ini. Semua kambing milik majikan saya tuan,” jawab si penggembala dengan jujur.

      “Meski milik majikanmu, kalau saya beli satu nanti kamu laporan kepada majikan bahwa kambing yang kamu gembala dimakan oleh se ekor serigala” timpal Umar mengujinya dengan mengajari sikap berbohong.

      Dalam pikiran Umar, si budak ini pasti akan melepaskan satu ekor untuk dijual kepadanya. Namun tak diduga si Budak kecil ini memberikan jawaban lain.

      “Saya tidak mahu melakukan itu tuan, kerana semuanya nanti terlihat. Meski juragan (pemilik kambing) tidak tahu tetapi Allah akan mengerti dan mengetahui apa yang saya lakukan,” jawab si budak dengan tegas.

      Mendengar jawaban itu, Sayyidina Umar seketika menangis seraya menepuk-nepuk bangga di pundak punggung si budak. Dari peristiwa ini, Sayyidina Umar mendapat ilmu dari bocah penggembala. Dan dikisah bahwa Umar telah membebaskan budak itu dari jadi hamba orang.

      – Itulah sesuatu kayu ukur dari khazanah prinsipnya hukuman agama Islam. Allah Akbar!

  14. walaupun sudah merdeka setiap negara majoriti muslim yg ingin mengguna pakai undang2 islam, ekonomi islam,pendidikan islam, budaya islam akan dipinggirkan oleh negara maju yg mengguna pakai sistem ekonomi bebas, riba,undang2 ciptaan manusia,pendidikan berteraskan logik akal semata dan budaya songsang yg bebas tanpa batas atau lebih tepat lagi mungguna pakai sistem pemerintahan dajjal.

  15. oleh kerana semua institusi penting dunia, kuasa tentera dan ekonomi dikuasai oleh puak2 pemuja dajjal dan boneka mereka melalui sistem sekular demokrasi maka lebih mudah mereka mempermainkan ,menindas negara2 majoriti umat islam yg enggan tunduk kepada kehendak mereka. mana mana negara yg setuju mengikuti sistem dan cara hidup mereka ,akan dibantu,para pelabur mereka akan berpusu pusu masuk. itulah yg berlaku sebenarnya didunia muttakhir ini.

    1. The fact is… UMNO has failed to bring harmonise among our people. Cina makin kaya.. melayu dan india makin miskin.. umno takut dgn mca.. shame on u umno

  16. hudud tak dilaksanakan dimelaysia hingga skrg kerana ramai org islam munafiq..paling ramai org umno.

  17. helen ang…sila baca dan kaji hadis2 akhir zaman Nabi Muhammad SAW baru awak tahu knpa negara2 islam yg awak sebut diatas bergolak.

  18. kau fikir orang islam kisah dengan kegagalan ini….?

    letaklah negara hudud di tempat paling teruk pun, Allah tetap yang paling utama…

    kau fikir kesenangan dan keselesaan itu pengukur hidup?

    kau silap…

    nak senang, pergilah pindah sana

Comments are closed.