Posted in BIAWAK

Godfathers, warlords, gengster dan evangelis 2.0

Screenshot (bawah) diambil dari rencana MalaysiakiniBlogger on Scorpene submarine? Why?

Komen pembaca merujuk kepada berita ketua menteri Pulau Pinang belayar dalam kapal selam TUDM di mana blogger Papagomo juga turut menaiki  Scorpene KD Tun Razak itu.

Dalam posting semalam, saya berkata “Every portal gets the readers they deserve”. (Baca juga: Malaysiakini ejen Umno?)

Kelakarnya. Pembaca yang menggunakan nama ‘one brain cell’ mempercayai bahawa Lim Guan Eng adalah politikus “squeaky clean”. Bolehkah kita menyakini pandangan seseorang yang menggambarkan dirinya sebagai mempunyai satu sel otak sahaja?

Jika kita melihat kepada era sebelum DAP memperolehi kuasa, memang pemimpin mereka seperti Lim Kit Siang disanjung masyarakat bukan-Melayu kerana telah berkhidmat tanpa mengharapkan apa-apa imbuhan daripada businessmen ataupun kapitalis (yang waktu itu rapat dengan MCA).

DAP Lama yang dianggap ‘bersih’ mungkin boleh dibandingkan dengan Umno suci, iaitu pada tahun-tahun sekitar 1946 tatkala parti Melayu tersebut dianggotai kebanyakannya guru-guru, wartawan/penulis dan pejuang bangsa.

Sihat nampaknya... hanya selepas 3 tahun mengecapi kuasa

DAP 2.0 — Kristian, M’sian First

Di antara pemimpin veteran ialah Karpal Singh yang menyertai DAP pada 1970. Karpal sudah 41 tahun setia bersama parti dan merupakan ikonnya. Kini apa yang kita nampak ialah DAP Baru. Ia bukan lagi parti Kit Siang dan Karpal.

DAP 2.0 muncul selepas parti itu menang besar dalam pilihanraya umum yang lepas. Terhidu bau kejayaan, serigala-serigala mulai mendekati untuk menjamu selera.

Setpol KM Ng Wei Aik

Di antara orang kanan ‘Saidina’ – jolokan bagi jawatan setiausaha agung DAP pasca-2008 – ialah Ng Wei Aik yang dikenali blogosfera Melayu kerana tuduhan berperangai gengster, dan P. Ramasamy timbalan ketua menteri besar Pulau Pinang yang hanya beberapa tahun sahaja dengan DAP.

Pergolakan dalaman parti baru-baru ini menyaksikan Karpal dan Ramasamy bertikam lidah tentang ‘godfather’ dan ‘warlord’.

Ada hubung kaitnya dengan kemelut godfather itu, Adun DAP Seri Delima, R. Sanisvara Nethaji Rayer turut membuat laporan polis mengatakan dia menerima ugutan bunuh. Naib pengerusi cawangan DAP Datuk Keramat, A. Krishnan, juga mendakwa diugut bunuh. Hal ini membayangkan gejala gengster.

Apabila kuasa dan kedudukan menjadi buruan, maka parti semakin caca marba sehingga ada yang sanggup berdemo dan mengejek ikon DAP Karpal Singh supaya “cepat pencen“.

Penyokong Ramasamy mencemuh Karpal -- gambar FMT

Menilai perwatakan sebenar versi 2.0

Kata Karpal Singh:

“Who built DAP? It’s the veterans who built the party and don’t ever forget the sacrifices of the veteran leaders. The party wouldn’t have been around without the sacrifices of veteran leaders…”

Kem evangelis DAP: Teresa, Tony, Hannah, 'Saidina Umar Lim', David Nga, James Ngeh

Memang tepat bagi Karpal untuk menegur Ramasamy, “You just can’t join the party and impose your will on the party.”

Dan betul juga ada yang baru setahun jagung dalam parti tetapi berlagak macam kaduk naik junjung.

Peringatan Karpal kepada Ramasamy supaya perlu menjaga batasan – “behave and not let power to get to his head” – sepatutnya ditujukan juga kepada kelompok evangelis DAP yang besar kepala lagi mengada-ngada.

Karpal pernah menggesa supaya tindakan disiplin dikenakan terhadap David Nga Kor Ming yang mencerca menteri besar Perak.

Mengulas kata-kata “hitam metalik” itu, Zambry Abdul Kadir memberitahu mStar isu itu akan menjadi indikasi kepada rakyat untuk menilai sendiri perwatakan sebenar pemimpin yang kononnya mendakwa memperjuangkan kesaksamaan antara kaum.

Adakah anak emas Guan Eng itu kebal dan orang kuat Kristian DAP tidak boleh disentuh? Tengok nantilah bagaimana DAP sebenarnya mendokong prinsip kesetaraan kaum dalam parti sendiri, sama ada mereka melaksanakan apa yang dicogankata atau sebaliknya.

______________________________________________________________________________

Baca juga bagaimana sesetengah pemimpin DAP yang tidak rela menjadi ‘yes men’ dipinggirkan Guan Eng yang hanya mahu orang yang taat kepadanya naik — SINI.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

5 thoughts on “Godfathers, warlords, gengster dan evangelis 2.0

    1. PERHATIAN !!!…HATI-HATI..LIHAT VIDEO BERIKUT INI ANDA BISA MASUK ISLAM..JANGAN DITONTON..

      [YouTube]

      Kisah YUSHA EVANS.
      INJIL Membimbingku pada ISLAM. Kisah yang sangat inspiratif dari seorang mantan kristen yang mempelajari dan mengkaji Injil dengan pikiran terbuka, yang kemudian justru Injil sendiri yang membimbingnya kepada ISLAM.
      Jika Anda ingin berinteraksi langsung atau menghubungi Yusha Evans silahkan kunjungi situsnya http://www.yushaevans.com http://www.yushaevansmedia.com

  1. Hi Helen, sometime I forgot that DAP is for all Malasyians too, but keep thinking of DAP is only for Chinese. Call me lame but that is the truth.

    p/s: I think MIC is rising. What do you think about this? Because I already tired to hear about DAP and MCA, BN and UMNO.
    ________________________________________________________________________________________________

    I hear that the PM/gomen is wooing the Indians directly & on the ground bypassing MIC. — Helen

    1. Component parties lost direction, PM must do it on his own, the ETP & GTP can work well, need more publicity and dissemination. Friends, he is trying, why not give a helping hand, some positive comment and ideas….to the 1Malaysia…or at least spend time to see whats happening…see PEMANDU..our young Malaysian at work …and monitor the NKRAs…
      They may have second home somewhere, but you and me are not going anywhere, so lets make our country a better place to stay.

  2. PERHATIAN !!!…HATI-HATI..LIHAT VIDEO BERIKUT INI ANDA BISA MASUK ISLAM..JANGAN DITONTON [YouTube]

    Kisah YUSHA EVANS.

    INJIL Membimbingku pada ISLAM. Kisah yang sangat inspiratif dari seorang mantan kristen yang mempelajari dan mengkaji Injil dengan pikiran terbuka, yang kemudian justru Injil sendiri yang membimbingnya kepada ISLAM.
    Jika Anda ingin berinteraksi langsung atau menghubungi Yusha Evans silahkan kunjungi situsnya http://www.yushaevans.com http://www.yushaevansmedia.com

Comments are closed.