Posted in Hudud

Manifesto Pakatan tidak terang-terang menegah hudud

Pakatan masih sampai sekarang tidak berupaya mencapai kata sepakat tentang hudud1.

Sebelum itu juga, tiada persetujuan dicapai tentang perkara ini dalam manifesto permufakatan mereka iaitu Buku Jingga2 dan Kerangka Dasar Bersama3.

Pertemuan tiga serampang mata pada malam Rabu baru-baru ini hanya memberi bola tanggung dan pasti yang hendak menghentak bola itu ialah PAS.

DAP hanya akan mampu berdiri tercegat di gelanggang nanti.

Malah hari ini presiden PAS Abdul Hadi Awang sudahpun dipetik sebagai berkata partinya tegas dengan pendiriannya untuk melaksanakan hudud kerana ia suatu tanggungjawab dan tuntutan agama.

DAP diam seribu bahasa. Suratkhabar The Star dalam lidah pengarangnya hari ini menggesa, ‘It’s time to lift this veil of beguiling deceitfulness’.

Namun bukannya PAS yang memutar-belit.

Tidur sebantal tetapi …

“Bagi PAS, isu yang dipertikai adalah apakah perundangan syariah itu menepati kehendak Perlembagaan (Pusat) atau berlawanan dengan kehendak Perlembagaan negara,” kata ketua penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Apa yang diketengahkan Tuan Ibrahim tepat sekali.

Di dalam manifesto Pakatan tiada ada apa dalam hitam putih yang menyokong ataupun menegah hudud.

Buku Jingga sekadar mengandungi janji-janji Pakatan untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan serta Islam sebagai agama bagi persekutuan sementara membenarkan agama-agama lain diamalkan dengan aman damai.

Berkenaan soal agama, Buku Jingga membentangkan niat Pakatan untuk

  • “Menganjur dialog dan rundingan antara peradaban untuk mengukuhkan persefahaman”,
  • “Menubuhkan mekanisme yang menyeluruh untuk memberi penyelesaian yang adil dalam kes-kes yang melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil dan syariah, termasuk sebuah Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji semua isu-isu berkaitan dengan mendalam” serta
  • “Memperkukuhkan pengurusan institusi Islam seperti Baitul Mal dan Tabung Haji”.

Manifesto Pakatan tidak mengandungi butiran terperinci mengenai hudud. Maka segalanya terbuka kepada tafsiran.

Nyata sekali ketiga-tiga parti tersebut tidak mengambil usaha untuk membuat penafsiran yang sewajarnya supaya kekalutan dapat diungkaikan.

Sampai bila hendak mengelak ?

Portal berita The Malaysian Insider melaporkan peguam tersohor Prof Abdul Aziz Bari sebagai berkata beliau tidak nampak sebarang asas dan sebab yang memerlukan Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memberi laluan kepada pelaksanaan hukum hudud.

Pada mesyuarat yang diadakan beberapa hari lepas, suasana yang keruh tidak dijernihkan dan DAP belum lagi membuat apa-apa penetapan tentang tindakan yang akan diambil mereka jika PAS teruskan dengan rencana hududnya di Kelantan.

Berlainan MCA dan Gerakan yang bertekad akan meninggalkan Barisan Nasional sekiranya Umno meluluskan hudud. Umno pula memberi jaminan hudud tidak sesuai diadakan.

Sikap DAP berdolak-dalih selaras main pusing Lim Guan Eng yang seolah-olah kabur di antara apa yang dipertuturkan setiausaha agung parti itu di Australia dan apa yang dicakapnya di Singapura.

Manakala PAS dapat melihat jalan ke depan dengan jelas sekali. Ini kerana PAS mempunyai roadmap atau peta. Ada peta dan ada pegangan.

Hasrat Negara Islam 

Dasar PAS memang tercatat di dalam perlembagaan parti sebagai ‘Islam’. Perjuangan PAS ialah untuk mewujudkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang mengikut nilai-nilai hidup Islam.4

Fasal 7 perlembagaan PAS menyebut bahawa hukum tertinggi PAS ialah Al-Quran dan Sunnah. Bukannya perlembagaan negara yang dirangka sebuah suruhanjaya hakim Commonwealth. Dan sudah tentunya bukan Buku Jingga yang disalin-tampal dari dokumen CPF oleh budak-budak pejabat think-tank Anwar Ibrahim.

Natijahnya PAS akan melaksanakan hudud. Kalau bukan besok, lusa. Kalau bukan lusa, tulat. Tetapi pastinya ia akan dijalankan kelak.

Undi Pakatan, undi hudud

Susulan itu, para penyokong tegar pembangkang tidak payah bersusah-susah sangat. Yang mahu hudud, undilah PAS.

Ataupun pilih PKR.

Parti itu telah menuntut qazaf terhadap Datuk T kerana kononnya ketiga-tiga orang kenamaan itu5 terbabit qazaf kerana membuat tuduhan melakukan zina (atau liwat) tanpa membawa empat orang saksi lelaki yang warak. Qazaf ialah sebahagian daripada kanun jenayah hudud. Sekiranya diikutkan betul-betul, hukuman untuk kesalahan qazaf ialah 80 kali sebatan.

Ketua umum PKR Anwar Ibrahim pun terang-terang menyokong hudud. Maklumlah, ‘Anugerah Tuhan’. Takkan seorang wali Tuhan boleh kalah kepada ohre Kelate (meskipun Kelantan digembar-gemburkan sebagai Serambi Makkah) dalam menunjukkan siapa lebih Islam.

Dan yang Islam melebih-lebih itu – setiausaha agung DAP yang riuh sekampung mengagung-agungkan Khalifah Umar Abdul Aziz – bagaimana pula? Cuba tanya: Sejak bila ada ‘khalifah’ dalam sejarah tamadun Islam yang enggan mendokong ‘amar ma’aruf nahi mungkar’?

Lantaran itu, Lim Guan Eng (yang ungkapan ‘amar ma’aruf nahi mungkar’ tidak pernah lekang dari bibirnya) harus menjelaskan kepada umum sama ada dia menolak bahawa hudud mampu mencegah kemungkaran.

________________________________________________________________________

Rencana berkaitan:

Negara-negara paling selamat tiada hudud

Butir-butir hukuman hudud di bawah Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993

Siapa yang sokong hudud?

NOTA KAKI:

1. Hudud ialah kata majmuk (plural) dari Al-Hadd yang bererti kawalan atau cegahan.

2. Buku Jingga dilancarkan pada bulan Disember 2010 dan merupakan lanjutan CPF.

3. Kerangka Dasar Bersama (CPF) ialah sebuah deklarasi 23-halaman yang disediakan pada Disember 2009 serta diabsahkan oleh ketiga-tiga PAS, DAP dan PKR.

4. Badan tertinggi di dalam hierarki kuasa PAS ialah majlis syura, kedudukannya mengatasi jawatankuasa kerja pusat. Mengikut Fasal 8(3) perlembagaan parti, majlis syura dianggotai ulama yang bukannya dipilih perwakilan tetapi sebaliknya dilantik para ulama sendiri.

5. Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk Shuib Lazim dan Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

5 thoughts on “Manifesto Pakatan tidak terang-terang menegah hudud

  1. ..apa yang ditakuti sangat tentang hudud..? Undang-undang Islam tidak terpakai ke atas orang yang bukan Islam.., so apa masalahnya…? Hamba yang menyerah diri itu membawa maksud patuh kepada perintah suruhan dan larangan ALLAH swt. Kenapa orang-orang yang beragama bukan Islam berlebih-lebih pulak cuba untuk menghalang peraturan kehidupan kepada orang yang beragama Islam…! Sedangkan orang islam tidak pernah pun menghalang amalan keagamaan mereka…

  2. Pakatan Pembangkang harus mengambil satu keputusan tegas dan muktamat mengenai HUDUD. Tidak bolih berlengah2 lagi.
    Awal2 lagi jalinan pakatan antara DAP dan PAS telah menampakan ketidakserasian ( incongruencies in principles ) Islam vs Anti Islam.
    Kedua2nya terdesak mahu kemenagan serta kuasa. Mereka tidak mempunyai jalan lain selain drp berkompromi dan bermuka2.
    Dgn cara ini mereka telah berolih satu kejayaan yg begitu unprecedented, yg tak pernah diimpi2kan dahulu.
    Mereka juga terpaksa memainkan strategi yg sama dgn Keadilan, walupun terdapat banyak isu2 yg berkonflik dari segi perinsip,moral.
    perundangan, bangsa ,bangsa dll.

  3. Hudud Law is only meant for the muslims. But Umno makes it a mockery by saying that there will be chaos in this country if Hudud Law is being implemented because Malaysia is a multi-racial and multi- religion country.

    Whereas Hudud Law has got nothing to do with the non –muslims since they could easily opt to the present British Colonial Common Law or Civil Law for that matter. Which is not even a Chinese, or an Indian Law or even a Christian, Hindu or Buddhist Laws in reality.

    Being a democratic country , Hudud Law i.e. The Syariah Criminal Enactment 11 was passed by the Kelantan State Assembly in 1993 and The Syariah Criminal Enactment was passed by the Terengganu State Assembly in 2003 respectively. This is in accordance with the procedures of democracy engaged by PAS in its Islamic political course and plights which is contradicted with the speeches of Umno leaders right from Tunku till Najib. Such as Hudud will stop development and not all Muslim States implement Hudud. Making it a plain mockery and a criminal defamations toward God as The Absolute Law Giver , Islam and the muslims at large.

    Umno says, “ Hudud in Kelantan and Terengganu is PAS’s Hudud” and where is Umno’s Hudud? . Umno says, “ Hudud is in the Qur’an “ but any lay man for that matter (not law-man) will tell Hudud in the Al-qur’an and the Al –Hadis ( Traditions of the prophet ) must be legalized first in the State Assembly and in the parliament as such Umno is the blockate of Hudud Law all these while by sending a letter of threat to the Kelantan Government not to implement Hudud. Thus, Hudud had been a mockery of Umno.

    When Mahathir said,” Why TGNA not implementing it when he’s no more the PM “ has proven that he had bulshited all the yes man leaders and followers of Umno that Umno is the biggest Islamic party in Malaysia but he himself makes Hudud a mockery and played escapism whereas Hudud is the responsibility of all muslims to practice it as to the 5 time prayer , pilgrimage, zakat and fasting as obligatory practices as ordained in the Qur’an.

    Any where we go in the world , one will never find a Buddhist Court, a Hindu Court , a Christian Court or a Judaism Court for that matter . But for the muslims there’s such religious court known as The Syariah Criminal Law pertaining to i) Hudud Law i.e. i) Syariqah( burglary), ii) Hirabah( Arms Robbery ), iii) Syurb( Intoxicants), iv) Adultery, v) Qozaf( Accussations of adultery and Sodomy without four eye-witnessses ) and vi) Apostacy which is only meant for the followers of Islam i.e. Muslims . Even the Medina Charter of the prophet First Benevolent Government in Islam did not abide the Jews , Christians and pagans to follow ii) Qisos ( Batteries and causes of injuries ) and iii) Taazir ( Judge verdict not beyond Hudud punishment which is not in Hudud or Qisos ) such as drugs crime which is not supposed to be hanged right away as in the present Civil Law or pardoned a hang sentence except for the benefacaries consent with a certain amount of compensations agreed upon by both parties.

    The idea of Hudud is to protect the muslims i) Faith, ii) healthy and sober mind iii) lives from being raped or murdered , iv) genuine and clean siblings and v) protect the property . Thus Islamic Law is not to punish but to educate the people and their sins being pardoned if they were to be sincere . acceptable and surrender to God in return they are free from the sins committed in the hereafter. An Islamic System of a Benevolent Government is not merely in this world ( unlike Umno until 2020) but until the hereafter as our future and eternal world or the actual permanent state we are heading to.

    But Umno’s hudud mockeries have created fear amongst the muslims themselves condemning without understanding . But with PAS out-reaching of the true teachings of Islam right from its first President Tuan Hj Fuad 60 years ago i.e. in 1951 PAS was formed in Butterworth That was when The Ulamaks left Umno and formed PAS for they didn’t agree with gamblings approved by Umno till now which is different from Kelantan.

    PAS leadership was then taken by a modern time ulamak who wrote the book on “ Symposium Tasauf “ was well respected of his depth religious knowledge who was also the first Malay Doctor in Homeopathy medicine i.e. Professor Doctor Burhanuddin Al Helmy and his Deputy , Professor Doctor Zulkifly Muhammad. Prof. Dr. Burhanuddin once was invited for an international meeting known as The Asia-Africa Conference for the first time held ; where he was the only one representing Asia and Malaya and South East Asia for that matter as one of the masses freedom fighters leader against colonizations and imperialism

    Now after 60 years , there are many professionals, doctors, engineers, lawyers, lecturers, professors, and ulamaks as well hand in hand in PAS plights for a Benevolent State . Ulamaks and Professionals as ONE entity which attracted the non –muslims as well to join in a universal course of non-racist , primordial , clean, just and fair to everybody regardless of race and religion . As a matter a fact unexpectedly PAS has formed a new wing called “ PAS SUPPORTERS WING which was once given a hint by Prof. Dr. Zulkifly Muhammad and now became a reality comprised of about 20,000 non-muslims; PAS Benevolent State of Kelantan being its model of a good governance , zero –corruptions recognized by International bodies such as Transparency International

    Suprisingly, unlike Umno ‘s drama with MCA and Gerakan Hudud’s Mockeries. Where Umno did not revoke Terengganu Hudud under Umno rule now and MCA and Gerakan did not withdraw from BN as for the Syariah Criminal Enactment in Terengganu being accepted by them since 2003. Whereas DAP and PKR and PAKATAN acknowledged the Hudud Law approved in Kelantan and Terengganu prior to the formation of Pakatan Rakyat. Congratulations Pakatan ! killed Umno stratagies stabbing itself for good ! Promote Orange Book and Pakatan Rakyat Common Policy Platform for a New Malaysia !

    In the matter of DAP , PKR and PAS interpretations of the Civil Criminal Law, Federal Constitution and the Syariah Criminal Enactment in particular to be implemented in Kelantan; have plenty of rooms to be discussed with .With the acknowledgement of Pakatan towards Hudud in Kelantan and Trengganu . It could be proceeded fairly through a “ Constitution Court” yet to be formed in considering that Religion Is within the absolute power of the Sultans and States without Sultans is the Agong. And Islam is the official religion of Malaysia in its real meaning not secularized i.e. Islam as i) “ Ad-deen Waddaulah and ii) Ad-deen wa syariah “ promoting A Benevolent Islamic System of Good Governance and just to all and other religions are free to practice there to.

    With all due respect to all the non-muslims as a whole and PAS SUPPORTERS WING , DAP and PKR. PAS will never enforced the Hudud Law towards the non-muslims as ordained in the Holy Qur’an “ La iqra hafiddeen “ ( There is no compulsion in religion) i.e. upon the non-muslims but only to the muslims being made obligatory as practicing their faith .Thus, The Islamic System is fair to everybody regardless of Religion and Race for it is performed with the spirit of : Rahmatan Lil “Alameen” ( A blesseth From God To the Whole World ).

    _____________________________________________________

    Wouldn’t Al-Baghi affect non-Muslims? — Helen

    1. Apa kata pemimpin-pemimpin kaum PAS (kecuali Nik Aziz), Anwar dan DAP tentang Hudud PAS itu???

      1. Hadi Awang kata tak boleh laksana hudud sebab ekonomi
      2. Azizan Abdul Razak kata tak boleh laksana hudud sebab masyarakat berbilang agama.
      3. Nizar Jamaluddin kata tak boleh laksana hudud sebab tak janji nak laksanakan.
      4. Hassan Ali kata no comment
      5. Husam Musa kata mungkin 30 tahun lagi
      6. Anwar Ibrahim kata tiada dalam agenda
      7. Lim Kit Siang kata perlu persetujuan bersama kalau nak laksanakan hudud,
      8. Karpal Singh suruh langkah mayat dia dulu kalau mahu laksana hudud.

      Enakmen Hudud PAS Kelantan 1993 walaupun telah diluluskan dengan sebulat suara DUN, dan juga telah diperkenan / ditandatangani oleh Sultan Kelantan tetapi SEHINGGA HARI INI Nik Aziz tidak menggazetkan / mewartakan tarikh kuatkuasa (date of enforcement) nya kerana takut.

      Hadi Awang berani menggazetkan tarikh kuatkuasa Enakmen Hudud Terengganu 2002.

      Sila rujuk Enakmen Hudud Terengganu 2002 di bawah:-

      ENAKMEN 4 TAHUN 2002
      ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M

      Tarikh Persetujuan DiRaja : 2 September 2002
      Tarikh disiarkan dalam Warta :25 September 2003
      Tarikh mula berkuatkuasa : 27 Oktober 2003 [Tr. P.U. 10/2003]

      http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Ori.nsf/f831ccddd195843f48256fc600141e84/cb36901c419ea86448257385002c3dc8?OpenDocument

      Jadi hukum hudud yang diperkatakan oleh ketua kaum PAS Nik Aziz itu hanyalah penipuannya sahaja ekoran kehilangan ramai pengundi-pengundi Mmelayu yang tidak lagi menyokong parti politik PAS kerana Nik Aziz berkawan dan memuji DAP. Sila buat analisa keputusan by-elections yang telah diadakan dalam tahun 2011 dan tahun 2010 sebagi buktinya.

      Apapun sebagaimana Karpal Singh berkata sebagaimana disiarkan dalam akhbar tempata, Enakmen Hudud PAS Kelantan dan PAS Terengganu itu adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan illegal untuk dikuatkuasakan kecuali pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan dan Akta Parlimen 355 dibuat oleh MP PAS sendiri.

      Saya perhatikan pengikut-pengikut kaum PAS tidak faham Perlembagaan Persekutuan dan Akta Parlimen yang membincang kesalahan jenayah terhadap masyarakat. (dan juga agama Islam).

      Sebab itu saya syorkan pengikut kaum PAS ini supaya rajin membaca dan buka minda mereka mengenai alam realiti.

  4. Tak payah kata hudud

    Cuba haruskan process sunat kat China dan India dulu..
    Itulah adalah perkara baik dan hygiene…
    Tengok boleh terima tak

    :)

Comments are closed.