Posted in DAP MENGKHIANATI KAUM CINA, DAP MENGKHIANATI KAUM INDIA, DAP MENGKHIANATI KAUM MELAYU

Guan Eng bergesel bahu dengan tauke-tauke besar Cina

Biawak hidup 

Pada awal pagi Okt 12,  keadaan menjadi gempar dan kelam kabut apabila secara tiba-tiba seekor biawak yang entah dari mana datangnya berlegar-legar di Komtar berhampiran dengan pintu masuk utama pusat pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.

Gambar Guan Eng dipamerkan di Kolej Han Chiang -- saiznya lebih kurang sama besar potret Chairman Mao (Zedong) di Dataran Tiananmen sewaktu perayaan Hari Kebangsaan Zhongguo

Mengikut blog Tok Jen, biawak itu menyebabkan orang ramai masing-masing lari bertempiaran.

Namun setibanya ahli-ahli bomba, mereka telah dihalang oleh pengawal keselamatan daripada membuat pemeriksaan.

Tok Jen mengamati tindakan pihak pentadbiran kerajaan negeri yang mendiamkan diri berhubung dengan insiden tersebut serta cuba mengelak ianya daripada diketahui umum.

Ini kerana mereka khuatir Lim Guan Eng akan dimalukan. Akan tetapi nampaknya berjaya juga dielakkan insiden tersebut daripada mendapat publisiti media, ya?

Berkaitan peristiwa di atas, ada tersebarnya SMS kononnya bekas penduduk Kampung Buah Pala yang merancang membawa haiwan tersebut ke Komtar, kata Tok Jen.

BFF = Best Friends Forever

Tempoh hari, Menteri Penerangan Rais Yatim menegur Lim Guan Eng sepatutnya menasihatkan pengurusan Kolej Han Chiang supaya menggunakan BM dalam majlis rasminya.

Kata Rais, kolej tersebut “dikendalikan oleh personaliti kenamaan yang rapat dengan Guan Eng”.

Menteri itu dipetik sebagai berkata: “Guan Eng sepatutnya menasihatkan konco-konconya di institusi itu supaya menghormati bahasa kebangsaan.”

Tan Kok Ping (tengah) bersama Rais Yatim (kanan)
Mesranya Tan Kok Ping dengan Lim Guan Eng

Yang dimaksudkan Rais sebagai ‘konco’ Guan Eng (personaliti kenamaan berpangkat Tan Sri yang rapat dengan ketua menteri itu) agaknya ialah Tan Kok Ping.

Tan Kok Ping ialah pengerusi jawatankuasa Kolej Han Chiang dan juga presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang.

Selain itu, dia pengarah urusan Berjaya Sports Toto dan mempunyai lebih 38 tahun pengalaman dalam pelbagai industri termasuk sektor pembangunan hartanah.

Tahukah anda bahawa tindakan pertama Guan Eng ialah mengambil portfolio TANAH untuk dirinya apabila Pakatan menguasai Pulau Pinang?

Suratkhabar The Edge: Klik untuk baca

Guan Eng ialah exco negeri bertanggungjawab atas hal-hal tanah.

Sekali lagi: Tan Sri Tan Kok Ping ialah orang besar syarikat Berjaya yang juga pernah terlibat dalam bidang pembangunan hartanah.

Baru-baru ini Berjaya Land Bhd, iaitu syarikat Vincent Tan, membeli 57.3 ekar tanah Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang untuk harga RM459 juta. Nilai kasar pembangunan tapak ini dianggarkan RM1.5 bilion nanti.

Tan Kok Ping di kanan Guan Eng

Gambar-gambar the rich and famous

Waaah, cuba lihat di bawah gambar-gambar Guan Eng bersama Tan Kok Ping yang berlonggok-longgok.

Rugilah penduduk miskin India Kampung Buah Pala yang rumah mereka dirobohkan kerana Guan Eng memihak kepada developer itu hari.

Para developer pada zaman silam begitu baik dengan kerajaan Barisan Nasional di Pulau Pinang tetapi kini mungkin tidak lagi kot.

Tan Kok Ping, yang ada ‘kawan best‘ baru, sekarang dengan tiba-tiba pula mengkritik prestasi lampau mantan ketua menteri Pulau Pinang Dr Koh Tsu Koon yang dikatakannya “not doing anything in the past 18 years“. (Aduh sakit tak terhingga dikenakan apabila tidak laku lagi kerana sudah tentulah Guan Eng yang tengah ‘ong’.)

Dalam hidup ini, kawan akrab bukanlah untuk selama-lamanya, terutama sekali di kalangan politikus dan ahli peniagaan bigshot.

Penduduk kampung diusir

Selain Kampung Buah Pala, penduduk Kampung Pokok Assam pun marahkan kerajaan Pulau Pinang gagal menepati janji.

Kampung Binjai sebuah lagi perkampungan Melayu di negeri itu yang terpaksa memberi laluan kepada projek pembangunan.

Selain Kampung Buah Pala, Kampung Pokok Assam dan Kampung Binjai, diambil juga tanah Kampung Genting dengan 86 buah keluarga akan terpaksa berpindah.

Kesiannya rakyat marhaen yang kehilangan rumah dan tanah pusaka di koridor amar ma’aruf nahi mungkar pentadbiran Saidina Umar.

Untuk mengetahui tentang land deals lain bernilai berbilion-bilion-bilion ringgit di Pulau Pinang yang diusahakan developer-developer besar sejak Pakatan mula memerintah, sila baca di sini.

Nampaknya Guan Eng sering kali berdampingan dengan Tan Kok Ping, leh. Pasangan ini pasti boleh kita kata BFF — best friends forever, ya?

Kemaskini: Dewan Peniagaan Cina, yang mana Tan Kok Ping menjadi presidennya, telah memberikan sumbangan RM2 juta kepada SMJK (C) Heng Ee yang dihadiri anak Guan Eng. Baca SINI.

Rencana berkaitan:

Cina tidak lagi komunis malah DAP-lalaland kapitalis gagah

Author:

I have no Faceook or Twitter.

13 thoughts on “Guan Eng bergesel bahu dengan tauke-tauke besar Cina

  1. Sungguh tak sangka Tan Kok Ping dah jadi BFF Lim Guan Eng. Mungkin lambaian ‘gambar kepala YDP Agong’ adalah terlalu mikat hati Tan Kok Ping?

  2. Banyak sekali tanah orang Melayu atau milik Bumiputera diambil secara paksa atau secara halus di Pulau Pinang, sama ada di pulau atau di Seberang Prai. Seorang kawan memberitahu ada sebuah kilang milik Cina di Seberang Prai yang beroperasi di atas sebidang tanah milik Melayu yang tidak dipindah milik oleh waris-waris yang berbalah. Oleh kerana tanah itu tidak ‘bertuan’, pemilik kilang itu dengan mudah menduduki tanah itu tanpa diganggu oleh sesiapa.
    Pulau Pinang yang kini kaya raya dulunya milik Kedah tetapi disewakan kepada syarikat British dengan kadar murah, selagi ada bulan dan matahari.
    Ada baiknya kerajaan Kedah berusaha merundingkan semula kadar sewa itu atau setidak-tidaknya meminta bayaran lebih tinggi untuk bekalan air dari Sungai Muda yang disalurkan kepada Pulau Pinang.

  3. woi, jealous dgn LGE? masuk politik la, cabar LGE. buat sorak kat sini, kamu pernah jumpa LGE? ada bukti? jgn cakap je, macam UMNOK

    1. I find it weird that some one would address as helen barua and then spike the who thingy on an agenda. With Malaysians anything is predicatable as long it serves the master like how it has been with BN and now the glorified PR. Apa bukti you nak. Bukti for all this when al the bukti was given and you run your own agenda. Seriously these PR bloggers are becoming fools as the day passes by as they did nothing for 54 years and now they know what is best for the society.

      Hello Brother/sister, Helen is a freelance journalist with only humane affinity, have some decency. What is so wrong to have alternative thought and why does it is always need to be political. Sure UMNO is f***ked up, but what good is it when PR also f***s up like this stupid personality in his comment. Just look at the comment jealous, jangan cakap like UMNO. How to deal with such low lifes when it is all about politics rather the the truth. PR is another making of UMNO with this kinda of crap.

  4. bercakap tu tengok2 ler juga , politik UMNO lagi kotor dengan yang tak amanah, skandal , penyalahgunaan duit rakyat, cantas orang sana cantas orang sini.sentiasa memikirkan kroni. ko ingat menteri2 tu tak de citer masing2 nyaris nak kena tangkap cuma sebab diaorang ada kroni yang tukang jadi balaci.pastu bila dah naik sesi balas budi pulak.orang yang tak amanah dilantik menjaga asset yang paling bernilai majoritinya Melayu. Penang dah lama dikuasai oleh orang cina namanya MCA, orang melayu dah lama terpinggir.sekurang2nya guan eng taw ler tanggungjawab naik gaji guru KAFA, masalah hubungan dengan tan sri ke dato seri memang biasa sebab kerajaan negeri perlu duit untuk melancarkan ekonomi negeri sebab negeri yang diperintah oelh pembangkang susah dah peruntukan(dipotong2)zaman Dr M baik dengan Vincent Tan ada orang kisah……….semua orang UMNO tak bising pun.fikir2 ler bukan tak de pilihanraya kalau 5 tahun pembangkang diberi peluang tapi tak berjaya meneraju Malaysia, dalam pilihanraya kita pangkah orang yang layak

  5. Hi Helen
    I’m a Malaysian. Please continue to speak without fear or favour. Malaysia needs people like you who don’t side with personalities or camps but side with the truth.

  6. Maybe that is why many people with special interest wants regime change. It is just a way to shuffle the deck of cards. Business as usual but with different players. Sometimes it is the only way to break the monopoly.

  7. Before 8 Mar 2008, DAP=socialist; after that, DAP=capitalist.
    In front of PKR, Guan Eng said DAP had no ambition to be prime minister, so it can be called NAP (No Ambition Party) now; but, if it has no ambition to lead then why it is the business of politics in the first place? To get contract or to get commission, or both?

Comments are closed.