Posted in HIPOKRIT

Anak pemimpin DAP sekolah apa?

Anak perempuan Tony Pua yang sekarang berumur 6-7 tahun mendaftar atau belajar di sekolah kebangsaan ataupun di sekolah Cina agaknya?

Pada Jun lepas, SatD telah memblog tentang kenyataan ketua biro penerangan DAP itu yang menyentuh tuduhan sekolah vernakular dikambing-hitamkan sebagai punca perpecahan kaum. (Baca sini)

Tony pernah berkata:

“National integration in Malaysia would also mean that our child will have to be reasonably fluent in Bahasa Malaysia. I would like her [Tony’s daughter Xin Ying] to be able to converse fluently with her Malay friends in the language. I find that the verbal skills of most of the younger Chinese in the Malay language do not extend very much beyond making food orders at the corner mamak shops. This actually leads to further reasons for segregation amongst the Malaysian racial groups.” (Baca sini)

Tony juga pernah berkata:

“Language unfortunately is one of the key factors to enhance and ensure integration amongst the various races in Malaysia. I’d definitely want Xin Ying to be part of this integration.” …

“Part of the reason is the racial cliques which arises out of primary schools through to universities in Malaysia, not helped by Chinese vs national school dichotomisation.” …

“Finally, I find that the lack of interaction and integration in schools have resulted in culturally insensitive behaviours, something I definitely do not want Xin Ying to pick up. For example, we may be conducting a project meeting with a ‘multiracial’ crowd but you will still find some of the Chinese graduates to carry out part discussions with each other in Mandarin or Cantonese, which to me, is absolutely rude.” (Baca sini)

Pasti pengikut-pengikut tegar parti yang mendokong Anak Malaysia-Malaysian First itu ingin mengetahui sekolah apa dipilih untuk anaknya oleh Tony Pua yang begitu menitik-beratkan faktor integrasi kaum.

Tony sendiri menuntut di sekolah Montfort Boys School, iaitu bekas sekolah mubaligh Kristian.

Seniornya di sekolah itu ialah Lim Guan Eng yang menuntut di Monfort Primary English School (zaman pra-DEB sebelum sekolah Inggeris dimansuhkan). Guan Eng mula-mula belajar di La Salle, iaitu jaringan sekolah yang dikelolakan oleh ‘Brothers’ Kristian.

Lim Guan Eng - Wikipedia (klik)

Latar cetusan idea 1Sekolah

Blog Pure Shiite adalah antara penggerak utama kempen Satu Sekolah Untuk Semua (SSS). Bloggernya merupakan orang kedua menandatangani petisyen SSS yang meminta supaya dihapuskan sekolah vernakular dan untuk ianya digantikan dengan sistem pendidikan satu aliran (1Sekolah).

Petisyen tersebut ditaja blog Demi Negara dan bloggernya KijangMas telah menurunkan tandatangan #1.

Membalas posting semalam oleh saya, SatD – blogger #2 kempen SSS – hari ini mengulas persoalan sama ada gerakan 1Sekolah seperahu dengan DAP.

Saya telah mengemukakan pandangan bahawa SSS and DAP bagai pinang dibelah dua kerana mereka sehati sejiwa dalam hasrat mahu membentuk Bangsa Malaysia.

Menurut gerakan SSS, kempen mereka berteraskan penubuhan “satu bangsa, satu negara, satu bahasa”.

‘Satu bangsa’ yang diuar-uarkan SSS saling tak tumpah dengan konsep bangsa ‘Anak Malaysia’/Malaysian First yang dilaungkan DAP.

(Manakala konsep 1Malaysia yang diilhamkan perdana menteri Najib Razak nampaknya mirip kepada cogankata ‘satu negara’.)

Seorang lagi blogger puak SSS Kenn telah mengumumkan pada Isnin lalu bahawa kempen mereka sudah berputik semula.

(screenshot Kenn atas) Janji SSS bahawa semua rujukan kepada bangsa dan etnik akan dilarang kelak – iaitu setelah Bangsa Malaysia berjaya dimantapkan – pasti dialu-alukan oleh DAP. Ini kerana parti tersebut sering menegah seseorang itu merujuk kepada keturunan, perbuatan yang namanya ‘rasis‘ mengikut mereka.

Bersambung:

Author:

I have no Faceook or Twitter.

24 thoughts on “Anak pemimpin DAP sekolah apa?

  1. Helen, aku dah cuba nak rasioanl dengan kau, tapi nampaknya KECINAAN KAU TERLAMPAU TEBAL! Aku cakap ssus tak sama dengan DAP, kau masih dok kata sama, inilah masalahnya bila tak faham bahasa Melayu Helen.

    Cara kau tulis bahasa Melayu pun aku nak tergelak sebenarnya, bukanlah niat aku nak hina kau tapi sebab kau ni tebal sangat kecinaan kau jadi itu pasal kau tulis pun macam tah le, cakap kang menangis pulak u!

    DAp adalah parti racist yang jual nama Malaysian Malaysia namun hakikat sebenarnya ianya adalah parti racist Cina tahap komunis punya! Takan la benda simple ni pun kau tak faham Helen. Kalau ya pun nak selamatkan sekolah Cina kau yang menjadi punca perepecahan kaum tu pun, agak-agak la kak oi!

    Eh, kau faham tak tak bahasa melayu aku ni? Ke kena buka dictionary? Rilek la, BM aku ni simple punya je.

    Kalau kau nak smeua bangsa bersatu, kita semua kena ke satu sekolah! SESUNGGUHNYA 1 MALAYSIA HANYA AKAN BERJAYA SEKIRANYA KITA SEMUA KE SATU SEKOLAH!

    DAP cakap saja tapi dari Presiden sampai la ke balaci semua KOMUNIS maaaa, itu cakap politik saja mau sama rata. Mana ada bangsa lain berkuasa, takkan la kau tak tau Helen macamana DAP Perak layan sama itu Kulasegaran? Hanya kerana dia India maka dia dianjingkan.

    Kita suruh semua rakyat Malaysia ke satu sekolah tu sama macam DAP ka? Lu sekolah mana dulu? Apasal lu manyak racist Helen? Lepas ni lu mau hantam sama saya jugak ka? Saya sayang semua bangsa, saya sayanag negara ini! Sebab itu saya mau 1 sekolah!

    Dalam hal ini aku menyokong penuh BLOGGER SATD!

    1. Lu ni tahu baca BM lapi lansung tak paham BM, gua tak kesah lu siapa support, satD ke, kijangmas ke yang penting sekali pendirian yang consistent bukan gostan, dan masuk akal. Gua akan pendekkan cerita gua sebab panjang lebar tak sesuai untuk bacaan orang lemah kepahaman macam ko.

      You can’t really reform the schools by focusing on schools. Desegregation work provided there is complement strategy that resolve the entire sosio-political aspect. Otherwise, lu orang sama dap anglo banyak cakap politik syok sendiri aje lapi substance talak. Ada paham?

      1. Lu pun kena belajar faham BM… sebab lu pun tak faham apa yang hendak dicapai melalui satu sekolah untuk semua….

        we are not trying to reform the schools. We think that through 1 school for all, malaysian can be united.

      2. I know you are a ‘leap’ fanatic, especially in the dark. Will revolt the schools sound better?

    2. Define hypocrisy. parpukari who calls indians and chinese as ‘cina babi’ and ‘keling’ and supports separate treatment for bumi n non bumi is accusing chinese schools as the root of racism.

      Lain kali sebelum panggil india ‘keling’, tolong lihat muka dalam cermin dulu

      1. kalau semua orang tanpa mengira bangsa belajar di satu sekolah yang sama, parpukari pun tak akan panggil cina babi dan keling. This is happen due to the small children being disaggregate since the beginning.

      2. chewal, betoi ke?

        betoi ke orang parpukari panggil bkn melayu sebagai babi kerana sekolah cina, atau kerana didikannya yang kurang?

  2. LGE the kebangsaan school anglo, his right-hand boy call-the-Chinese-speaking-graduate-rude TP, and left-hand girl anak-Malaysia-race HY, the three most prominent future leaders of DAP line-up, to my amazement, are rejected and snubbed by the SSS horde as racist and chauvinist? Where is the integration and interaction between the SSS horde with the three kebangsaan school icon that can’t write their mother’s name in Hanzi? One school different dreams, or one school same hypocrisy?

    Opps Helen……I feel the pain again. :)

    1. quote: “are rejected and snubbed by the SSS horde as racist and chauvinist? Where is the integration and interaction between the SSS horde with the three kebangsaan school icon that can’t write their mother’s name in Hanzi?”

      Lol. Haven’t been reading the right wing nut perkasa umno blogs, have you?

  3. Here’s another interesting point of view. I have personally witnessed this when I was teaching in a Malaysian university i.e. vernacular-school-educated Chinese students and national-school-educated Chinese students not being able to get along together. How might we expect students of other ethnicities to fare?
    http://www.themalaysianinsider.com/opinion/article/not-chinese-enough/
    Could it be that we are so busy looking for the imagined boogeyman that we don’t see the devil standing right next to us?

  4. Para komentari: Bapak-bapak Ibu-ibu semua yang ada disini … ada yang bilang ganyang tak goncang bagai sayur tanpa garam kurang enak kurang sedap… dari itu saya ganyang agar semuanya senang, bagi yang kurang berkenan melihat saya meng-ganyang jangan marah… maafkanlah.

    Mari kita mulakan.

    Intisari kapasiti saya sebagai ”Generasi Baru” Malaysia.

    http://www.themalaysianinsider.com/opinion/article/not-chinese-enough/

    Saya adalah penyokong kepada “Kempen Satu Sekolah Untuk Semua” petisyen # 3,098. Setuju lagi dipersetujui bersama lantaran persetujuan kita mengenai pautan artikel yang seperti tertera di atas. Pening? Bertahan seketika, ringkasan penjelasan.

    Saya juga menjadi saksi atas kelakuan pelajar-pelajar di sekolah kebangsaan dan ”sjkc”, mereka ini sukar untuk bergaul bersama dan saling pandang memandang dengan pandangan yang mencurigakan dari pelbagai arena seperti, ( bermain bersama, menelaah, bersiar-siar, aktiviti sukan, makan dengan meja yang sama), pengkhususan ini saya membicarakan dengan bangsa cina dengan kecinaan cina berlandaskan pengalaman sewaktu sekolah dahulu, belum termasuk lagi bangsa lain yang berbeda.

    Saya tidak mahu memberikan penjelasan dari sudut perundangan kerana Satd sudahpun menghuraikan (bukan menafsirkan) dengan panjang lebar, kudos to him.

    Kepada ”orang yang berkenaan”, siapa tu dek non? Ehem… saya hormati pandangan anda, kerana ketulusannya menitikberatkan bangsanya terlebih dahulu walaupun berdepan dengan lontaran cemuhan ramai lantaran pendiriannya yang tidak bersepadu? hmmm… ? That will be another round.

    Kalau ini pendirian sejati anda,

    (Tak payah berbuih mulut untuk menyakinkan saya kerana nyata blog ini sudahpun berusaha mendaulatkan bahasa kebangsaan, tidak mencabar raja Melayu serta lain-lain kerenah yang dirungutkan SSUS.)

    Maksud sehubungan ayat di atas, ”blog ini sudahpun berusaha mendaulatkan bahasa kebangsaan, tidak mencabar raja Melayu”; anda sudahpun membuat natijah yang jitu, itu sudah tidak boleh disangkalkan lagi, kerana ianya di hubungkaitkan seperti yang terpahat di dalam ”artikel 152/153”, melainkan; kalau sukar benar untuk memahami oleh mereka yang sering bercelaru akibat kedangkalan minda.

    (Saya telah mengemukakan pandangan bahawa SSS and DAP bagai pinang dibelah dua kerana mereka sehati sejiwa dalam hasrat mahu membentuk Bangsa Malaysia.)

    Maksud sebenar “Kempen Satu Sekolah Untuk Semua” adalah sejajar dan selari dengan perlembagaan dan perundangan Malaysia. Mana mungkin boleh disama ertikan dengan retorik perjuangan slogan DAP, yang umum sudahpun mengetahui difinasi hakikatnya bahawa ianya bersifat perjuagan untuk menerajui perbendaharaan Putrajaya semata.

    LAWS OF MALAYSIA
    Act 550
    EDUCATION ACT 1996
    Incorporating all amendments up to 1 January 2006

    Under Section 17:
    National language as the main medium of instruction
    17. (1) The national language shall be the main medium of
    instruction in all educational institutions in the National Education
    System except a national-type school established under section 28
    or any other educational institution exempted by the Minister from
    this subsection.
    (2) Where the main medium of instruction in an educational
    institution is other than the national language, the national language
    shall be taught as a compulsory subject in the educational institution.

    Untuk penjelasan lanjut bagi mereka yang belum membaca, di sini saya lampirkan tiga hujah Satd.

    Akhir kata, kita sebagai rakyat Malaysia hanya mahu yang terbaik untuk Negara, dan apa yang ada di dalamnya.

    http://satdthinks.blogspot.com/2010/11/reply-to-tun-perkasa-post-peruntukan.html

    http://satdthinks.blogspot.com/2011/11/story-of-satu-sekolah-memo.html#more

    http://satdthinks.blogspot.com/

    Pembelaan di atas dasar logik, untuk mempertahankan suatu etnik; dan pembelaan di atas dasar Perbendaharaan Perlembagaan dan Perundagan Negara adalah amat berbeda.

    Don’t get self-emotion confused to get in the way on legal enshrined
    Constitution Rights.

    Fikir-fikirkanlah.

    Ask not what your country can do for you, but what you can do for your country!

  5. Hi Helen

    latest from satd

    “http://satdthinks.blogspot.com/2011/11/equation-of-nonsense-understanding.html#more”

    hoped this will clear out a bit about the total different of SSS and DAP, it is good actually that we have this kind of debate, it is really make thing clear out..

    Please dont hesitate to comment about it, well even though there some of them marah, but that is because you make the conclusion SSS and DAP is the same thing.

    and to others, cool down, i mean if this is the time lets help as best as we can to explain to Helen, i mean she is sometimes in our side, only that she sometimes take a little lencongan but of course if we can explain it then it would be a good thing not only to Helen but to others that sometimes take that lencongan like Helen.

    So Helen, will wait you comment about satd latest piece, love this kind of discussion, really clear the mind even to the supporter of SSS.

  6. Helen got something for you

    “http://bigcatrambleon.blogspot.com/2011/11/nstp-e-media-managing-editor-datuk.html”

    really show the different HUH SSS and DAP

  7. Sebenarnya Helen nak perli DAP. Sepatutnya DAP kena sokong gerakan SSS kerana ianya bertepatan dengan konsep bangsa anak Malaysia/Malaysian First /Malaysian Malaysia yang dilaungkan oleh DAP sebelum ini.
    Tetapi DAP bertindak sebaliknya kerana masih mempertahankan sekolah vernakular yang tentunya bertentangan dengan konsep di atas.
    Jadi memang DAP ni hipokrit.

  8. To all the Malay commentators here – If you do not like to be labeled as an ultra-Melayu, then do not labeled Helen as being an ultra-Chinese. Most of you who whacked Helen here do not even understand how these Chinese schools came into being and why they are so close to the heart of the Chinese community.
    Why do you think our forefathers agreed on the existence of these Chinese schools?

    ____________________________________________________________________________________________

    Thank you Big Cat. Salam — Helen

    1. Big Cat dan Helen,

      Dari pemerhatian saya, rasanya ramai yang lebih rasa terhina diletakkan sekapal dengan DAP, berbanding digelar ultra-Melayu.

      Kalau ada yang lain yang membaca komen ni; saya ada ramai juga bekas pelajar dari sekolah vernakular dan bahasa inggerisnya tidak begitu baik, dan mengambil kursus yang kurang glamour (diploma). Tapi akhlaknya begitu terpuji. Malu bila anak Melayu yang sekolah kebangsaan perangainya agak biadap dan nampaknya sedikit berkiblatkan orang putih.

      Sewaktu inisiatif SSUS diperkenalkan saya pun turunkan tandatangan, pada masa di mana saya rasa itu mungkin adalah penyelesaian terbaik. Tak mustahil ada penyelesaian yang lebih baik. Tapi kalau kita menengking, mengherdik dan mencari salah orang lain, susah nak cari penyelesaian..

    2. good question bigcat “Why do you think our forefathers agreed on the existence of these Chinese schools”

      DO you mind elaborate it a little about that…really do appriciate all the info..

      1. Dear andi,
        I had written in my blog why I disagree with the idea of closing down the Chinese schools. The Chinese schools had been set-up long before we got our independence. They are dear to the Chinese community who have on their own set-up the schools and maintained them. Our forefathers understand this and they agree for us to have them along with the national schools and other types of schools. In those days, despite our differences, we are still understanding of each others communities’ needs and we respect the heritage of each others. Even when the Chinese schools became the main recruiting ground of the CPM at the height of the communist insurgency, there was no move to close them down. That is because to close those schools means we are collectively punishing the Chinese community. It is ironic that at that time, the Chinese-led PAP (which off-shoot is the DAP) closed down the Chinese schools in Singapore while the Malay-led government here did not. If any of my DAP supporting friends boasted that the Singapore education system is better then ours, I always remind them that ours is actually even better because we have the Chinese schools and other types of schools where parents have the choice of how their children are to be educated. Trust me, the products of Chinese schools are not all chauvinists. I know many of them and they do not hate the Malays or any other race. If we are sincere with each others, one day we will eventually be a united bangsa, But there is no short-cut to that – definitely not by destroying an institution which is cherished by any community.

    3. Bigcat / Naj

      Bigcat is right to tell that Chinese school is heritage that reminds us where our roots is, but not all are with ‘community’s soul’, and everything is flux. Our country policy, environment, mores will dictate how we perceive life and to explore what we want, culture is fluid and so are human belief, thus any changes is possible, but the approach need refinement and inclusiveness. The goal is education, the target is parents, and the criterion is trust.

      I personally don’t think Chinese school is that good and with high-quality, and I also believe most that support SSS are sincere, hopefully during our discussion, we can understand each other better.

Comments are closed.