Posted in Evangelis

Evangelis dan ciri-ciri politik gereja (dikemaskini)

Selepas kontroversi “hitam metalik” David Nga Kor Ming, sepupunya James Ngeh Koo Ham pula menjadi tumpuan di portal-portal berita.

Ikut arah jam: Teresa, Tony, David, James, Nie Ching, Hannah

Blog Stop the Lies memetik Malaysia Chronicle sebagai merujuk kepada satu tweet dibuat oleh pengerusi Perak DAP James Ngeh.

Free Malaysia Today pula melaporkan hari ini dalam sebuah rencana bertajuk ‘Stupid of DAP to call Indians stupid‘, “Now we have Perak DAP chairman Ngeh Koo Kam dismissing Indians – in his tweet message – as stupid in politics ‘but not as stupid as they think they are’.”

Menarik juga kita melihat gaya politikus evangelis DAP berdepan dengan kaum India.

Misalnya David Nga telah berkata, “All Malaysians are my brothers and sisters including Dr Zambry”. (Ruj. ‘Semua orang M’sia adalah saudaraku, kata David Nga Kor Ming‘).

Saya tidak menjumpai tweet James Ngeh yang kononnya menghina kaum India. (Saya tidak pasti sama ada sesuatu tweet itu boleh dipadamkan di Internet kerana saya tidak pernah menggunakan Twitter.)

Kemaskini: Screenshot tweet James Ngeh boleh dilihat di bawah. Dia berkata Vell Paari dan Zambry Abdul Kadir bermain politik ras, dan dia telah menjelaskan bahawa ‘Hitam Zambry’ bermaksud menteri besar haram.

“Indians not as stupid as they think” dalam tweet Ngeh boleh dibaca sebagai “orang India tidaklah sebodoh yang disangka Vel Pari dan Zambry” (maksudnya orang India tidak begitu mudah diperbodohkan oleh Zambry dan bukannya senang untuk dipujuk supaya mereka menerima Zambry sebagai MB yang sah di sisi undang-undang.)

Saya tidak pasti bagaimana tweet di atas akan dimengertikan oleh orang India dan sama ada mereka akan berasa terkilan apabila membacanya.

Namun, Screenshot di bawah menunjukkan sebuah lagi tweet – “We are all one family created by God” – dibuat James Ngeh pada Nov 29 mengulas kes terlajak kata sepupunya David.

Seperti juga James Ngeh yang menggambarkan semua orang Malaysia ialah satu keluarga besar, Lim Guan Eng pun bercakap tentang “embracing every Malay, Indian, Chinese, Kadazan and Iban as Malaysian brothers and sisters …” (screenshot atas).

Jelas sekali kata-kata “kami bersaudara” (“we are all brothers and sisters”) tak pernah lekang dari bibir kelompok politikus evangelis DAP ini yang berlagak seolah-olah begitu tegas pendirian mereka menentang rasisme dan perkauman.

Kalau orang Kristian suka mengucap “Jesus loves you, my brothers and sisters”, sekarang politikus DAP pula ligat berkata mereka dan parti mereka ‘sayang’ kepada semua orang.

Memandangkan demikian, saya sedikit hairan kenapa masyarakat India nampaknya tidak berapa berkenan dengan politikus-politikus Kristian DAP ini yang selalu menyatakan rasa sayang dan cinta mereka kepada semua orang. (Dikemaskini 8.40am, Dec 3)

James Ngeh yakin bahawa “We should only differentiate between good and bad human beings” (lihat Tweetnya, screenshot di atas) sementara rakan sepejuangannya Hannah Yeoh meletakkan sebagai cogankata blognya satu petikan ayat dari surah Al-Kitab – Proverbs 14:34 – yang berbunyi “Righteousness exalts a nation”.

‘Righteousness’ membayangkan para pemimpin DAP adalah muhsin dan berada di pihak yang benar. Di pihak yang satu lagi ialah kelompok orang ‘wicked’. (Bagi DAP, yang jahat itu ialah Umno — Apalah lu Umno ‘bohong’, ‘binatang buas’ dan ‘bajingan’).

Nyata politik DAP diwarnai dengan pekat oleh unsur-unsur dan falsafah Kristian. Saya rasa DAP sudah menolak konsep sekularisme.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

4 thoughts on “Evangelis dan ciri-ciri politik gereja (dikemaskini)

  1. Sis Helen,

    I’m confused, is it by quoting holy bible or holy quran is a detrimental factors of one being non-secular. Is it not at all possible quoting bible and quran is an opportunistic methods of gaining trust among society.

    Let us consider this, back during the final moment of ottoman empire. There various attacks ongoing. One of those attacks originated from a book written by one named Ali Abdul Raziq. Presumably in his books he quoted several text from quran and various others islamic text in proving that political and islam do not share same path. His text was so controversial that he was later disavowed by Al-Azhar University and his text was considered not representing Al-Azhar views. Here is the man actually quoting from quran who later advocates the very foundation of secularism…

    On the other hand, we have Albert Einstein and Galileo Galilei who most of us believes as a very secular individuals as they never ever famously quotes bible or any other scriptures. As matter unfold, Albert Einstein refuses to believes in the theory of Big Bang until deathbed believing in the existence of dark matter. The reasons for his disbelieved mainly from the fact that Big Bang theory advocates of spontaneous being from nothingness – a mere probability does not reflect godly nature. He instead believed in steady state theory and continually tried to explains why universe continued to expand. In his final moment he uttered one of his most well known quote ‘god does not play with dice’ (or something to that matter)…

    Galileo on the other hand was funded by Church for his research. When he realizes that earth revolved around sun and not vice versa, he advocates the church to re-interpret bible. This was somehow misconstrued as an act of undermining church authority and he was later jailed. People has been lead to believe that he was jailed for his findings when actually he was jailed for actually trying to make sense of his findings and the bible…

    Either way, I seriously doubt by merely quoting a person can be identified as being non-secular or vice versa…

    1. I attended a hudud forum this morning — keynote address by Chua Soi Lek; moderator: President of Bar Council; speakers: Chandra Muzaffar, Edmond Bon, et al. Will post later. Proceedings shed light on DAP’s complicity in eroding secularism.

  2. Salam Helen,
    Saya agak keberatan berbicara tentang evengelis. Sebolehnya isu keagamaan ingin saya elakkan. Saya menghormati penganut agama kristian dan agama-agama lain. Saya muslim.
    Harap faham, pandangan saya ini adalah kepada tindakan pengikut sesuatu agama yang saya rasa tidak bersesuaian.
    Dua perbezaan besar “berdakwah”. Satu memperkenalkan agama kepada orangramai dan mengajak mereka secara sedar dan rela memeluk agama tersebut.
    Satu lagi adalah cubaan membawa pengikut agama lain keluar dari agama mereka, mereka tidak perlu mematuhi agama yang didakyahkan, cukup sekadar agama lain itu lemah dan berkurangan pengikutnya. Secara bandingan kumpulan ini menjadi bertambah kuat. Pada luarannya, pengikut baru ini seperti diterima kerana diberi bantuan dan sebagainya, tetapi sebenarnya ada lapisan-lapisan tertentu dalam haraki agama kumpulan ini.
    Agama Islam tidak menganjurkan cara yang kedua itu. Kita berdakwah memberi kefahaman tentang Islam, ianya kewajipan setiap umat. Tetapi kita juga jelaskan kepada setiap insan yang ingin memeluk Islam bahawa mereka perlu mematuhi segala hukum hakam yang ada. Mereka perlu menerima dalam keadaan sedar dan rela.
    Islam tidak menganjurkan untuk menipu, menabur gula-gula palsu cuma untuk memesungkan kepercayaan pengamal ugama lain, membawa mereka memeluk Islam secara olok-olok.
    Ada cubaan memesongkan akidah umat Islam dengan cara yang kedua tadi. Umat Islam yang didakyahkan diberi bantuan kebendaan, mereka kononnya diterima sebagai umat agama baru itu tanpa perlu patuh kepada peraturan, senang dan menguntungkan. Matlamat utama adalah mengurangkan bilangan penganut Islam, itu saja.
    Saya cuba menyelami pandangan agama lain tentang gejala ini tetapi amat sukar, namun disini tirainya tersingkap sedikit.
    Adakah kumpulan ini telah meresapi sebuah parti politik tanahair kita? Saya minat dengan pandangan politik YB Tan Seng Giaw, tetapi tidak berkesempatan mengenalinya lebih mendalam. Dia bagaikan tenggelam. Tan Sri Lee Lam Thye juga personaliti menarik. Dia diterima baik semua pihak, termasuk kerajaan yang memerintah sewaktu beliau masih lagi menjadi pemimpin parti pembangkang, namun beliau “tewas” dan keluar lalu bergiat dalam usaha-usaha kebajikan.
    Perpaduan perlu berasaskan rasa hormat menghormati, ikhlas dan setiakawan. Ya, kita dari pelbagai ras dan bangsa berbeza, agama berlainan. Ianya indah…Melayu dengan temaddun Melayu Melaka, orang Cina juga sudah terbiasa dengan sistem beraja dizaman dulu dengan berbilang dinastinya. Di India juga mengamalkan sistem beraja satu masa dulu. Orang Iban, Kadazan dan lain-lain adalah pribumi asli yang juga biasa dengan sistem beraja.
    Pedagang Cina, India dan Arab datang dengan tujuan berdagang, harmoni dan aman, sampaikan ada yang jatuh cinta dan mendirikan rumahtangga, berketurunan disini. Islam juga bukan asing, ditanah asal mereka maupun disini dari zaman dulu lagi
    Datang penjajahan Portugis, Belanda, Jepun dan Inggeris. Inggeris membawa bersama fahaman mereka berserta buruh untuk mengali keluar hasil bumi Tanah Melayu pada masa itu. Diwaktu ini petaka lahir dan berkembang.
    Cara penjajahan mereka dengan mengadu-domba masayarakat setempat menjalar terus walaupun kemerdekaan telah kita kecapi. Kita tidak merdeka, ada anasir-anasir yang dilahirkan oleh penjajah tadi mula menampakkan wajah sebenar mereka, dulu mereka bertopengkan pelbagai rupa, demokrasi, agama, hak asasi, lalu bergabung dalam satu pakatan. Sekarang topeng mereka telah terkoyak sedikit demi sedikit, rupa sebenar mereka mula kelihatan….Mampukah kita melihat?

    1. memang dah nampak pun.
      kalau kita kaji mana funding mereka untuk bersih, countless trips by ketua umum untuk perjumpaan ala ke “tupperware party” di luar negeri dan declared crossover 16th sept, kita akan sedar…

      Australia dah ada base western. Jepun, Filipina semua dah ada.
      Lagipun kita ni strategic di tengah tengah barat dan timur.
      Dan kita adalah negara Islam yang “”maju” dan “stabil”.

      Kena hati hati.Tengoklah banyak negara arab dah tersungkur. Apa dah jadi lepas “rakyat”: mereka menang?
      Adakah menang sorak kampung tergadai?

      Adakah meraka ini musang betopengkan bulu kamping?

Comments are closed.